- 64Share sekarang!
- Email1
- Facebook63
- Share
Seperti semua orang tahu, PROTON merupakan inisiatif daripada kerajaan untuk mewujudkan kereta nasional kita sendiri. Terdapat pelbagai turun naik yang perlu dilalui PROTON itu sendiri dalam mengekalkan kedudukan dalam industri automotif dunia.
Tapi korang tahu ke dari mana sebenarnya segala teknologi-teknologi dan idea untuk membuat kereta PROTON ni dulu? Mungkin ramai tahu tu semua merupakan teknologi Jepun je, tapi secara spesifiknya korang tahu ke? Haa kali ni kitorang nak cerita serba sedikit pasal syarikat kereta nasional kita yang berpaksikan negara Matahari Terbit ni, kalau korang nak tahu lebih lanjut tu teruskanlah membaca ye.
Projek kereta nasional yang dianggap sebagai perintis
Perusahaan Otomobil Nasional (PROTON) adalah projek kereta nasional yang pertama di Malaysia, siapa sangka negara kita ni mampu untuk mengeluarkan jenama kita sendiri dalam industri automotif. Kewujudan projek ni diasaskan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1979 dalam usaha untuk meningkatkan sektor perindustrian negara.
Ia mengambil masa selama 3 tahun sebelum kabinet meluluskan projek itu dan pada 7 Mei 1983, syarikat automotif pertama Malaysia ditubuhkan. Tu baru penubuhan je tau, kereta pertama dorang pula telah dikeluarkan pada 9 Julai 1985, kereta yang diberi nama Proton Saga yang menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia.
Even sampai sekarang pun masih ada keluaran Proton Saga generasi baharu dan boleh dikatakan sambutan terhadap kereta tu pada pertama kali ia keluar sampailah sekarang sangat memberangsangkan!
Bukan nak bangga ke apa tapi sejak Proton Saga ni dikeluarkan start dari edisi pertama punya sampailah sekarang, lebih dari 1.8 juta telah terjual sekaligus menjadikan Saga sebagai model kereta paling laris di Malaysia. Tak lupa juga, Proton Saga juga pernah dilancarkan di United Kingdom pada 16 Mac 1989, kira taraf-taraf international juga lah Saga ni.
Senang cerita, Proton Saga ni dikira sebagai godfather kepada semua kereta tempatan yang ada di pasaran sekarang ni. Maybe ada yang akan gelar Myvi sebagai King disebabkan ‘kehebatan’ kereta tu sendiri, tetapi semua tu takkan ada kalau Saga tidak dilancarkan pada 36 tahun yang lalu.
Cuma satu je, masa awal-awal Saga ni diperkenalkan, harga yang ditawarkan dalam sekitar RM18 ribu sahaja tetapi sekarang dah naik sampai RM32 ribu. Persoalannya, kalau harga kereta ‘mampu milik’ boleh naik, kenapa gaji minimum tak naik-naik? YEET!
Berguru dengan sensei dari Mitsubishi
Kalau korang nak tahu, sebenarnya pada awal-awal penubuhan projek kereta nasional ni, PROTON banyak berguru dengan Mitsubishi Motors — syarikat automotif terkemuka Jepun. Perkara itu terjadi selepas kerajaan menandatangi perjanjian kerjasama dengan syarikat Jepun tu untuk assist dalam pembangunan PROTON. Kerajaan diwakili Heavy Industries Corporation of Malaysia (HICOM).
HICOM bergabung dengan Diversified Resources Berhad (DRB) pada tahun 1996, dan menjadi DRB-HICOM pada tahun 2000. Nak dijadikan cerita, sekarang DRB-HICOM pemegang saham majoriti dalam PROTON, bersama Geely dari China!
Kepada semua peminat kereta mesti kenal punyalah Mitsubishi ni, sebab mereka agak popular dengan mengeluarkan kereta-kereta sports (berkuasa tinggi) seperti Mitsubishi Lancer, Eclipse dan juga GT. Sampaikan kereta keluaran syarikat tu ada digunakan dalam filem hollywood kot dan bak kata orang siapa yang pakai Mitsubishi kat Malaysia ni dikira kaya juga lah.
Oleh itu, pengeluaran Proton Saga pertama tu dibina di atas landasan Mitsubishi selepas kedua syarikat bersetuju untuk bekerjasama dalam menghasilkan kereta pertama Malaysia. Macam kitorang cakap tadi lah, model yang terhasil (Proton Saga) tu telah mendapat sambutan luar biasa dalam kalangan pembeli kereta di Malaysia. Jenama kereta sendiri kot, mesti lah kena support gila-gila punya kan. Tapi bukan satu model je tau Proton ‘tiru’, ada banyak lagi sebenarnya model kereta Proton yang diinspirasikan oleh Mitsubishi.
