Wang & Kareer

Sudi ke korang bagi PM RM4000 untuk dilabur?

Artikel ini asalnya diterbit pada bulan November 2014 dalam Bahasa Inggeris. Klik kat sini untuk baca edisi Bahasa Inggeris tu.

watch the video here. It's 30 minutes long. C'mon we DARE YOU

Klik kat sini untuk tengok videonya. 30 minit panjangnya… Cubalah kalau berani!

[Update terbaru 26 Nov 2014] 1MDB telah gagal membayar balik pinjaman sebanyak RM2 billion dari Bank Negara, *DAN* CEO-nya telah pun meletak jawatan.

Maaflah, u ollz. Kemungkinan besar, kalau betul cakap Tony Pua, korang semua mesti dah lama dah bagi. Kan kan kan?

Korang mungkin pernah ternampak satu video ni kat feed korang, yang mana Tony Pua mendakwa bahawa dia telah membongkar sebuah skandal besar mengenai Perdana Menteri kita yang kononnya telah menyamun masa depan negara kita dengan dana 1MDB ini. Tapi disebabkan video ni panjangnya 30 minit, kami pun tak sure kalau korang semua akan tengok video ini sampai habis. Jadi, kami di Cilisos dah pun tonton video ini demi keselesaan anda semua, dan kalau nak cakap terus-terang, video ni memang dahsyat giler.

Yang lagi dahsyatnya, tak ramai di kalangan rakyat kita yang sedar tentang situasi ni. Kat bawah adalah di antara komen-komen yang diluahkan kat pejabat kita:

“Eh, aku ingat bende nih ‘cam BR1M”

“Oh, jadi bukan projek pembangunan ‘cam Projek Iskandar ke?”

Adeh… Best la korang nih. =_=

Jadi hari ini, kita nak menjelaskan macam mana dana-dana yang terkumpul ini mungkin sama sikit situasinya di mana setiap rumah tangga di Malaysia membayar RM4000 kepada PM untuk dilaburkan ke dalam aktiviti-aktiviti yang meragukan. Secara ringkas, ini adalah 5 hal pokok senang-faham mengenai Dana 1MDB yang agak bermisteri, 99% tanpa spekulasi (kurangkan sikit dari 100%, untuk korang yang dah tengok Wolf of Wall Street)

Kami nak tekankan yang kami dah cuba sedaya upaya untuk mencari angka-angka yang tepat. Angka-angka tersebut bukannya diambil dari video Tony Pua, tetapi dari sumber-sumber lain seperti TheStar.com.my, Edge Investments dan laman web 1MDB sendiri. Kalau korang ada terjumpa sumber-sumber yang lagi baik, kongsilah dengan kami kat ruang komen dibawah dan kami akan cuba perbetulkan angka-angka tersebut!

Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

1. 1MDB adalah syarikat swasta yang telah meminjam RM38 billion, dan ia dimiliki oleh… pihak kerajaan?!

Ya, betul. Ok, syarikat ini syarikat swasta, tapi ianya dimiliki 100% oleh Kementerian Kewangan, dengan PM kita, Ah Jib Kor sebagai pengerusinya (masuk akal lah jugak, sebab beliau juga Menteri Kewangan).

Jadi, ape yang bende ni buat? Ceritanya, dalam tempoh 5 tahun dana ini wujud, mereka telah meminjam duit dalam jumlah yang banyak – sebanyak RM38 bilion! Berikut adalah tuntutan yang diberikan oleh PM kepada pasukannya mengenai bagaimana duit tersebut patut digunakan.

“Beranikanlah diri… untuk menceburi bidang-bidang baru dan menerokai kaedah-kaedah yang berlainan” – Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak mengarah pasukan 1MDB pada tarikh 11 Januari 2010

Jadi ke mana dana-dana ini dilaburkan? Kalau ikutkan laman web mereka, ada 3 projek yang disenaraikan.

Current Business 1MDB

Tangkapan skrin dari 1mdb.com.my

Dua kawasan pembangunan dan beberapa stesen janakuasa. Hmm. Bila kita bayangkan bidang baru atau kaedah berlainan, kita selalunya terbayang bende-bende macam ni:

Elon Musk Wikipedia the free encyclopedia

Entah-entah stesen janakuasa 1MDB ni penjana kuasa solar atau nuklear kot! Kalau macam tu, cun giler doh!!

