- 3.7KShare sekarang!
- Email22
- Facebook3.7K
- Share
Kesilapan print ni memang satu perkara biasa. Macam lah korang tak biasa tengok ejaan salah kat restoran macam ‘Lamp Chop’, ‘Black Paper’, dan sebagainya. Tapi, macam mana pula kalau kesalahan tu dilakukan oleh fesyen berjenama macam Versace, Givenchy, Coach, dan pelbagai lagi jenama fesyen besar yang lain?
Itu lah yang terjadi kepada jenama-jenama besar tersebut, sampaikan mereka membuat permohonan maaf kepada China. Tapi kali ni bukanlah kesalahan ejaan, tapi lebih kepada kesalahan tak sensitif dengan politik sesebuah negara tersebut di mana mereka menamakan ibu negara Hong Kong sebagai Hong Kong, dan bukan China.
The Company apologizes for the design of its product and a recall of the t-shirt has been implemented in July. The brand accepts accountability and is exploring actions to improve how we operate day-to-day to become more conscientious and aware. pic.twitter.com/5K8u3c4Dbm
— VERSACE (@Versace) August 11, 2019
Tapi kitorang pasti, mesti korang pun confuse, Hong Kong ni bukan negara sendiri ke sebab sistem dan matawang mereka pun lain? Tapi, meh sini kitorang terangkan antara negeri atau wilayah di negara-negara yang ada autonomi sendiri macam Hong Kong.
1. Hong Kong, jajahan British yang dikembalikan kepada China
Sebelum tu, korang kena faham pasal kawasan autonomi, yang ditakrifkan sebagai kawasan negara yang mempunyai tahap autonomi, atau mempunyai kebebasan dari pihak luar. Maksudnya, kawasan atau wilayah berautonomi ni bererti sifat atau keadaan boleh memerintah sendiri (the quality or state of being self-governing), atau hak memerintah sendiri (the right of self-government).
Tapi Hong Kong ni special sikit cerita dia berbanding kawasan autonomi lain. Sejarahnya bermula beratus tahun dulu merupakan sebuah pulau yang dimiliki China. Tapi sekitar tahun 1842, pulau kecil ni diserahkan kepada British selepas China kalah dalam peperangan. China kemudiannya bersetuju dengan syarat, mereka menyewakannya selama 99 tahun kepada British sebagai ‘Wilayah Baru’.
Di sekitar tahun 1950-an, selain daripada penduduk asal pulau tersebut, tak kurang ramai yang dari Shanghai datang ke pulau tersebut dan memulakan ekonomi di sana. Hong Kong mula berkembang dengan pesat sampaikan banyak syarikat-syarikat asing memindahkan pejabat mereka dari Shanghai ke Hong Kong.
Hong Kong yang pada mulanya hanyalah sebuah wilayah pelabuhan perdagangan berubah kepada salah satu industri dan pembuatan. Walaupun Beijing merupakan ibu kota bagi China, tapi Shanghai pula mampu menjadi pusat perdagangan dan kewangan bagi China. Dan North Point, kawasan bandar di Daerah Timur Hong Kong dikenali sebagai ‘Shanghai Kecil’.
Walaupun Hong Kong bermula dengan KDNK yang rendah, tapi Revolusi Budaya yang berlaku di China kemudiannya menaikkan Hong Kong. Nak nak pula Hong Kong ni memang popular sebagai tempat pembangkang dari China larikan diri sebab tak tahan dengan pemerintahan Tanah Besar. Ekonomi Hong Kong memang terus naik mencanak.
Kemudian sekitar 1980-an, iaitu selepas hampir tempoh 99 tahun perjanjian tu, kerajaan komunis China berpendapat yang Hong Kong patut dikembalikan kepada pemerintahan mereka. Britain setuju, tapi dengan syarat Hong Kong akan menjadi Special Administration Regions (SAR). Masa ni rakyat Hong Kong dah tak senang duduk dah, sebab fikir nak kena gabung dengan China.
Perjanjian tu akhirnya berjaya dicapai pada 1984, dan Hong Kong dikembalikan ke tangan China pada 1997.
