Anak muda tak boleh bawak perubahan? Ni senarai anak muda yang power

UPDATE 3/7/2017: Syed Saddiq telah mencipta sejarah sebagai Menteri termuda pernah dilantik dalam sejarah Malaysia pada usia 26 tahun. Pelantikan dia sebagai Menteri Belia dan Sukan ini juga sudah mendapat komen positif daripada jaguh badminton negara, Lee Chong Wei. Ini membuktikan orang muda semakin mendapat tempat dalam kepimpinan negara.


Kalau korang ingat, dulu Sokaerno pernah kata nak goncangkan dunia kalau ada 10 orang pemuda. Korang rasa masa tu Sokaerno gebang atau dia betul-betul yakin yang anak muda ni boleh bawak perubahan? Kalau orang muda takat gantung bendera atas pokok, macam manalah agaknya nak goncangkan dunia. Kalau jatuh, kepala diorang yang bergoncang.

Umur tu cuma angka je, kalau korang rasa korang masih muda, enjoy jeeee…Imej dari Giphy

Kalau kami sebut orang muda kat Malaysia, muka siapa korang terbayang? Hmmm…kalau korang sebut Khairy Jamaluddin, dia dah 42 tahun okay. Takpe, hari ni kami bawakan korang senarai orang muda yang terlibat dengan politik atau nak bawa perubahan pada zaman dulu kala di tanah air kita. Kita mulakan dengan…

1. Ahmad Boestamam dah jadi wartawan masa umur 15 dan Rosli Dhobi tikam Sir Duncan

Kalau korang perasan, peranan anak muda dalam bawa perubahan ni dah lama. Sebab tu tak logik kalau ada pak cik kat kedai kopi kata anak muda ni masih mentah nak terlibat dengan politik. Kalau korang selalu baca buku sejarah, selain daripada tertidur, korang akan perasan banyak nama-nama orang muda akan disebut. Dua orang mamat ni antara yang famous

Abah, lepas SPM adik nak join politik lah. Boleh dapat duit lebih pacak bendera. Imej dari Giphy
Ahmad Boestamam dah jadi wartawan masa umur dia 15 tahun

Bagi sesiapa yang tak kenal Ahmad Boestaman ni, dia adalah wartawan dan pejuang kemerdekaan. Dia dilahirkan pada tahun 1920 kat Setapak, Selangor. Sepanjang dia hidup, tiga kali jugaklah dia masuk penjara. Korang kena ingat, zaman penjajah dulu, tak semestinya yang masuk penjara tu boleh dikira orang jahat.

Punyalah gempak Ahmad Boestamam ni, dia dah terlibat dengan bidang kewartawanan masa umur 15 tahun. Masa tu dia sekolah kat Anderson School, dia rajin menulis rencana untuk akhbar Saudara. Pada tahun 1941, dia kerja kat Utusan Melayu di Queen Street, Singapura. Antara jawatan terawal dia adalah Setiausaha Agung Kesatuan Melayu Muda (KMM).

Handsome gak Ahmad Boestamam ni. Imej dari Blog Amnaj

Kalau korang masih ingat, sebelum kita merdeka British pernah nak perkenalkan Malayan Union (MU). Kalau sebelum British nak buat MU ni kesedaran rakyat nak merdeka rendah, lepas je MU diumumkan tiba-tiba ramai rakyat bangkit nak lawan British. Ahmad Boestaman dan Dr Burhanuddin Al Helmi pun tubuhkan Angkatan Pemuda Insaf (API) untuk tuntut kemerdekaan.

Sebab API ni radikal, British pun haramkan API dan Ahmad Boestaman ditangkap dipenjara dari tahun 1948-1954. Keluar je dari penjara dia tubuhkan parti politik dan menang kerusi Parlimen Setapak di KL masa Pilihan Raya Umum 1959.
Rosli Dhobi seorang cikgu yang nak bebaskan Sarawak daripada British

Cerita Rosli Dhoby ni kira cerita yang popular lah jugak, siap selalu disebut dalam buku teks sejarah masa kat sekolah. Masa Rosli berumur 17 tahun, dia merupakan guru yang nak bebaskan Sarawak daripada penjajahan British. Rosli sertai Gerakan Pemuda Melayu Sarawak (GPMS) – dan dari sinilah tertubuhnya kumpulan Rukun 13 yang membantah Raja Ketiga Sarawak serahkan Sarawak pada British.

Tujuan utama Rukun 13 ni nak tikam Sir Duncan sebab dia tak popular dalam kalangan bumiputera Sarawak dan selalu bersikap angkuh. Diorang pilih Rosli untuk tikam Sir Duncan  dan pada 3 Disember 1949 – Sir Duncan ditikam menggunakan pisau tradisional (badik) Sarawak yang beracun. Tujuh hari lepas ditikam, Sir Duncan ni mati. Rosli dan kawan-kawan dia ditangkap dan dijatuhkan hukuman mati.

