Selain daripada Berjaya Times Square, Vincent Tan jugalah orang yang bawa rangkaian makanan segera macam McDonald’s, Wendy’s dan Starbucks ke Malaysia.
Tapi isu utama lapangan terbang ni adalah landasannya. Selain daripada terlalu kecil untuk menampung lebih dari satu penerbangan dan pendaratan pada satu-satu masa, ia hanya boleh diakses dari sebelah utara, jadi pesawat yang masuk mestilah:
1. Datang dengan kelajuan menghadap ke dinding gunung di selatan
2. Mengelak pergunungan dengan membuat pusingan tajam ke landasan, dan kemudian
3. Menghentikan pesawat sebelum landasan pendek habis atau berdepan dengan kemungkinan untuk jatuh di penghujung selepas landasan.
Macam yang korang boleh tengok, kegagalan untuk melakukan langkah 2 dan 3 akan menyebabkan pelanggaran yang teruk.Senang kata, benda ni agak merbahayakan nyawa.
Vincent Tan dan rancangannya untuk lapangan terbang baru di Tioman
Memandangkan Tioman agak popular dalam kalangan pelancongtempatan dan luar negara, bukankah elok kalau ada lapangan terbang di pulau tersebut? Tambahan lagi, ianya adalah percuma kepada kerajaan.
“Kami takkan menyusahkan kerajaan kerana saya fikir sesiapa saja yang nak menjalankan projek infrastruktur perlu mencari pembiayaan sendiri dan bukan hanya meminta kerajaan.” – Vincent Tan
Kerajaan Pahang juga nampaknya bersetuju dengan idea tu. Lagipun, dah tiba masanya untuk Tioman menarik orang awam dan juga keuntungan walaupun semasa musim monsun, di mana bot selalunya tak dapat belayar. Sebab tak best la kalau mereka tak dapat bagi servis dan jana keuntungan masa musim hujan, kan?
Walaupun ada yang menyokong idea itu, Malaysia Airport Holdings Berhad mencelah dan mengatakan yang pembinaan lapangan terbang tu akan jadi agak susah sebab mereka perlu melakukan penambakan tanah (dan macam-macam lagi lepas tu), sebab Tioman sebenarnya agak kurang ideal dari segi geografi.
Jadiiiiii, ini maknanya pilihan yang mereka ada adalah dengan menambaknya ke tengahlautan, macam sebuah lapangan terbang terapung.
Kenapa kebanyakan orang pulau sangat tak bersetuju?
Lapangan terbang terapung, bunyi macam cool gila, kan? Tapi tak semudah tu. Walaupun kebanyakan orang kerajaan ni berikrar untuk sokongan mereka, tapi nampaknya orang tempatan di beberapa buah kampung di sekitar Pulau Tioman tak berapa setuju dengan kes lapangan terbang ni.
Bagi mereka, mereka bimbang penambakan tanah (yang pada asasnya menaikkan tanah dari bawah air untuk membuat pulau baru) boleh merosakkan kawasan sekitarnya, terutamanya terumbu karang di sekitar pulau, yang mana menjadi daya tarikan Tioman tu sendiri.
Kalau korang nak tahu, terumbu karang di seluruh dunia semakin merosot, tapi Tioman pula memeliharanya dengan baik,menjadikannya sebahagian besar daripada identiti kebangsaan kita:
“Mereka perlu menambak tanah, yang menyebabkan pemendapan, serta menjejaskan kualiti terumbu karang. Sejauh manakah kita bersedia untuk mengorbankannya demi keuntungan? “- Alvin Chelliah, Pengurus Program untuk NGO Reef Check Malaysia dan penduduk Tioman selama 5 tahun
Walaupun pendapatan penduduk tempatan dikatakan akan bertambah disebabkan pembinaan lapangan terbang tersebut, tapi ketua Kampung Genting, Haji Azman tak bersetuju. Dia memberi contoh seperti Langkawi dan Redang yang dirasakannya akan mendatangkan pelancong dari kelas berlainan, malah mengambil pendapatan daripada chalet milik tempatan, sebab mestilah mat salleh kaya lagi prefer tinggal di hotel 4 atau 5 bintang.
Malah dia menambah lagi, dana yang ada lebih baik dibelanjakan untuk menaik taraf lapangan terbang sedia ada, dan bukannya membina yang baru. Sebenarnya memang ada rancangan untuk melakukannya, tetapi mereka mendapati masalah alam sekitar.
Dan sementara kita masih berbincang pasal kewangan, penduduk tempatan merasakan terdapat banyak perkara lain untuk dibelanjakan selain lapangan terbang yang baru …
Terutamanya bila Tioman ni asyik takde air je!
Ironi, kan? Korang ingat bila pulau dikelilingi lautan mestilah selalu ada air, kan? Tapi nampaknya Tioman asyik ada masalah air je, dan perkara ni dah lama! Contohnya bila benda ni dah jadi isu pun pada tahun 2005 sampai sekarang, terutama sekali masa musim kering yang tiada hujan turun.
“Tioman tidak mempunyai sistem tadahan air yang betul. Wang boleh dibelanjakan dengan lebih baik untuk menaik taraf lapangan terbang sedia ada dan sistem tadahan air yang betul. “- Alvin
Tapi bukan tu je… menurut Alvin, kadang-kadang nak berak pun sakit kepala kat sini sebab selalu ada kekurangan tandas awam di pulau tu. Dia mengatakan yang kebanyakan kampung takde tandas awam, di Tekek (kampung utama), hanya toilet wanita yang ada, sehingga SEMUA ORANG kena guna.
Jadi bayangkanlah kalau korang nak lepaskan hajat, dan seluruh kampung gunakannya, dan bila korang buka paip air, TAKDE AIR untuk basuh. Macam manaaaa?
Selain masalah air dan tandas, Tioman tak mempunyai sistem pelupusan sisa yang betul. Walaupun mereka mempunyai insinerator, Alvin kata sampah lebih banyak dihasilkan daripada apa yang insinerator boleh ambil, terutamanya semasa musim puncak. Terdapat juga jenis sampah tertentu yang insinerator tak boleh musnahkan, seperti peralatan elektrik yang rosak.
Walaupun Tioman nampak cantik dari segi luaran, tapi banyak perkara yang perlu dibaiki
Jadi macam yang korang boleh tengok sekarang, keadaan Tioman ni agak teruk sebenarnya.
Persoalan utama sekarang adalah, kalau lapangan terbang baru dibina (kelulusan dari kerajaan masih belum selesai buat masa ni), macam mana pulau tu boleh bertahan dengan kemasukan semua pelancong tanpa tandas awam, pelupusan sisa dan sistem bekalan air di tempatnya?
Jadi tak hairanlah penduduk Tioman yang diketuai oleh Haji Azman mengadakan protes terhadap lapangan terbang baru pada 21 Oktober ni. Jadi, sekiranya korang berada di pulau pada masa tu dan nak tengok apa yang berlaku, korang boleh pergi ke gelanggang sepak takraw Kampung Genting pada pukul 11 pagi pada 21 Oktober 2018.
211Share sekarang! WhatsApp Email13 Facebook198 ShareBaru-baru ni satu Malaysia digemparkan dengan kehilangan remaja Ireland waktu dia dengan keluarganya bercuti di …
211Share sekarang! WhatsApp Email13 Facebook198 ShareSeperti kita semua tahu kerajaan dah pun membenarkan sektor pelancongan dalam negara kita beroperasi, tetapi …