Pendidikan & Kesihatan

6 makanan yang kita makan sebenarnya bukan apa yang kita fikirkan

(This article is a translation. For the original, visit our brother site CILISOS)

So baru-baru ni tular benda pelik kat FB dengan seperti post di group Makan Apa Tak Jadi Hari Ini?. Yang menariknya, ada satu post yang agak mencurigakan orang ramai apabila “hidangan sardin” yang dimasak nampak pelik…

Ikan sardin ke ni? Imej dari Facebook

Disebabkan kitorang pun mempunyai rasa ‘pelik’ yang sama, kitorang cuba untuk gali dengan lebih dalam pasal ni. Hasil kajian kitorang, sebenarnya ikan sardin tu sendiri tak lah spesifik kepada satu jenis ikan je. Sebab sardin tu pun banyak jenis guys!

Kitorang pun baru je tahu kot, perkara macam ni buat kitorang fikir, apa je lagi benda yang kita makan setiap hari bukanlah benda yang kita semua fikir pun. Jadi lepas kitorang muhasabah diri dan melakukan sedikit kajian, kitorang terjumpa 6 jenis makanan yang memang bukan apa yang kita fikirkan. Nak bagi amaran sikit, jangan menyesal pula lepas korang baca semua ni ye.

Kita mulakan dulu dengan yang kita dah sebut iaitu…

1. Sardin sebenarnya adalah 21 jenis yang berbeza

So ni sardin ke ayam? Imej dari Ayam Brand

Melainkan korang adalah manusia yang rajin pergi ke pasar ikan atau pun seorang nelayan, korang mungkin tak pernah tengok ikan sardin selain daripada dalam tin tu kan. Namun, seperti apa yang kitorang cakap tadi, ikan sardin ni bukanlah sejenis ikan sahaja. Sebaliknya, terdapat beberapa jenis ikan yang berbeza (dalam keluarga sardin) dan bukan jenama je yang berbeza tau.

Nama sardin digunakan untuk menerangkan tentang ikan yang kecil dan berminyak daripada keluarga Clupeidae. Legenda mengatakan yang nama itu datang daripada pulau Sardinia, sebab dikatakan ikan jenis ini ada banyak kat situ. Tapi disebabkan ia hanya ura-ura dan hanyalah khabar angin, takde orang yang boleh confirm benda tu betul ke tak.

Apakah jenis ikan itu bergantung kepada sesuatu tempat itu sendiri. FAO dan WHO telah menyenaraikan 21 jenis ikan yang diklasifikasikan sebagai sardin, tapi di Malaysia ia selalunya ditujukan kepada ikan Tamban. Untuk merumitkan keadaan lagi, ikan Tamban tu pun mempunyai jenis-jenis yang berbeza daripada keluarga Clupeidae. Ini antaranya:

  • Tamban Sisik Putih
  • Tamban Sisik Pipih
  • Tamban Sisik Tajam

Tamban Sisik Putih. Imej dari Fisheries Department

Sardin mungkin digunakan sebagai sesuatu ‘definisi’ jenis ikan, tapi dekat Malaysia ni nama sardin digunakan sebagai bahasa panggilan sesuatu ikan yang sebenarnya bukan sardin pun. Sebagai contoh, kalau korang dari Sabah, mungkin korang akan panggil ikan basung sebagai sardin.

2. Minyak sawit dalam ais krim korang

Di kebanyakan negara barat, untuk klasifikasikan sesuatu itu sebagai aiskrim, ia memerlukan at least 10 peratus lemak susu dan dibuat hanya susu atau produk susu. Di Malaysia juga kita ada regulasi yang sama dan jika tidak ikut syarat 10 peratus tu, produk itu hanya akan dikenali sebagai “frozen dessert”.


Tetapi 10 peratus kita tidaklah berfokuskan produk tenusu, sebab berdasarkan regulasi negara kita, ia boleh jadi susu atau minyak sayur atau kedua-duanya sekali. Korang tahu apa yang duduk di bawah kategori minyak sayur? Minyak sawit.

Minyak kebangsaan ni boss. Imej dari Berita Harian

Kitorang tahu apa yang korang akan fikir, ada ke minyak kelapa sawit dalam aiskrim? Sebenarnya dia bukanlah minyak kelapa sawit tu dibuka penutup dan terus diletak kat aiskrim korang tu.

