Pasta, nasi atau roti. Yang mana lebih sesuai untuk orang diet?

Setelah 3 bulan kita berada dalam PKP, ramai antara kita yang dah naik berat badan. Malah mengikut Survey Duduk Rumah Soscili, 33% rakyat Malaysia mengakui perkara ni. 

Dan bila kita fikir pasal diet pulak, selalu kita disuruh untuk kurangkan nasi dan makan roti atau pasta untuk turunkan berat badan. Tapi, boleh percaya ke nasihat ni? Sebenarnya, kenaikan berat badan ni bergantung kepada kandungan kalori dalam makanan yang kita ambil. Jadi untuk tahu mana yang lebih sesuai, kita boleh periksa kandungan kalori yang kita makan.

Yang mana satu pilihan kalbu diet? Imej dari myfitnespal

Berdasarkan apa yang kitorang periksa kat myfitnespal menggunakan ukuran 100g bagi setiap hidangan selepas dimasak, roti la sebenarnya yang tinggi kalori. Jadi, 100g roti adalah lebih kurang dua kali ganda kalorinya berbanding nasi atau pasta. Jadi nasi dan pasta ni la yang mempunyai kalori dan khasiat yang lebih baik.

Untuk pasta pula, walaupun kandungan kalorinya 20% lebih tinggi dari nasi, tapi ia mempunyai 67% kandungan protein yang lebih tinggi berbanding nasi. Malah yang menariknya, salah satu kebaikan pasta ni adalah ianya sangat mudah untuk dimasak. Dan di Malaysia, kalau fikir je pasal pasta, mesti kita fikir pasal Prego!

Dan disebabkan PKP yang berlaku baru-baru ni, Prego Malaysia kemudiannya mengambil inisiatif untuk ajak korang bantu rakyat Malaysia yang perlukan bantuan, dengan program #PregoCares. Macam mana?

Setiap pembelian akan menyumbang kepada dana #PregoCares

Seperti yang kita tahu, PKP yang berlangsung selama hampir 3 bulan ni juga dah menyebabkan ramai rakyat Malaysia yang terkesan. Terbaru menurut laporan Perkeso, sebanyak 42% pekerja di Malaysia hilang pekerjaan sepanjang musim PKP ni. Malah, ada juga yang tak dapat gaji penuh – mungkin cuma separuh, atau berapa peratus saja daripada gaji bulanan mereka disebabkan ekonomi syarikat yang lumpuh. Tak cukup dengan tu, kita kemudiannya menyaksikan ramai yang beratur di luar pajak gadai untuk menggadaikan barangan kemas disebabkan kewangan mereka.

Selama hidup, tak pernah nampak lagi orang beratur panjang kat pajak gadai ni. Imej dari Berita Harian

Jadi kalau korang memang suka makan pasta dan ada membeli barangan Prego sepanjang 1 Jun hingga 30 Jun 2020, Prego akan menyumbangkan sebanyak 30 sen kepada Dana #PregoCares, dan ini bermakna korang memang dah menderma secara tak langsung setiap kali membeli produk Prego.

Pada akhir kempen pula, Campbell Malaysia akan mengedarkan pek #PregoCares, iaitu bekalan makanan harian yang bernilai RM50 kepada 1,400 isi rumah yang terjejas akibat PKP dan penularan Covid-19.

Takde brand Prego kat rumah sekarang? Takpe, korang juga boleh dapatkan barangan Prego dari Lazada, pasaraya, dan kedai-kedai yang berdekatan dengan rumah korang. Ambil berat, kongsi berkat! Lagipun, bukan ke tangan yang membeli memberi, lebih baik dari yang menerima?

Terima kasih, sila beli lagi! Gif dari Giphy

Sumbangan juga akan dihulurkan ke dapur jalanan

Selain tu, Prego juga bekerjasama dengan servis Chef On Wheels untuk mengedarkan makanan pada mereka yang terjejas. Kalau korang nak tahu, Chef On Wheels ni memang ada reputasi baik sebab dorang ni la yang banyak sediakan katering makanan untuk performer antarabangsa yang buat konsert kat sini, macam Ed Sheeran, Metallica, Mariah Carey, Shawn Mendes dan Bruno Mars!

Jadi dengan gabungan Prego dan Chef on Wheels, mereka berjaya memberi bantuan makanan tajaan harian kepada komuniti kurang berkemampuan, dan diedarkan dengan bantuan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia. Dalam masa sehari, sebanyak 500 bungkus makanan diedarkan kepada komuniti PPR di sekitar Lembah Klang. Dan ia akan berlangsung selama 28 hari, yang bermula dari 27 Mei dan akan berakhir pada 29 Jun ini dengan 14,000 makanan akan diedarkan sepanjang tarikh tersebut. Inisiatif ini bagi memastikan mereka mendapat makanan yang berkhasiat dan lengkap, terutamanya pada masa yang sukar ni.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Prego Malaysia dan Facebook Prego Malaysia.