Tetiba pandai masak? Tak mandi seminggu? Jawab survey Setahun PKP kitorang!

Klik di sini untuk menjawab survey Setahun PKP kitorang!

Sedar tak sedar, dah lebih dari setahun kita ber-PKP. Dan setelah lama kita hidup dalam norma baharu, mestilah banyak perubahan, kan? Jadi, kitorang teringin nak tahu macam mana rakyat Malaysia berubah sepanjang pandemik ni.

Adakah begini? Img asal dari Menshealth

Adakah korang menjadi lebih produktif, atau adakah korang mereput je kat rumah? Dalam survey ni, kitorang nak cari statistik-statistik yang menarik, yang menyedihkan, dan juga yang pelik-pelik, macam:

  • Berapa ramai rakyat Malaysia yang naik berat badan, dan berapa ramai yang makin slim?
  • Ramai tak rakyat Malaysia yang terpaksa berkerja lebih masa sebab PKP, dan berapa ramai yang sebenarnya mengulat?
  • Apakah sebab-sebab utama rakyat Malaysia bergaduh dengan orang tersayang masa PKP?
  • Benda tak senonoh yang rakyat Malaysia buat masa PKP, macam tak mandi atau tak gosok gigi.

Haa.. Kalau korang pun nak tahu jawapan untuk persoalan di atas dan macam-macam lagi, minta tolong korang…

Jawab survey Setahun PKP kitorang!

Tak kisahlah sama ada benda yang kelakar, yang buat korang stress, buat korang menangis… bagitahu la kitorang! Sebabnya kali ni, kitorang berpakat dengan kawan-kawan kitorang dekat Gardenia untuk tau lebih lanjut pasal benda ni. Kalau korang stress sebab tak jumpa roti Gardenia masa PKP, pun boleh gitau kitorang dalam survey ni *kihkihkih*.

Ingat tak lagi betapa susahnya cari Gardenia masa awal PKP dulu? Imej asal dari Reddit

Jangan tunggu lama-lama, sebab survey akan berakhir pada 9 Mei. Lepas Raya nanti kitorang kongsikan result dengan korang semua ye…

Sementara tu, selamat berpuasa dan selamat menjawab survey!