Kalau korang terfikir kenapa “minyak sawit”, lemak sebenarnya mempunyai bentuk yang sama dengan minyak disebabkan kedua-duanya mengandungi asid lemak, dan ia digunakan untuk membuatkan aiskrim korang tu menjadi pejal ketika ia dibekukan. Sama juga dengan susu, kalau korang rebus susu, korang akan nampak lapisan minyak di atas.

Tapi tak kisah lah apa pun nama dia, takkan ada sorang pun akan masuk kedai runcit dan sebut “Bang, nak beli frozen dessert satu.”

3. Daging yang korang makan tu mungkin daging kerbau

Semua daging pun nampak sama. Imej dari Astro Awani

Haaaa, terkejut tak?! Kalau korang rasa daging yang korang makan selama ni adalah lembu, sebenarnya ia mungkin adalah daging kerbau!

Bila korang dengar pasal ni, mungkin korang akan kaitkan dengan kes kartel daging halal di mana orang tersilap dengan fikir yang daging kerbau sebagai daging lembu. Tapi tak pun, sebenarnya kita memang sentiasa import masuk daging kerbau, dengan 70% daripadanya datang dari India. Yang selebihnya datang dari Australia, Bangladesh dan juga Pakistan.

Macam ni lah agaknya. Imej dari Kompas

Ini disebabkan permintaan tinggi terhadap daging dalam negara kita. Malaysia pula hanya mengeluarkan 52,000 tan daging setahun, tapi permintaan pula adalah 4 kali ganda daripada yang boleh dikelurkan. Jadi, mengimport adalah salah satu jalan penyelesaiannya.

Malaysia tak dapat mengeluarkan lebih banyak daging berpunca daripada beberapa sebab, seperti tidak mempunyai cukup kawasan tanah yang sesuai untuk menternak dan juga keuntungan yang agak sedikit disebabkan pengawalan harga daging tempatan. Tapi pelik bin ajaibnya, import daging dari luar negara lebih murah dari mengeluarkan daging lembu sendiri.

Namun, jangan lah rasa teruk pula bila korang memang tak reti nak bezakan benda-benda ni, sebab di India, di mana 70% daging kita diimport, mereka juga ada masalah yang sama untuk membezakan antara daging lembu dengan kerbau ni.

4. Wasabi yang korang makan tu mungkin adalah horseradish

Bila korang pergi makan sushi kan, mesti ada sos untuk korang cicah macam kicap dan juga wasabi. Masa tu mesti korang akan fikir ia adalah 100% ramuan daripada Jepun kan? Tapi sebenarnya, ia bukanlah wasabi yang sebenar! (Kicap tu betul lah)

Nani?!

Betul guys! Kitorang tak tipu, korang sebenarnya mungkin sedang makan horseradish. Secara teknikalnya, wasabi itu sendiri adalah sejenis horseradish (dari Jepun punya) dan ia berada dalam satu keluarga dengan kobis, brokoli dan juga sawi. Tapi dikatakan rasanya agak berbeza.

Rupa wasabi sebenar. Imej dari JapanKuru

Dia macam ni, kedua-duanya ada rasa pedas yang mencucuk hidung tu berpunca daripada benda yang dipanggil sebagai isothiocyanates. Tetapi katanya wasabi mempunyai lebih banyak benda tu, di mana ia memberi rasa yang lebih kompleks (kitorang tak boleh nak confirm kan benda ni sebab tak pernah rasa wasabi yang legit)

Tapi kalau korang fikir yang korang ni kuno sebab tak pernah makan wasabi yang legit, jangan risau sangat sebab ada sesetengah orang Jepun pun mungkin tak pernah rasa. Ini disebabkan susahnya nak tanam wasabi ni sehingga menjadikan ia sangat mahal, sampaikan mendapat gelaran sebagai “emas hijau”, dan selalunya ia akan dibeli oleh peruncit besar.

Untuk menjaga pokok wasabi yang cerewet ni, korang perlukan air yang sangat bersih dan korang juga kena jaga suhu keliling pokok diantara 10-15 darjah celsius sepanjang tahun. Di sesetengah tempat, mereka menggunakan air gunung yang telah ditapis mengunakan batu dan juga pasir. Boleh dikatakan, kehidupan horseradish Jepun ni lagi berkualiti dari kita semua.

