Wang & Kareer

Sekolah dah tak SELAMAT sebab 50,000 pengawal keselamatan sekolah akan BERHENTI KERJA!?

(This article is translation. For original, visit our sister site, CILISOS)

Cuba bayangkan kalau kat dunia ni dah takde pengawal keselamatan yang akan jaga pejabat korang, rumah, bangunan dengan kawasan-kawasan sekolah? Mesti takutkan bila tak ada siapa yang kawal keselamatan persekitaran kita? Tapi sebenarnya situasi ni mungkin akan jadi kat sekolah-sekolah di sekitar Malaysia! Ia berdasarkan maklumat daripada Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PKIM), yang merupakan pertubuhan untuk syarikat keselamatan. 

Baru-baru ni, PKIM ada mendakwa yang Kementerian Kewangan ada keluarkan khabar angin untuk memperkenalkan polisi kontrak (Contract for Services (CFS) untuk pengawal keselamatan. Pengawal keselamatan tu akan dipanggil kerja secara terus daripada syarikat tertentu tanpa melalui orang tengah ataupun kontraktor. Dan menerusi ni, ia boleh menyebabkan lebih kurang 50,000 pengawal keselamatan akan hilang pekerjaan diaorang, yang kebanyakannya berkhidmat di sekolah.

“Ini juga bermakna 40,000 pengawal keselamatan sekolah dan 10,000 kakitangan sokongan akan hilang pekerjaan mereka. Ia akan ada kesan besar kepada industri jika Kementerian Kewangan memutuskan untuk meneruskannya.” – Datuk Seri Ramli Yusuff, presiden PIKM, sumber dariThe Star. 

Datuk Seri Ramli Yusuff waktu sidang media PIKM. Imej dari NST

PIKM bagitahu yang tu hanyalah khabar angin je sebab, ia tak ada bukti yang menyatakan pasal pengenalan polisi tu. Dan ia belum dapat penjelasan daripada pihak Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan. Tapi, kenapa pulak ada Kementerian Pendidikan?

Rupa-rupanya. menurut PIKM, polisi tersebut akan diperkenalkan dalam sektor kerajaan, dan pihak Kementerian Pendidikan merupakan sektor pertama yang akan laksanakan polisi tu dulu. Jadi, yang terkesan adalah pengawal-pengawal keselamatan kat sekolah lah.

Sekolah mungkin dah tak selamat untuk semua ?

Sama macam kerja yang lain, pengawal keselamatan dikehendaki untuk ikut proses tertentu sebelum dipanggil bekerja. Pengawal keselamatan yang bertugas kat sekolah ni biasanya diperiksa dulu untuk pastikan diaorang adalah rakyat Malaysia yang takde rekod jenayah, daripada ciri-ciri dan kriteria yang lain. 

Lepas tu, diaorang perlu dilatih di bawah modul Certified Security Guard, yang modul tersebut telah diluluskan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri. Dan modul yang disediakan tu adalah lsah dan bukanlah syok sendiri.

Diaorang pun kena pergi tuisyen jugak? Imej dari Blue Security

Nampaknya semua aktiviti tu dah dilakukan oleh syarikat swasta! Kitaorang jumpa dengan Sivaranjani Manickam dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang mendakwa pihak kerajaan ada menyalurkan dan membekalkan pengawal keselamatan dan pekerja pembersihan untuk premis kerajaan kepada syarikat swasta sejak tahun 1980! Dan syarikat-syarikat ni kebiasaannya diberikan dua hingga tiga tahun tempoh kontrak bekerja. 

Apa yang pihak kerajaan buat adalah membayar kontraktor untuk perkhidmatan pengawal keselamatan melalui kontrak tu. Dan kontraktor-kontraktor ni akan teruskan untuk menggaji dan melatih pengawal keselamatan tersebut.

Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Hal berkenaan urusan menggaji dan melatih pengawal keselamatan ni sebenarnya agak mahal. Dalam satu sidang media yang diadakan oleh PIKM, diaorang ada nyatakan kos sebenar dalam proses-proses tu, contohnya macam:

  • Latihan: RM600 seorang
  • Lesen: RM400
  • Gaji: RM2,500 hingga RM2,700 sebulan (kalau setahun dah jadi RM32,400 hmm…)

Jadi kos keseluruhan untuk seorang pengawal keselamatan (termasuk gaji setahun dengan kos latihan dan lesen) mungkin lebih kurang RM33,400 setahun. Ini tak termasuk uniform kerja diaorang lagi. Kalau kat Malaysia ni anggaran pengawal keselamatan yang ada lebih kurang 200,000 orang, jadi korang boleh bayangkanlah berapa banyak duit yang kontraktor tu caj kat pihak kerajaan hanya untuk pengawal keselamatan!

