- 966Share sekarang!
- Email10
- Facebook956
- Share
Kalau kita sebut pasal Abu Nawas, mesti ada diantara korang yang dah dengar cerita-cerita dongeng Abu Nawas. Kebanyakan cerita-cerita Abu Nawas ni lawak tapi ada pengajaran yang boleh diambil. Kononnya Abu Nawas ni hidup pada zaman Khalifah Harun Al-Rasyid dan siap ada hubungan baik dengan khalifah lagi.
Katanya asal-usul cerita ini datang daripada sebuah buku dongeng – tajuknya Alfu Lailatin wa Lailah (Cerita 1001 Malam). Kalau korang nak tahu, buku ni dikatakan dari India dan Parsi. Lama-kelamaan makin banyak pulak cerita dongeng dalam tu, sebagai orang Islam kita tak patut percaya buku tu sebagai buku sejarah.
Sebabnya kalau difikir-fikirkan, tak logiknyalah Khalifah Harun Ar-Rasyid yang terkenal dengan sifatnya yang soleh dan bijak boleh kelihatan bangang macam dalam hikayat Abu Nawas ni. Hari ni kami akan bawakan korang 10 kisah dalam hikayat Abu Nawas yang boleh buat korang gelak guling-guling.
Kami mulakan dengan…
1. Jawapan Abu Nawas tentang soalan ayam atau telur yang wujud dulu
(Kisah-kisah yang ada kat artikel ni kami ambil daripada kisah 1001 malam Abu Nawas)
Kalau korang pernah ada soalan tentang ayam atau telur wujud dulu, korang kena baca cerita ni sampai habis. Kisahnya raja dalam negeri Abu Nawas tinggal tu ada pelihara ayam, bila dia tengok ayam betina dia betelur, dia nak buat satu pertandingan. Hadiah untuk pertandingan tu satu guni kecil wang emas.
Satu guni emas ni rasanya dalam 20-30 kali jugaklah nilai BR1M, jadi dah tentu-tentu ramai orang akan berminat nak ikut. Tapi diorang tahu raja diorang ni pelik sikit, kalau ada pertandingan macam ni, mesti orang yang kalah akan dihukum. Raja tu beritahu orang ramai – pertandingan ni ada dua syarat, pertama kena bagi jawapan yang logik dan kedua kena boleh jawab soalan raja.
Soalan raja untuk pertandingan ni simple je, telur atau ayam, yang mana mula-mula wujud?
Pertandingan tu pun bermula, orang pertama datang jumpa raja. Dia pun dengan gaya selamber jawab dah sah-sah lah telur yang ada dulu, macam mana ayam ada kalau telur takde? Raja pun kata – habis tu siapa yang keluarkan telur kalau bukan ayam? Kepala mamat tu jem, dia tak boleh jawab. Apa lagi, terus raja bagi dia masuk dalam penjara.
Satu demi satu orang datang nak dapatkan wang emas yang dijanjikan tu, tapi semua tak dapat puaskan hati raja. Tibalah giliran Abu Nawas, dia pun dengan muka tenang tapi confident kata telur yang wujud dulu. Raja tu tanya, apasal pulak? Dia kata senang je, cuba lepaskan ayam tu dulu. Lepas ni kita tengok siapa yang kenal siapa – ayam kenal telur atau telur kenal ayam.
Dah tentu-tentulah ayam akan pergi kat telur sebab telur mana boleh bergerak lagi. Abu Nawas kata itulah bukti yang telur ada dulu sebab ayam pergi ke telur untuk mengeram telur. Telur tak pulak pergi kat ayam. Paling tak boleh bla raja terima logik ni. Abu Nawas pun diumumkan sebagai pemenang pertandingan tu.
2. Penyakit cinta yang diubati oleh Abu Nawas
Anak raja kat negeri Abu Nawas jatuh sakit, keadaan tu buatkan raja sedih. Raja dah memanggil beratus-ratus tabib (macam doktorlah zaman sekarang) untuk ubati penyakit anaknya tu. Tapi takde seorang pun dalam ramai-ramai tabib yang dipanggil dapat ubati anak raja tu, lagi pelik diorang tak tahu pun apa penyakit yang serang anak raja.
Bagi sesiapa yang selalu baca cerita Abu Nawas, korang tahulah yang raja ni rapat dengan Abu Nawas. Abu Nawas fikir – sebagai seorang kawan, dia kena tolong member dia. Dia pun tawarkan diri untuk tolong ubatkan anak raja tu.
Tabib-tabib yang datang sebelum ni datang dengan macam-macam alat, alaa macam korang tak biasa tengok dukun dulu-dulu buat kerja. Tapi Abu Nawas relaks je datang dengan tangan kosong. Lepas dia tengok putera raja tu, dia terus dapat idea. Abu Nawas kata;
“Korang tolong panggilkan aku orang tua yang tahu setiap nama tempat kat negeri ni.”
