SPONSORED

8 cerita paling lawak pasal ibu-bapa yang bawak budak bergi shopping!

Kasih ibu itu tiada terhingga. Setelah 9 bulan bersusah payah membawa anak dalam kandungan, setelah lahir ke dunia dibesarkan pula dengan kasih sayang. Tapi kalau dah namanya budak-budak, tak kisahlah betapa besar pun pengorbanan ibu, kalau nakal tu nakal jugak.

Tambah lagi dengan meningkatnya bilangan shopping mall kat Malaysia dalam masa dua tahun akan datang, memang pening la kepala ibu-bapa semua bila bawak budak pergi shopping. Tak payah sembang dua tahun depan la, sekarang ni pun konfem dah ramai ibu-bapa yang sakit kepala, jadi kami partner dengan Nestlé untuk cari cerita-cerita ni semua!

Sebab sekarang ibu-bapa tak perlu keluar rumah dah kalau nak dapatkan produk Nestlé

11-street-lazada-nestle-discount-bonus

Member kami kat Nestlé pun ibu-bapa jugak, jadi mereka faham akan dilema yang korang hadapi… nak pergi beli barang, tapi tak nak huru-harakan satu shopping mall. Jadi mereka bagi senang, sekarang korang boleh beli barang-barang dapur secara online kat Lazada dan 11street! Jimat malu, jimat masa!

Paling best sekali, harga barang pun lagi murah dari biasa! Dari sekarang hinggalah 31 Oktober 2016, anda jimat sekurang-kurangnya 20% pada produk Nestlé yang menyihatkan sebagai sebahagian kempen Nestlé Together-Gather Wellness Campaign. Produk makanan yang menyihatkan, hantar terus ke rumah, harga pun murah… nak apa lagi?

Apa pun, jom kita tengok cerita-cerita pasal ibu-bapa yang bawak budak pergi shopping tadi. Korang pun mesti pernah lalui kan? Kat sini kami persembahkan 8 cerita dari pembaca kami yang akan buatkan korang respek habis dan bagi award kat ibu-bapa ni semua, bermula dengan…

1. Pergi kantoikan mak yang terkentut depan kaunter

mama-kentut-nestle

OK cerita ni yang kami paling kami kesian sebab yang ‘bersalah’ bukan anak dia, tapi si emaknya. Laila tengah shopping dengan anak-anak dia dan dia terkentut la sikit, jenis kentut tersipu-sipu malu la kiranya.

“Anak saya yang tiga tahun punyalah seronok dia jerit “Mama kentut! Mama kentut! Ha ha ha, mama, you kentut riiiiiight?”

Orang lain pandang saya sengih je.” – Laila

Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Tapi Laila tidak sekali-kali mengundur dan mengaku kalah, berpantang maut sebelum ajal kata orang dulu-dulu. Dia selamba badak jawab, “Memang pun, terima kasih,” dan sambung shopping macam biasa. Steady ah Laila!

2. Cakap mak berdosa kalau tak beli cereal

airmata-anak

Budak-budak kalau beli cereal selalunya nak mainan je lebih. Jadi bila Salbiah tanya anak perempuan dia samada dia akan makan ke cereal tu, anak dia kata tak. So dia tak nak la beli. Tapi reaksi anak perempuan dia lepas tu memang tidak diduga…

“Dia mula menangis kuat-kuat sambil hentak kaki. Sampaikan meraung cakap saya bukan mama dia dan dok ulang “Mama berdosa sebab buat saya marah dengan tak tunaikan kemahuan saya” – Salbiah

Amboih… ayat last tu belajar mana noh. Pandai sungguh bermadah bicara.

3. Bawak anak peramah mengalahkan wakil rakyat

Mungkin anak dia melaksanakan lambaian diraja.
Kalau dapat anak yang pemalu ni risau jugak takut susah dia nak cari kawan. Tapi kalau dapat yang terlebih peramah satu hal lain pulak… macam yang terjadi pada Mastura.

“Anak saya suka nyanyi dan cakap kuat-kuat… macam bila kita lalu sebelah kedai pakaian dalam dia akan jerit, ‘Ibuuu tengok dia tak malu pakai spender je…

Kalau nampak baby sedang menyusu dia akan tegur, “Hai baby hisap nen ke?”

Lepas tu punyalah peramah semua yang lalu kiri kanan dia cakap hai, babai… terasa macam artis bila berjalan dengan dia ni, ramai orang lambai.” – Mastura

Ok pe, membawa keceriaan kepada orang lain. Tapi ibu yang kena bawak dia memang mengah la melayan karenah anak huhu.

4. Anak tak tahan kencing, terlepas kat kaunter

nak-kencing

OK cerita ni mungkin kisah paling horror bagi semua ibu-bapa seantero dunia…

“Masa nak bayar di kaunter masa tu kat Upwell Bahau, dia cakap nak buang air kecil ma… saya cakap tunggu kejap, sebab saya masa tu nak tunggu turn bayar barang.

