Tunku Abdul Rahman: “Apa orang nak cakap pasal saya, cakap lah. Tapi takde siapa boleh kata saya ni hipokrit”

(This article is a translation from CILISOS, click here to read it in English)

Kepada budak-budak Millennial, 90’s, 80’s, dan generasi-generasi atasan mesti kenal dengan nama Tunku Abdul Rahman aka Bapa Kemerdekaan Malaysia. Mana taknya, tiap kali menjelang 31 Ogos mesti korang nampak muka dia kat TV, melaungkan “merdeka, merdeka!”. Dan kepada yang selalu turun KL, korang mesti familiar dengan nama Jalan TAR (yang sebenarnya bukan ditujukan kepada beliau, tapi Tuanku Abdul Rahman).

Tapi mungkin tak ramai sedar yang kerja dia bukan setel bila kita dah merdeka… tapi banyak lagi cabaran untuk menjaga sebuah negara yang baru lahir. Nak minta tolong siapa? Parlimen mana ada lagi, sistem diraja pun separuh siap time tu. So atuk nenek kita dan Tunku lah jawapnya.

Baby Malaysia
Ramai yang taktau tapi ni lah gambar Malaysia masa baru merdeka. Baru lahir kan.. Gambar dari news.softpedia.com

Sempena bulan kemerdekaan dan hari Malaysia, kami buat keputusan untuk melihat macam mana Malaysia dibangunkan daripada mata Tunku sendiri, melalui buku yang baru keluar – Conversation with Tunku Abdul Rahman. Buku ni merupakan koleksi interview antara Tan Sri Abdullah Ahmad dan Tunku Abdul Rahman yang telah direkod dari tahun 1982 hingga 1984. Time ni pun Tunku dah lama ciao dari politik, so dia dengan selambanya cerita semua benda tanpa tapis.

Buku Tunku Abdul Rahman
Boleh dapatkan buku ni di kedai buku berhampiran anda! Hanya RM59.90.

Tapi sebelum tu, ini  kisah Tunku yang korang mungkin takkan jumpa dalam buku sejarah, iaitu…

Tunku mengaku yang dianya playboy!

Tunku and his car
Pergh! Tunku got swag. Gambar dari blueriders.blogspot.my

“Ya, saya memang playboy… sayangkan dunia. Saya suka lumba kuda dan main poker. Tapi dalam sudut hati, saya masih ingat agama. Saya sembahyang, puasa, dan bayar zakat fitrah… dan Allah tahu semua ni. Saya telah dan sentiasa memberi kepada Islam dan tiada siapa boleh berdalih dengan tu” – Tunku Abdul Rahman, petikan Conversation with Tunku Abdul Rahman

Satu benda yang pengkritik Tunku selalu kondem adalah gaya hidup dia. Tunku suka minum dan berjudi, tapi dia masih anggap diri dia sebagai sorang Muslim. Walaupun dia tak pernah tunjuk, Tunku sering terasa dengan kritikan dari orang Melayu yang kata dia terlalu barat dan sesat. Satu isu yang sering dibangkitkan sehingga ke hari ini.

“Malaysia merupakan sebuah negara yang berbeza dari Arab Saudi atau pun Iran… Saya pernah bagitau Sultan Faisal (Arab Saudi) kalau dia nak Setiausaha Agung Organization of Islamic Conference, pergi cari orang lain. Saya sayangkan dunia. Minum, menari, dan berjudi. Susah nak buang tabiat ni masa umur 67. Sultan Faisal sengih dan bercakap ‘saya tahu, tapi saya bukan tengah mencari sorang imam’.” – Tunku Abdul Rahman

Kenapa kami terus naikkan isu ni sebab kami mahu artikel ni tulen. Maksudnya, kami takkan tapis semata-mata nak tunjukkan Tunku ni sorang malaikat. Kami akan tunjukkan apa yang ada untuk ditunjuk, baik mahupun buruk. Lagi pun, Tunku pernah berkata:

“Apa orang nak cakap pasal saya, cakap lah. Tapi takde siapa boleh kata saya ni hipokrit” – Tunku Abdul Rahman

1. Tunku ingin berjuang demi kemerdekaan, tapi dengan keamanan

Queen tak puas hati
Gambar dari memegenerator.net

Ada setengah pihak tuduh yang Tunku lembut sangat dengan kaum bukan Melayu, dan mereka gunakan sentimen ini untuk meraih sokongan Melayu. Tan Sri Abdulllah kata karakter Tunku ni memang baik orangnya, tapi di samping tu Tunku berpendirian yang kehadiran kaum bukan Melayu adalah perlu jika kita nakkan kermedekaan dari British.

