Perkataan English yang di-Melayukan, sampai lari sungguh dari makna asal

Kita kat Malaysia ni agak bertuah la sebenarnya sebab paling kurang mesti pandai dua bahasa, BM dengan English. Tapi macam biasa la, kalau selalu bercampur dua-dua bahasa ni boleh jadi pening, macam si Zack dan SYS dalam video ni ha:

https://youtu.be/dFJDDVswuiU?list=PLTBzML5dKDafYHG0mI8FVhKAK4H_EXcFJ

Uih, ko biar betul Zack. Silap kata boleh memakan diri tau tak. (‘Memakan diri’, geddit, geddit? Huhu…)

Kalau korang nak tau betapa terer tahap English korang, cuba ambik kuiz ni kat Oh My English! Lepas jawab kuiz tu korang akan dapat tau English korang tahap Nasi Lemak berapa.

Okeh, ini semua kes pasal perkataan English yang kita silap guna bila speaking. Macam mana pulak dengan perkataan English yang… di Melayukan?

Perkataan English yang telah di-Melayukan?

Waktu kecik mesti korang selalu guna perkataan macam ‘eksyen’, ‘terer’, dan ‘bajet’ kan? Dah selalu sangat guna sampai lupa yang perkataan ni seuma asalnya daripada Bahasa Inggeris, dan makna asalnya memang jauh sama sekali sampaikan mat saleh pun tak faham.

Contohnya ‘eksyen’ (action) yang mengikut kamus dwibahasa kami, bererti aksi atau perlakuan. Tapi kita gunakannya untuk menunjukkan sikap menunjuk, berlagak, ataupun acah-acah mak labu. Contohnya macam kat bawah ni:

batmang-mai
Sumber dari Twitter.

Takpun perkataan ‘terer’ (terror) yang secara harafiahnya ia bererti keganasan ataupun perasaan gerun, tapi kita gunakan untuk menyatakan kehebatan dan keunggulan mutu hitam emas seseorang:

“Nak abah, cili padi yang abah suruh beli. Nak Adil masakkan ke? Huhu.”

“Eh takpe la. Huhu. Abah telan cili ni bulat-bulat je. Abah kan orang Pahang.

“Mak aih. Abah memang terer. Huhu.” #banyaknyaHuhu

Sebab tu la Oh My English nak korang kongsi macammana korang selalu guna perkataan-perkatan yang telah di-Melayukan dulu, sebab…

Kongsikan contoh perkataan yang di-Melayukan dan menang hadiah!

Oh-My-English-musim-terbaru
OME After School! OMG tak sabarnyeeee~~~

Siapa peminat setia Oh My English kat sini sila angkat kaki! Haa… sempena musim baru OME yang akan disiarkan bermula 31 Julai ni jam 6:30 petang ni, OME nak bagi korang hadiah! Sambil-sambil tu, kita buat kamus #salahguna kita sendiri, hehe.

Macam mana nak menang? Senang je. Cuma perlu bagi tau kami perkataan English yang di-Melayukan mana satu yang korang selalu guna, kemudian sertakan sekali contoh perbualan. Macam yang kitorang dah bagi contoh kat atas tadi, tu je! Cepat, contest berakhir pada 25 Julai 2016!

Join dengan form kat bawah ni:


    Nama: *

    Emel: *

    Perkataan English yang di-Melayukan: *

    Erti yang di-Melayukan: *

    Contoh penggunaan*

    Saya setuju untuk memberi CILISOS Media SDN BHD dan Measat Broadcast Network Systems Sdn. Bhd untuk menggunakan kandungan yang saya hantarkan dalam bahan promosi mereka, tanpa royalti dan tanpa had. Walau bagaimanapun, CILISOS dan Measat Broadcast Network Systems Sdn. Bhd tidak menuntut hakmilik mahupun bertanggungjawab atas sebarang kerosakan daripada penggunaan yang bertentangan dengan undang-undang berkaitan kandungan yang dihantar ataupun sebarang perlanggaran hakcipta yang berkaitan.