- 271Share sekarang!
- Email3
- Facebook268
- Share
Dukacitanya negara kita telah berdepan dengan salah satu banjir paling teruk, lagi-lagi di kawasan Lembah Klang yang ‘tidak dijangka’ akan menjadi seteruk itu. Hulu Langat dan Shah Alam antara kawasan yang paling teruk terjejas akibat banjir sehingga mencatatkan angka korban dah lebih 20 orang (setakat ini) dan mungkin angka ini akan meningkat!
Namun begitu, yang menjadi topik hangatnya adalah tentang persediaan pihak berwajib dalam berdepan dengan krisis bencana yang tidak dijangka seperti ini. Bayangkan, bantuan daripada pihak berwajib sangatlah perlahan. Tular di media sosial bahawa segala bantuan awal yang ‘muncul’ adalah daripada rakyat sendiri, atau boleh kita kata sukarelawan lah.
Even ada yang mempersoalkan urgency kerajaan yang sangat lambat untuk selesaikan krisis ni, sebab dikatakan tak pernah lagi mangsa banjir menunggu hampir dua hari (mungkin lebih) untuk diselamatkan! Ini tidak termasuk bantuan asas yang lain ye seperti makan minum, selimut dan bantal. Ini kerana dikatakan kerajaan ibarat memilih selamatkan ‘kawasan jajahan’ mereka dahulu.
Itu baru intro ye guys, jom kita berbincang secara terperinci berkenaan banjir dan juga keputusan kerajaan yang mungkin boleh dilakukan dengan lebih baik untuk membendung bencana seperti ini…
Bantuan lambat sebab nak teruskan perhimpunan?
Kalau korang nak tahu, pada hari pertama di mana banjir tengah nak naik, parti politik Melayu seperti UMNO dan juga BERSATU sedang giat mempengerusikan majlis untuk membincangkan perkara-perkara pasal politik negara. Paras air pula sudah meningkat pada kadar yang sangat bahaya pada pukul 7 ke 8 malam hari itu.
Yang menjadi tanda-tanya, Perdana Menteri mengambil keputusan untuk membuat sidang media pada pukul 11 malam! Mungkin beliau dah pun mengerahkan segala aset-aset kerajaan untuk membantu rakyat sebelum sidang media itu, tetapi apa yang dilaporkan dalam media sosial menunjukkan perkara yang lain.
Dikatakan yang menolong dari segi pemindahan dan menyelamat kebanyakannya adalah rakyat sendiri, ada juga yang mengambil inisiatif sendiri untuk berjalan meredah banjir untuk pergi ke kawasan yang lebih selamat. Ada juga yang terpaksa duduk di atas bumbung surau komuniti selama lebih 16 jam hanya untuk menunggu bantuan.
Ini diburukkan lagi dengan parti BERSATU yang ibarat tone deaf selepas mereka memutuskan untuk meneruskan perhimpunan mereka yang teragung itu disebabkan nak ikut akta pertubuhan. Ironinya, pemimpin BERSATU iaitu Tan Sri Mahiaddin Yassin sekarang ni sedang menggalas tugas sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf Menteri!
Individu yang patut fokus dalam ‘memulihkan’ negara lebih cenderung untuk fokus kepada parti politiknya? Korang rasa macam mana? Oh ye, tak lupa juga yang kat MITEC siap ada bunga api tu, dikhabarkan pada masa ia dinyalakan tu mangsa-mangsa banjir sedang sibuk berjuang menyelamatkan nyawa mereka.
Hulu Langat dan Shah Alam, kawasan paling teruk terkesan
Seperti kita semua sudah pun maklum, Hulu Langat dan Shah Alam adalah kawasan yang paling teruk terkesan di Lembah Klang ni. Mana taknya guys, banjir kat sana dikatakan dah capai paras kepala kot. Perkara itu memaksa penduduk setempat untuk naik di atas bumbung mereka kerana ia adalah satu-satunya tempat yang selamat!
Di Shah Alam, semua tertumpu di Seksyen 25, Taman Sri Muda di mana kawasan tu memang lumpuh habis disebabkan banjir. Dikatakan bantuan di Sri Muda ini lambat masuk disebabkan kemampuan yang terhad orang ramai untuk mengakses kawasan itu berpunca daripada air yang deras dan tinggi. Aset-aset daripada pihak berwajib pun dikatakan lambat masuk juga, di mana silapnya kat sini?
