Korang boleh DIBAYAR utk travel oversea? 4 kelebihan rakyat Msia yg kita mungkin terlepas pandang

Sekarang ni kalau buka berita je mesti ada cerita negatif atau pun kemalangan yang teruk dan negara Malaysia tak terkecuali. Yes, malang tak berbau tapi tak kan benda buruk je jadi, benda yang elok? So selain benda negatif, apa kata kita fokus kan kat pencapaian yang negara kita dah buat, small stuff yang orang tak sedar tapi sebenarnya telah mendatangkan impak yang besar.

Tanyalah mana mana foreigner yang pernah datang ke Malaysia sebelum ni mesti diorang ketengahkan makanan kita takye pun menara berkembar KLCC. So selain daripada tu apa lagi yang kita boleh bangga kan?

1. Kita ada festival yang berpusu-pusu orang dari luar negara nak datang!

Setiap tahun, hampir 30,000 pengunjung dari seluruh dunia berpusu-pusu datang ke Kuching, Sarawak untuk Rainforest World Music Festival (RWMF), sebuah acara muzik/budaya yang dipenuhi dengan artis lokal dan antarabangsa dan berlansung selama 3 hari berturut-turut..

Mula diadakan pada tahun 1998, festival ni disenaraikan dalam top 25 festival antaranbangsa selama enam tahun berturut-turut dari 2010 hinggalah 2015 (dalam list yang sama ada festival lain seperti Coachella yang penuh hispter tu). So kalau korang nak RWMF menang kali ketujuh, kena join la!

RFWMF malaysiatravel
Konsert Rainforest, salah satu acara utama di festival tersebut

Festival ni menampilkan ahli muzik antarabangsa seperti El-Maloumi (Morocco), Alaverdi (Georgia), dan Bargou 08 (Tunisia), dan banyak lagi nama yang jarang kita dengar di radio sebab dorang ni semua tak mainstream, tapi menepati konsep festival yang mengutamakan muzik genre budaya/tradisional. Artis lokal pun ada termasuklah Culture Shot, 1drum.org, Mah Meri, dan artis terkemuka Malysia, Zee Avi.

Festival ni jugak ada menampilkan talk dan bazaar yang menjual hasil kraft tangan tempatan, seiring dengan objektif pihak penganjur untuk promote budaya Borneo kepada dunia.

Broukar RWMF
Band Broukar dari Syria perform kat RWMF (Tu bukan gasing okay, tu ahli band nya)

Kalau korang nak join jadi volunteer pun boleh! RWMF ada department sukarelawan dimana mereka akan tugaskan kerja-kerja fizikal, interpersonal (macam keje PR la), dan juga teknikal. RWMF akan bekalkan makanan (2 kali sehari), volunteer pass, 2 baju sukarelawan, dan juga sijil penyertaan. Kepada ibu ibu dan bapak bapak, jangan risau ini adalah family event, so kalau nak boleh je pergi bawa anak anak tak perlu risau fikir nak hantar ke nursery mana mana okay. Have fun!

2.  Passport kita diterima oleh lebih dari 150 buah negara

Visa adalah surat kebenaran yang korang kena apply untuk melawat sesetengah negara. Untuk apply, biasanya korang kena pergi kedutaan dan bayar duit, tapi ada sesetengah negara yang hanya benarkan korang apply bila sampai airport dorang sendiri, tu pun tak gerenti lulus (kalau tak lulus kena balik negara sendiri, rugi je duit flight).

So mungkin ramai antara kita yang tak sedar betapa bertuahnya passport Malaysia yang mendapat tempat ke-12 terbaik di dunia oleh Visa Index. Maknanya kita boleh pergi ke 164 buah negara tanpa apply visa (termasuklah Korea Utara yang hanya membenarkan kemasukan tanpa visa kepada Malaysia dan Singapura je!)

klia2gatesyazminewordpress
Tempat laluan rakyat Malaysia untuk e-passport, setakat ni hanya gambar standard passport sahaja diterima kalau selfie tak diterima, sorry guys

Sejak tahun 1998 passport kita telah di upgrade menjadi biometric menjadikan kita negara pertama di dunia yang menggunakan teknologi ni untuk passport. Macam MyKad, maklumat owner passport disimpan di dalam cip. So kat airport bila lalu gate yang khas untuk rakyat Malaysia, korang hanya perlu letakkan passport dan maklumat korang akan disahkan secara automatik.

astroawani passport
Passport yang wajib digunakan oleh Instagramers untuk upload gambar sementara tunggu flight.

Dan terakhir sekali, nota kecil yang bertulis “…sah digunakan untuk semua negara kecuali Israel”. Sebab kita takde hubungan diplomatik dengan Israel tetapi kerajaan Malaysia masih benarkan rakyat untuk pergi ke sana bagi tujuan keagamaan.

googleimage israel
Nota ‘kecuali Israel’ yang telah membuatkan passport kita terkenal

So sesiapa yang nak tau negara mana yang kita boleh pergi tanpa visa and kat mana nak apply passport boleh pegi pejabat imigresen terdekat or bukak website diorang.

