Ekonomi

Bahan kimia untuk pinggan plastik digunakan dalam susu formula bayi?

UODATE 3/12/2018: Jabatan Pertanian baru-baru ni dah mengharamkan dua jenama lingkaran nyamuk buatan China iaitu Zenden Micro-Smoke dan juga Jianbao Mosquito Coil. Ini kerana kedua-dua produk tu tak berdaftar secara sah di bawah Lembaga Racun Makhluk Perosak (LRMP).


Selain tak produk yang tak berdaftar, China merupakan salah sebuah negara yang power dalam segala jenis produk palsu, daripada barang keperluan sampailah makanan. Malah, kita juga pernah menjadi salah sebuah negara yang pernah jadi mangsa mereka bila ada makanan dari China masuk ke Malaysia.

Kes makanan palsu ni bukanlah perkara baru yang ada kat Malaysia dan di seluruh negara. Malah dalam beberapa tahun ni makin menjadi-jadi pulak. Jadi kat sini kami di Soscili senaraikan makanan palsu yang pernah wujud…

1. Udang disuntik gelatin untuk nampak besar

Bubba Gump starter. Dari giphy

Kes udang tiruan ni baru je viral beberapa hari lepas. Gigih betul orang yang sanggup menipu untuk dapatkan keuntungan ni. Kalau orang jenis makan je, mungkin tak perasan. Tapi kalau sesiapa yang biasa masak kat rumah diorang boleh tahu beza dari segi rasa dan tekstur udang walaupun yang belum masak.

Tapi dalam banyak-banyak makanan lain, macam mana diorang buat udang tiruan yang berkulit tu?

Bila Soscili tengok video yang kitorang jumpa, rupa-rupanya, diorang inject udang dengan gelatin di bawah lapisan kulit luar yang keras-tapi-tak-berapa-nak-keras tu untuk tambah ‘isi’ udang tu sebanyak 20-30%. Dorang buat macam tu supaya udang yang nak dijual nanti nampak berisi dan padat macam orang yang inject steroid untuk nampak lebih buff and tough.

Kalau nak tahu lebih lanjut, korang boleh tengok sendiri video kat bawah macam mana diorang cucuk udang tu. Video ni terbongkar bila pihak berkuasa dan beberapa wartawan berjaya tumpaskan kes ni.

Bila kitorang buat research lagi, rupa-rupanya benda ni dah jadi kes dekat China sejak tahun lepas. Yela, diorang ni kreatif terlampau, semua benda diorang boleh tiru.

Kalau korang nak tahu, dekat China dulu ada pau yang diperbuat daripada kertas kadbod. Kadbod tu dipotong dan kemudiannya dicampur dengan soda yang selalu digunakan dalam pengeluaran sabun. Lepas tu diorang campur pula dengan daging khinzir dan juga perisa tambahan supaya rasanya real sikit.

Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Tapi Kerajaan China menafikan hal tu dan diorang kata media asing saja nak memperbesarkan cerita sebab nak memburukkan negara mereka. Manakala wartawan yang shoot video tu pula kena tangkap dan stesen TV yang menyiarkannya dituduh cuma nakkan rating tinggi je.

2. Air zam-zam pun boleh dipalsukan di Arab Saudi

Air zam-zam ni merupakan air yang paling suci menurut Al-Quran. Sesiapa yang berhajatkan sesuatu disunatkan untuk berniat sebelum minum air tersebut. Malah ada dalil-dalil yang memperkukuhkan lagi kata-kata ni.

“Air zamzam itu tergantung niat orang yang meminumnya”-Sabda Rasulullah

Malah, nak minum air zam-zam ni pun ada doanya supaya lebih makbul.

Minum air zam zam pun ada doanya supaya lebih makbul. Imej dari Tokopedia

Baru-baru ni pulak ada berita yang mengatakan terdapat air zam-zam palsu kat Arab Saudi di mana ia telah dicampur dengan air mineral biasa. Walaupun ia bukan palsu 100% macam makanan palsu yan lain, tapi bila ia dah ditambah dengan air mineral biasa, jadi kandungannya secara automatik dah tak asli.

Kes ni dikesan sejak minggu lepas lagi bila pihak berkuasa Madinah berjaya merampas lebih daripada 3,000 botol air zam-zam palsu yang ditampal dengan pelekat Projek Air Zam-zam Raja Abdullah di tempat letak kereta di sebuah kawasan perumahan di negara tersebut.