Hulu Langat pun antara yang paling terkesan lagi-lagi di kawasan Taman Sri Nanding dan juga Sungai Lui, dekat Taman Sri Nanding ni lah semua penduduk terpaksa berkumpul di surau dan banjir juga memaksa mereka untuk mendapatkan perlindungan di atas bumbung surau! Berdasarkan info yang kami dapat daripada mangsa, mereka menunggu di atas bumbung dari pukul 3 pagi (Sabtu pagi Ahad)!
Dikatakan bantuan hanya sampai pada pukul 6 petang (hari Ahad) dan itu pun terhad kepada 5 orang untuk satu perjalanan sebab satu bot je yang datang setakat 6 petang tu. Di Sungai Lui pula, dikatakan air deras sungai telah membadai semua rumah dan kereta. Kalau korang tengok segala video-video mereka yang berada di sana, keadaan selepas banjir tu dah macam kena tsunami guys!
Jika ada antara korang yang mampu tu, berilah bantuan kepada mereka yang terjejas disebabkan banjir ni. Kesan yang diterima pada kali ini sangat teruk, dengan keadaan ekonomi sekarang pun akan susahkan lagi mangsa-mangsa banjir ini untuk bangun balik dan menjalani kehidupan seperti biasa.
Tak kisah korang nak sumbang dari segi tenaga, duit, makanan atau benda-benda berkaitan ke, asalkan kita sentiasa tolong sesama kita.
Amaran sudah diberi tetapi diambil sambil lewa oleh kerajaan?
Mesti korang terfikir, betul ke kerajaan ambil sambil lewa? Kan ni bencana alam, kita tak boleh nak ramal kuasa tuhan kan? Dia macam ni, sebelum ni dah ramai pakar telah memberi amaran berkenaan taburan hujan lebat yang akan melanda negara pada bulan Disember. Tetapi pihak berwajib ibarat buat pekak je.
Antara orangnya adalah Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah, dia sendiri telah memberi amaran kepada kerajaan berkenaan banjir di Parlimen pada bulan Julai! Tapi persediaan yang dilakukan untuk hadap bencana banjir ni ibarat terlalu slow, adakah kerajaan pekakkan telinga hanya sebab Nurul Izzah itu dari blok pembangkang? Jika ye, kita boleh ucapkan selamat tinggal kepada demokrasi.
Ada seorang lagi individu yang memang sudah memberikan amaran awal kepada kerajaan tentang banjir yang bakal melanda, yang lebih mengejutkan dia sendiri meramalkan Taman Sri Muda bakal tenggelam! Individu yang dimaksudkan adalah wakil rakyat DUN Kota Kemuning, Y.B Tuan Ganabatirau Velaman. Terdapat dua video yang agak kontroversi…
Yang pertamanya adalah video dimana dia memarahi pegawai kerajaan disebabkan kerja mereka yang ‘tidak lengkap’ sehingga berisiko untuk adanya banjir. Video itu mendapat kecaman orang ramai sebab orang melihat wakil Kota Kemuning itu seakan-akan angkuh dengan percakapannya. Namun, mungkin korang akan mengubah perspektif ‘angkuh’ tu dengan video yang kedua…
Y.B Ganabatirau menjelaskan yang dia marah disebabkan prasarana yang wujud untuk mengawal aliran air di Sri Muda tidak diselenggara dengan baik. Dia juga memberi amaran yang jika benda ini tidak dibaiki dengan segera, satu Sri Muda akan banjir. Perkara itu ternyata menjadi kenyataan apabila Sri Muda adalah antara tempat paling teruk terkesan!
Tak cukup dengan tu, Jabatan Meteorologi Negara pun dah bagi amaran yang Malaysia bakal berdepan dengan hujan lebat berterusan pada Disember. Jadi dengan semua amaran yang telah diberikan, apa persediaan yang kerajaan telah usahakan untuk membendung banjir? Bencana di Sri Muda pula, adakah pegawai yang sepatutnya menyelenggara rumah pam tu akan bertanggungjawab?
Sebab nyawa pun dah melayang, siapa yang akan bertanggungjawab dengan benda tu semua? Terlalu banyak persoalan yang masih belum boleh dijawab. Silap-silap, perkara besar seperti ni takkan berakhir begitu sahaja. Pemimpin yang harus jawab benda ni dekat akhirat nanti.
- 271Share sekarang!
- Email3
- Facebook268
- Share