Perbezaan budaya minum kopi di serata dunia. Ia pernah diharamkan di Jepun?

Lebih kurang 20 tahun lepas, kopi lebih sinonim sebagai minuman orang tua-tua bila tetamu datang, balik dari kerja, mahupun melepak dengan kawan di kedai kopi. Tak kisahlah kopi O, kopi susu, mahupun…

Kopi dangdut takde, kalau nak kena gelek sendiri. Imej tak diedit dari iffahsuaidi.wixsite.com

Tapi bila kita fast forward ke zaman sekarang, nampaknya minum kopi dah jadi satu kemestian bagi kebanyakan orang, tak kira tua atau muda. Sedar tak sedar, minum kopi dah menjadi satu budaya di Malaysia, sebab tu jugalah banyak kafe-kafe baru naik macam cendawan tumbuh selepas hujan.

Dan kadang-kadang tu, di tempat yang kita tak pernah sangka – contohnya macam McCafé dari McDonald’s yang memulakan operasi di Malaysia pada tahun 2012, selepas kejayaan McCafé di Melbourne sejak 1993, setanding dengan kafe-kafe terkenal yang sedia ada. Disebabkan kopi dah jadi budaya baru sejak beberapa tahun kebelakangan ni, korang pernah terfikir tak, macam mana pula budaya minum kopi di negara-negara lain?

1. Pedagang Arab zaman dulu hanya jual kopi yang sudah dipanggang

Sinonim dengan nama biji kopi Arabika, orang Arab adalah yang terawal memanggang biji kopi dan kemudiannya biji kopi tersebut dibru untuk dijadikan kopi yang kita minum pada hari ini. Asal usul kopi yang dipanggang ini juga telah ditulis oleh ulama Arab pada zaman dahulu, di mana catatan tersebut menyebut kopi dapat membuatkan mereka bertenaga dan boleh bekerja sehingga berjam-jam lamanya.

Pedagang kopi di Arab. Imej dari bbc.com

Kalau nak tahu, dulu Arab ni adalah antara pengeluar biji kopi terbesar pada zaman tersebut, kiranya pengeluar eksklusif la masa tu. Untuk mengekalkan monopoli mereka terhadap perdagangan kopi, mereka tak senang-senang jual biji kopi saja kat orang luar. Jadi, apa yang pedagang kopi dari Arab ni buat? Mereka hanya menjual biji kopi yang telah dipanggang supaya pembeli dari negara lain tak dapat biji benih kopi, supaya mereka tak boleh tanam pokok kopi di negara mereka.

Bagaimanapun, ia tak kekal lama sebab biji kopi hijau berjaya diseludup keluar, dan akhirnya pokok kopi ditanam di negara-negara lain, hasil penyeludupan yang berlaku pada zaman tersebut. Dan dari sinilah kopi kemudiannya sampai ke Yaman, dan seterusnya ke Turki, dan akhirnya merebak ke seluruh pelusuk dunia.

Dan walaupun kopi mula dijual di negara Arab, tapi kafe pertama di dunia dikatakan dibuka pada tahun 1474 di Constantinople, Turki dan kemudiannya di Itali, Perancis, Jerman, dan British pada abad ke-17. Imej dari njajan.com

Bukan tu saja, sekitar tahun 1511, Khair Beg yang merupakan Gabenor Mekah pada masa tu pernah mengharamkan kopi dari bandar tersebut sebab takut yang kopi dapat mendorong pihak pembangkang menentang pemerintahannya. Jadi bila Sultan pada masa tu dengar je undang-undang mengarut ni, gabenor tersebut kemudiannya dihukum mati.

Khair Beg, gabenor Mekah yang mengharamkan kopi kerana takutkan pemikiran pembangkang. Imej dari koffeekompanions.com

2. Finland mewajibkan ‘coffee break’ dua kali sehari, selama 15 minit

Kecintaan orang Finnish dengan kopi tak dapat disangkal lagi, dan ia dah wujud dalam novel, lukisan dan karangan Finland dari awal abad ke-20 lagi. Semua ni menunjukkan betapa pentingnya minuman itu.