Kementerian Perdagangan dan Pelaburan juga mengumumkan penutupan sebuah kilang di Buraydah yang didapati mengisi semula botol air zam-zam dengan air biasa dan merampas lebih 6,500 botol zam-zam palsu tu dalam sebuah serbuan.

Kementerian di negara tersebut juga dah sita sebuah gudang haram di Mekah yang menyimpan air zamzam dan menjualnya ke kedai-kedai tidak berdaftar. Totalnya, kira-kira 200,000 botol air dimusnahkan.

Sebenarnya, dulu kat Malaysia pun ada ura-ura tentang kes air zam-zam palsu yang dikatakan dibungkus di Melaka, tapi sebaliknya dinafikan pula oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

“Viral gambar yang memaparkan pembungkusan air zamzam tiruan ini sengaja diada-adakan oleh pihak tidak bertanggungjawab, bertujuan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Penyebaran gambar itu mungkin juga berlaku dari luar negara, bukan seperti yang didakwa berlaku di Melaka,”- dipetik dari Harian Metro Online.

Bulan-bulan puasa ni pun ada juga pihak daripada Mekah dan Madinah yang menipu tentang kandungan air zam-zam yang dianggap salah satu daripada mukjizat. Sungguh mengecewakan! Kat Malaysia pula penuh dengan penipuan makanan di bazar-bazar Ramadhan macam karipap nampak penuh tapi isi angin. Haih, kemurungan betul.

3. Minuman kegemaran rakyat Malaysia, Milo pun pernah kena ciplak

Sebab tu la tak jadi duta Milo sampai sekarang. Imej dari Twitter

Siapa tak pernah minum Milo? Minuman favorite rakyat Malaysia kot! Mustahil kalau rakyat Malaysia tak tahu pasal Milo sebab rata-rata kita rakyat Malaysia memang tertunggu-tunggu dan sanggup beratur panjang kalau lori Milo datang nak bagi free.

“Minum Milo anda jadi sihat dan kuat!” – jingle yang kita semua tak boleh lupa bila iklan atau lori Milo datang.

Tapi pada tahun 2015, KPDNKK membongkarkan satu sindiket yang menjalankan aktiviti haram memproses Milo! ‘Kilang memproses’ Milo tiruan tersebut terletak di sebuah kediaman eksklusif, lengkap dengan kad akses di sebuah taman perumahan di Nilai, Negeri Sembilan.

Masa ditangkap tu, nilai rampasan adalah sebanyak RM250,000! Cuba bayangkan dah berapa lama mereka beroperasi, dan adakah kita juga pernah minum Milo palsu dulu?

Jadi, macam mana nak tahu Milo tu asli atau tak?

Tak, bukan kena ciplak macam ni. Imej dari gilaurat

Baru-baru ni, kes Milo palsu ni kembali disebut oleh netizen. Tapi, KPDNKK menafikan hal ni dan diorang kata tu kes lama.

“Semua barang kes yang disita menggunakan perihal dagangan palsu tersebut telah dirampas dan pendakwaan telah dijalankan di Mahkamah Seksyen Harta Intelek, Seremban yang mana mahkamah  tersebut telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM60,000 atau 12 bulan penjara dan semua barang kes dilupuskan dan tidak lagi berada di pasaran,” – penjelasan KPDNKK, dipetik dari Utusan Melayu

Milo juga dah keluarkan penerangan macam mana nak tahu Milo palsu atau tulen melalui packaging. Imej dari Milo Malaysia.

4. Telur ayam pun kena jugak?

Nah, tutorial kalau siapa-siapa nak cuba buat. Tapi jangan bagi orang lain makan pula, nanti korang jawab la kat akhirat.

Video yang ditunjukkan kat atas ni adalah step-by-step macam mana nak buat telur palsu dengan bahan kimia yang terdiri daripada Asid Alginic, Potassium alum, gelatin, kalsium klorida, air dan juga pewarna tiruan. Manakala kulit telur tiruan ni pula menggunakan kalsium karbonat, atau kapur.

Untung yang diperolehi juga dikatakan sebanyak $70 sehari, jadi tak hairanlah mereka ni sanggup memperdayakan pengguna lain untuk keuntungan sendiri. Amboi, senang buat duit.