Dengan tak semena-mena anak terus buang air kecil di sebelah kaunter cashier tu.. Ya Allah malunya saya masa tu hanya Tuhan yang tau.

Cleaner tu dok tergelak, terpaksa la cleaner tu mop… adoi…” – Zana

Walaupun adengan ni sangat trauma, Zana masih boleh mencari barokah di sebalik tragedi…

“Nasib la tahun 2001… Internet belum ada, kuasa viral jauh sekali… hahahaha”

5. Anak selamba ambil makanan dan terus buka

kucing-makan-sushi

Mungkin kita selalu didik anak-anak kita dengan kata-kata nasihat, “Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.” Agaknya budak yang sorang ni ambil pepatah tu secara harafiah kot:

“Anak saya? Hmm pergi mall macam abah dia punya, suka-suka hati ambik keropok buka terus makan, air kat icebox terus minum.

Umur dua tahun, dah tu masa nak makan keropok tu dia baca doa makan sekuat-kuat hati. Menoleh orang kiri kanan.” – Nuraidah

At least dia baca doa dulu kan…

6. Anak minta beli kereta, tapi bukan sekadar kereta mainan

kanak-kanak-berjaya

Kadang-kadang budak-budak ni kita dah boleh lihat apa minat dia dari kecik lagi, kot-kotlah boleh diasah bakat bila dia besar nanti, macam apa yang terjadi pada Hasdi:

“Baru-baru ni pergi Jusco Rawang dengan isteri dan anak-anak. Time tu baru gaji. Anak sulung mintak kereta hot wheel Ferrari, ok beli.

Anak ke dua tak nak kereta tu, dia kata nak beli kereta kat bawah. Ikut punya ikut dia tunjuk tu ha HONDA CIVIC VTEC TURBO kat showroom Honda.

Tetiba terasa hitam je pandangan.” – Hasdi

Jadi berdasarkan cerita ini, mungkin anak ke dua dia akan jadi… pelumba F1. Takpun tokey balak sebab boleh tunjuk je kereta mana nak.

7. Ayah suruh pilih gula-gula. Tapi dia ambil… ‘minyak pelincir’ perisa strawberi

strawberry-lubenestle

Kita tak bolehlah strict sangat bila anak-anak minta nak makan jajan ke apa, asalkan berpada-pada. Jadi bila anak-anak ni mintak gula-gula, ayah dia kata boleh pilih satu je, tapi apa yang anak dia pilih tu buat seriau bulu tengkuk sebab malu.

“Bila giliran saya kat cashier, punyalah terkejut dan malu, gula-gula yang mereka pilih adalah… gel pelincir perisa strawberry!” – Rudy

Agak-agak macam mana nak explain kat anak ini benda apa? Ini perbualan yang berlaku:

Rudy: Eh ini bukan untuk budak-budak.

Anak-anak: Tapi daddy, ini strawberry… Kami share lah..

Rudy: Tak boleh! Pilih benda lain

Anak-anak: Tapi daddy kata pilih satu.

Rudy: Ini untuk.. orang besar

Anak-anak: Orang besar tu macam mana

Rudy: (Terkedu seribu bahasa)

Semenjak hari itu dan hari-hari yang seterusnya, pengajaran paling besar yang Rudy pelajari kalau nak pergi shopping adalah… bawaklah bini.

8. Suami hampir menangis bila anak hilang

anakku-sazali

Selalu kita dengar cerita pasal golongan ibu yang mudah tersentuh, tapi kali ni si bapaknya pulak yang syahdu bila hampir hilang anak…

“Paling tak boleh lupa bawak anak-anak pergi Jusco Tebrau. Sorang anak hilang, carik satu mall dengan guard pun dah tolong carik..

En. Suami dah cuak mata dah merah nak nangis.Tapi saya cool lagi, instinct ibu kata anak saya masih ada area situ jugak.

Dah turun naik berapa tingkat bangunan last sekali jumpa dia kat bahagian barang letrik tengah sedap layan mata tengok boboboy kat LCD skrin besar tak tau berapa inci tu..” – Espin

Sejak daripada si ibu cool ni tak bagi dah suami dia pegang anak sebab takut hilang lagi haha. Dan dia ada satu lagi peraturan untuk anak-anak dia:

“Kalau nak mainan pergi mintak kat papa sebab dorang tau kalau mintak mama dorang berguling satu mall pun memang takkan dapat.”

Mak aih… Kadang-kadang tu lagi elok kalau ibu-bapa duduk rumah je

nestle-wellness-together

Cerita ni semua mungkin buat korang tergelak terguling, tapi bayangkanlah betapa segannya ibu-bapa ni, tak tau nak letak muka kat mana.

So kalau tak nak letak muka dalam troli, lepak kat rumah sudah. Klik kat promosi Nestlé Together-gather, order barang secara online, dan rileks. Kalau korang terkentut secara tersipu-sipu pun (macam dalam cerita #1) takde sapa kisah eh.

Popular

To Top
Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Send this to a friend