Err… tak jugak. Batu arang ‘ngan gas asli aje. Heh.

2. Kebanyakkan ‘keuntungan’ 1MDB agak meragukan

Kami bagi satu contoh yang senang nak bagi korang paham…

Antara projek terbesar dari 1MDB adalah Bursa Tun Razak (Tun Razak Exchange, TRX), sebuah kawasan kewangan baru yang terletak di belakang Berjaya Times Square. Menurut kata-kata Tony Pua yang selari dengan laporan dari surat khabar The Star, asalnya mereka beli tanah di kawasan ini dari pihak kerajaan pada lewat 2010 dengan harga RM191 juta.

Pada tahun 2011, mereka menilai semula tanah tersebut kepada RM1.1 billion.

Pada tahun 2012, mereka menilai semula tanah tersebut kepada RM1.8 billion.

Pada tahun 2013, mereka menilai semula tanah tersebut kepada RM3.5 billion.

Pada tahun 2014, mereka menilai semula tanah tersebut kepada RM6.2 billion

FUIYOH. Tapi kenapa pulak? Ah, sekarang ni rumit sikit. Biar kami perjelaskan macam ni.

“Kata la ada mamat nih nak tekel sorang anak dara. Tapi mak dia tak nak kasi dia berpacaran dengan sesiapa pon, kecuali seorang jutawanMalangnya, mamat nih hanya ada rumah yang bernilai RM600,000. Jadi dia pesan lah kat kawan dia nih, seorang ejen hartanah, untuk bagitau mak pompuan nih yang nilai rumah mamat nih sebenarnya RM1.2 juta” – MAT MATIK

Jangan marah. ^_^

BERES!

Cuma dalam kes ini, nilai rumah tersebut berganda setiap tahun. Memandangkan harga beli asalnya pada tahun 2010 adalah sebanyak RM191 juta, nilai harga rumah tersebut telah naik sebanyak 3250%. Erm okay… Pavillion Residences yang dekat dengan TRX tu dibangunkan pada masa yang sama jugak, tapi naik harga 43% je.

Jadi kenapa 1MDB buat macam ni? Ok, bayangkan yang Si Ibu anak dara tu Rakyat Malaysia, Si Anak Dara tersebut Malaysia, dan Mamat tersebut pihak Kerajaan. Kita nak anak dara kita dijaga dengan baik, jadi si mamat nih pun asyik tukar nilai harga rumahnya untuk menunjukkan yang dia ni seorang yang berkemampuan. Tapi, walaupun keuntungan yang dikaut pada tahun lepas adalah memberangsangkan (meskipun meragukan), 1MDB masih rugi sebanyak RM665.3 juta.

Ish. Dan yang tu baru satu je contoh. Ni satu lagi, dan yang ni jugak.

3. Mereka ada duit kat Kepulauan Cayman

2 Fast 2 Furious - Vin Diesel and Paul Walker

Cuba korang teka kat mana mamat dua orang nih simpan duit diaorang, lepas Fast and Furious 5.

Kalau korang ada minat untuk jual dadah secara besar-besaran, atau terfikir nak bersara dengan duit haram yang berjuta-juta nilainya, cuma ada dua tempat yang korang boleh pergi – Switzerland atau… Kepulauan Cayman. Sebab utama Kepulauan Cayman ni agak terkenal adalah hukum kanunnya yang memberi perlindungan kepada butir-butir peribadi akaun-akaun milik mereka. Sebab tu lah mereka diberi kedudukan ke-4 di peringkat dunia dalam Indeks Perlindungan Kewangan. Secara kebetulan, Singapura berada di tempat ke-5 dan Labuan, yang juga digelar sebagai “syurga kewangan Malaysia”, terletak di tempat ke-11.

Malangnya, atas sebab-sebab yang tak diketahui, 1MDB telah meletakkan dana sebanyak RM7.18 bilion di kepulauan tersebut, 17,365km jauhnya – dan tak ada seorang pun yang boleh bagitau kenapa. Kononnya, ada diantara dana tersebut yang sudah pun dibawa balik ke sini, dan bakinya akan dipulangkan tak lama lagi. Tapi disebabkan tak ade dokumentasi yang boleh membuktikan pemindahan dana ini, kita pun terpaksalah percaya bulat-bulat.