5. Keropok kentang yang korang makan tu mungkin diperbuat daripada tepung.

Bila korang makan keropok kentang yang dalam tin tu kan, mesti korang akan terfikir, “Wah, macam mana dorang hiris semua kentang ni bagi sama saiz erk?”. Sebenarnya, ia tidak diperbuat daripada kentang yang dihiris!

Keropok kentang dalam tin tu diperbuat daripada campuran kentang kering yang sudah diproses sehingga berbentuk seakan-akan tepung. Ia juga akan dicampur dengan minyak, air dan beberapa jenis tepung, berkanji, seperti tepung jagung dan juga tepung beras, fungsinya adalah untuk mendapat adunan yang padat.

Adunan ini akan dihiris menjadi bentuk yang seragam yang kita nampak dalam tin tu ha. Mungkin kalau korang susah nak bayangkan, ni video yang maybe boleh buat korang faham…

Namun secara teknikalnya ia masih lagi diperbuat daripada kentang, walaupun kandungan kentangnya bawah daripada 50%. Namun, disebabkan ia bukan dibuat daripada hirisan kentang sebenar, ia hanya dibenarkan untuk digelar sebagai keropok kentang dan bukan ‘kerepek’ kentang.

Lagi satu guys, walaupun keropok kentang ni mempunyai rupa yang agak pelik, ia sebenarnya telah melalui pelbagai proses dalam menentukan rekabentuknya itu. Bentuknya yang seakan-akan pelana kuda (tempat duduk dekat atas badan kuda) tu dipanggil sebagai hyperbolic paraboloid. Ia direka khas bagi menahan tekanan yang kuat, sekaligus membenarkan keropok kentang tu disimpan dalam tin tanpa memecahkannya.

Ia juga antara sebab kenapa kenapa arkitek suka kan bentuk tu dan sesetengah bangunan yang kita ada sekarang ni menggunakan konsep yang sama seperti London Velodrome.

Nampak macam keropok kan. Imej dari ArchDaily

Fun fact: Dalam dunia ni hanya ada 5 kilang Pringles, dan salah satunya terletak di Johor.

6. Cheese yang korang selalu makan tu sebenarnya bukan cheese!

Cheese slices, keju berbentuk petak yang selalu abang jual burger letak kat burger dorang tu sebenarnya tak boleh dipanggil sebagai cheese.

Untuk sesuatu produk itu dipanggil sebagai “cheese”, terdapat beberapa regulasi ketat yang perlu diikut. Dia macam ni, keju ni hanya boleh dibuat menggunakan susu ataupun produk tenusu seperti krim, dan korang hanya dibenarkan untuk menambah kultur bakteria ataupun kulat di mana ia akan menapaikan susu sehingga ia menjadi pepejal.

Korang juga tak boleh cairkannya atau proseskan produk tu, senang cerita korang hanya boleh tambahkan kultur dalam susu tu dan biarkan ia begitu sahaja. Selain daripada tu, seperti cheese slices hanya boleh digelar sebagai keju yang telah diproses (processed cheese). Ia bukanlah 100% keju dan mungkin hanya mempunyai 50% keju sahaja.

Korang jangan risau, ia masih lagi diperbuat daripada keju sebenar, tapi ia dicampur dengan dengan bahan-bahan lain seperti garam dan bahan pengawet.

Ni lah bentuk dia. Imej dari Halal Food Master

Tapi keju proses pun memerlukan 51% kandungan tenusu untuk dikategorikan sebagai keju proses itu sendiri. Semua yang mempunyai bawah daripada itu akan digelar sebagai “produk makan berkeju”. 

Segala informasi yang ditulis ini mungkin dah ada dekat label produk

Sesetengah dari korang mungkin akan fikir yang korang “perlu buat kajian sendiri” tentang macam mana nak tahu apa yang ada dalam makanan korang dan mungkin ikut serba serbi tentang food hack dekat Youtube. Tapi segala informasi yang salah telah pun di debunk sebelum ini.

Cara paling mudah adalah dengan baca segala bahan-bahan dekat label produk kerana pengeluar perlu meletakkan segala informasi kerana itu adalah undang-undang yang perlu diikuti. Sekarang lepas korang dah tahu semua ni, sorry kalau kitorang dah rosakkan pemikiran korang tentang makanan ni semua.

Popular

To Top

Send this to a friend