Tun Dr Ismail: Pemimpin dunia pertama yang bawa masuk senjata dalam dewan PBB

*Artikel ini pada asalnya diterbitkan pada 8 Jun 2016. 

Bila kita bercakap pasal Tun hampir semua mesti terbayang pasal Tun Dr Mahathir Mohamad, tapi ada lagi sorang Tun yang sama lejen macam mantan perdana menteri kita tu. Dia ni pernah jadi key player penting dalam pentadbiran negara dulu sampaikan waktu ajal dia, takdir negara berubah dan telah beralih arah.  Ada setengah panggil dia “Hero Malaysia” dan ada yang panggil dia “The reluctant politician”.

Buku The Reluctant Politician tulisan Ooi Kee Beng.
Buku The Reluctant Politician tulisan Ooi Kee Beng.

Kalau korang pernah pergi area Taman Tun Dr Ismail kat KL yang penuh dengan cafe hipster tu semua, pernah tak korang tertanya-tanya siapa Tun Dr Ismail ni? Dia tak pernah jadi Perdana Menteri Malaysia, bukan keturunan kerabat, malah bukanlah seorang artis, loyar, ataupun majistret. Tapi kenapa sampai ada, sekolah, jalan, dan juga kolej sempena nama dia sendiri? Kat sini SOSCILI bagi 5 sebab kenapa Dr Ismail memang seorang lejen…

1. Orang Melayu yang pertama grad dari University of Melbourne

Dr Ismail dilahirkan pada 4 November 1915 dalam sebuah keluarga di Johor dan dari kecik lagi dia telah dididik oleh ayahnya untuk menjadi seorang doktor, tapi Dr Ismail tak minat, dia nak jadi lawyer. Tapi nak tak nak Dr Ismail terpaksa akur dengan perintah ayahnya dan dia pun sambung belajar dalam bidang perubatan.

Grey’s Anatomy sepatutnya lebih diverse dengan menampilkan Dr Ismail sekali.

Dr Ismail dulu sekolah kat Sekolah Bukit Zaharah pastu dia pergi ke English College Johor Bahru dan kemudiannya sambung ke King Edward VII College of Medicine tapi dia gagal so dia pun balik ke Johor.  Tapi beberapa tahun lepas tu ayah Dr Ismail hantar dia balik sambung belajar tapi kali ni kat Australia pula.

Pada tahun 1945 Dr Ismail telah menjadi orang Melayu pertama yang grad dari Universiti of Melbourne dengan kelayakan MBBS (jadi doktor) dan lepas balik dari Australia, dia kerja kat Hospital Johor Bahru buat sementara. Tak lama lepas tu, dia buka klinik sendiri di Johor Bahru yang diberi nama Klinik Tawakkal.

2. Dia sangat muhibbah sebelum adanya konsep 1Malaysia lagi (punyalah hipster)

Sewaktu di English College Johor Bahru, dia sangat rapat dengan anak-anak perempuan Cheah Tiang Earn (kawan ayah Dr Ismail) dan selalu ke rumah mereka untuk kelas etika dengan isteri Cheah Tian Earn. Anak-anak perempuan ni pula akan berkahwin dengan keluarga Robert Kuok, jutawan Malaysia yang terkenal. Hasil daripada perkahwinan tu, Dr Ismail bertambah rapat dengan kedua-dua buah keluarga.

tun dr ismail
Cina Melayu India semua dia geng, janji satu Malaysia ; gambar dari Din Merican.

“Pada pendapat saya, dia adalah orang Melayu paling tak rasis yang pernah saya jumpa dan saya dah jumpa macam-macam jenis Melayu kat Malaysia ni. Dia ni jenis mengutamakan keadilan, dan tegak.  Sebab tu lah juga Melayu semua segan dengan dia termasuklah juga Mahathir.” – Robert Kuok, Orang Terkaya Malaysia

Selain daripada keluarga Kuok, Cheah, dan juga Dato’ Onn Jaafar, keluarga Dr Ismail juga rapat dengan keluarga Joseph Chako Puthucheary yang kemudian nya akan bermain peranan penting dalam arena politik. So dari kecik lagi Dr Ismail ni dah bergaul dengan bangsa bukan melayu dan maybe sebab ni juga lah yang meletakkan keyakinan orang Cina kat Dr Ismail sewaktu pentadbiran dia dulu.

3. Duta Malaysia pertama ke Amerika Syarikat & PBB

Lepas negara Merdeka, Dr Ismail makin busy dalam bidang politik, terutama sekali apabila dia memegang jawatan sebagai Duta Malaysia ke Amerika Syarikat dan juga wakil kepada Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Dr Ismail juga terlibat dengan beberapa projek besar seperti ZOPFAN (zon neutralisasi), memegang profil sebagai Menteri Hal Ehwal Luar Negara, dan juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri.

giphy3

“Orang Cina takde keyakinan terhadap Razak (Tun Abdul Razak), tapi dorang percaya kat Ismail. Razak sering dikaitkan dengan orang Melayu atau pun kawasan pendalaman tapi semua bangsa pula kenal Ismail sebagai orang yang berprinsip.” – Tengku Razaleigh, Bekas Menteri Kewangan.

Sewaktu dia jadi wakil Malaysia di PBB, Dr Ismail pernah bawa masuk keris ke dalam dewan meeting tu dan berdasarkan apa yang Dr Ismail cerita, itu adalah pertama kali mana-mana senjata pernah di bawa masuk ke dalam dewan PBB (gangsta gila kan haha). Time dia kat PBB tu, dia berkeras dengan pendirian Malaysia untuk tidak geng dengan mana-mana pihak terutama sekali sama ada pihak barat & Amerika atau pun pihak Komunis Rusia. Kita buat hal kita, dorang buat hal dorang.