Secara spesifik, Tunku nampak dua cara je untuk Malaysia dapat kemerdekaan. Perang atau diplomatik.

“Kita tentu tak merdeka kalau saya tak setuju dengan syarat-syarat yang diberi. Setiap kemerdekaan mesti ada revolusi. Saya telah berjanji dengan diri saya untuk melihat negara ni merdeka melalui rundingan. Saya tak nak kita merdeka melalui pertempuran darah macam kat India dan Pakistan” – Tunku Abdul Rahman

Masa ni British dah boleh agak yang kita confirm merdeka tapi sebelum mereka kasi balik tanah kita, mereka nak pastikan pelaburan mereka di Tanah Melayu terjaga, dan ini memerlukan pekerja buruh yang berkemahiran tinggi mencukupi (senang cerita, orang India dan Cina yang berpindah ke Malaysia tak boleh kena halau bila merdeka nanti).

Bercakap pasal syarat…

2. Sebenarnya Tunku tak nak pun Singapura

Tunku Abdul Rahman & Lee Kuan Yew
Baru Tunku teringat kenapa dia tak suka bawa Lee Kuan Yew pergi karaoke -.- Gambar dari straitstimes.com

Masa nak British nak blah dari sini, mereka kena fikirkan mana nak letak Singapura, Sabah, dan Sarawak (Brunei bukan tanah jajahan tapi negara yang dilindungi oleh British, basically Brunei tu macam anak tiri).

Bila ditanya pasal Singapura, Tunku jawab:

“Masa tu sebenarnya saya nak Sarawak dan Borneo Utara (Sabah) je. Tapi British paksa saya ambil Singapura sekali” – Tunku Abdul Rahman

Jap.. Kalau tak nak asal ambil juga? Penting sangat ke Sabah dan Sarawak tu sampaikan kena amek Singapura sekali?

Jawapan dia senang je, komunis. Tunku dan British sedar yang Singapura time tu sangat ada risiko jatuh ke tangan komunis, yang mungkin akan tersebar ke Borneo sekali.

“Ada kemungkinan kalau Malaysia tak dibentuk, British akan menyatukan Sabah, Sarawak, dan dengan Singapura. Kalau tu terjadi, ia akan menjadi satu tapak untuk komunis Melayu. Indonesia sudah berada di bawah pengaruh komunis. Keselamatan Tanah Melayu akan terancam. Saya terpaksa halang ia daripada terjadi.” – Tunku Abdul Rahman.

Seperti yang kita tau, Brunei tak join kita dan Singapura pula ciao beberapa tahun lepas merdeka pastu buat Ferris Wheel lagi besar daripada kita. Tapi kalau nak diikutkan pun, visi dan misi mereka tak sama macam kita. Masa Singapura ciao tu pun, Tunku sorang je tak terperanjat sebab dalam diam Tunku memang nak berpisah dengan Singapura.

“Untuk mengambil Sabah dan Sarawak, saya terpaksa terima Singapura sekali. Tapi saya memang merancang untuk pisahkannya dari Malaysia, dan gangguan politik daripada Lee Kuan Yew telah memberi peluang untuk saya mempercapatkan proses tersebut.” – Tunku Abdul Rahman

TAR merdeka
Gambar dari harum.org.my

3. Tunku berterima kasih kepada komunis untuk kemerdekaan kita

Tunku dulu selalu kasi nasihat kat orang Malaysia supaya berhati-hati dengan komunis (salah satu contoh time dia kasi ucapan terakhir tahun 1970) dan akan petik Chin Peng dari Rundingan Baling yang gagal:

“Tunku, awak sorang anti-komunis saya pula komunis. Kita tak boleh bekerjasama, kita tak boleh hidup sekali” – Chin Peng, dipetik oleh Tunku Abdul Rahman

Dalam kata lain,

TARMerdeka II
Lah.. tadi bye Singapura, sekarang bye Chin Peng. Gambar dari harum.org.my

Walaupun Tunku maintain kata yang Malaysia adalah anti-komunis, dia pernah bilang yang tanpa komunis, kita mungkin merdeka lagi lambat atau langsung tak merdeka. Dan semangat kecemasan tu telah menyatukan kita semua:

“Saya tau pendirian saya kat mana, saya bukannya seorang komunis. Saya anti-komunis sebab ia bertentangan dengan ajaran dan polisi saya….