Oh! Dan kononnya, ada yang cakap macamyestapitaksure bahawa sebahagian dari dana tersebut telah diperuntukkan untuk filem Hollywood The Wolf of Wall Street (tapi maklumat ini tak boleh disahkan).

4. Syarikat perauditan tak nak sentuh akaun-akaun 1MDB

saya suka kena audit

Cawan yang paling tak laku.

Setiap perniagaan, tak kira saiznya (asalkan syarikat tersebut bukan syarikat persendirian) perlu diaudit. Perauditan secara asasnya melibatkan beberapa orang berkaca mata untuk meneliti kewangan perniagaan korang sekali setahun, dan memastikan ia semuanya halal dan tak melanggar undang-undang negara. Lagi terkenal syarikat perauditan tu, lagi power lah syarikat tu jugak. Terdapat empat syarikat perauditan yang terkenal – KPMG, Deloitte, Pricewaterhouse Coppers dan Ernst & Young.

Syarikat-syarikat ini mempunyai tugas yang besar untuk menjaga reputasi mereka. Sebenarnya, sebelum ini terdapat LIMA syarikat perauditan yang besar, tapi Arthur Andersen pernah ditangkap basah atas pengendalian akaun yang kurang jujur, dan mereka kehilangan kebanyakan dari pelanggan mereka disebabkan oleh kehilangan reputasi mereka. Lama-kelamaan jumlah pekerja mereka kecut dari 28,000 orang di seluruh dunia ke hanya 200 orang pada hari ini. Sedih siot, bro.

Buat ape kita cerita panjang lebar pasal perkara ni? Halnya sebab 1MDB pernah berurusan bukan hanya dengan satu, tapi TIGA dari empat syarikat perauditan yang terkenal di dunia, dalam hanya 5 tahun mereka beroperasi. Mereka bermula dengan Ernst & Young pada tahun 2009, dan lepas itu berpindah ke KPMG, dan kemudian pada tahun ini ke Deloitte. Mengikut sahabat akauntan kami yang tak mau dinamakan, situasi ini adalah sangat, SANGAT teruk.

“Kadang-kala, syarikat perauditan akan berkompromi dengan angka mereka untuk mendapatkan tanda pengesahan. Tapi angka-angka tersebut mesti masuk akal dalam konteks piawai perakaunan, dan inilah yang mengakibatkan penangguhan. Kandang-kadang penukaran syarikat perakaunan pun boleh mengakibatkan penangguhan kalau pengaudit dan syarikat yang diaudit tu tak boleh mencapai persetujuan.

Tapi ingat, mereka memang NAKKAN pengesahan tu, tapi mereka juga perlu menjaga reputasi mereka, jadi perselisihan pendapat seperti ini biasanya berlaku selepas BEBERAPA mesyuarat pada paras pihak pengurusan kanan yang diadakan untuk menyelesaikan situasi tersebut. Hal ini SANGAT teruk kalau sesebuah syarikat audit membuat keputusan untuk menarik diri separuh jalan, sebab ia mempengaruhi reputasi syarikat itu, rakan kongsi mereka dan syarikat yang diaudit oleh meraka. Ia jarang sekali berlaku, dan untuk projek sebesar ini, boleh dikatakan tak pernah langsung berlaku” – Sahabat perakaunan CILISOS yang dipercayai tapi tak ingin dinamai. 

 

5. Kalau 1MDB ni mampos, kita jugaklah yang kena bayar RM4000 bagi setiap rumah tangga di negara ni

br1m giveout

Imej dari malaysia-kini.com

Bab ni ngeri sikit. Ingat tak pinjaman RM38 bilion yang disebut sebelum ni? Duit tu asalnya dari beberapa buah pihak, tapi sebuah artikel dari The Star mengatakan bahawa 2/3 daripada jumlah duit itu DIJAMIN oleh Kerajaan Malaysia. Maksudnya, kalau silap hari bulan, Kerajaan Malaysia lah yang kena tanggung, cek oooi, termasuklah bunga dia sekali.

Bila kami kata “kerajaan”, itu termasuklah juga rakyat jelata. Memandangkan ada sebanyak 6,341,273 rumah tangga di Malaysia, jumlahnya hampir RM4000 (RM3994.50 lah kalau nak tepat) bagi setiap rumah tangga di Malaysia.