Perjanjian tu adalah di bawah prinsip ‘satu negara, dua sistem’ di mana Hong Kong ada tahap autonomi yang tinggi di mana mereka ada sistem perdagangan mata wang berbeza, tapi sistem ketenteraan dan dasar politik asing yang sama dari China macam yang kita ketahui sekarang.
Disebabkan perbezaan undang-undang, sosial dan budaya terutamanya selepas hidup berasingan selama 150 tahun, rakyat Hong Kong tak menganggap diri mereka China, atau sebahagian daripada China. Punyalah rakyat Hong Kong ni tak suka dengan perubahan tu, mereka sampaikan berapa kali meminta kemerdekaan daripada China.
Lagipun, orang Hong Kong fikir mereka jauh lebih baik daripada China sebab mereka lebih maju, malah mempunyai peradaban yang lebih baik dari negara tu, nak nak lagi bila pelancong China ni selalu buat perangai bila melancong ke negara orang.
Tapi permintaan rakyat Hong Kong untuk berpisah langsung tak diendahkan China, dan menyebabkan berlakunya protes secara berperingkat, sampailah yang berlaku pada masa ni. Selain Hong Kong, Taiwan, dan Macau juga mengalami masalah yang hampir sama, tapi tak serumit Hong Kong.
2. Papua di Indonesia yang pernah direbutkan Belanda
Tak jauh dari negara kita, Indonesia juga mempunyai wilayah yang ada autonomi sendiri, iaitu Papua, atau Papua Barat.
Korang jangan tertukar dengan Papua New Guinea pulak sebab Papua Barat, yang juga dikenali sebagai Irian Jaya adalah wilayah Indonesia yang merupakan sebahagian besar bahagian barat pulau tu yang berjiran dengan Papua New Guinea.
Yang uniknya, Papua juga terletak di pinggir plat tektonik Eurasia dan Australia. Ia termasuk dalam Lingkaran Api Pasifik yang tak mustahil akan mengalami tsunami, gempa bumi, malah melibatkan gunung berapi paling ganas, iaitu Krakatau dan Toba.
Kekuatan letusan Krakatau tu adalah lebih kuat daripada bom atom, malah menyebabkan lahirnya Anak Krakatau. Manakala Toba pula popular dengan letusan yang menyebabkan malapetaka besar terutamanya sehingga menyebabkan perubahan ekologi seluruh dunia.
Berbalik kepada Papua, ia dah pun menjadi laluan perdagangan penting dengan China dan India dan sebahagian besar dari Asia. Mereka juga dikatakan mempunyai hubungan tetap dengan Eropah sejak 1512, terutamanya dengan Belanda di mana tujuan Belanda adalah untuk menguasai perdagangan rempah macam British.
Jadi, bila Belanda menubuhkan Syarikat Hindia Timur Belanda pada 1602, mereka jadi kuasa dominan kejap sebelum bankrup pada 1800. Tapi Belanda tak putus asa, mereka tubuhkan kembali Syarikat Hindia Timur Belanda 6 tahun selepas tu untuk kawal pulau-pulau disekitarnya sehingga abad ke 20. Bagaimanapun, kedudukan Belanda yang tak begitu kukuh membolehkan Jepun untuk mengambil alihnya semasa Perang Dunia Kedua, selepas kepulauan tu mengisytiharkan kemerdekaan.
Semasa dibawah kawalan Jepun pula, sebanyak 4 JUTA orang dihukum bunuh disebabkan menentang, atau hanya disyaki menentang Jepun. Belanda pula sambil menyelam minum air, mereka berpura-pura menolong pihak Jepun, tapi dalam diam sebenarnya menggalakkan penentangan dan kemerdekaan untuk Guinea. Jadi bila Jepun melepaskan Guinea pada 1945, Belanda terus menuntut pemerintahan terhadap negara baru tu.
Tapi Indonesia tak bersetuju, sebab Papua adalah sebahagian daripada mereka, dan Indonesia merdeka pada tahun 1945 selepas 350 tahun dijajah Belanda. Ini akhirnya menyebabkan Belanda cuba untuk merampas Guinea dengan menggunakan kekerasan. Indonesia dan Belanda kemudiannya bertempur dan ia cuma berakhir pada 1949, di mana Belanda tetap tak nak terima kemerdekaan Guinea.
