Sejarah & Politik

Kenaikan kadar parking KL paling tinggi kat dunia? Siapa yang dapat duit ni semua?

(This article is translated from the English version on CILISOS, click here to read it.)

Bermula 18 Julai 2016, DBKL mengumumkan yang kadar parking kat seluruh kawasan KL akan dinaikkan. Sebelum ni memang kita jarang dengar pasal parking naik kan, so mungkinlah memang dah sampai masa.

Tapi apa yang buat kami terkejut adalah BERAPA BANYAK kadar ni naik. Kalau sikit-sikit takpe, tapi ada sesetengah kawasan yang dinaikkan sehingga 150%!

Agak-agak, negara lain ada ke buat perangai naik sampai lebih dua kali ganda ni? Kitorang cuba try test tengok…

Kitaorang cuba lihat kadar kenaikan parking kat negara-negara lain

Kami cuba buat research kat Google dengan menaip “ridiculous parking price increases” (kadar kenaikan harga tempat letak kereta yang tak masuk akal) dan hasil yang kami temui ialah…

So maknanya Malaysia boleh pecah rekod dengan kenaikan parking paling tinggi sampai mencecah 150%! Tapi at least, rekod sampai bergaduh tu belum lagilah setakat ni hehe.

Syukur-malaysia-aman

Selain daripada Pengguna Pengangkutan Awam Negara (NPTU) yang mencadangkan kenaikan lebih tinggi, hampir semua orang KL kesal dan tak puas hati dengan kenaikkan kadar bayaran tempat letak kereta ni, daripada Persatuan Pengguna Malaysia sampailah ke ahli politik pembangkang.

Kenapa tetiba kadar parking ni naik mendadak ?!

Menurut kenyataan DBKL, mereka naikkan kadar parking tu kat daerah pusat perniagaan (CBD) sebab nak kurangkan kesesakan lalu lintas kat bandar dan menggalakkan orang ramai untuk berkongsi kereta. Ini kerana kawasan parking tu sentiasa penuh je bila waktu kemuncak.

Menurut Datuk Bandar KL, Datuk Amin Nordin, langkah menaikkan kadar letak kereta ni tak didorong keuntungan pun tapi ia hanya merupakan satu-satunya cara nak kurangkan kesesakan lalu lintas kat bandar.

Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

“Saya tahu saya akan menjadi sangat tidak popular, tetapi ia perlu dilakukan kerana lalu lintas di Kuala Lumpur sudah penuh sesak.” – Datuk Amin Nordin, Datuk Bandar Kuala Lumpur. Dipetik dari Berita Harian.

Oleh kerana Kuala Lumpur ni mempunyai rekod pendaftaran kereta yang paling tinggi kat Malaysia pada setiap tahun,so memang macam masuk akal la kan.

Tapi….

Korang ingat lagi tak kes DBKL yang mempunyai masalah dengan kutipan hasil pada tahun lepas yang membuatkan kita terpikir MUNGKIN dorang segaja nak amik keuntungan. Berbalik kepada isu parking ni, ramai yang mempersoalkan kenapa kediaman kat Sri Hartamas, Bangsar, Taman Tun Dr Ismail dan Damansara Heights jugak dikenakan peningkatan kadar parking? Dan bagaimana kawasan-kawasan ni diklasifikasikan sebagai sebahagian daripada Daerah Pusat Perniagaan (CBD) walaupun kawasan ni tak berdekatan dengan CBD berbanding dengan kawasan-kawasan KLCC atau Brickfields.

*Update: DBKL baru keluarkan statement untuk mengecualikan TTDI memandangkan ia merupakan kawasan perumahan. Tapi macam mana pulak dengan Mont Kiara dan Sri Hartamas? Pening, pening…

Mungkin dalam fikiran DBKL, Sri Hartamas lebih dekat dengan pusat KL daripada Brickfields. Imej diambil dari thestar.com.my.

Mungkin dalam fikiran DBKL, Sri Hartamas lebih dekat dengan pusat KL daripada Brickfields. Imej diambil dari thestar.com.my.

DBKL ke yang sebenarnya bertanggungjawab atas kenaikan ini?

Ahli politik pembangkang mengatakan bahawa DBKL tak berbincang pun dengan pihak berkuasa lain seperti SPAD, dan mereka (pembangkang) telah menyerahkan memorandum untuk protest hal ni.

Tapi lepas Nurul Izzah (ahli Parlimen Lembah Pantai, PKR) jumpa dengan Amin Nordin, mereka dapat tau yang SPAD yang sebenarnya buat keputusan untuk menaikkan harga!

Tapi menurut Tan Kok Wai (ahli Parlimen Cheras, DAP), saranan untuk menaikkan kadar parking ni sebenarnya datang daripada Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) untuk mendapatkan keuntungan lebih!

YWP

Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) adalah badan yang bertanggungjawab menguruskan sistem parking KL sejak 2015, dan 35% daripada hasil yang mereka dapat dari tempat letak kenderaan pergi ke DBKL setiap bulan.

Untuk pengetahuan korang, salah sorang daripada Lembaga Pemegang Amanah YWP, adalah Menteri Wilayah Persekutuan sendiri (kiranya big boss bagi datuk bandar kat semua Wilayah Persekutuan la) iaitu… Tengku Adnan!

Kebanyakaan statement ni semua datang daripada Ahli Parlimen pembangkang je, so kami tak dapat nak sahkan betul-betul. Tapi berbalik semula pada persoalan utama, sebenarnya  KL belum dapat memecahkan rekod dunia kerana terdapat bandar lain jugak yang lagi lejen…

[socialpoll id=”2376316″ path=”/polls/2376316″ width=”500″]

Dan jawapannya adalah…..

Iceland! Bandar Reykjavik telah menaikkan kadar tambang letak kenderaan sebanyak 200%! Sama macam DBKL, Majlis Bandaraya dorang pun mengakui bahawa mereka tak mengkaji dengan teliti mengenai kadar kenaikan harga letak kereta tapi terpaksa naikkan kadar tersebut sebab mereka telah kehilangan banyak wang. Tapi Reykjavik mempunyai sistem pengangkutan awam bersepadu dengan tambang yang murah. So ia takde lah membebankan rakyat.

Nak dibandingkan dengan Malaysia, ini kenyataan DUA bekas Datuk Bandar KL…

“DBKL kini mempunyai pendapatan yang lebih besar berbanding dengan 30 tahun yang lalu… jadi tiada keperluan untuk meningkatkan kadar lebih 10%”

SPAD melaporkan bahawa bas dan train KL hanya boleh menguruskan sehingga 960 ribu penumpang je sehari, jadi nampaknya harapan DBKL untuk mengurangkan sehingga 1 juta kenderaan tu hanyalah tinggal harapan.

Kat Singapore, notis diberi ENAM BULAN sebelum kenaikan, barulah rakyat boleh prepare. Kat Sweden pulak, rakyat terlibat dalam perbincangan pasal hal-hal cukai ni. Mungkin Malaysia boleh contohi negara-negara macam ni demi kebaikan bersama, kan?

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.

To Top
Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Send this to a friend