Sutan Puasa & Yap Ah Loy: Orang kaya yang menjadi pengasas Kuala Lumpur

Kuala Lumpur merupakan ibu kota negara kita dan ia juga menempatkan sebilangan besar rakyat Malaysia kerana peningkatan migrasi dari luar bandar ke bandar. Hal ini kerana ramai bermigrasi ke Kuala Lumpur demi mencari pekerjaan untuk menyara hidup serta menjadi pusat ekonomi.

Bagaimanapun, ramai penduduk Kuala Lumpur masih tidak mengetahui bagaimana asal-usul dan bagaimana Kuala Lumpur diasaskan. Sebenarnya terdapat perkara menarik disebalik sejarah Kuala Lumpur. Hal ini kerana terdapat percanggahan mengenai siapa pengasas Kuala Lumpur. Kalau korang nak tahu, mari ikuti kisah ini.

Sutan Puasa antara orang terpenting dalam memajukan Kuala Lumpur

Kuala Lumpur pada zaman dulu. Imej dari Knowing Kuala Lumpur.

Nama Kuala Lumpur berasal dari Sungai Lumpur (tapi sekarang namanya Sungai Gombak). Pada asalnya, Kuala Lumpur merupakan sebuah penempatan bagi tiga kaum iaitu Mandailing, Riau dan Minangkabau. Mereka juga menjalankan aktiviti pertanian di tepi sungai kerana ia merupakan sumber utama.

Pada 1850, kawasan-kawasan di Kuala Lumpur dipercayai terdapat sumber bijih timah, jadi mereka pun mengambil peluang meluaskan industri perlombongan bijih timah.

Kami rasa ramai di antara korang tak tahu siapa sebenarnya pengasas Kuala Lumpur? Haaa…. kalau korang nak tahu, Kuala Lumpur diasaskan oleh seorang pedagang Mandailing yang bernama Sutan Puasa. Rasa-rasanya kita tak kenal siapa dia ni kerana tidak ada tertulis dalam buku sejarah sekolah kita.

Inilah Sutan Puasa. Imej dari Poestaha Depok.

Hal ini telah dibuktikan oleh sejarawan kita, Prof Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim di mana beliau menyatakan Sutan Puasa (pedagang berketurunan Mandailing) datang ke Tanah Melayu dan memajukan semua kegiatan ekonomi di Kuala Lumpur. Ia juga ditambah lagi dengan bukti lain iaitu Sutan Puasa antara penyumbang kepada ekonomi di kuala Sungai Gombak dan Sungai Klang.

Bukan itu saja, pentadbiran secara tidak langsung dari raja dan pembesar menyebabkan pengaruh semakin berkembang di kalangan orang Mandaling.

“Pentadbiran secara tidak langsung yang diamalkan oleh raja dan pembesar pada masa tersebut telah meluaskan pengaruh Sutan Puasa di kalangan orang Mandailing. Sebagai ketua, beliau bertanggungjawab mentadbir dan memastikan tiada kekacauan yang timbul di kalangan orang Mandailing serta akur kepada perintah raja.” – Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, petikan dari Mandailing Weebly.

Haaa sudah tak jumpa orang Melayu. Imej dari giphy.

Selain itu, berdasarkan penulisan buku ‘Sutan Puasa Founder of Kuala Lumpur‘ oleh Adbur-Razzaq Lubis, ia menyatakan bahawa Sutan Puasa ialah pengasas Kuala Lumpur. Hal ini kerana Sutan dianggap sebagai orang penting yang memajukan Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, disebabkan kemajuan industri perlombongan bijih timah, ramai penduduk di kalangan orang Melayu semakin pupus di Kuala Lumpur. Jadi, pihak British telah menubuhkan Lembaga Penempatan Pertanian Melayu bagi menambahkan bilangan penduduk Melayu di situ. Mereka ini telah ditempatkan di tujuh buah kampung, antaranya:

  • Kampung Masjid.
  • Kampung Periuk.
  • Kampung Atas A.
  • Kampung Atas B.
  • Kampung Hujung Pasir.
  • Kampung Paya.
  • Kampung Pindah.

Namun, terdapat sebuah hujah menyatakan seorang kapitan Cina bernama Yap Ah Loy ialah pengasas Kuala Lumpur kerana beliau merupakan……

Penyumbang utama dalam industri perlombongan di Kuala Lumpur

Yap Ah Loy. Imej dari Lowyat Forum.

Oh ye, tadi kami ada borak pasal perlombongan bijih timah en? Kalau korang nak tahu, terdapat seorang pelombong berbangsa cina, Yap Ah Loy yang mengawal ekonomi Kuala Lumpur melalui perlombongan bijih timah. Beliau juga dikatakan pengasas Kuala Lumpur tapi kalau nak tahu lebih lanjut, mari teruskan membaca supaya korang semua faham.