Dan nampaknya 1MBD sudah mula mengalami masalah dalam membayar balik pinjaman-pinjaman tersebut. Pemberi kredit tempatan baru-baru ini telah memanggil Tuan Guru Besar, Bank Negara, untuk ‘merotan’ 1MDB sebab gagal membayar balik hutang mereka yang berjumlah RM2 bilion.

Image from ohcikgu.com

Imej dari ohcikgu.com

Situasi dalamannya juga kelihatan agak tenat apabila CEO mereka, Mohd Hazem Abdul Rahman, meletak jawatan dan bakal diganti oleh Arul Kanda (yang secara kebetulan merupakan bekas Ketua Pengawas di Methodist College dimana penerbit hebat kita, Chak, menuntut ilmu berkurun-kurun dulu).

Jadi, korang nak bagi duit kat PM kita untuk dijadikan pelaburan ke, atau… nak beli TV LAZAT LEMAK BERKRIM NI?? :D

Dayum. That's a nice household.

Sepasang suami isteri, dan cahaya mata HD mereka yang terbaru.

Syukurlah, semenjak dari itu, telah muncul berita yang menyatakan bahawa kita sebagai rakyat mungkin tak perlu pun tanggung 2/3 dari pinjaman tersebut. Tapi, disebabkan tak wujudnya dokumentasi yang jelas, kami tak boleh nak siasat kenyataan sesiapa pun pasal bende ni. Malah, kat laman web 1MDB pun, takat ini je info yang diberi.

The government has never guaranteed 1MDB s bonds and loans 1MDB

Aku seludup toyol pegi buat exam pun tulis lagi panjang dari ni -_-

Bila Ketua Audit Negara diminta oleh pihak tertentu untuk meneliti semula akaun-akaun tersebut, secara amnya beliau berkata, “leceh la bro”.

Kalau fikir balik, buat apa kita nak tanya semua ni? Tunjuk je la semuanyer!

Sebenarnya, syarikat swasta yang dikendalikan oleh pihak kerajaan tak lah begitu luar biasa. Ada banyak lagi negara lain yang melakukan perkara yang sama. Contohnya, di Amerika Syarikat, mereka ada OPIC yang mengurus pelaburan syarikat swasta ke dalam bidang yang penting bagi AS, seperti memajukan perniagaan kecil.

Walaupun matlamat OPIC boleh dikatakan agak optimistik (oklah, tak beberapa realistik la tu), mereka telah mengaut keuntungan sebanyak USD1.2 juta bagi setiap pekerja mereka! Okay la, mungkin korang rasa ini semua perakaunan yang kurang amanah, tapi itu pun susah nak kata bila akaun penuh mereka boleh dilihat oleh sesiapa pun di laman web mereka, dan mereka menerima arahan dari Bos Obama untuk TRANSPARENSI SECARA MUTLAK.

“Transparensi menggalakkan sifat bertanggungjawab dan menyediakan maklumat kepada rakyat tentang apa yang dilakukan oleh kerajaan mereka. Jabatan-jabatan dan agensi-agensi eksekutif perlu menggunapakai teknologi baru untuk meletakkan maklumat mengenai operasi dan keputusan mereka secara online, sedia untuk tatapan rakyat. Jabatan-jabatan dan agensi-agensi eksekutif juga perlu meminta maklum balas awam bagi mengenalpastikan maklumat yang paling berguna buat rakyat jelata.” – Presiden Barack Obama, laman web OPIC.

Kalau Kerajaan Malaysia memang iklas dalam usahanya untuk mewujudkan sebuah badan pelaburan bagi kebaikan rakyat, buka sajalah buku-buku akaun itu. Kalau ia hanya berniat untuk mengaut untung saja, badan tersebut patut tamatkan SEMUA pertaliannya dengan kerajaan.

Ini hal sebenarnya, U OLLZ. Untuk mereka melakukan apa saja pun, mereka perlu merasai tekanan dari orang awam. Inilah peranan kami di CILISOS – untuk membuat maklumat-maklumat sebegini senang untuk difahami, supaya korang boleh faham dan suarakan pendapat tentang apa yang sedang berlaku di dalam negara ini.

Share-lah artikel ini dengan seseorang supaya mereka juga boleh lebih memahami, dan marilah kita semua bergabung suara.

Oh, dan kat bawah ni video Tony Pua yang panjangnya 30 minit tu. Kita harap yang kali ini, korang semua akan lebih berminat untuk tonton video ni. ^_^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.

To Top
Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Send this to a friend