Research juga kata, telur boleh mencerahkan penglihatan kita. Percayalah! Imej dari slowrobot.com

Perihal telur palsu ni dah lama berlaku kat China, iaitu lebih kurang lima tahun lepas dan antara skandal makanan tiruan terawal selain daripada susu formula untuk baby.

Dulu, telur tiruan ni pernah masuk Malaysia kejap masa tahun 2011, tapi masa tu KKM nafikan hal tersebut. Baru-baru ni pun ada lagi kes telur palsu kat Penang, dan netizen sekali lagi upload video rakaman diorang dekat Facebook.

Kalau korang nak check sendiri kat rumah pun boleh. Imej dari belanjalkes.com

Sebelum makan, korang mungkin nak check dulu kalau telur tu asli atau tak. Makan benda-benda yang tiruan ni sememangnya tak bagus untuk kesihatan.

Ada sebuah kajian farmasi di Bangladesh mengesahkan yang telur tiruan tak mempunyai zat pemakanan dan sangat berbahaya kepada perut, otak, sel saraf, boleh meningkatkan tekanan darah, kegagalan jantung, dan juga kerosakan buah pinggang.

5. Dan pertama sekali dikesan ialah… SUSU FORMULA BAYI!

Lebih sepuluh tahun yang lepas, kecoh pasal kematian ramai bayi di China dan ianya dikaitkan dengan susu formula palsu. Susu palsu tu berbahaya sebab ada unsur melamine, sejenis bahan kimia yang digunakan untuk buat pinggan mangkuk plastik, pemadam papan dan juga laminate lantai.

Kes pertama yang direkodkan terjadi pada tahun 2004, kemudian 2008 dan kemudiannya tahun lepas, 2016.

Masa kes tu berlaku, berpusu-pusu ibu bapa yang ada baby pergi hospital dan buat urine test (ujian air kencing) anak diorang. Diorang nak pastikan bayi diorang sihat dan bebas daripada batu karang atau mungkin penyakit-penyakit lain disebabkan susu formula palsu yang ada bahan kimia melamine tersebut.

Good milk turn bad – Riri

Masa kes pertama pada tahun 2004 tiga belas bayi meninggal dunia di wilayah Anhui, China akibat kekurangan zat makanan selepas diberi formula bayi palsu. Bayi-bayi tersebut mengalami kerosakan hati dan buah pinggang yang menyebabkan kepala bayi-bayi malang tersebut membengkak.

Pada tahun 2008 pula, sebanyak empat bayi mati, manakala 6,000 jatuh sakit lepas minum susu formula bermelamine. Ini menunjukkan penciplak di China memang tak pernah serik dan langsung tak mempedulikan nyawa dan kesihatan orang lain. Disebabkan kes ni la Singapura memang banned habis barangan berasaskan susu daripada China.

Susu formula Similac juga dipalsukan di China. Imej dari Similac.com

Tak terhenti kat situ je. Disebabkan kes susu formula palsu terjadi kat negara diorang, ibu bapa di China berwaspada dan mula beralih arah dengan membeli barangan import yang diorang rasa lebih selamat.

Tapi, pengeluar susu tiruan yang tak bertanggungjawab di China ni masih buat pula susu formula palsu. Kali ni, diorang up their game dengan memalsukan pula susu formula jenama Amerika pula iaitu “Similac”. Cuma tahun lepas je, pihak berkuasa China berjaya menahan enam orang yang dituduh membuat dan menjual susu formula bayi palsu tu.

Kita kena selalu berwaspada dengan apa yang kita beli, pastikan original dan tak tertipu

Sebenarnya, banyak lagi makanan tiruan yang berada di pasaran dan kebanyakannya berasal daripada China.

Berdasarkan laporan TheGuardian, salah satu sebab wujudnya makanan tiruan di China adalah disebabkan kurangnya pengawasan pihak berkuasa. Malah, ramai juga kerajaan wilayah yang melindungi pengeluar tiruan sebab merekalah antara yang menjana keuntungan dan cukai negara.

Selain daripada membahayakan kesihatan kerana bahan kimia yang digunakan tu boleh merosakkan organ dan sistem dalam tubuh badan, ianya juga dah menyebabkan banyak kematian.

Hal ni seharusnya dipandang serius oleh semua pihak termasuklah kita sebagai pengguna sendiri. Kerajaan juga perlu lebih peka supaya tak ada kemasukan makanan dan mungkin boleh mengharamkan makanan daripada China seperti yang dilakukan oleh Singapura.

Popular

To Top
Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Send this to a friend