Tapi kemudian pada 1962, ada percubaan rampasan kuasa yang kemudiannya membawa kepada pembersihan anti-komunis, dan dianggarkan seramai 500 orang terbunuh. Ingat dah selesai, tapi nampaknya pada 1968, terjadi sebuah lagi rampasan kuasa oleh tentera, yang kemudiannya membawa kepada pemisahan dua bahagian Papua, iaitu Papua New Guinea dan Papua Barat.
Hasilnya, Papua Barat (Irian Jaya) menjadi milik Indonesia, manakala Papua New Guinea di bawah kolonial Belanda dari tangan Belanda ke Indonesia setelah rundingan dilakukan melalui perbincangan tertutup bersama Indonesia di bawah Perjanjian New York 1962.
Kemudiannya pada 1969, Papua Barat akhirnya secara sah dimasukkan ke Indonesia, bertukar nama kepada Provinsi (Daerah) Irian Jaya pada zaman pemerintahan Sukarno. Lebih 30 tahun kemudian, anak Sukarno, iaitu Megawati Sukarnoputri yang merupakan Presiden Indonesia pada masa tu membenarkan supaya Provinsi Irian Jaya ni diberikan autonomi yang lebih besar oleh Jakarta, malah dibenarkan untuk menerima pakai nama Papua.
Bagaimanapun setelah dimiliki Indonesia, terdapat beberapa gerakan separatis, yang salah satunya adalah Gerakan Pembebasan Bersatu untuk Papua Barat (ULMWP), yang nakkan kemerdekaan sendiri untuk Papua Barat dari Indonesia.
3. Bangsamoro, berjaya jadi kerajaan Islam bertapak di Mindanao sejak sekian lama
Wilayah Bangsamoro adalah sebahagian daripada Mindanao, iaitu antara wilayah termundur di Filipina. Daerah tempat kelompok ini aktif dinamai Bangsamoro oleh MILF dan meliputi selatan Mindanao, kepulauan Sulu, Palawan, Basilan dan beberapa pulau yang berdekatan.
Selama ratusan tahun, penduduk Islam Moro menjadi mangsa diskriminasi di negara majoritinya beragama Kristian berpunca daripada pengaruh kuat penjajahan Sepanyol yang terkenal dengan sifat prejudis terhadap Islam. Dianggarkan, seramai lima juta penduduk Islam berada di wilayah itu.
Pulau kedua terbesar Filipina ni juga terkenal dengan lanun dan samseng, sampaikan ketidakstabilan wilayah tu juga menyebabkan mereka selalu jadi ancaman pengganas, yang tempiasnya sampai ke Sabah.
Disebabkan daerah ni paling kurang mendapat perhatian Filipina sejak berkurun lamanya, ini menyebabkan Barisan Pembebasan Islam Moro atau dalam bahasa Inggeris disebut Moro Islamic Liberation Front (MILF), kelompok militan Islam yang berpusat di selatan Filipina meminta kuasa memerintah sendiri.
Ketidakstabilan yang berlaku di rantau tu menyebabkan Malaysia, sejak tahun 2001, menjadi perantara rundingan di antara Manila dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF). Malah, kita juga dah memainkan peranan utama dalam pembentukan tentera pengaman di Mindanao yang dikenali sebagai Kumpulan Pemantau Antarabangsa (IMT) yang dibentuk pada 2004 yang terdiri daripada gabungan tentera dari Kesatuan Eropah (EU), Indonesia, Jepun, Norway dan diketuai Malaysia, demi rundingan kedua-dua pihak bertelagah iaitu Manila dan MILF.
Malaysia secara tak langsung juga terlibat dalam proses damai di antara Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) apabila terlibat dalam usaha pemantauan dan mengawasi proses gencatan senjata antara Kerajaan Filipina dan MILF pada Mac 2018. Keadaan masa tu agak lama, dan kritikal.
