Cerita TV macam mana yang rakyat Malaysia tengok? 7 perkara mengejutkan daripada survey kami

Sekarang ni kalau nak tengok TV boleh main tunjuk je, berlambak-lambak pilihan untuk semua lapisan umur dan masyarakat — daripada drama Melayu, drama Korea, cerita superhero, filem pun ada. Yang ada anak-anak kecil tu pulak boleh bagi dorang tengok kartun. Nak tau mana nak cari rancangan-rancangan ni semua? Tentulah dengan On Demand di Astro!

Klik untuk tengok pilihan On Demand hanya di Astro.

Kawan kami kat Astro ada bagi macam-macam pilihan tak kiralah cerita jenis apa yang korang minat tengok kat On Demand. Korang boleh usha drama Indonesia Syurga Yang Tak Dirindukan 2, sekarang ni tengah hot! Peminat cerita Korea pulak boleh check out Strong Woman Dong Boon Soon. Bagi sesiapa yang memang tak pernah tinggal Game of Thrones pulak, musim ke-7 dah mula!

Malah sekarang ni korang siap boleh tengok satu musim terus bagi siri TV tersebut, tak payah tunggu satu-satu! Hanya gunakan PVR dan download mana-mana cerita bersiri atau filem yang dah keluar. Korang siap boleh download, rewind, dan tengok semula cerita-cerita feveret.

Dan baru-baru ini kami kat SOSCILI dengan kerjasama Astro ada buat survey tentang tabiat rakyat Malaysia bila tengok TV, dan banyak penemuan yang buat kami ketawa terkekeh-kekeh. Antaranya ialah…

1. Ramai yang sanggup tahan lakonan yang kayu walaupun sangat annoying

Cuba taip “pelakon kayu” kat Google dan korang mungkin dapat…

Maaf kami tak berniat menyinggung perasan team #neelofattah, Google yang cakap. Tapi bila kami tanya orang ramai benda apa yang paling annoying dalam cerita TV, memang ini pilihan-pilihan yang tertinggi:

  1. Lakonan yang teruk (59%): Contohnya terlantar kat hospital tapi pakai bulu mata palsu
  2. Plot dan jalan cerita yang klise (56%): Contohnya basuh baju mesti jumpa kesan lipstik
  3. Skrip yang teruk (42%): Contohnya “Hello Dato’ macam mana dengan projek 8 juta kita tu?”
Pastu dapat hero dan heroin dapat tau yang dorang sebenarnya adik beradik (sound effect pinggan jatuh). Gambar dari FB Dilla Ismail.

Tapi yang menariknya bila kami tanya benda apa yang dorang sanggup tahan demi menonton drama faveret, jawapan paling tinggi adalah lakonan kayu pada 34%. #demiFattah

Benda annoying lain yang rakyat Malaysia tak suka adalah kena tunggu episod tiap minggu (31%). Ok la ada je yang prefer episod mingguan ni (sebab lagi excited, boleh sembang dengan member tiap-tiap minggu), tapi bagi yang tak sabar menunggu atau yang nak marathon bermusim-musim terus, bolehlah tengok Astro OD!

2. Sambil tengok TV pun ada yang tengok video dalam phone!

Ini caranya nak habiskan 10 musim Friends sekaligus.

Orang dulu-dulu pesan jangan menyanyi time tengah masak kalau tak nak dapat suami tua. Walaupun kami kat SOSCILI tidaklah menilai samada korang tua atau muda (miskin dan kaya, semua menyambut Hari Raya~~), tapi memang ada maknanya pepatah tu. Sebabnya kita ni boleh cepat leka bila buat banyak benda dalam satu masa.

Tapi oleh kerana itulah lumrah manusia, kami tanya top 3 benda-benda yang korang selalu buat sambil tengok cerita TV, dan ini tiga pilihan yang tertinggi:

  1. Scroll media sosial korang (82%)
  2. Main mesej (61%)
  3. Siapkan kerja (31%)
Gambar dari imgflip.com

Ok la benda-benda kat atas ni takdelah pelik sangat, tapi apa yang buat kami terkejut adalah ada orang yang tengok video lain sewaktu menonton TV (19%)! Tak juling ke mata tu?

Satu lagi jawapan yang tak terkejut sangat adalah ada orang tengok cerita sambil buang air besar (14%), mungkin tengok kat smartphone la kot. Inilah sebabnya korang tak usah la pegang je smartphone member, walaupun untuk hack Facebook sekalipun. Tak berbaloi.