….tapi jauh di sudut hati, saya rasa tanpa pihak komunis buat kecoh dan semangat anti-imperialisma, kita tak mungkin akan merdeka. Saya anti-komunis sebab saya nak sebuah negara yang berdemokrasi untuk kita. Dengan komunis, kita tak mungkin akan dapat demokrasi.”

Okay, cukuplah dengan perang. Kita fokus kat benda indah yang lain pula ye…

4. Tunku gagal pujuk Brunei sebab… loghat Kedah dia?

Sebelum merdeka, semua orang ingat Brunei akan join Malaysia, last-last sekali mereka tarik diri dan amek keputusan untuk tak nak join. Malah siap ada gosip mengatakan Brunei tak nak join Malaysia sebab Sultan Brunei dan Tunku Abdul Rahman tak faham loghat masing-masing.

Sultan Omar of Brunei
Sultan Omar dari Brunei. Gambar dari kamilamsyar.blogspot.my

Bila ditanya, Tunku bagitau sebenarnya mereka best friend dan Sultan Brunei adalah antara orang pertama yang sangat setuju dengan idea penubuhan Malaysia yang merdeka. Yang pasal gosip tu pula, sebenarnya lawak kawan-kawan je antara mereka berdua:

“Sultan Brunei ni ada satu perangai di mana kalau dia malas atau tak nak beri penjelasan, dia akan bercakap dengan perlahan. Untuk kata yang kami tak memahami antara satu sama lain tu agak mengarut sebenarnya. Tapi untuk kata yang kami tak dengar tu sangat betul. Saya yang mulakan lawak kononnya kami tak faham antara satu sama lain sebab loghat. Sultan Brunei pun cakap benda yang sama. Tapi tu lawak je la.” – Tunku Abdul Rahman

Tunku ada sebab dia sendiri kenapa Brunei tak nak join masuk Malaysia, kalau korang nak tau pergi beli buku tu okay. Tapi dia nak sebenarnya Brunei join Malaysia. Apa yang kami nak sampaikan kat sini adalah Tunku nak Brunei lagi dari Singapura.

Tunku bukannya nak Malaysia jadi peminpin dunia, janji Malaysia sendiri bersatu dan bahagia

Tunku Abdul Rahman lepak
Lek lu sap kok lu, kata Tunku Abdul Raham kepada peminatnya. Gambar dari ibnuhasyim.com

Kami bukannya nak tamatkan artikel ni dengan kata-kata puitis, sebab memang itulah kebenarannya. Tak kisahlah komunis mahupun British, pendekatan Tunku sentiasa melalui rundingan, tak perlu nak tembak-tembak sebab visi Tunku adalah “Malaysia yang bahagia adalah Malaysia yang dipenuhi dengan kedai makan bukannya peluru, baju bukannya segaram askar, rumah bukannya kem tentera”.

Untuk Tunku, kekuatan negara kita terletak kepada semangat kenegaraan bukannya perkauman. Baru negara lain respek kat kita.

“Apa yang menghalang kita jadi negara yang penting di peringkat antarabangsa adalah perpaduan kita. Kita masih lagi berpecah belah.. itu lah kelemahan kita paling besar

Kalau semua bangsa jadi bangsa Malaysia, kita akan menjadi sebuah negara yang bersatu dan kuat – malah kuasa besar. Sebab tu kita kena berlagak seperti seorang Malaysia, bukan cakap kat mulut je.” – Tunku Abdul Rahman

Memandangkan artikel ni dipetik dari buku Tunku Abdul Rahman, kami sangat sarankan korang untuk beli satu kat kedai berdekatan atau online. Kat dalam tu dia tunjuk macam mana Tunku handle konfrontasi dengan Indonesia, hubungan dia dengan Tun Razak, dan banyak lagi mengenai negara kita dari perspektif dia.

So sebelum korang habiskan artikel ni, jom layan saat Tunku isytihar merdeka dari penjajah British. *Lap air mata sebab terharu

 

About Adly Kiddy 83 Articles
Layari Spotify atau Apple Music dan dengar lagu Selesta - Resistance