Pakaian diaorang disediakan oleh syarikat swasta tertentu. Imej dari modul Certified Security Module

Dan, mungkin ni merupakan salah satu sebab tindakan Kementerian Kewangan untuk laksanakan CFS yang dipercayai dapat kurangkan kos disebabkan beberapa faktor kekangan bajet yang ada. Jika hal tersebut dilaksanakan, bajet tersebut akan diberikan secara langsung kat pihak kementerian. Dan lepas tu akan disalurkan kepada pihak berkepentingan macam sekolah (bukan kontraktor) yang boleh secara terus ambik pengawal keselamatan bekerja.

Tapi, hal ni mungkin bukannya jadi masalah untuk sesetengah pihak, PIKM percaya yang hal ni akan meletakkan pelajar dan cikgu-cikgu dalam keadaan bahaya. 

“Jika hal ini benar, ia akan meletakkan keselamatan pelajar dan guru secara berisiko, kerana apabila pengambilan langsung dilakukan, kualiti tidak diketahui. Sedangkan dengan kami, semua pengawal keselamatan harus melalui proses pemilihan yang ketat.” – Sofia Johari, setiausaha PIKM, sumber dari New Straits Times.

Dan ni bukanlah kali yang pertama PIKM timbulkan isu yang macam ni. Berbalik pada Februari 2019 yang lepas, pun ada isu yang lebih kurang sama…

Eh pak guard ni dah kenapa? GIF dari Giphy

Seramai 12,000 pengawal keselamatan dah tak ada kerja, dan statistik tu tak betul!?

Berbalik pada Februari 2019 lepas, Kementerian Pendidikan ada memperkenalkan sistem waktu pekerjaan yang baru untuk pengawal keselamatan kat sekolah. Dan PIKM mendakwa yang seramai 12,000 pengawal keselamatan dah kehilangan kerja diaorang disebabkan hal tersebut.

“Sebelum ni, kami mempunyai dua orang pengawal keselamatan untuk dua peralihan waktu yang berbeza, tetapi dengan adanya sistem baru ni telah mengurangkan jumlah pengawal, menyebabkan kehilangan pekerjaan untuk pekerja-pekerja ini.” Datuk Seri Mustapa Ali, bekas Presiden PIKM, sumber dari The Star. 

Bukan tu je, dia ada bagitahu dalam sistem baru yang diperkenalkan juga bermakna bahawa waktu kerja dalam setiap peralihan waktu telah dikurangkan. Sebelum ni, pengawal keselamatan dikehendaki bekerja 12 jam, tapi dengan sistem tersebut, diaorang hanya perlu bekerja selama 8 jam je. Jadi, kenapa dia cakap macam tu sedangkan bekerja selama 8 jam adalah normal menurut Akta Pekerjaan 1955?

Imej dari Akta Pekerjaan 1955

Dengan adanya pengurangan waktu bekerja, Datuk Mustapa bagitahu yang gaji pengawal keselamatan jugak dikurangkan kepadaRM1,200 seorang! Kalau apa yang dia bagitahu tu betul, jadi ia bermakna yang pengawal keselamatan tempatan akan dibayar kurang daripada pengawal keselamatan asing macam yang kitaorang pernah bagitahu sebelum ni. Dalam artikel yang kitaorang interview hari tu, pekerja asing diberi gaji sekitar RM1,400 hingga ke RM1,500. 

PIKM juga tegaskan yang pengawal keselamatan yang dah kehilangan pekerjaan diaorang walaupun diaorang dah kerja lama, diaorang menghadapi masalah untuk cari pekerjaan yang baru. Kebanyakan daripada mereka datang dari kumpulan pendapatan B40 dan merupakan pesara polis dan tentera.

Walau bagaimanapun, bila kitaorang selidik dengan lebih mendalam tentang hal ni, sebenarnya pihak Kementerian Pendidikan ada jelaskan perkara tu dengan menafikan yang diaorang dah memberhentikan 12,000 orang pengawal keselamatan. Jadi, apa yang dinyatakan oleh pihak PIKM mungkin tak semuanya betul…

Klik gambar untuk baca artikel seterusnya. Imej dari CILISOS

Apa yang sebenarnya berlaku, menurut kementerian, kontrak dengan syarikat tertentu sebenarnya dah berakhir. Dan sama macam mana-mana kontrak lain, kementerian memperbaharui kontrak dengan syarikat tu serta buat beberapa perubahan untuk penuhi keperluan semasa. Perubahan tu termasuklah peralihan masa bekerja dan pekerja.

