Siapakah pengasas & merasmikan Taman Sri Muda yang dikatakan kawasan takungan banjir

Minggu lepas kita sudah dikejutkan dengan berita mengenai kawasan pembangunan di Taman Sri Muda adalah kawasan takungan banjir. Baiklah, marilah kami explain sikit mengenai isu ini.

Ketua Pasukan Rasuah Busters, Datuk Hussamuddin Yaacub meminta pihak berkuasa untuk menyiasat kebenaran mengenai Taman Sri Muda merupakan kawasan takungan banjir. Hal ini kerana banjir teruk yang berlaku di kawasan itu.

“Saya menerima maklumat dari sumber yang berwibawa yang mendakwa, Sri Muda sepatutnya menjadi tapak takungan air banjir. Tetapi ia telah dijual kepada pemaju perumahan.” – Datuk Hussamuddin Yaacub, dipetik dari Malaysia Dateline.

Kalau belum baca, boleh pergi ke laman web Malaysia Dateline.

Memandangkan ia dibenarkan menjadi kawasan perumahan sedangkan ia tempat takungan banjir, timbul satu persoalan dari kami…Siapakah yang terlibat dalam pembangunan di situ dan siapa yang merasmikannya?

Individu yang merasmikan Taman Sri Muda pernah terlibat dengan pelbagai kontroversi

Taman Sri Muda ni dulu adalah kawasan perladangan getah dan kelapa sawit yang diberi nama Merton Estate (terletak di Mukim Klang), luas kawasan ini ialah 584 hektar. Dikatakan majoriti tinggal di situ masyarakat india yang bekerja sebagai penoreh getah.

Ia dimiliki oleh Syarikat Sri Alam Sdn. Bhd. dan kemudian Merton Estate telah dijual kepada syarikat Mawacres Sdn Bhd.

Dikatakan kawasan Taman Sri Muda lebih rendah dari permukaan sungai. Imej dari Reddit.

Lepastu, 17 Februari 1982 bermulalah projek pembangunan serta perumahan di situ yang memakan setahun untuk siap. Ia kemudian dari Merton Estate bertukar nama kepada Taman Sri Muda.

Tahukah korang, Taman Sri Muda telah dirasmikan oleh Muhammad bin Haji Muhammad Taib (masa tu dia menjadi Menteri Besar Selangor). Ada juga sumber mengatakan kawasan itu dirasmikan oleh Ahmad Razali Ali.

Mat Taib ni korang kenal tak? Imej dari Singa Laut MetrO.

Sesiapa yang tak kenal dengan Mat Taib (nama samarannya) ni, beliau sinonim dengan satu kontroversi iaitu pernah bawa keluar duit sejumlah RM 2.4 juta ke Australia.

Dahulunya ramai penduduknya dari penoreh getah, kemudian bertukar kepada ramai penduduk yang bekerja sebagai pekerja kilang, buruh binaan dan pekerja swasta. Yela, disebabkan dasar kemajuan di situ.

Tapi ada satu masalah besar yang berlaku di Taman Sri Muda ni…

Kawasan perumahan yang diapit oleh dua sungai

Mungkin korang pelik semacam apa yang masalahnya kalau Taman Sri Muda ni berada di tengah-tengah dua sungai, adakah ia akan menimbulkan masalah? Ye betul, nak tahu kenapa?

Bedasarkan artikel dari Malaysia Now, karya Pak Zin, Taman Sri Muda ni diapit oleh dua sungai iaitu Sungai Klang dan Sungai Damansara.

Pada tahun 1995, Taman Sri Muda dilanda banjir akibat limpahan air dari dua sungai tersebut. Masalahnya dekat situ tak hujan pun, tahu-tahu banjir.

Banjir yang berlaku di Sri Muda pada tahun 1995. Imej dari Berita Perak.

Masalah banjir itu telah diselesaikan selepas perangkap sampah di sekitar sungai telah dibaiki. Sungai itu juga telah dibina dinding berkonkrit besar serta pintu air bagi mengelak banjir.

Selepas banjir besar berlaku pada minggu lalu, ramai pihak marah kenapa Taman Sri Muda itu menjadi kawasan perumahan sedangkan ia adalah tapak takungan banjir.

Semasa kami sedang membantu mangsa banjir di Taman Sri Muda, terdapat segilintir penduduk yang ingin berpindah ke tempat lain kerana serik dengan banjir. Ada juga yang terus tinggalkan rumah dan berpindah.

Mungkin populasi di Taman Sri Muda akan berkurang sejurus dengan itu sektor perniagaan dan perkilangan juga akan merosot.