Mari kita lihat siapa yang paling banyak ‘ponteng’ parlimen

*Kalau nak layan yang versi Bahasa Inggeris, boleh pergi ke laman web CILISOS (boleh tekan di sini)*

KEMASKINI: CILISOS dan MyMP telah dimaklumkan bahawa Dr. Michael Teo mempunyai masalah kesihatan yang menghalangnya daripada menghadiri parlimen sejak beberapa bulan yang lalu.

Satu lagi, MyMP telah mengesahkan perkara ini dengan YB Fahmi Fadzil (kehadiran 59/60).

Cuba teka baru-baru ni siapa yang viral paling banyak tak datang ke parlimen? Ye, betul tepat sekali jawapannya ialah siapa lagi kalau bukan, Hamzah Zainudin selaku Ahli Parlimen Larut merangkap Menteri Dalam Negeri.

Pada sesi dewan rakyat pada 23 Mac haritu pun menjadi kecoh apabila ada Anggota Kabinet tak hadir hadir semasa sesi pengundian usul kerajaan bagi melanjutkan tempoh penguatkuasaan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Kedua-dua kenyataan di atas ni membuatkan kami terfikir sebenarnya siapa je yang paling banyak ponteng parlimen selain Hamzah Zainudin?

Kali ni SOSCILI membawakan korang…

Kehadiran MP di parlimen ni sebenarnya juga korang boleh tengok di laman web MyMP, dalam ni semua butiran penuh mengenai semua MP korang boleh tengok.

Oh ye, kiraan ponteng ini diambil bermula dari Mesyurat Khas Penggal Ketiga, Majlis Parlimen ke-14 sampai (26 Julai 2021) Mesyuarat khas penggal kelima, Majlis parlimen ke-14 (3 Februari 2022) (selama 60 hari).

30 AP yang kurang dari separuh kehadirannya (paling kurang Michael Teo Yu Keng)

AP: Ahli Parlimen

Jika dilihat dalam jadual ini, antara top 5 yang paling banyak tak datang sidang Dewan Rakyat ialah

  • 5) Hadi Awang (19 kehadiran/60 kehadiran).
  • 4)Hamzah Zainudin (18 kehadiran/60 kehadiran).
  • 3)Mahiaddin Yassin atau nama kawaii-nya Muhyiddin & Masir Anak Kujat (17 kehadiran/60 kehadiran).
  • 2)Reezal Merican (14 kehadiran/60 kehadiran).
  • 1)Michael Teo Yu Keng (11 kehadiran/60 kehadiran).

26 AP yang mempunyai kehadiran penuh, syabas!

Kami mengucapkan tahniah kepada 26 Ahli Parlimen yang berjaya pergi ke sesi Dewan Rakyat dengan kehadiran penuh. Oh ya data Excel kami dapat dari MyMP. Semua gabungan parti ni adalah betul pada 29 Januari 2020. Jika salah roger je kami.

AMANAH antara paling tertinggi kehadiran

Untuk mengira ini, kami kira purata kehadiran dengan membahagikan jumlah kehadiran dengan bilangan Ahli Parlimen dari setiap parti. Kami memilih AMANAH sebagai kehadiran tertinggi kerana walaupun UPKO mempunyai 100% kehadiran, mereka hanya mempunyai seorang Ahli Parlimen. Sama dengan MUDA.

Video dari Sofiaa Marieylla

Selain itu, kami memutuskan untuk tidak mengumpulkan parti-parti ini secara parti gabungan atau pakatan kerana kami merasakan maklumat itu lebih terperinci apabila ia dipecahkan dalam parti. Satu lagi, Bebas bukan parti politik, ia merujuk kepada ahli parlimen bebas.

Ahli Parlimen perlu diambil tindakan kalau tak datang sesi Dewan Rakyat

Jika kita lihat balik sidang Dewan Rakyat pada 23 Mac yang lalu, sesi pengundian pengundian usul kerajaan bagi melanjutkan tempoh penguatkuasaan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) diadakan dan keputusannya 86 undi menolak (dari pembangkang) dan 84 undi menyokong (dari kerajaan).

Timbulnya satu isu dalam sesi pengundian ini di mana ada menteri dan timbalan menteri yang tak hadir serta jelas lagi bersuluh mereka menunjukkan rasa tidak bertanggungjawab. KuLi baru-baru ni mengusulkan supaya mereka dari kalangan Ahli Kabinet yang tak hadir ni wajar dipecat.

GIF dari giphy.

Sebelum ni pun Tun M pernah menegur Ahli Parlimen yang tak hadir ke sesi Dewan Rakyat serta mengatakan mereka yang tak hadir ni seolah-olah tak ada minat nak berkhidmat untuk rakyat.

“…tetapi bila sudah terpilih, mereka nampaknya tidak begitu serius untuk berkhidmat kepada rakyat.” – Tun M, dipetik dari Astro Awani.

Ia diibaratkan seperti alam pekerjaan la, korang dah dapat kerja tapi selalu tak datang kerja, mesti boss korang marah kan? Silap hari bulan asyik ponteng je korang dapat notis berhenti kerja. Tak pasal-pasal duduk rumah menganggur cari pekerjaan, dahlah waktu-waktu sekarang ni susah nak dapat kerja.

Kehadiran penuh juga bukanlah segalanya

Macam dalam dunia pekerjaan, korang mesti akan jumpa yang rakan sekerja datang tepat pada masanya, tak pernah ambil cuti dan selalu OT tapi buat kerja pun tidak. Situasi macam ni jugalah kita boleh lihat dalam Parlimen.

Ini adalah sesi di Parlimen yang dikenali sebagai Waktu Pertanyaan, di mana Ahli Parlimen boleh bertanya soalan kepada mana-mana menteri mengenai dasar dan rang undang-undang kerajaan dalam perbincangan, dan menteri mesti menjawabnya.

Ia memastikan menteri bertanggungjawab, dan telus terhadap dasar dan keputusan mereka. Dengan cara ini, kita boleh tengok macam mana diorang buat kerja selain menghadiri Parlimen saja.

MyMP sebenarnya melaporkan bilangan soalan yang ditanya oleh ahli Parlimen sebagai skala statistik RPG, walaupun perlu diingat bahawa statistik di laman web ini kali terakhir dikemas kini pada 26 Julai 2021 – statistik yang kami sebutkan di atas belum ditunjukkan di laman web ini. Jadi, sebagai contoh, walaupun Mahfuz Omar mempunyai kehadiran penuh, beliau hanya bertanya satu soalan mengenai majikan yang membuat tuntutan palsu untuk subsidi gaji.

Secara kontradiknya, Khairy Jamaluddin bertanya 13 soalan walaupun hanya menghadiri 24 sesi.

Jadi, jika korang rasa siapa paling banyak tanya soalan dalam Parlimen paling function tu terpulang kepada korang sendiri, ia juga boleh dijadikan statistik sama ada penting atau tak penting untuk korang. Tapi kalau nak tahu Ahli Parlimen mana paling menonjol dalam Parlimen, korang boleh tengok di laman web MyMP (tekan di sini).