Boleh ke ahli kerabat diraja jadi Perdana Menteri? Kami bongkarkan

Awak semua tak pernah ke terfikir, boleh ke ahli kerabat diraja bertanding dalam pilihan raya dan mencalonkan diri sebagai Perdana Menteri?

Satu persoalan yang memberikan huraian jawapan yang panjang. Eh, kejap, tapi situasi macam ni pernah berlaku ke?

Ye tak ye, juga kan?

Perasan atau tidak…

Tunku Abdul Rahman ialah Putera Raja Kedah

Siapa sangka Perdana Menteri kita yang pertama merupakan ahli kerabat diraja. Beliau ialah Putera ketujuh Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1864-1943). ‘Tunku’ ni gelaran kerabat diraja bagi Johor, Kedah dan Negeri Sembilan.

Tunku Abdul Rahman
Tunku Abdul Rahman selepas dipanggil ke Badan Peguam Malaysia pada 1947. Imej dari The Star.

Tunku Abdul Rahman ni dikatakan sebagai pemberontak la (maaf kalau awak rasa ayat ni kasar), lebih-lebih lagi beliau berkahwin dengan seorang wanita British, yang pada masa itu bertentangan dengan adat kerabat diraja Kedah. Bila difikirkan balik, Tunku tak melanggar undang-undang pun, sebabnya…

Tiada huraian jelas dalam perlembagaan mengenai kerabat diraja memegang jawatan PM

Dalam Perlembagaan ada mengatakan bahawa jika seseorang itu mahu jadi Perdana Menteri, dia perlu menjadi ahli Dewan Rakyat dan mendapat sokongan majoriti ahli Dewak Rakyat lain (Perkara 43 (1)(a)), dan warganegara Malaysia yang naturalisasi tak boleh jadi Perdana Menteri ((Perkara 43(7)).

Parlimen Malaysia
Buat masa sekarang bakal kosong, mungkin lepasni akan diisi dengan Ahli Parlimen baru. Imej dari PARLIMEN MALAYSIA.

Jadi, boleh ke ahli kerabat diraja jadi Perdana Menteri? Cilisos ada bertanyakan soalan ini kepada seorang peguam dan dia berkata:

“Tak boleh. Mesti kena lepaskan (status diraja), kerana akan ada konflik. Saya rasa kita boleh lihat perkara dalam kes Tunku Abdul Rahman.”

Edwin Tomas, Peguam

Edwin menyatakan kerabat diraja mengambil bahagian dalam politik ialah bertentangan dengan tradisi. Katanya, kerabat diraja sepatutnya bersifat neutral, bebas dan melebihi kuasa politik. Inilah sebab sebenar mengapa Parlimen meminda untuk mengecualikan ahli kerabat diraja dalam Perlembagaan pada bulan Mac 2022.

“Ia bukan satu kedudukan yang jelas dan tidak ada undang-undang yang jelas mengenai perkara ini…”

Edwin Tomas

Kerabat diraja menjadi PM jarang/tak mungkin berlaku

Ye betul, Tunku adalah salah seorang kerabat diraja yang jadi PM, tapi waktu itu tidak menjadi satu perkara yang kontroversi. Tambahan pula, Tunku ni memang seorang yang memberontak dan tak suka mengaku dirinya kerabat diraja.

“Tetapi dia terkejut apabila ibunya bertegas supaya dia tidak berjalan ke sekolah, tetapi dipikul di atas bahu seorang penahan. Dia menganggap adat diraja ini sebagai satu penghinaan. Dia mahu berjalan dalam jarak yang singkat ke sekolah.”

Buku Tunku Abdul Rahman: Prince and Premier, muka surat 24.
Dikatakan Tunku Abdul Rahman selalu dibuli. Imej dari FMT.

Berbalik kepada persoalan Perdana Menteri daripada kalangan kerabat diraja, ia adalah satu perkara yang sangat rumit. Lebih-lebih lagi, kita tiada undang-undang yang jelas mengenainya. Ada satu kenyataan menarik dari peguam Edwin:

“Boleh ke awak melepaskan status diraja, sertai politik. Lepas tu, tinggalkan politik dan menyambung semula jawatan diraja?”

Edwin Tomas

Pada masa sekarang, ia jawapan yang tiada noktah sama ada kerabat diraja boleh jadi Perdana Menteri atau tak. Kami rasa tak mungkin seorang yang kerabat diraja mahu melepaskan status diraja untuk jawatan tersebut.

Yela, mungkin ia dianggap jawatan rendah bagi kerabat diraja, tapi mungkin ia satu sebab mengapa Tunku Abdul Rahman ramai orang suka, kerana:

“Beliau mungkin putera raja yang paling mudah didekati di seluruh Tanah Melayu. Dia tidak mempunyai perbezaan kelas.”

Buku Tunku Abdul Rahman: Prince and Premier, muka surat 20.