- 2.2KShare sekarang!
- Email31
- Facebook2.2K
- Share
Kalau korang rasa soalan “Nak makan kat mana?” tu dah cukup susah berbanding soalan SPM, korang tunggu je la bila dah jadi tukang masak keluarga sebab satu tahap nanti korang akan terfikir, “Nak masak apa hari ni?”
Inilah yang dinamakan “resipi burnout”, iaitu bila korang buntu nak masak apa. Perkara ni juga boleh membuatkan korang banyak menghabiskan masa termenung berbanding mula memasak.
Jadi untuk keluar dari masalah ni, SOSCILI bersama kawan kitorang dari Prego bekerjasama untuk menghasilkan tiga tips ‘meal planning’ yang akan membantu korang menyiapkan makan malam untuk satu keluarga dalam masa 20 minit je! Tak percaya? Ikut je tips mudah dibawakan oleh Puan Ju, yang boleh membantu korang memendekkan proses memasak setiap hari!
Hai Puan Ju!
1. Plan awal menu yang nak dimasak untuk hari-hari yang akan datang
Kadang tu bila tengah buat kerja atau scroll media sosial, tiba-tiba muncul idea pasal menu baru yang nak dicuba. Jadi, masa ni la korang boleh listkan dan plan awal menu yang korang nak masak untuk beberapa hari yang akan datang.
Untuk ini, korang boleh merancang menu mengikut kekerapan korang ke pasar. Contohnya kalau korang ke pasar dalam seminggu sekali je, korang boleh plan menu untuk 7 hari. Tapi kalau korang lebih rajin dan pergi pasar dua kali seminggu, korang boleh plan untuk 3-4 hari je.
Macam ni, takde la pening nak kena fikir hari-hari.
Dengan cara ni, pada hari korang nak masak, korang dah tahu apa yang akan dimasak untuk hari tersebut. Bila korang dah plan menu untuk sepanjang minggu tu, jadi senang sikitlah untuk korang…
2. Senaraikan apa yang perlu dibeli supaya tak membazir
Ni adalah satu perkara yang ramai orang terlepas pandang. Rasa macam dah tahu nak beli apa, tapi bila sampai kedai tiba-tiba lupa, dan terbeli benda lain atau terbeli benda yang dah sedia ada di rumah.
Ha, kan dah terbeli lebih!
Memandangkan korang dah plan menu untuk sepanjang minggu, korang dah boleh buat senarai barangan untuk dibeli. Lepas buat senarai tu, korang cuba check balik dapur dan peti sejuk untuk pastikan barang apa yang takde, dan barang apa yang dah ada. Barang yang dah ada tu, korang boleh buang dari senarai korang. Hal ini adalah untuk memastikan korang beli barangan yang betul-betul diperlukan saja. Kalau tak, membazir tau!
Lepas dah beli barang, kita tengok pula cara penyimpanan terbaik untuk bahan-bahan masakan, iaitu dengan…
3. Basuh, asingkan dan simpan di tempat yang betul untuk kekal segar
Selalunya lepas shopping, ramai yang terus simpan barang ke dalam peti sejuk atau kabinet dan cuma keluarkannya balik bila nak memasak.
Ha, sumbat selagi boleh. Lepas tu tak jumpa dan beli benda sama.
Kalau korang perasan, penyediaan bahan macam siang ikan dan ayam, potong bawang, bersihkan sayur dan lain-lain sebenarnya mengambil banyak masa dari keseluruhan proses memasak. Jadi, sebab tu la korang patut bersihkan dan sediakan bahan masakan korang sejurus selepas korang balik beli barang.
Sebagai contoh, korang boleh siang dan perap daging, serta basuh dan potong-potong sayur-sayuran mengikut saiz dan kuantiti yang akan digunakan. Kemudian, letakkan bahan masakan korang ke dalam bekas berasingan dan labelkan mengikut hari korang nak masak. Nanti senang, bila nak masak, ambil yang nak digunakan saja.
Baru la kemas dan sedap mata memandang!
Cara penyimpanan pun kena betul. Sayur-sayuran atau pes sambal boleh disimpan dalam peti sejuk. Bahan mentah seperti ikan, ayam dan daging pula boleh simpan di dalam freezer, dan hanya defrost dengan microwave je bila nak mula memasak. Takde microwave? Tak jadi masalah! Alihkan je daging atau ikan yang nak dimasak tu dari freezer kepada peti sejuk sehari sebelum korang nak masak supaya ianya sempat nyahbeku sebelum korang masak.
Jadikan penyediaan ni satu tabiat korang, terutamanya lepas korang balik dari shopping atau pada hujung minggu. Walaupun ia akan mengambil masa pada hujung minggu, tapi pada hari korang nak memasak nanti, korang mesti terpegun dengan betapa pantas korang boleh memasak.
Untuk membuktikan perkara ni, kitorang sebenarnya berjaya masak ikan jenahak masak lemak dengan kacang panjang tumis telur untuk 4 orang dalam masa 25 minit, ayam belado dan kailan tumis dalam masa 28 minit, dan spaghetti & meatballs dalam masa 15 minit. Disebabkan kitorang dah sediakan bahan-bahan masakan, jadi masa memasak tu berjaya dipendekkan sebab kitorang hanya perlu campak-campak je.
Siapkan makan malam sekeluarga, semudah 1,2,3 dengan PREGO!
Siapa kata nak siapkan makanan perlu masa yang lama? Dengan menggunakan cara diatas, korang hanya perlukan lebih kurang 20 minit untuk siapkan makan malam sekeluarga.
Dan kalau korang takde idea nak masak apa, Prego sedia membantu korang untuk menyiapkan makanan yang pantas dan sedap, semudah 1,2,3!
Untuk dapatkan lebih inspirasi memasak, korang boleh tengok pelbagai resipi yang boleh dicuba di laman web Prego ni.
- 2.2KShare sekarang!
- Email31
- Facebook2.2K
- Share