Merupakan peminum kopi terbesar di dunia, Finland dikatakan minum sebanyak 12 kilogram kopi perkapita setiap tahun, menurut International Coffee Organization (ICO). Maksudnya, setiap orang akan meminum sehingga 12 kilogram biji kopi setiap tahun! Malah, orang Finnish kebiasaannya minum kopi sebanyak 8-9 cawan dalam masa sehari! 

Kopi pertama Jepun diminum di Dejima pada abad ke-17. Imej dari discover-nagasaki.com

Selain tu juga, minum kopi ni sebenarnya adalah sebuah aktiviti sosial di Finland. Jadi tak hairanlah yang mereka akan sambut tetamu dengan seteko kopi, tak kisahlah kalau tetamu yang datang mengejut pun. Trend ni juga sebenarnya muncul disebabkan suhu yang terlampau sejuk di Finland, dengan suhu dibawah 40 darjah celsius, terutamanya di Utara Finland. Jadi, tak hairanlah di Finland kalau orangnya akan bawa termos yang diisi kopi ke mana-mana supaya mereka boleh memanaskan diri dengan kopi panas di musim yang dingin. Tapi bila tiba musim panas pula, kopi juga diminum, tapi dalam bentuk sejuk seperti kopi ais.

Kalau Malaysia lebih sinonim dengan ‘nasi lemak, kopi o’,  di Finland pula lebih sinonim dengan ‘kakkukahvi’, yang bermaksud kek dan kopi, di mana kopi biasanya akan dihidangkan bersama kek.

‘Kakku’ yang bermaksud kek, dan ‘kahvi’ yang bermaksud kopi. Imej dari pikist.com

Tapi bezanya dengan kopi yang ada di seluruh dunia, kopi di minum pada setiap masa. Ini kerana, kopi yang diminum bukanlah kopi yang pekat macam di negara-negara lain. Cara pembuatan kopinya hampir sama dengan Turki di mana dikatakan hampir 80% kopi di Finland kopinya dipanggang ringan dan kurang pekat berbanding di negara-negara lain.

Orang Finland juga lebih menyukai kopi yang ditapis (drip), berbanding espresso yang menggunakan tekanan untuk mendapatkan pati kopi yang pekat. Dan rupanya, hanya seawal 10 tahun yang lepas, orang Finland mula menyesuaikan diri dengan kopi dipanggang penuh, yang menjadikan kopi lebih pekat.

Apa yang menarik, Finland adalah satu-satunya negara yang mempunyai perjanjian buruh kolektif yang menyatakan, setiap pekerja wajib diberikan coffee break dua kali sehari, selama 15 minit! Tapi walaupun Malaysia takde undang-undang wajib untuk coffee break macam Finland, tapi… macam biasa je nampak orang Malaysia buat 😏 😏 😏

3. Kopi pernah menjadi sesuatu yang tabu sekitar tahun 1600 di Jepun

Walaupun teh dikatakan lebih sinonim dengan masyarakat Jepun, tapi nampaknya kopi dah berjaya memenangi hati rakyat negara matahari terbit ni. Malah, Jepun merupakan penggemar ke-4 terbesar di dunia. Bagaimanapun, budaya kopi di Jepun ni agak menarik untuk diikuti sebab ia melalui fasa-fasa tertentu.

Pada mulanya, kopi pertama yang sampai ke Jepun pada abad ke-16 dan 17 oleh Portugis dan Belanda. Ia pada mulanya diperkenalkan kerana kualiti perubatannya.

Kopi pertama Jepun diminum di Dejima pada abad ke-17. Imej dari discover-nagasaki.com

Bagaimanapun ia mula berubah sedikit demi sedikit, di mana sekitar tahun 1600-an, apabila kopi digunakan sebagai perangsang seks oleh pelacur di Nagasaki, sekaligus menjadikan kopi sesuatu yang tabu di negara matahari terbit tu.