3. Kita boleh pusing dunia secara percuma! (part i)

Bila cerita pasal travel, antara benda yang kita pikir adalah aktiviti dan juga bajet, tapi korang tau tak ada cara korang boleh dibayar untuk travel? Ini kerana Malaysia memang komited dalam menghantar pasukan pengaman ke luar negara especially negara-negara yang sedang berperang atau menghadapi krisis dalaman yang serius sehinggakan kerajaan tersebut tak boleh nak berfungsi secara normal.   .

Utusan Lebanon
Pasukan tentera Malaysia menerima pingat dari PBB di Lubnan ; gambar oleh Utusan

Pasukan pengaman ni terdiri daripada golongan tentera, polis, dan juga orang awam. So hantar askar dengan polis sini sana ni untuk berperang ke? Simple answer is Tidak, No, Nehi, Meiyou. Tugas-tugas UN Peacekeepers adalah menjaga masyarakat (atau mangsa peperangan), membantu melupuskan senjata, membantu election yang bersih, dan memelihara serta promote hak asasi manusia. Senang cerita, UN Peacekeepers ni buat kerja amal di peringkat antarabangsa, dan Malaysia join sekaki!

malbat unsc
Anggota tentera Malaysia di Afghanistan, guna troli simen sebab troli Giant takde.

Sejak misi UN pertama kita pada 1960,kita telah membuat lebih dari 30 misi keamanan UN sampai lah ke hari ni. Secara total Malaysia telah menghantar seramai 29’000 tentera dan juga polis ke luar negara termasuklah Congo, Bosnia-Hergenovia, Afghanistan, dan Somalia.

Malaysia juga telah menubuhkan Malaysia Peacekeeping Centre (MPC) di mana headquarters nya ada kat Port Dickson, Negeri Sembilan.  So sesiapa yang berminat dengan buat kerja-kerja amal ni, boleh pergi usha!

4. Kita boleh pusing dunia secara percuma! (part ii)

Kalau join askar atau polis terlalu hardcore, ada satu lagi cara iaitu dengan menyertai MERCY Malaysia atau nama panjang nya Malaysia Medical Relief Society. Setakat ni MERCY Malaysia ada 500 ahli dan 5000 sukarelawan. Kalau berminat, tekan kat link ni untuk apply kerja/intern atau pun jadi sukarelawan kat MERCY.

Persatuan MERCY ni wujud pada tahun 1999 apabila Dr Jemilah Mahmood bersama rakan rakan sekepalanya bersatu untuk membantu warga Kosovo yang sedang dilanda peperangan saudara.

Dan misi MERCY tak berhenti kat situ je, malah dia jadi lagi besar! Tahun 2000 hingga 2002 diorang telah mainkan peranan penting kat Maluku Indonesia, gempa bumi di Gujerat, buka medical centre kat Afghanistan especially di Spin Buldak (yang jadi satu-satunya medical centre kat situ), dan juga banjir besar di Cambodia.

mercymalaysia astroawani nepal
MERCY Malaysia di Nepal membantu mangsa gempa bumi ; gambar dari The Star Online

Walaupun MERCY ni rajin tolong negara orang, diorang masih tak lupa berkhidmat untuk tanah air (link ke fail PDF). Diorang pernah buka 10 klinik bergerak di kawasan pedalaman Sarawak; dan juga membuat operasi kemanusian untuk mangsa-mangsa tsunami pada tahun 2004 dimana diorang telah hantar team ke Pulau Pinang, Kedah, Perak, dan juga Selangor.

Dari tahun 1999 sampai lah sekarang MERCY masih lagi aktif, dan ini sangat menakjubkan sebab dorang ni bukanlah satu syarikat bisnes atau cabang dari kerajaan so diorang depend pada derma dari orang ramai, tak lupa jugak partner dorang termasuklah AirAsia, MAS, Maybank Foundation, CIMB Foundation, Qatar Charity, World Health Organization (WHO), The UN Refugee Agency (UNHRC), dan banyak lagi. Bukan senang nak jadi organisasi bertaraf dunia ni.

Kalau bukan kita, siapa lagi?

So sekarang kita dah tau yang Malaysia ni bukan sahaja terkenal dengan makan and KLCC tapi lebih dari tu.  Yes, kita ada banyak bangsa dan agama tapi tu bukan halangan kita  untuk membuat sesuatu yang meletak kan Malaysia di mata dunia.

“The main thing which we have to remember is that we have got to make a home of this country and we have got to live happily together ever after. Let us contribute our share towards it, each and everyone of us, no matter what may be our race or creed.”  – Tunku Abdul Rahman, dipetik dari The Sun Daily.

About Adly Kiddy 83 Articles
Layari Spotify atau Apple Music dan dengar lagu Selesta - Resistance