Pihak kementerian juga bagitahu yang diaorang tak terlibat dengan mana-mana penamatan dan pengambilan pengawal keselamatan sebabnya perkhidmatan tersebut diperolehi daripada syarikat swasta.

Ia dilakukan oleh syarikat yang memperolehi kontrak tersebut. Memandangkan penyertaan tersebut mengikut tender sebut harga yang ditawarkan, jadi tidak wajar untuk pihak kementerian bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengambilan pengawal keselamatan yang diambil oleh syarikat yang menerima kontrak daripada kementerian.” – Kementerian Pendidikan, sumber dari The Sun Daily. 

Rupa-rupanya isu ni sebenarnya bukanlah perkara yang baru. Malah, sebenarnya ada banyak kes yang pengawal keselamatan dieksploitasi oleh kontraktor-kontraktor ni. Dengan situasi yang macam tu …

Kalau jumpa guard cantik, pencuri mampu curi hati je. Imej dari Lifeloe.net

Polisi baru mungkin akan menyekat pengawal keselamatan daripada terus dieksploit

Rupa-rupanya, masalah ni bukan je berlaku untuk pengambilan pengawal keselamatan untuk premis kerajaan je. Tapi, kitaorang perasan pasal isu ni yang berlaku kat pengawal keselamatan yang diambil kerja untuk premis swasta macam kawasan perumahan bila kitaorang tanya dengan pengawal keselamatan tempatan, yang dikenali sebagai Michael. 

Waktu kitaorang jumpa Michael (yang merupakan pengawal keselamatan kat kawasan perumahan salah seorang penulis kat sini), kitaorang dapat tahu yang ada sesetengah syarikat yang mencabuli Akta Pekerjaan 1955. Terutamanya dalam proses pembayaran gaji untuk tempoh bekerja waktu cuti umum. 

Eh alamak. GIF dari Giphy

“Tiada gaji berganda. Bayaran biasa sahaja. Sebenarnya, saya tidak bersetuju dengan hal ini. Sebab biasanya untuk cuti umum bayarannya adalah tiga kali ganda.

Tapi pada waktu cuti, saya dapat gaji berganda. Sebenarnya peraturan kat setiap syarikat memang macam tu, tapi banyak syarikat yang tak ikut peraturan tu.” – Michael, ketika dihubungi CILISOS, diterjemah dalam BM.

Jadi betul lah, Michael ni di antara pengawal keselamatan tempatan yang diperlakukan dengan cara yang macam tu. Dalam kes yang lain pulak, sekumpulan pengawal keselamatan kat Pulau Pinang ada buat aduan dengan Jabatan Buruh Negeri berkenaan hal yang lebih kurang sama. Diaorang mendakwa yang diaorang dipaksa untuk kerja dalam waktu yang lama tanpa cuti yang diberikan daripada majikan diaorang. 

Muhammad Fazly Md Ibrahim yang merupakan jurucakap kumpulan tu, mendakwa yang dia dah bekerja secara peribadi selama empat bulan berturut-turut dengan tak diberikan cuti walaupun sehari. Dia hanya boleh ambik cuti sehari je tu pun kalau ada orang yang akan gantikan tempat dia. Seorang lagi pengawal keselamatan, Musa Shariff yang mengatakan gaji diaorang akan ditolak kalau diaorang cuti walaupun dengan sijil sakit (MC) yang disahkan oleh doktor. 

Waktu diaorang buat aduan. (Kiri Musa, tengah Fazly). Imej dari The Star

“Saya ada kawan yang bagitahu dia sakit dan dia dapat MC daripada hospital kerajaan tapi syarikat tu tetap tolak RM474 daripada gajinya.” – Musa, sumber dari The Star. 

Ramai individu sokong rancangan Kementerian Kewangan

Dan daripada tu, mungkin ia menjadi salah satu sebab kenapa PSM ada nyatakan sokongan diaorang terhadap tindakan Kementerian Kewangan untuk laksanakan CFS untuk proses pengambilan pengawal keselamatan ni.

Kontraktor cenderung untuk mengeksploitasikan pekerja-pekerja ini dengan secara maksima dan ini menyebabkan beberapa isu seperti kenaikan gaji, tiada faedah asas (KWSP, PERKESO, cuti tahunan, cuti sakit, dan lain-lain) dan kadang-kadang pekerja-pekerja ni diberhentikan tanpa alasan oleh kontraktor.

Masalah utama yang timbul ialah bila tiada jaminan untuk pekerjaan ini disebabkan oleh sistem kontrak tersebut.” 

To Top
Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Send this to a friend