Yap Ah Loy merupakan anak jati Wilayah Guangdong, China yang dilahirkan pada 1837 dan tinggal di perkampungan Tan Shui bersama ibu bapanya.

Semasa umur 18 tahun, beliau telah meninggalkan kampung halaman lalu berhijrah ke Tanah Melayu kerana beliau beranggapan terdapat banyak sumber bijih timah di sana. Pada mulanya dia bekerja sebagai pelombong bijih timah di Durian Tunggal, Melaka serta berkahwin dengan seorang gadis tempatan yang bernama Kong Kak Kwan.

Tanah Pekuburan Yap Ah Loy di Kwang Tong Cemetery. Imej dari Cavingliz.

Selepas kawasan perlombongan bijih timah ditutup, bapa saudaranya membuat keputusan untuk menghantar beliau semula di China. Namun, malang tidak berbau kerana wang simpanan beliau telah lesap akibat kalah judi. Jadi, beliau telah bekerja sebagai pembantu dapur di Lukut, Negeri Sembilan.

Selepas 2 tahun, Yap Ah Loy dijadikan Kapitan China dari Sungei Ujong. Kapitan Kuala Lumpur ketika itu, Liu Ngim Kong menjemput beliau ke Kuala Lumpur untuk membantunya dalam perniagaan.

Kawasan perlombongan bijih timah di Ampang. Imej dari Museum Volunteer.

Keberanian dan kepemimpinan Yap Ah Loy menyumbang kepada pelantikannya sebagai Kapitan China Kuala Lumpur pada tahun 1868 ketika usia 31 tahun. Beliau kemudian berusaha untuk menjaga keamanan dan memajukan Kuala Lumpur.

Kekayaan sumber bijih timah pada tahun 1879 membuatkan ramai pelombong datang ke Kuala Lumpur. Yap Ah Loy mengekalkan pengaruh dan reputasinya dalam perniagaan. Beliau turut menjaga keamanan antara 10,000 orang Cina di bandar dengan bantuan hanya 6 anggota polis. Beliau turut mengembangkan sebahagian besar tanah Kuala Lumpur dan memiliki lebih dari satu per empat dari semua bangunan di bandar.

Kontroversi mengenai siapa sebenarnya pengasas Kuala Lumpur

Ramai bergaduh kerana siapa pengasas Kuala Lumpur. Imej dari Istekvicks.

Isu siapa pengasas Kuala Lumpur menjadi perbualan hangat kerana ramai sejarawan berpendapat Sutan Puasa ialah pengasasnya tetapi ada hujah mengatakan pengasas Kuala Lumpur sebenarnya Yap Ah Loy. Hal ini kerana mereka berkata Yap Ah Loy memajukan Kuala Lumpur dengan menjadi pelopor utama dalam industri perlombongan bijih timah.

Menurut Abdur-Razzaq, pengiktirafan Yap Ah Loy dan Raja Abdullah sebagai pengasas Kuala Lumpur ditolak kerana sokongan majoriti berkata Sutan Puasa ialah orangnya.

“Yap Ah Loy digulingkan dan diturunkan daripada ‘takhta’ sebagai pengasas Kuala Lumpur, kemudian diangkat dan dicalonkan pula Raja Abdullah, tetapi ia tidak dibuktikan. Kita tahu polemik akan timbul (fakta Sutan Puasa pengasas Kuala Lumpur), malah ada yang sudah mula menolak naskhah ini tanpa membacanya terlebih dulu. Bagaimanapun kajian saya ini akan membuktikan secara ilmiah mengenai individu sebenar yang menjadi pengasas Kuala Lumpur, iaitu Sutan Puasa.” – Abdur-Razzaq Lubis, petikan dari Berita Harian.

Hal ini dapat dibuktikan lagi dengan hujah Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim iaitu Sutan Puasa ialah orang paling terawal yang datang ke Kuala Lumpur sebelum Yap Ah Loy.

Ia juga ditambah lagi dengan pendapat dari seorang Professor Emeritus Penyilidikan, Professor Emeritus Terry McGee yang menyatakan Abdur-Razzaq telah membuat kajian teliti dalam penulisan bukunya. Oleh itu, majoriti menyatakan Sutan Puasa ialah pengasas Kuala Lumpur.

Oh ye, walaupun ramai bersetuju Sutan Puasa sebagai pengasas, adakah korang masih berpendapat Yap Ah Loy ialah pengasas Kuala Lumpur?