Walaupun ada yang anggap Rosli Dhobi sebagai pembunuh, rakyat Malaysia tetap angkat dia sebagai pejuang kemerdekaan. Imej dari KOSMO

2. Najib dah jadi wakil rakyat masa umur 23 tahun

Kalau korang tak kenal Datuk Seri Najib Razak ni, rasanya korang boleh fikirkan untuk pindah kat negara lain. Kalau korang selalu habiskan masa lepak kat media sosial, memang tak sah kalau tak tengok posting pasal dia. Macam-macam gaya kami tengok korang cakap pasal dia – ada sokong dengan hashtag #RespectMyPM dan tak kurang jugak yang siap kutuk dia. Apa-apa pun, dia adalah Perdana Menteri kita.

Baru-baru ni ramai tak puas hati sebab kena mengundi hari Rabu. Imej dari Facebook

Oleh sebab soalan biodata Najib Razak ni tak masuk soalan SPM, kami rasa tak ramai yang tahu biodata dia. Kalau korang nak tahu, Perdana Menteri kita dilahirkan pada 23 Julai 1953. Macam kami kata awal-awal kat atas, ramai orang selalu sound anak muda supaya tak payah nak terlibat sangat dengan politik, sebab masih mentah lagi.

Kalau korang nak tahu, masa tu Najib Razak ni adalah Ahli Parlimen termuda yang Malaysia pernah ada (sekarang Fong Po Kuan). Dia memasuki parlimen setelah kematian ayahnya, Tun Abdul Razak yang merupakan Perdana Menteri kita yang kedua telah meninggal kat London. Bagi sesiapa yang tak tahu, allayarham Tun Abdul Razak meninggal kerana penyakit leukemia.

Macam nak nangis kami tengok video kat atas…lepas pemergian Tun Abdul Razak, Najib Razak yang merupakan anak sulung kepada bekas Perdana Menteri tu bertanding kat parlimen yang ditinggalkan ayahnya. Dia menang tanpa bertanding kat Parlimen Pekan pada usia 23 tahun. Lepas tu, pada usia 25 tahun – dia dilantik jadi menteri paling muda pulak.

Dia dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos. Kebanyakan korang masa umur 25 tahun baru nak cari kerja kosongkan? Lepas tu dia pun meneruskan kerjaya politiknya sampailah jadi Perdana Menteri macam hari ni. Korang mungkin boleh kata dia masuk politik sebab ayahnya, tapi ramai je anak-anak Perdana Menteri yang tak join politik.

Hmmm…boleh tahan jugak Najib Razak ni. Imej dari Giphy

3. Ibrahim Ali masa muda pernah anjurkan demo nak ITM diiktiraf universiti

Ramai orang fikir kalau nak bawa perubahan masa umur masih muda ni diorang kena join parti politik. Tapi sebenarnya ada je orang-orang muda yang tak terlibat dengan secara langsung dengan parti politik tapi mampu buat perubahan. Antara kelompok yang patut buat macam tu adalah geng-geng mahasiswa ni, tapi sekarang ni tak ramai mahasiswa yang berani nak tuntut something kat kerajaan.

Kalau kami sebut pasal Anwar Ibrahim atau Hishamuddin Rais, mesti ramai yang dah dengar cerita diorang masa mahasiswa. Tapi kalau kami sebut pasal Ibrahim Ali, ada je orang tak percaya dia ni bekas aktivis mahasiswa. Kami pernah tulis pasal kegiatan dia masa zaman mahasiswa. Pendek kata, dia ni berani dan lantang bersuara walaupun masih tengah belajar.

Wuu…macho jugak Ibrahim Ali masa muda. Imej dari Soscili

Cerita dia macam ni, masa tu Ibrahim Ali tengah belajar kat Institut Teknologi Mara (ITM). Masa tu ITM ni kerajaan tak iktiraf lagi sebagai universiti. Keadaan ni boleh jejaskan masa depan pelajar-pelajar kat ITM sebab selalunya majikan akan cari budak-budak lepasan universiti.

Apa lagi, Ibrahim Ali yang masa tu Presiden Kesatuan Siswa ITM (KSITM) bercadang nak berdemo supaya kerajaan umumkan ITM sebagai sebuah universiti. Paling best, Naib Canselor ITM masa tu siap bagi lampu hijau lagi pada mahasiswa ni. Dia siap bagi kata-kata motivasi untuk diorang.

Hahhh…yang mana satu Ibrahim Ali? Takpe, kami bagi tips, dia bukan polis tu. Imej dari BlogSerius

“Eloklah kamu semua meneruskan perjuangan ini kerana ia demi kepentingan kamu, bukan kepentingan saya. Kalau kamu belajar dan mendapat diploma lanjutan, tetapi tidak diiktiraf sewajarnya, masa depan kamu juga akan malap.” – Tan Sri Arshad Ayub, dipetik dari UTUSAN

Pada 22 April 1974 diorang pun berarak dari kampus Shah Alam ke Parlimen untuk tuntut kerajaan iktiraf ITM. Tapi belum diorang sampai parlimen, pihak polis dah halang diorang. Diorang pun kuasai kampus kat Shah Alam dan Jalan Othman. Akhirnya kerajaan yang masa tu dipimpin oleh Tun Razak terpaksa akur dan panggil diorang untuk berunding.