3. Apa yang korang buat kalau time tengok TV dengan famili, keluar adegan geli-geleman?

Kecik-kecik dah pandai kapel, pelajaran entah ke mana. Gambar dari neatorama.com

Cerita yang kita tengok of course la bukan cerita tempatan je, tapi ada yang datang daripada Korea, Hollywood dan sebagainya. Cerita-cerita daripada luar ni ada sah-sah ada kemungkinan untuk babak-babak yang terlebih mesra. Kalau dorang tak menunjukkan aurat secara berlebihan (itupun selalunya akan kena blur/kena potong), mesti masih ada adegan bercumbu-cumbuan.

Jadi apa reaksi rakyat Malaysia bila adegan ni keluar? Kalau tengok sorang-sorang tu masing-masing punya tanggungjawablah, tapi macam mana ni bila babak ni keluar waktu tengok TV dengan famili? Daripada survey kami, 29% peratus tak ambik kisah pun, manakala 25% lagi pura-pura takde apa-apa yang berlaku.

Kami juga dapati yang orang berbahasa Melayu paling tak boleh tahan dengan adegan macam ni. Sebabnya hanya 24% daripada 766 orang berbahasa Melayu yang cakap dorang tak kisah, berbanding 37% daripada 459 orang yang berbahasa Inggeris.

Bagi yang kisah, ini muka masing-masing bila dengar mak nak masuk bilik.

Kalau korang jenis yang awkward, ini apa yang korang boleh buat mengikut survey ni:

  • 19% main dengan phone – jadi sediakan smartphone sepanjang masa
  • 18% tukar channel lain – pastikan remote sentiasa dekat dalam capaian
  • 4% pergi tandas – bagi alasan yang pundi kencing korang kecik

Tak pun sebelum tengok mana-mana filem atau cerita bersiri, korang boleh check site macam IMDB yang ada senaraikan babak-babak yang 18SX, baru rasa selamat sikit nak bagi anak-anak tengok cerita. Malah kat bahagian Parent’s Guide kat IMDB, dorang senaraikan sekali babak-babak yang terlalu ganas, yang ada alkohol/dadah/merokok, dan yang banyak mencarut.

4. Rakyat Malaysia paling suka tengok komedi, terutamanya orang Sabah!

Senyumlah dari hati, duniamu berseri.

Kami ada jugak tanya apa top 3 genre cerita yang dorang suka. Memang tak heranlah bila tempat pertama sampai ketiga adalah komedi (48%), aksi (45%) dan drama (28%)

Dan yang paling suka komedi adalah orang Sabah! Daripada 118 Sabahan yang jawab soalan ni, 67% pilih komedi. Cuba teka siapa yang berasal dari Sabah dan sangat femes? Hah soalan ni memang senang macam kacang sebab jawapannya adalah…

Abu Bakar Ellah! Gambar dari Photobucket.

Eh itu yang veteran, yang terbarunya pulak…

…tentulah Kumpulan Zero! Gambar dari Utusan.

Antara statistik lain yang menarik adalah:

  • Rakyat Malaysia paling kurang suka muzik dan sukan (kedua-duanya 4%)
  • Orang Kedah paling suka cerita aksi (64% daripada 121 orang)
  • Orang Kelantan paling suka cerita romantik (39% daripada 104 orang)

5. Makin ramai perempuan suka cerita pasal jenayah, makin ramai lelaki suka tengok animasi

Mula-mula sekali, biar kitorang nyatakan benda yang obvious. Lelaki suka tengok cerita aksi, dokumentari, perang dan sukan. Perempuan pulak suka tengok komedi, drama, kisah cintan-cintun, dan realiti TV.

Drama komedi romantik terbaru pasti meletop. Gambar dari Only in Malaysia.

Sekarang jom kita tengok benda yang tak berapa obvious pulak. Lebih banyak peratusan perempuan yang suka cerita jenayah (27%) berbanding lelaki (21%), sebaliknya lebih banyak peratusan lelaki yang suka animasi (26%) berbanding perempuan (20%)!

Siapa tak kenal penyiasat jenayah paling femes kan? Gambar dari Esquire.

Antara benda-benda lain yang kami jumpa:

  • Tak semua orang nak mengaku, tapi peratusan antara lelaki dan perempuan yang tengok cerita sambil melepaskan hajat di atas takhta adalah sama (14%)
  • Lebih ramai perempuan (17%) tengok cerita kat smartphone berbanding lelaki (12%)
  • Lebih ramai perempuan (20%) suka usha pelakon yang tampan jelita berbanding lelaki (12%)
  • Lebih ramai perempuan (>63%) rasa kekok bila ada adegan bercumbu-cumbuan depan famili berbanding lelaki (36%)
  • Lebih ramai lelaki (10%) sanggup korbankan masa dengan member demi cerita feveret dorang berbanding perempuan (7%); tapi lebih banyak peratusan perempuan (20%) sanggup korbankan masa bersenam berbanding lelaki (14%).