Model Mitsubishi yang diambil PROTON sehingga pernah dibawa berlumba!
1. Mitsubishi Lancer Fiore 1983
Sebagai bukti, kereta pertama PROTON tu telah diinspirasi daripada salah satu model Mitsubishi yang agak power tau! Tak caya? Untuk pengetahuan korang, segala design luaran dan dalaman Proton Saga edisi pertama tu diambil daripada model Mitsubishi Lancer Fiore 1983 dan juga Mitsubishi Mirage Sedan 1983. Kalau korang tengok Lancer Fiore dengan Mirage Sedan tu memang serupa gila dengan Proton Saga! Daripada lampu depan hinggalah design kotak-kotak dia tu, memang mantap betul.
Pada masa tu, siapa yang dapat beli Saga dikira bertuah lah. Sebab dapat beli Lancer dengan harga yang lebih murah tu! Dalam pada itu, bukan Proton Saga je yang diinspirasi daripada syarikat Jepun tu. Ada tiga lagi kereta keluaran PROTON yang menggunakan design Mitsubishi dan ketiga-tiga kereta ni pun memang dikira legend dalam dunia automotif.
2. Mitsubishi Mirage Colt 1992
Selepas Saga, PROTON telah mengeluarkan Proton Satria dengan menggunakan design yang diinspirasikan oleh model Mitsubishi Mirage Colt 1992. Kalau nak sebut perbezaannya, macam tak ada tau sebab memang daripada depan sampai belakang nampak sama je. Tapi sampai sekarang, kereta ni memang dikira sebagai kereta collection peminat-peminat kereta sebab statusnya yang dianggap rare (untuk model pertama lah).
Kalau model baru dorang (Satria Neo), tu memang salah satu kereta terbaik keluaran PROTON. Sebab daripada kereta tu, syarikat automotif tempatan tu dapat menaikkan nama mereka dalam arena perlumbaan dunia dibawah pasukan PROTON R3. Sampaikan, dorang menjadi juara dunia untuk beberapa kali kot.
3. Mitsubishi Mirage Asti 1993
Bagi mereka-mereka yang suka ‘try‘ kereta dekat Dataran Merdeka tu mesti banyak kali nampak kereta ni beraksi, model kereta yang dibicarakan ni tak lain dan tak bukan ialah Proton Wira. Kereta ni juga dikenali sebagai Wira Turbo oleh mereka yang ‘main kereta’ (orang yang selalu modified kereta). Dalam erti kata lain, kereta ni memang padu sampaikan orang luar negara pernah guna untuk race dalam litar berdepan dengan model kereta lain yang jauh lebih popular.
Lagi satu model kereta PROTON yang guna design yang sama adalah Proton Putra, kira adik-adik beradik dengan Wira juga lah. Tapi tak ramai dapat bezakan pun, semua bila nampak Proton Putra ni dorang masih ingat tu kereta Wira.
4. Mitsubishi Galant 2002
Ni lagi satu kereta yang dianggap sebagai jentera untuk pelumba sejati! Sebab apa, ini satu-satunya kereta enjin berkapasiti 2000cc yang PROTON ambil untuk rebranding. Mitsubishi Galant ni merupakan blueprint kepada Proton Perdana edisi pertama, design dia yang agak garang dengan enjin dia yang padu membuatkan peminat kereta tidak senang duduk. Cuma kali ni Proton takdelah ambil bulat-bulat dia punya design tu, dia ada ubah sikit-sikit lah.
Kereta nasional yang harus kita bangga dan bukan pertikaikan
Sebagai rakyat Malaysia ni, kita je lah yang boleh menaikkan nama PROTON ni dan menolong mereka dalam jualan. Walaupun ada je yang lebih minat dengan kereta import, sebab jenama luar ni menawarkan specs yang agak baik kan. Tapi PROTON pun sekarang bukan biasa-biasa dah, dorang dah step up their game selepas menjalinkan kerjasama dengan Geely Auto Group.
Sebab tu kita dah tak boleh pandang rendah PROTON sekarang, walaupun jenama kereta lain memberi saingan hebat tetapi PROTON masih lagi mampu untuk bersaing dalam dunia automotif. Bak kata ayat dalam tv tu, ‘barang baik barang kita’!
- 64Share sekarang!
- Email1
- Facebook63
- Share