Bagaimanapun, ia akhirnya berakhir tak lama lepas tu di mana kopi kini boleh didapati di mana-mana sahaja, dengan pelbagai jenis cara sama ada di Kissaten yang merupakan kedai kopi turun-temurun yang berbentuk bar di Jepun yang digemari golongan tua, mahupun kafe-kafe artisan yang berbentuk lebih moden dan terang yang lebih suka dikunjungi golongan muda.

Kissaten yang nampak macam bar, tapi untuk kopi. Imej dari theculturetrip.com

Berbeza dengan kafe biasa, Kissaten ni dah wujud sejak tahun 1926 lagi, iaitu semasa era Showa. Ia menawarkan pelbagai buku dan Majalah Manga untuk pelanggan mereka memilih sesuka hati dan menikmati sambil makan tengah hari atau minum kopi. Ini adalah tempat yang baik untuk mengikuti berita atau mengikuti Manga terbitan secara mingguan.

Tapi memandangkan Jepun sebuah negara yang sangat sibuk dan fast-paced, negara Jepun menyediakan mesin layan diri di mana-mana saja apabila mereka memerlukan kopi dengan pantas, pada bila-bila masa.

Bukan kopi segera, tapi dengan dibru segar. Imej dari gfycat.com

4. Itali takkan tapau kopi diorang balik rumah

Kalau korang bercuti ke Itali satu hari nanti (nampaknya bukan dalam masa terdekat ni 😢), sebaik-baiknya korang tak minta ‘tapau’ atau takeaway kopi korang tu. Sebaiknya korang minum je kat kedai macam orang Itali buat iaitu minum saja di kafe, dan  hanya minum kopi pada waktu pagi, biasanya sebelum pukul 11 pagi.

Mesin kopi di Itali yang menghasilkan espresso kegemaran rakyatnya. Imej dari warhistoryonline.com

Sebabnya, orang Itali lebih suka minum kopi espresso yang baru di-bru, caranya – serbuk kopi halus yang dipadatkan, dan dengan air panas pada tekanan tinggi untuk mewujudkan rasa unik yang perlu diminum dengan segera, terutamanya espresso yang akan diminum sambil berdiri dalam cafe. Tapi korang jangan la bawa budaya minum berdiri kat sini, konfirm kena bising dengan mak ayah korang, “Tak reti nak duduk ke bila minum?”.

Selain Espresso, kopi jenis Cappuccino juga merupakan antara kegemaran Itali. Malah, nama kopi tu sendiri adalah dari Itali, bersempena dengan sekumpulan sami di Itali, iaitu Capuchin. Nama tersebut diambil sempena warna gelap espresso yang dicampur dengan buih susu menyerupai warna jubah mereka.

Sami Capuchin di Itali. Guess the impostor. Imej dari cruxnow.com

Selain tu juga, orang Itali agak menitikberatkan sistem pencernaan mereka, dan sebab tu la mereka tak minum kopi yang dicampurkan dengan susu, yang dianggap agak berat. Menarik juga sebab menurut World Population Review, kadar obesiti di Itali cumalah 19.9% berbanding negara-negara Barat yang lain seperti Perancis (21.6%). Rusia (23.1%), Morocco (26.1%), UK (27.8%), mahupun Amerika Syarikat (36.2%).

Dan nampaknya, orang Itali lebih suka kopi yang pahit. Tapi… korang tahu tak,

Imej tak diedit dari memegenerator

5. Americano yang tercipta tanpa sengaja oleh tentera Amerika

Bila sebut Americano je, mesti korang terfikir yang asalnya dari Amerika, kan? Tapi, ia sebenarnya adalah perkataan Itali yang bermaksud ‘kopi orang Amerika’, disebabkan penyediannya yang sama tapi tak serupa dengan kopi Itali. Ia dikatakan muncul semasa Perang Dunia Kedua, di mana tentera Amerika di Itali yang order kopi di negara tersebut akan menambah air panas dalam kopi espresso yang selalunya diminum orang Itali. Masa ni, orang Amerika tak biasa lagi dengan rasa kopi kuat espresso yang diminum orang Itali, sebab di Amerika, kopi yang biasanya ditapis (filtered).

