Kisah rompakan emas terbesar Malaysia, RM12 juta emas hilang dalam 20 minit!

Korang biasa tak tengok filem jenis ‘heist’, atau rompakan? Antara contoh filem rompakan yang paling top adalah Ocean Eleven ataupun The Italian Job, di mana sekumpulan geng merancang untuk merompak bank, kasino, berlian, atau apa-apa jelah janji mahal.

Tapi korang tau tak kat Malaysia sendiri, kita pernah ada kes rompakan yang bernilai RM12 juta? Kes ini merupakan rompakan emas yang terbesar dalam sejarah Malaysia oleh sekumpulan penjenayah yang dinamakan sebagai Geng Mamak. Tambah pelik lagi, tempat yang dirompak tu boleh dikatakan antara tempat paling selamat kat Malaysia, malah dorang tak pakai sebarang senjata pun!

Korang tahu tak, 1 kilogram (32.15 oz)  emas dengan gred .9999 jumlahnya hampir mencecah RM200 ribu! Sumber dari silver-treasure.com

Jadi kali ni SOSCILI nak cerita kat tentang kes rompakan licik ala-ala Hollywood yang pernah terjadi dekat Malaysia. Jom!

Rompakan dibuat waktu Hari Kemerdekaan

Semuanya bermula pada 31 Ogos 1994 ketika rakyat Malaysia sedang meraikan Hari Hemerdekaan ke-37. Of course time tu PDRM tengah sibuk menguruskan keselamatan majlis sambutan yang berlangsung.

Tetapi, persiapan polis terganggu di sekitar jam 5 pagi bila dorang diberitahu kawasan kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang telah dirompak, di mana jongkong emas bernilai lebih daripada 12 juta ringgit telah hilang. Bila dapat je maktumat ni, polis terus bergegas ke tempat kejadian. Setibanya di sana, dorang mendapati tiga pengawal keselamatan telah rebah dan diikat kat satu sudut.

Bila polis soal siasat, pengawal-pengawal ni cakap bahawa polislah yang telah datang dan merompak. Terkejut dengan tuduhan ni, polis pun mintak rakaman CCTV daripada gudang berkenaan.

Sumber dari utusan.com.my

Dari rakaman CCTV memang kelihatan seseorang yang berpakaian seragam polis, tetapi boleh cam daripada cara pergerakan tangan dan badan yang menunjukkan dorang hanyalah penjenayah yang menyamar.

Dorang ni memang dah merancang rompakan dengan sangat teliti. Tarikh 31 Ogos dipilih kerana pada waktu tersebut, ramai kakitangan gudang ambil cuti sempena Hari Merdeka. Malah oleh kerana pada ketika itu takde penjenayah kat Malaysia ni yang berani dan mahir melakukan rompakan pada skala besar, pihak polis mulanya menyangka jenayah licik ini telah dilakukan oleh geng penjenayah antarbangsa.

Sumber dari kimt.com

Menyamar sebagai pihak berkuasa sebelum melakukan rompakan

Ketika pihak polis cuba mencari identiti perompak emas ini, berita dah tersebar kat dada-dada akhbar tempatan dan ramai rakyat Malaysia yang terkejut. Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu, Dr Mahathir Mohammad pun telah mengkritik pengurusan keselamatan di Lapangan terbang tersebut dengan berkata:

“Saya mempersoalkan tahap tanggungjawab para pekerja dan sesiapa yang telah diberikan amanah ini mestilah bertanggungjawab di atas kecuaian dan kecurian yang berlaku. Kalau jongkong emas boleh hilang daripada lapangan terbang, tidak mustahil kapal terbang pun boleh hilang.”

Malu akibat kritikan yang diterima dari Perdana Menteri, pihak polis dengan segera telah menubuhkan satu unit khas untuk menjejak pencuri tersebut. Pasukan khas ini diketuai oleh anggota polis yang paling terkenal ketika itu iaitu Azizan Anan dan Amidon Anan atau lebih dikenali sebagai adik-beradik Anan.

Sumber dari malaysia-chronicle.com

Walaupun pasukan ini diangotai oleh pengawai polis yang terbaik, dorang masih menghadapi masalah untuk mencari bukti yang mencukupi dan mengenalpasti suspek. Hal ini kerana tumpuan dorang masa itu masih lagi terarah kepada sindiket antarabangsa yang dipercayai melakukan rompakan ini.

Oleh sebab tidak menjumpai apa-apa kaitan dengan mana-mana sindiket antarabangsa, dorang pun mengalihkan tumpuan kepada geng-geng yang dalam negara dengan mengkaji semula setiap kes rompakan yang pernah terjadi di Malaysia.

