Tambahan pula, Dasar Automotif Kebangsaan akan dikaji semula untuk memastikan yang syarikat kereta tempatan akan kekal berdaya saing dan dilindungi. Tapi nampaknya… ramai netizen merasakan perkara ni bukanlah satu idea yang bagus. Nak nak pulak dengan ekonomi sekarang…
“Saya diberitahu bahawa tidak ada siapa yang ingin lihat kereta nasional kedua. Cukuplah dengan Proton yang dikatakan gagal.” – Tun M, dalam responnya selepas mendapat pelbagai tentangan pakar dan netizen.
Tapi… macam mana pulak dengan PERODUA? Bukan ke…
PERODUA adalah idea Tun M?
Dalam video korporat mereka yang dilancarkan pada 2013 di saluran YouTube Perodua, perkara pertama yang korang boleh dengar, Tun M kata:
“Di Jepun, saya lihat ada kereta 600cc. Dan saya rasa ini adalah kereta yang kebanyakan orang boleh beli. Disebabkan Perodua, ramai rakyat Malaysia yang sebelum ni tak mampu beli kereta sekarang ni ada kereta. Ianya sangat selesa sebab ia adalah sebuah kereta yang kecil” – Tun M, dipetik dari video.
Sebuah artikel oleh wemotor.com beberapa tahun lepas mendokumentasikan lawatan semula Tun ke HQ Perodua yang merujuk Tun sebagai “gambaran disebalik pembentukan Perodua”. Adakah Tun M sebenarnya yang bawa idea kereta-kereta kecil dari Jepun yang dipanggil “kereta kei” dan memulakan Perodua dengannya?
Bila kitorang tanya soalan ni pada sidang akhbar Perodua baru-baru ini, jawapan Presiden dan CEO Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh tu agak mengejutkan kitorang…
“Betul. Inilah sebab kenapa kita masih dalam perjalanan untuk mengejar impian tu. Kita masih dalam perniagaan kereta kecil dan compact. Dan itulah kekuatan rakan kongsi kami. Dan kami akan masih memperbaiki, dan menyediakan produk yang lebih baik.” – Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh, CEO dan Presiden Perodua
Bila ditanya pasal pertikaian mengenai penglibatan Perodua dalam projek kereta nasional baru dan impak peraturan perlindungan yang dicadangkan, CEO ni tak banyak komen. Malah, berulang kali mengatakan yang ia TERLALU AWAL untuk Perodua bagi komen pasal perkara ni dan mereka perlu memahami butiran (terutamanya SST yang dicadangkan, iaitu cukai jualan dan perkhidmatan).
Dalam maklum balasnya, dia banyak kali MENEKANKAN yang mereka akan masih meneruskan apa yang mereka lakukan dengan penjualan kereta compact ni (terutamanya harga yang berpatutan dan mampu milik). Mereka juga takkan menyimpang dari tujuan asal – untuk meningkatkan proses perniagaan dan ekosistem. Malah, fokus mereka adalah untuk terus memperbaiki dan bersaing walaupun dilindungi oleh dasar perdagangan kerajaan.
Sebenarnya, macam mana prestasi Perodua sebagai pengeluar kereta Malaysia?
Walaupun kitorang tak hebat sangat dalam ilmu hisab ni, tapi nampaknya tak susah pun nak tahu yang prestasi Perodua lebih baik berbanding Proton – menurut Malaysiakini, berdasarkan rakan kongsi asing, isu legasi, skala dan kedudukan pasaran. Perodua ada ikatan kuat dengan Daihatsu (dari ekuiti awal 20% hingga ekuiti semasa 25%) dan falsafah penambahbaikan yang berterusan membuatkan Perodua menjadi model terlaris di Malaysia pada pertengahan tahun 2000.
Proton pula memulakan perkongsiannya dengan Mitsubishi (30% ekuiti awal) pada tahun 1983, memuncak pada tahun 90-an (73% bahagian pasaran) tapi perlahan-lahan mengurangkan ekuiti Mitsubishi (dan menjual semua 7.9% pada 2005) sambil mengambil peluang untuk belajar daripada Mitsubishi. Perodua takde masalah legasi untuk dibebani manakala Proton terjebak dengan Lotus sebagai liabilitikewangannya yang besar dan projek Kenderaan Elektrik (EV) yang gagal.
Pengeluaran Perodua adalah pada 70% dari kapasiti sepenuhnya manakala Proton berada pada 30%. Dari segi kedudukan pasaran, Perodua mengekalkan trofi sebab diberi tumpuan terutamanya pada tahap kemasukan (dengan cc rendah), mempunyai strategi pemasaran yang konsisten, struktur harga yang menarik untuk segmen sasaran yang relevan dan kenderaan yang cekap tenaga.
Proton pula nampaknya takde matlamat yang jelas. 4 model dikeluarkan pada masa yang sama (mengakibatkan persaingan produk intrafirm) dan menghasilkan kenderaan dengan bahan bakar yang kurang cekap.