4. Tunjang negara sewaktu peristiwa 13 Mei

Seperti yang kita semua tau, sewaktu peristiwa 13 Mei 1969 pihak Perikatan (UMNO, MIC, dan MCA) telah kalah teruk dan pihak pembangkang buat perarakan untuk celebrate dorang punya kemenangan. One thing led to the other, maka berlaku lah rusuhan di Kuala Lumpur and benda teruk sangat sampai kan kerajaan terpaksa declare darurat hasil daripada pembunuhan dan pergaduhan yang melampau.

Super Ismail
Bukan hero yang kita berhak, tapi hero yang kita perlukan. Gambar dari Games Radar.

Tahun 1969 sebenarnya Dr Ismail dah berhenti main politik sebab ada masalah kesihatan tapi dia terpaksa masuk balik ofis (time ni dia dapat nickname The Reluctant Politician) untuk tolong PM Tunku Abdul Rahman dan salah satu penyelesaian yang dicadangkan oleh TPM Tun Abdul Razak  adalah untuk mengambil alih negara ni dan jadikan ia sebagai sebuah negara diktator tapi Dr Ismail pujuk Tun Abdul Razak kata chill bro, bagi aku handle (lebih kurang macam tu la bunyinya).

Time 13 Mei tu, Tun Dr Ismail telah diberi jawatan sebagai Home Affairs Minister ataupun lebih dikenali sebagai Menteri Kementerian Dalam Negeri.  Time tu dia sangat strict dan keluarkan statement yang demokrasi dah mati kat negara ni sebab rusuhan yang terjadi time tu.  Dr Ismail juga ada buat meeting secara senyap-senyap dengan PAS untuk dapatkan balik sokongan orang Melayu dan DAP untuk dapatkan balik sokongan orang Cina.

Lepas insiden 13 Mei, Dr Ismail telah digelar sebagai Hero Malaysia sebab peranan dia sebagai Menteri Kementerian Dalam Negeri dan juga sebagai ahli Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) di mana  dorang time tu memang fokus untuk pastikan Malaysia ni aman balik.  Pada masa yang sama dia telah menjadi Penolong Pengarah dalam Majlis Perundingan Negara.  Hasil daripada tu, terlahirlah RUKUN NEGARA. Iyee rukun negara yang korang baca tiap-tiap perhimpunan hari Isnin tu, Dr Ismail yang tolong tuliskan.

5. Orang Malaysia pertama yang mendapat gelaran Tun

Dr Ismail sebenarnya tak minat politik tapi mula terjebak sebab ayahnya minta dia untuk masuk UMNO. Salah satu faktor ayah dia minta Dr Ismail join politik adalah sebab dia rajin dalam NGO dia sendiri iaitu Persatuan Siswazah Melayu Johor.

Lagipun pakcik tiri Tun Dr Ismail adalah Dato’ Onn Jaafar (ayah Dr Ismail kahwin dengan adik Onn Jaafar) dan selain dari ayah Dr Ismail, abang dia pun kuat main politik juga lagi-lagi time menentang Malayan Union.

giphy

Tahun 1948, dia dilantik menjadi EXCO kerajaan Negeri Johor dan kemudiannya pada tahun 1952 dia naik pangkat jadi Ahli Dewan Undangan Persekutuan. Pada tahun 1955 dia telah bertanding dalam pilihan raya persekutuan yang pertama dan kemenangan Dr Ismail kat PRU tersebut menyebabkan dia dilantik jadi Menteri Perdagangan dan Perusahaan Malaya yang pertama.

Tapi pada tahun 1966 pula, Dr Ismail telah dianugerahkan Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia (membawa pangkat Tun) dan ni menempatkan dia sebagai orang pertama yang dapat anugerah tersebut.

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama

tundrismail speech
Tun Dr Ismail kasi ucapan pada perasmian Malaysia Airlines System (MAS). Gambar dari Big Dog

Pada 2 Ogos 1973, Dr Ismail telah menghembuskan nafas terakhir beliau selepas kena serangan sakit jantung yang teruk. Sejak pemergian Dr Ismail, politik Malaysia banyak berubah. Disebabkan Dr Ismail meninggal sewaktu memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri, tempat beliau telah diambil alih oleh Dato’ Hussein Onn yang kemudiannya telah menjadi Perdana Menteri Malaysia dan seterusnya melantik Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Orang legend macam dia telah meninggalkan legasi yang gempak dan  beberapa tempat kat Malaysia ni telah diberi nama sempena beliau.

Kawasan Perumahan

  1. Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur
  2. Taman Tun Dr Ismail Jaya, Shah Alam

Jalan

  1. Jalan Tun Dr Ismail, Johor Bahru, Mersing, Seremban, Kuala Lumpur

Pendidikan

  1. Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail Jaya
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail Jaya
  3. Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Dr Ismail
  4. Sekolah Agama Tun Dr Ismail
  5. Kolej Tun Dr Ismail
  6. Tun Dr Ismail International School

giphy2

“Pengorbanan saya kepada negara ini lebih banyak dari pengorbanan yang saya buat untuk diri saya atau pun keluarga.” – Tun Dr Ismail, Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

About Adly Kiddy 83 Articles
Layari Spotify atau Apple Music dan dengar lagu Selesta - Resistance