Akhirnya orang yang Abu Nawas minta tu datang. Abu Nawas minta lelaki tu sebutkan semua nama tempat kat negeri dia. Masa orang tu sebutkan nama-nama tempat, Abu Nawas letakkan telinga dia kat dada putera raja tu.
Tiba-tiba Abu Nawas kata nak pergi satu kampung kat sebelah utara negeri tu. Raja pun tanya – awat hang nak pergi sana? Abu Nawas beritahu nanti aku habaq pasai apa. Saja letak loghat Kedah, nampak epik sikit. Lepas dua hari dari kampung tu, Abu Nawas kembali ke istana.
Dia pun beritahu raja yang sebenarnya anak tunggal dia tu tengah jatuh cinta kat seorang gadis, tapi dia tak berani beritahu. Abu Nawas kata – kalau hang nak putera tunggal hang sihat balik, baik hang kahwinkan anak hang dengan perempuan tu. Raja tanya, macam mana hang tahu? Abu Nawas Jawab;
“Masa orang tu sebutkan nama-nama tempat, aku dengar jantung anak hang. Masa nama kampung kat utara disebut, jantung dia laju. Aku pun pergilah sana, nampaknya memang putera dah jatuh cinta.”
3. Kisah Abu Nawas dengan Qadi
Korang pernah tak dapat mimpi yang rasa macam betul-betul terjadi? Ni kami nak cerita pasal Abu Nawas dengan seorang kadi (hakim) kat negeri dia. Abu Nawas ni seorang guru yang ada banyak murid. Satu malam tu, tiba-tiba ada perempuan tua dan pemuda dari Mesir datang mengadu kat dia. Dorang buat aduan tentang kadi baru yang ada perangai tak elok.
Lepas je dengar aduan diorang ni, Abu Nawas perintahkan murid-muridnya pulang. Abu Nawas suruh diorang datang malam ni dengan cangkul, kapak, tukul dan barang perkakas lain dan ajak member sekali. Murid Abu Nawas rasa pelik, tapi tetap ikut arahan guru diorang ni.
Malam tu, diorang pun datang dengan macam-macam perkakas. Sampai je diorang kat rumah Abu Nawas, diorang dapat arahan untuk hancurkan rumah kadi yang baru dilantik. Diorang pun tanya – apasal nak buat macam tu? Abu Nawas kata buat je, kalau ada yang tanya kata je dia yang suruh.
Diorang pun tahu yang Abu Nawas ni otak dia geliga, adalah helah dia tu. Kot-kot kadi tu ngorat awek Abu Nawas ke. Dorang pun terus rosakkan rumah kadi tu dengan penuh agresif. Adalah orang cuba nak halang, tapi murid Abu Nawas ni dah ramai gila. Bila kadi tu tahu yang Abu Nawas suruh murid dia buat macam tu, terus dia mengadu kat raja.
Sampai ja kat depan raja, Abu Nawas ditanya mengapa dia suruh murid-murid dia hancurkan rumah kadi tu. Abu Nawas dengan relaks jawab – sebab semalam aku mimpi kadi tak suka rumah tu. Raja pun naik angin dengan jawapan tu, tapi Abu Nawas kata dia cuma pakai hukum kadi tu.
Sebenarnya kadi tu mimpi yang ada orang muda dari Mesir nak kahwin dengan anak dia. Bila dia nampak pemuda Mesir, dia minta pemuda tu kahwin dengan anak dia dan bagi hantaran yang mahal gila-gila. Memang sah-sahlah pemuda tu tak nak.
Akhirnya terbukti cerita Abu Nawas betul, kadi tu dipecat dan dihukum oleh raja. Segala harta kadi tu dirampas oleh raja dan sejak itu Abu Nawas makin terkenal sampai Mesir.
4. Kisah Abu Nawas berjaya menewaskan hujan
Kalau korang fikir Abu Nawas ni tak takut apa-apa, korang dah silap. Walaupun dia ni bijak tahap dewa, tapi dia takut dengan beruang. Raja kepada Abu Nawas tahu benda ni, dan dia fikir kali ni pasti dia akan berjaya kalahkan Abu Nawas. Yalah, kasihan jugak kami tengok raja Abu Nawas ni, asyik-asyik kalah, noob betul!
Raja tu pun dapat satu idea – dia nak bawak Abu Nawas pergi memburu kat satu hutan yang memang terkenal sebab banyak beruang. Apa lagi, raja pun terus panggil Abu Nawas dan ajak dia pergi berburu. Macam biasalah, Abu Nawas takde pilihan, dia terpaksa ikut kemahuan raja tu.