Bila dah kaji tu, dorang terkejut jugaklah sebab ade satu geng dekat Malaysia masa tu guna modus operandi yang sama dengan rompakan yang berlaku di Lapangan Terbang Subang, dimana perompak ni akan menyamar sebagai pihak berkuasa sebelum dorang melakukan rompakan.

Dari kiri, Azizan Anan dan Amidon Anan telah mengetuai pasukan khas bagi menyelesaikan kes ini. Sumbar dari pakatan.blogspot.my

Hasil daripada maklumat ini, rupa-rupanya rompakan ini telah di lakukan oleh salah satu geng yang ada kat Malaysia masa tu, Geng Mamak. Kenapa panggil Geng Mamak? Sebab semasa semasa polis menemubual mangsa-mangsa rompakan sebelum ini, dorang bagitahu yang rupa paras perompak ni macam mamak, itu je sebabnya.

Tak pernah menggunakan senjata api pun ketika merompak

Walaupun pihak polis dah tahu siapa yang lakukan rompakan tersebut, tapi bukan senang nak tangkap penjenayah yang licik ini. Dengan teliti, Amidon dan pasukanya mula mengumpulkan profil detail mengenai ahli-ahli geng mamak.

Rupa-rupanya, Geng Mamak ni telah dipimpin oleh lima beradik iaitu Mohamed Noor Abu Bakar, Roslan Abu Bakar, Sharif Abu Bakar, Yusuf Abu Bakar dan Amiruddin Abu Bakar . Dorang pada awalnya telah dibesarkan di Kuala Kangsar, Perak oleh ibu-bapa yang mempunyai darah campuran di antara Sri Lanka dan Malaysia.

Sumber dari article.wn.com

Walaupun ibu-bapa dorang ni peniaga, tetapi dorang ni agak berkira dengan anak-anak sampaikan pada satu tahap, adik beradik ini sanggup mencuri di sekitar kawasan kampung bagi memenuhi keinginan dorang.

Mungkin kerana tabiat buruk yang suka mencuri ketika zaman kanak-kanak lagi, dorang menjadi lebih berani apabila dewasa. Dari kecil-kecilan dengan memecah rumah dan kedai, dorang beralih pula kepada jenayah yang lebih besar dengan kemuncaknya merompak jongkong emas yang bernilai 12 juta dari gudang simpanan lapangan terbang.

Tetapi, yang liciknya, dorang kalau merompak tak pakai senjata api pun. Dorang hanya menyamar sebagai pihak berkuasa dengan menggunakan pakaian seragam angota Polis, JPJ ataupun Kastam.

Sumber dari photobucket.com

Untuk pengetahuan korang, kalau kesalahan membunuh, mengedar dadah ataupun rompakan dengan senjata api. Pesalah biasanya tidak dibenarkan untuk diikat jamin. Sebab tu jugaklah dorang ni tak pernah menggunakan senjata api kalau merompak kerana dorang tahu ianya akan memberi kelebihan kepada dorang sekiranya ditangkap.

Saksi utama hilang secara misteri ketika perbicaraan berlangsung

Kira-kira 3 ke 4 bulan jugaklah Geng Mamak ni tak berjaya dikesan oleh polis. Tetapi nasib tidaklah selalu menyebelahi dorang. Setelah lama memburu, akhirnya Amidon berjaya mengesan salah sorang ahli Geng Mamak ni dekat Klang.

Amidon yang dalam keadaan undercover masa itu mula mengejar kereta yang dipandu oleh penjenayah dengan menggunakan keretanya sendiri. Tetapi malangnya penjenayah pada masa itu pakai kereta sport, lagi laju dari kereta yang Amidon pakai. Bila Amidon mintak bantuan, penjenayah ni dah pun berjaya meloloskan diri. Yang kelakarnya, penjenayah ni sempat lambai tangan pada Amidon bila dorang tahu polis tak dapat nak kejar dorang.

Sumber dari adisarahberkisah.blogspot.my

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jugak. Begitulah nasib salah sorang ketua kumpulan geng mamak iaitu Rozlan apabila dia akhirnya berjaya ditangkap oleh pihak berkuasa. Penangkapan Rozlan juga disusuli dengan tangkapan ke atas kira-kira 20 ahli Geng Mamak yang lain dan melumpuhkan operasi dorang.

Walaupun pihak polis berjaya menangkap hampir kesemua anggota Geng Mamak, tapi dorang masih bingung kat mana emas yang dirompak tu disembunyikan.