Nampaknya, Perodua lebih berpotensi untuk jadi kereta nasional, tapi…
Kenapa Tun M tak jadikan Perodua sebagai kereta nasional je?
Bila kitorang minta CEO Perodua untuk komen pasal projek kereta nasional yang baru, dia kata yang ia terlalu awal untuk tentukan yang Perodua akan masuk campur atau tak. Sebabnya, diorang tak tahu apa pandangan Tun M pasal Perodua sekarang ni.
“Kami baru je berusia 25 tahun. Masih muda dan dara. Masih ada BANYAK lagi untuk kami pelajari dari partner kami, Daihatsu. Daihatsu ni dah lebih dari 100 tahun.” – komen Datuk Aminar Rashid Salleh.
Mungkin ke sebab ada persepsi yang saham majoriti Perodua sebenarnya bukan rakyat Malaysia? Menurut laman korporatnya, pemegang saham Perodua adalah-
Mitsui & Co. Ltd 4.2%
Mitsui & Co. (Asia Pacific) Pte Ltd 2.8%”.
Daihatsu Motor Co. Ltd 20%,
UMW Corporation Sdn Bhd 38%,
Daihatsu (Malaysia) Sdn Bhd 5%,
PNB Equity Resource Corporation Sdn Berhad 10%,
MBM Resources Berhad 20%,
Sekali pandang, nampaknya macam tu la. Tapi korang kena tahu yang UMW Toyota sebenarnya hampir 100% milik Malaysia. Ni bermakna saham antarabangsa kurang daripada 30% kepentingan awal Mitsubishi dalam Proton. Kalau nak compare dengan Proton, Perodua banyak belajar dari Daihatsu.
Menurut buku Dude, That’s My Car! oleh Ahmad Tamimi Bin Omar dari Perodua, Daihatsu Motor Co (DMC) mengambil alih pengeluaran kenderaan Perodua pada tahun 2001 selepas beberapa tahun menjadi pemegang sahamnya. DMC mempunyai pengetahuan, keupayaan, disiplin, sikap dan pengalaman yang tepatdalam pembuatan kereta yang perlu dipelihara oleh Perodua.
Akibatnya, mereka berjaya membuat perubahan yang diperlukan untuk membantu menyelamatkan syarikat itu dan menurunkan harga (sebab “harga kereta bukan nasional menurun dalam tempoh 10 tahun yang lalu”, menurut buku tu).
Malah, beberapa model Proton adalah berdasarkan reka bentuk model kereta asing. Sama macam perkongsian Perodua dengan Daihatsu, Mitsubishi juga mempunyai pengaruh besar terhadap perniagaan Protonsejak tahun 1980an, dengan setiap kereta Proton dilancarkan antara tahun 1985 dan 2000 berdasarkan kereta Mitsubishi (kecuali Proton Tiara yang berdasarkan Citroën AX Perancis). Model Proton yang kemudian seperti Gen-2, Persona, Perdana generasi kedua dan Ertiga berdasarkan model Youngman, Honda dan Suzuki.
Selain tu, kebanyakan saham syarikat kereta adalah besar – contohnya macam saham syarikat kereta Jepun bersama Toyota, Honda, Mazda, Mitsubishi dan Nissan yang kebanyakannya dipegang oleh entiti Jepun termasuk bank, syarikat insurans dan syarikat automotif lain. Tapi syarikat kereta Barat macam BMW, Volkswagen, dan Daimler (salah satunya adalah Mercedes Benz) mempunyai struktur pemegang saham yang agak rojak!
Para pemegang saham mereka datang dari pelbagai bahagian dunia. Malah Chrysler (AS), merupakan salah satu daripada syarikat-syarikat automotif Big Three dari Detroit,ada bergabung tenaga dengan Fiat (Itali).
Jadi… adakah kita betul-betul perlukan kereta nasional?
Ada banyak manfaat dari syarikat kereta tempatan sebenarnya. Contohnya macam industri automotif Jerman dengan brand mereka tersendiri macam BMW, Mercedes Benz dan Volkswagen yang jadi penyumbang terbesar kepada ekonomi Jerman, dengan hasil automotif 20% daripada jumlah pendapatan ekonomi.
Industri automotif Italipula mencatatkan 4.4% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Itali dan mampu menggaji 1.2 juta pekerja (di lebih 3000 syarikat)! Dan semua ni adalah daripada INDUSTRI KERETA LOKAL, bukan KERETA NASIONAL.
Lebih-lebih lagi, kerajaan juga nak ambil langkah-langkah terdesak untuk mengurangkan tahap hutang RM1 trilion. Jadi… sekarang mungkin bukan masa yang baik untuk buat projek kereta nasional, kan?
457Share sekarang! WhatsApp Email20 Facebook437 Share(This article is a translation. For the original, you can visit our sister site, CILISOS) Setelah …
457Share sekarang! WhatsApp Email20 Facebook437 ShareBaru-baru ini, PEN Malaysia telah mengadakan program Sembang Baru yang merupakan sebahagian dari penganjuran George …