Tapi kalau korang memang jenis duduk atas kerusi tak pernah bersenam, itu bukanlah pengorbanan, tetapi tabiat namanya.

6. Kebanyakan orang yang tengok K-Drama adalah… yang cakap BM!

Eh silap Korea.

Budaya K-Pop, termasuklah cerita Korea memang meletop sekarang ni. Sebelum ni pun kami dah interview rakyat Malaysia yang suka tengok drama Korea, dan antara sebab-sebabnya adalah:

  • Nilai-nilai mereka yang lebih dekat kepada budaya Asia berbanding Hollywood.
  • Kebanyakan K-Drama ada satu musim je so senang nak tengok.
  • Ada banyak mini-series yang tamat selepas 2 hingga 24 episode je. Kan senang nak buat perancangan hidup kalau macam tu.

So antara rakyat Malaysia yang berbilang bahasa ni, rakyat yang berbahasa Malaysia lebih cenderung untuk tengok drama Korea (65% daripada 762 orang) berbanding yang berbahasa Inggeris (42% daripada 450 orang).

Memang orang yang berbahasa Melayu ni banyak minatnya. Sebelum zaman K-Drama ni pun kita ada peminat setia cerita dan lagu Hindustan walaupun tak faham sepatah pun apa yang dorang cakap, tak lupa jugak telenovela Mexico yang tak henti-henti zoom kat muka.

7. Orang kaya pun banyak tengok TV, tapi dengan cara yang sangat produktif

Kami buat perbandingan antara orang yang berpendapatan rendah (kurang RM3 ribu) dengan yang berpendapatan tinggi (lebih RM15 ribu). Orang yang cuma banyak pendapat tak dikira. Apa yang kami perasan adalah orang yang berpendapatan tinggi lagi efisien dengan masa dorang.

Bila habis tengok apa-apa rancangan bersiri, 69% daripada yang berpendapatan tinggi akan terus cari cerita lain, manakala 45% daripada yang berpendapatan rendah agak terkesan dengan cerita yang dorang dah tengok, dan cuba melihat dunia daripada sisi yang berbeza.

Tak pun korang duduk muhasabah diri bila sedar dah berapa jam yang korang dah habiskan. Gambar dari Tumblr.

Bila agaknya dorang tengok cerita? Kebanyakan orang biasanya tengok TV selepas kerja/kelas, hari minggu ataupun cuti panjang, tapi kami juga dapati 2% daripada orang yang berpendapatan rendah tengok TV waktu kelas/kerja, dan 7% waktu lunch. Uish time makan pun tak fokus.

Sebaliknya 19% daripada orang yang berpendapatan tinggi tengok TV sambil melepaskan hajat, dibandingkan dengan hanya 9% daripada yang berpendapatan rendah. Atau mungkinkah bila dah kaya sangat boleh install TV plasma dalam tandas?

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Gambar dari memecenter.com

Antara perbezaan lain yang kami jumpa:

  • 21% daripada orang yang berpendapatan tinggi lagi suka tengok dokumentari berbanding 9% daripada orang berpendapatan rendah
  • 19% daripada orang berpendapatan rendah lagi suka tengok cerita cintan-cintun berbanding 7% daripada orang berpendapatan tinggi

Malah, 88% orang yang berpendapatan tinggi tidur lebih 6 jam sehari berbanding hanya 51% daripada orang yang berpendapatan rendah.

Rakyat Malaysia memang suka rancangan TV dorang

Kami juga ada tanya tentang berapa banyak episod dorang tengok berturut-turut? Ini apa yang kami dapat: 34% tengok 1-2 episod, 36% tengok 3-4 episod, 11% tengok 5-6 episod. Tapi yang paling pulun sekali adalah 18% yang tengok lebih daripada 7 episod sekaligus! Mak aih tak muntah darah ke.

Kadang-kadang tu, TV yang tengok korang.

Apa yang pasti, memang boleh kata rakyat Malaysia ni memang suka tengok rancangan kegemaran masing-masing. Iyelah walaupun dengan pelbagai bentuk hiburan yang kita ada sekarang ni, menonton TV masih lagi aktiviti yang paling senang dibuat kalau nak berehat. Malah ia antara satu-satunya aktiviti hiburan yang korang boleh enjoy bersama keluarga atau kawan-kawan. Tengok berita pukul 8 pun boleh, janji erat silaturrahim.

Jadi kalau korang nak tengok rancangan bersiri atau filem, tak kiralah bahasa apa, genre mana, musim keberapa, korang boleh tengok On Demand ekslusif di Astro!