“Masa tu kerajaan tak dapat lagi nak iktiraf ITM sebagai universiti, tapi kerajaan janji akan iktiraf diploma kat ITM sama level dengan ijazah.” – Dipetik dari UTUSAN

Impian Ibrahim Ali dan kawan-kawan dia akhirnya jadi kenyataan pada tahun 1999, apabila Tun Mahathir umumkan ITM sebagai universiti. Sekarang korang kenal ITM sebagai Universiti Teknologi Mara (UiTM). Kalau korang budak UiTM, korang kena tahu sejarah ni.

4. Hafiz anak muda yang berjaya kutip 80,000 tandatangan untuk alam sekitar

Kami yakin mesti ada diantara korang yang kata tak nak jadi ahli politik atau dah habis belajar, jadi macam mana nak bawak perubahankan? Sebenarnya korang boleh je ikut mana-mana Non Government Organization yang selalu pressure kerajaan untuk isu-isu tertentu. Contoh yang paling simple kami boleh bagi adalah Kumpulan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) – satu NGO yang fokus pada isu alam sekitar. Kalau korang nak tahu, Presiden KUASA ni orang muda, Hafiz namanya.

Kami pernah interview Hafiz sebab nak tahu KUASA ni apa benda sebenarnya. KUASA ni dah mula bergerak pada tahun 2009 sebab masa tu dah banyak masalah alam sekitar kat Manjung, Perak. Antara projek awal diorang adalah bantahan projek pembinaan kilang besi VALE (syarikat ni dari Brazil) kat Teluk Rubiah, Perak. Pada kempen ni diorang gagal nak hentikan projek kilang besi VALE tu.

https://www.youtube.com/watch?v=BlfgxVSvoBw

Walaupun tak berjaya nak hentikan projek VALE tu, diorang tetap tak berputus asa. Diorang teruskan lagi usaha diorang nak lindungi alam sekitar dengan kempen membantah pembinaan kilang gas asli cecair dan kilang besi magma di Hutan Simpanan Dara Tanjung Hantu dan Segari Melintang.

Untuk kempen ni diorang berjaya hentikan projek yang boleh beri kesan buruk pada alam sekitar ni. Punyalah gempak usaha diorang ni sampai boleh dapat 80,000 tandatangan dalam patisyen bantahan projek ni. Patisyen ni bukan setakat orang Malaysia je yang tandatangan, orang Jerman pun banyak yang tandatangan sebab company yang nak buka kilang tu berasal dari sana.

Hafiz kat tengah-tengah tu, masa ni diorang buat halangan untuk pembalak-pembalak yang nak masuk hancurkan hutan. Imej dari Facebook Hafiz

Selepas hampir 4 tahun KUASA ni ditubuhkan, geng-geng senior dalam persatuan ni rasa perjuangan bela alam sekitar ni perlu diserahkan kepada anak-anak muda. Bermula dari situlah KUASA ni digerakkan sepenuhnya oleh orang-orang muda. Diorang buat macam-macam aktiviti – konservasi (penanaman pokok dan pelepasan penyu), kajian saintifik, kem alam sekitar, aktiviti trekking, forum, latihan aktivis, penulisan, dan kesenian.

Kami rasa ni boleh buktikan kalau korang malas nak terlibat secara langsung dengan politik, korang boleh ikut mana-mana persatuan yang nak bawa perubahan. Kalau korang ikuti kegiatan KUASA ni, korang boleh nampak betapa powernya anak muda dalam bawa perubahan yang boleh beri manfaat untuk orang lain.

Ada lima anak muda yang tak pernah jumpa buat website pulang mengundi

Kami rasa dah cukup kot bukti-bukti yang tunjukkan orang-orang muda ni boleh terlibat dan bawak perubahan yang besar. Macam-macam pilihan yang korang boleh pilih – join politik, jadi aktivis mahasiswa, ikut NGO dan paling simple pun korang boleh pergi mengundi. Kalau korang perasan, baru-baru ni ada gerakan yang nak bantu orang pulang mengundi.

Mari aku hantar kau pergi mengundi. Imej dari Giphy

Diorang siap buat pulang mengundi untuk bantu orang-orang pulang mengundi, terutamanya golongan pelajar dan anak muda yang selalunya akan hadapi masalah kewangan nak balik. Kelima-lima anak muda yang tak pernah jumpa pun, tapi diorang sepakat nak wujudkan satu website untuk bantu orang lain. Ni pun contoh macam mana korang boleh buat perubahankan?

“Orang muda adalah orang yang paling cepat mengenal pasti perjuangan dan keperluan untuk menghapuskan suasana jahat yang wujud.” – Malcolm X, dipetik dari Goodreads

About Man Hamka 74 Articles
Man Hamka