Kes Ini tetap dibawa ke Makahmah Seksyen Petaling Jaya walaupun mastermind kumpulan ini Syarif Abu Bakar masih lagi bebas dan gagal dikesan. Ketika pihak pendakwa raya menyediakan kes dorang, Geng Mamak membuat satu lagi percubaan untuk melepaskan diri dari tuduhan jenayah dengan mengupah salah seorang peguambela yang top kat Malaysia, Dato’ Kumarendran.

Ahli kumpulan Geng Mamak berjaya ditangkap hasil daripada penangkapan ketua dorang Rozlan Abu Bakar. Sumber dari Crime and Investigation Channel

Dato’ Kumarendran berjaya meyakinkan hakim dengan mendakwa pihak pendakwa mempunyai bukti yang lemah. Sebenarnya pihak berkuasa memang menghadapi masalah ketika perbicaraan apabila tiada kesan cap jari tertuduh pun yang dapat dikesan di tempat jenayah dan pekerja-pekerja gudang tu pulak tak dapat cam muka penjenayah-penjenayah ini.

Tetapi akhirnya salah sorang daripada ahli geng ni telah bersetuju untuk menceritakan segala jenayah yang telah dorang lakukan dan menjadikanya sebagai saksi utama dalam kes ini. Hal ini juga telah membawa kepada penangkapan mastermind kumpulan tersebut, Sharif Abu Bakar.

Jongkong emas yang bernilai 12 juta ringgit itu pula sampai sekarang polis tak dapat kesan. Menurut keterangan ketika perbicaraan berlangsung. Emas-emas ini sebenarnya telah di leburkan sebelum ianya di jual bagi menghilangkan kod keselamat yang ada pada setiap jongkong terbabit.

Yusof Abu Bakar didakwa di Mahkamah Sesyen dan Majistret Ipoh di atas tujuh pertuduhan membabitkan pelbagai kes jenayah pada Disember 2014. Sumber dari Harian Metro

Sampai sekarang kes ini tak selesai dan jongkong emas gagal dikesan

Nak dijadikan cerita, ketika perbicaraan dorang sedang hangat berlangsung, Geng Mamak telah berjaya outsmart kan pendakwaraya di makhamah. Kali ini saksi utama yang bakal menentukan nasib penjenayah-penjenayah ini telah hilang secara misteri dan sampai ke hari ini jugalah dia tidak dapat dikesan.

Di sebabkan hal ini juga, pihak makhamah terpaksa membebaskan dorang apabila pihak pendakwa dan polis gagal membawa saksi baru ke mahkamah ketika perbicaraan berlangsung.

Namun begitu, kes ini masih lagi dibuka sehingga ke hari ini dan sekiranya saksi utama tadi muncul semula, atau polis menjumpai bukti-bukti baru, dorang akan mendakwa lima beradik ini di makahmah.

Keratan akhbar Harian Metro yang memaparkan kegiatan Geng Mamak yang masih aktif melakukan rompakan di Malaysia. Sumber dari Harian Metro

Sebenarya dorang tak insaf lagi walaupun baru dibebaskan. Dorang terus melakukan aktiviti jenayah sehingga memaksa pihak polis menggunakan Akta Ordinan Darurat yang membawa kepada penahanan tanpa bicara selama 2 tahun untuk menghentikan aktiviti jenayah dorang.

Kalau korang nak tahu, sudah 23 tahun kes ini berlaku, namun sehingga ke hari ini masih tiada sesiapa yang disabitkan bersalah di atas jenayah rompakan emas paling besar yang pernah terjadi di Malaysia.

Kini Geng Mamak masih aktif melakukan rompakan di Malaysia apabila anak kepada Yusuf Abu Bakar, Khairul Affendi pula dipercayai menjadi ketua geng kumpulan ini. Sama seperti dulu, modus operandi geng mamak pada zaman kini masih terus menggunakan uniform pihak berkuasa untuk melakukan rompakan.

Dorang juga pernah melakukan rompakan terbesar dalam sejarah Malaysia apabila merompak Microchip yang bernilai 50 juta ringgit dari kawasan Kompleks Kargo Utara kedua, di Batu Maung Pulau Pinang pada November 2016.

Empat orang penjenayah dari Geng Mamak ditembak mati sepasukan anggota Cawangan Jenayah Berat (D9) Polis Selangor berhampiran Stesen Shell Batu 3 Shah Alam pada September 2008. Sumber dari syahrilkadir.com

Kisah ini pun pernah diterbitkan oleh Crime and Investigation Channel pada tahun 2012. Kalau korang nak lagi jelas tentang cerita ini, bolehlah tengok dokumentari tentang Geng Mamak dekat link ini.