Tapi dah tentulah ada pihak yang tak berpuas hati. Sepanjang tahun-tahun ni jugalah Manila menggunakan isu tuntutan Sabah sebagai modal politik mereka disebabkan peranan kita sebagai perantara Manila dan Bangsamoro. Tapi kita tak gentar, malah antara inisiatif kita ni berjaya membuat persetujuan antara Manila dan MILF membentuk Kerangka Perundangan Asas Bangsamoro (FAB) yang menggantikan Wilayah Autonomi Islam Mindanao (ARMM) pada 2012, dan Perjanjian Komprehensif Bangsamoro (CAB) mengenai penubuhan wilayah autonomi melalui Perundangan Asas Bangsamoro (BBL) pada tahun 2014.
Pemeteraian Undang-Undang Organik Bangsamoro kemudiannya berlangsung di Basilan, Filipina, di mana pungutan suara membabitkan kira-kira 2.8 juta penduduk di selatan Filipina, membolehkan pembentukan undang-undang baru di wilayah berkenaan.
Kalau sebelum ni mereka dah ada Wilayah Autonomi Islam Mindanao (ARMM), kali ni undang-undang baru Bangsamoro juga diberi lebih kuasa berbanding sebelumnya di mana mereka ada parlimen sendiri, kuasa eksklusif yang sebelum ini dipegang Manila serta pendapatan hasil tempatan lebih besar. Mereka juga dapat hak mentadbir sendiri dalam menguruskan hasil, percukaian dan lain-lain kuasa sebagai kerajaan autonomi, dan Bangsamoro boleh merangka dan melaksanakan undang-undang sendiri.
Dan akhirnya pada 2018, Presiden Rodrigo Duterte berjaya memberi kuasa autonomi yang lebih kepada wilayah Bangsamoro melalui perisytiharan Undang-undang Asas Bangsamoro (BOL). Dengan perisytiharan tu juga, Duterte berharap yang mereka dapat menangani ekstremisme dan menghapuskan konflik pemisah selama setengah abad.
Dengan penubuhan BARMM yang dipersetujui, penduduk Islam Moro ini akan mempunyai lebih kuasa autonomi dalam mengurus wilayah mereka termasuk memperoleh kekayaan sumber asli wilayah tersebut. Di bawah BOL juga, wilayah autonomi itu akan mendapat 75 peratus hasil daripada cukai negara yang dikutip di wilayah berkenaan.
Duterte kemudiannya meyakinkan Kongres untuk meluluskan Undang-Undang Tubuh Bangsamoro yang memberikan autonomi politik dan sosial budaya termasuk menubuhkan mahkamah syariah, memastikan sumber mencukupi termasuk satu perlima daripada pendapatan dalaman negara dikhaskan untuk membantu pembinaan institusi dan proses peralihan politik.
Bukan tu je, Malaysia juga dijadikan model pembangunan dan pentadbiran oleh Pemimpin Wilayah Autonomi Islam Mindanao Bangsamoro (BARMM) dalam pembangunan di Wilayah Mindanao pasca kejayaan ratifikasi Undang-Undang Organik Bangsamoro.
Dan apa yang sama dengan mana-mana wilayah berautonomi, isu pertahanan dan keselamatan tetap akan jatuh kepada Kerajaan Pusat, manakala anggota MNLF dan MILF mungkin diserap ke dalam pasukan polis negara tu.
4. Crimea yang nak berpisah dengan Ukraine, untuk bergabung dengan Rusia
Selain wilayah-wilayah yang kita sebutkan tadi, wilayah Crimea pun tak kurang menarik kisahnya. Walaupun Semenanjung Crimea ni adalah wilayah milik Ukraine, tapi mereka ni lebih pro kepada Rusia. Contohnya macam daerah Besut yang lebih menggunakan bahasa Kelantan walaupun berada di dalam negeri Terengganu. Crimea juga dipisahkan dari Ukraine secara geografi, sejarah dan politik.
Satu-satunya wilayah Ukraine yang berautonomi, Crimea nampaknya ‘menumpangkan’ Tentera Laut Rusia di Laut Hitam, Laut Azov dan Laut Mediterranean yang juga dikenali sebagai Armada Laut Hitam Rusia. Disebabkan ni jua, Ukraine menuduh Rusia menjajah wilayah tersebut.