Masa diorang tengah jalan nak pergi hutan tu, tiba-tiba awan dah gelap habis – takkan ini pun kami nak beritahu maksudnya nak hujan. Raja tu pun dapat satu helah, dia kata;
“Abu Nawas, kejap lagi nak hujan. Macam ni, kita jumpa masa makan tengahari nanti kat tempat aku berehat. Ada syaratnya, kita mesti berjumpa dalam keadaan baju kering. Kalau baju kau basah, aku hukum kau Abu Nawas.”
Raja pun bagi Abu Nawas kuda yang lari slow, raja pulak naik kuda yang lari laju. Walaupun kuda yang raja gunakan tu lari laju, diorang tetap je basah sebab hujan turun dengan lebat. Masa raja dan pembesar lain nak makan, Abu Nawas pun sampai dengan baju yang kering. Diorang pun pelik. Esoknya, raja guna taktik yang sama, tapi kali ni dia bagi Abu Nawas kuda yang laju, raja pulak guna kuda yang slow.
Esoknya hujan turun dengan lebih lebat, raja pun naik kuda yang slow. Confirmlah raja tu akan basah kuyup. Abu Nawas yang naik kuda yang laju sekali lagi datang dengan baju yang tak basah. Raja dah tak boleh tahan, dan tanya Abu Nawas – bagaimana kau boleh tak basah sebenarnya?
“Senang je, aku tak berlindung pun masa hujan tu turun. Aku tanggalkan semua baju aku, lepas tu aku duduk kat atas baju aku rapat-rapat supaya tak kena air hujan.” – Abu Nawas menjawab soalan raja
5. Kisah Abu Nawas mengangkat masjid di bahunya
Cerita ni antara cerita Abu Nawas yang paling terkenal, selalunya orang akan cerita masa nak tunggu azan Jumaat. Takdelah kami gurau je. Cerita dia macam ni – selesai je Raja kepada Abu Nawas solat Jumaat, dia rasa masjid tu dah makin semak. Raja tu rasa masjid yang dah semak tu perlu dipindahkan.
Macam biasalah, raja diorang ni suka buat pertandingan. Dia pun kata sesiapa yang boleh pindahkan masjid tu akan dapat seguni emas. Banyak kali jugak dia ulang, tapi takde siapa yang nak buat kerja gila tu. Akhirnya, Abu Nawas kata dia sanggup dengan syarat raja tu kena beri semua orang yang ada kat sana makanan percuma.
Raja tu setuju dengan syarat Abu Nawas, dia pun berikan semua orang yang hadir makanan. Selesai je makan, raja tu terus suruh Abu Nawas laksanakan janji dia. Dia kata – takde hal, mari ikut aku ke masjid tu. Raja dan orang ramai pun terus ikut Abu Nawas dari belakang. Sampai je kat masjid tu, Abu Nawas angkat lengan baju dan gulung seluar macam nak angkat barang berat.
Dia pun dengan muka selamber kata;
“Orang-orang yang hadir, korangkan baru habis makan. Mesti korang banyak tenaga bukan? Selalunya kalau aku nak angkat benda berat aku akan minta tolong orang. Cepat angkat masjid ni dan letak kat bahu aku. Lepas tu aku akan pindahkan masjid ni.”
Memang takdelah orang dapat angkat masjid tu Abu Nawas! Bijak sungguh kepala otak mamat ni. Bila raja dengar ayat Abu Nawas ni, dia tahu yang dia kalah lagi macam biasa. Dia pun bagi “like” macam korang selalu like SOSCILI.
Cerita Abu Nawas ni sekadar hiburan, bukan rujukan
Kalau korang nak tahu, cerita tentang Abu Nawas ni cuma cerita dongeng je. Versi yang popular adalah raja yang dikatakan ada dalam cerita ni bernama – Khalifah Harun Al-Rasyid. Kalau korang nak tahu, Harun Ar-Rasyid ni kira khalifah Islam yang power. Secara logiknya, takkanlah dia bangang sangat nak buat pertandingan-pertandingan yang tak masuk akal.
“Itu semua riwayat bohong yang tidak benar. Khalifah Harun al-Rasyid tidaklah sebodoh itu, sementara Abu Nuwwas dalam sejarah Baghdad seorang penyair yang banyak memuji arak dan wanita. Khalifah Harun al-Rasyid merupakan antara khalifah yang baik dan bijak. Maka, janganlah kita percaya kepada cerita yang seperti itu.” – Dr MAZA, dipetik dari fanpagenya
Sebab tu kitaorang tak guna nama Harun Al-Rasyid dalam cerita-cerita kat atas. Kami guna nama raja je. Jadi korang ambiklah cerita-cerita kat atas sebagai hiburan, kami tahu kadang-kadang kalau kita tengah lepak dengan member, takde benda nak diborakkan. Bolehlah korang gunakan cerita Abu Nawas ni untuk hiburkan member.
- 966Share sekarang!
- Email10
- Facebook956
- Share