Tentera AS di Anzio Beachhead pada tahun 1944. Imej dari warhistoryonline.com

Nak pula masa tu kopi ni tak pelbagai macam sekarang. Yang ada di Itali pada masa tu cumalah Espresso dan Cappucino je. Cappucino pada masa tu pula tak biasa diminum oleh orang Amerika sebab masa tu pengaruh kopi macam tu tak sampai lagi ke negara diorang. Jadinya, barista kafe tu pun bagi secawan air panas bila tentera Amerika order Espresso, supaya diorang boleh minum kopi yang sedang-sedang saja kepekatannya macam di Amerika, maka terhasillah kopi Americano. 

Tapi tu zaman dulu la. Kajian baru-baru ni nampaknya menunjukkan yang salah satu kopi yang paling kerap diminum oleh rakyat Amerika adalah latte, iaitu kopi jenis double atau single espresso dan ditutup dengan lapisan susu buih nipis, dengan ukiran menarik mengikut kreativiti barista.

Nampak je simple, tapi kena banyak latte-han juga nak buat art latte ni. Imej dari pinterest.com

Kalau korang nak tahu, seni secawan kopi yang juga dikenali sebagai latte art ni sebenarnya telah dipopularkan di Amerika Syarikat oleh seorang lelaki bernama David Schomer, pada akhir 1980-an dan awal 1990-an, yang kemudiannya tersebar ke seluruh dunia, dan popular sampai ke hari ni.

Menurut Specialty Coffee Association and Square, rakyat Amerika minum lebih 67 juta latte sekitar tahun Jun 2017-2018, manakala 1 daripada 4 orang di Britain juga memilih latte. Dan rakyat Malaysia pun sebenarnya tak terkecuali!

Bila cakap pasal kopi banyak-banyak ni… terasa nak minum kopi espresso pula. Nak tahu kat mana?

Dapatkan kopi espresso berkualiti dengan harga berpatutan di McCafé!

Haa kalau korang ingat McCafé ni setakat kopi segera je, kitorang nak bagitau yang dorang sebenarnya setanding dengan kafe-kafe lain yang selalu korang kunjungi tu, dengan barista yang telah dilatte latih secara professional! Sebabnya, kopi McCafé diperbuat daripada 100% biji kopi Arabika yang berkualiti premium, dipanggang medium-dark roasted dan dikisar segar. Malah setiap cawan kopi juga dibancuh menggunakan biji kopi yang baru dikisar untuk mengekalkan aroma yang enak daripada minyak biji kopi tersebut, tak macam biji kopi yang dikisar awal.

Malah, campuran khas 100% biji Arabika ni juga yang memberikan rasa manis kopi, tambahan pula dengan penggunaan susu segar. Jadi, korang takkan rasa yang korang perlu tambah gula ke dalam kopi berkualiti ni. Tapi kalau nak tambah pun, takde masalah!

Tak kisahlah kopi macam mana pun kegemaran korang, McCafé tampil dengan pelbagai jenis kopi kegemaran semua macam Mocha Ais Kisar, Coklat Ais, Cappuccino, Latte dan Latte Ais.

Setiap cawan juga hanya akan disediakan atas pesanan pelanggan bagi memastikan kesegaran kopi dan mengekalkan aromanya. Hasilnya? McCafé menyediakan kopi espresso berkualiti tinggi untuk rakyat Malaysia pada harga yang berpatutan, bermula daripada RM5.99! Kalau tu tak cukup lagi, McCafé sekarang tengah buat promo untuk bulan November ni, iaitu McCafe Separuh Harga pada setiap hari Rabu untuk minuman terpilih melalui aplikasi dalam talian McDonald’s di App Store dan Google Play.