Kalau nak ikutkan sejarah, Crimea pada mulanya diserap ke dalam empayar Rusia bersama kebanyakan wilayah etnik Ukraine oleh Catherine the Great pada abad ke-18. Malah, lebih dari setengah juta orang terbunuh dalam Perang Crimea 1853-1856 antara Rusia dan Empayar Uthmaniyyah, yang disokong oleh Britain dan Perancis. Konflik tu jugalah yang membentuk semula Eropah dan membuka jalan untuk Perang Dunia Pertama.
Kemudian pada 1921, semenanjung tersebut yang didiami oleh Muslim Tatar kemudiannya menjadi sebahagian daripada Kesatuan Soviet. Muslim Tatar kemudiannya diusir secara beramai-ramai oleh pemimpin Soviet Joseph Stalin pada akhir Perang Dunia Kedua kerana didakwa kerjasama dengan Nazi.
Kemudiannya pada 1954, pemimpin Soviet, Nikita Khrushchev meletakkan Crimea sebagai sebahagian daripada Ukraine apabila mereka bersetuju untuk menyertai Kesatuan Soviet. Ni bukanlah satu hal besar pun, sampailah apabila Kesatuan Soviet berpecah pada tahun 1991, dan Crimea masih lagi jajahan Ukraine. Tapi sejak kejatuhan Kesatuan Soviet tu jugalah mulalah wujudnya pertikaian politik berkala pasal status Crimea di antara Moscow dan Kiev.
Berbeza dengan apa yang berlaku dengan penduduk Hong Kong, nampaknya hampir 60% dari DUA juta penduduk Crimea mengakui yang mereka adalah rakyat Rusia, dan bukannya Ukraine.
Pada Barat, Crimea lebih dikenali sebagai tapak Persidangan Yalta 1945, di mana diktator Soviet Josef Stalin, Presiden Franklin D. Roosevelt dan Perdana Menteri Britain Winston Churchill pernah memeterai bahagian pasca perang di Eropah.
Pada tahun 2014, kerajaan Crimea buat keputusan mengejutkan apabila secara rasmi memohon untuk menyertai Rusia selepas melalui undian referendum, sebanyak 95% penduduk semenanjung tu memutuskan untuk berpisah dengan Ukraine dan bergabung dengan Rusia. Kerajaan Ukraine juga tak dapat buat apa-apa lebih-lebih lagi bila Crimea mendapat sokongan ketenteraan Rusia yang bersempadan dengan di wilayah tu.
Tapi keputusan referendum tu tak diiktiraf Kesatuan Eropah dan Amerika, sebab mereka rasa yang kemungkinannya, rakyat Crimea sebenarnya dipaksa oleh Armada Laut Hitam Rusia yang berada di perairan wilayah tu. Dengan itu, Kesatuan Amerika dan Eropah pun terus mengenakan sekatan ekonomi dan politik terhadap Moscow.
Malaysia pun ada negeri yang ada autonomi tersendiri
Banyak lagi sebenarnya negara-negara lain yang mempunyai wilayah autonomi tersendiri. Tapi di Malaysia pula, kita masih mengamalkan satu sistem bagi setiap negeri, kecuali di Sabah dan Sarawak. Negeri-negeri ni mempunyai autonomi sendiri di bawah perjanjian MA63, atau dikenali sebagai Perjanjian Malaysia 1963 sebagai rakan kongsi sama taraf dalam pembentukan Malaysia.
“Borneo Utara dan Sarawak dan negara Singapura akan digabungkan dengan negeri-negeri yang sedia ada dalam Persekutuan Tanah Melayu membentuk suatu kesatuan yang dinamakan Malaysia berikutan dari perjanijian yang termeterai”- Artikel 1, Perjanjian Malaysia 1963 (diterjemah)
Dan sebab ni la Sabah dan Sarawak mendapat keistimewaan di mana mereka boleh membuat undang-undang sendiri untuk menjaga kedaulatan negeri mereka, dan mempunyai hak-hak tersendiri yang perlu dilindungi, terutamanya dalam dua bidang, iaitu dalam hal-ehwal imigresen dan pendidikan, di mana kita masih boleh dihalang memasuki negeri itu atas sebab-sebab tertentu yang ditetapkan pihak berkuasa negeri tersebut.
- 3.7KShare sekarang!
- Email22
- Facebook3.7K
- Share