Seni & Budaya

Apa kaitan rambut dreadlock dengan agama Rastafari?

*Artikel ini pada asalnya disiarkan pada 12 Mei 2017

Bob Marley adalah pemuzik reggae paling terkenal diseluruh dunia dan lagu-lagu dia sekarang dilayan oleh semua lapisan masyarakat di seluruh dunia. Dilahirkan pada 6 Februari 1945 di St. Ann Parish, Jamaica. Nama sebenar lagenda Reggae ni ialah Nesta Robert Marley tapi oleh kerana Nesta itu adalah nama orang perempuan maka urutan nama itu ditukar menjadi Robert Nesta Marley.

Wajah-wajah Bob Marley yang tak nampak pun ada darah kacukan mat salleh… ke ade? Gambar-gambar dari mixedremixed.org, dancehallhiphop.com, oldpictureshd.wordpress.com dan dominionofnewyork.com

Ramai yang tak tahu Bob Marley adalah berdarah campuran sebab ayah, Norval Sinclair Marley adalah orang kulit putih tapi gene kulit hitam Cedella “Ciddy” Malcolm iaitu emak Bob Marley lebih kuat dalam membentuk warna kulit dan riak wajah Bob. Ayah Bob Marley berumur 60 tahun masa bercinta dengan mak dia yang masa tu hanya berusia 16 tahun.

Ni lah bapak Bob Marley. Diorang hanya jumpa beberapa kali je masa Bob masih kecil. Gambar dari bbc.com

Masa kecil Bob Marley hidup dalam kancah kemiskinan dan dipulaukan serta dihina kerana dia ada darah orang putih. Mungkin disebabkan selalu di-reject oleh orang sekelilingnya membuatkan Bob Marley sangat kuat meyakini ideology ‘Black Pride’ yang ditunjukkan melalui karya muzik dan kehidupannya.

“Football is freedom, a whole universe. Me love it because you have to be skillful to play it.”. – Bob Marley. Dipetik dari buzzfeed.com. GIF dari giphy.com

Bob Marley sebenarnya bermula sebagai pemuzik ska

Sumber utama rentak muzik reggae adalah kombinasi dari rentak ska yang rancak dengan rentak upbeat dan rocksteady yang lebih cool dan lembut serta ia jugak dipengaruhi dengan rentak mento dan Calypso.

Bob Marley ni pemuzik sejati, korang boleh tengok sendiri gaya dia jelaskan perbezaan rentak-rentak muzik reggae dengan rentak muzik yang lain dalam video ni (skip terus minit ke 2.49). Dalam video ni jugak Bob Marley cakap dia bermula sebagai pemuzik Ska pada tahun 1958 sebelum beralih kepada muzik reggae. 

“Ska berbeza…berbeza dari segi bunyi, berbeza stail, berbeza cara bermainnya…Muzik ska lebih rancak dari reggae.” – Bob Marley ketika ditemurah dalam rancangan ‘Like it Is’

Bob Marley bermula sebagai gitaris utama untuk the Wailers dan dia sangat suka perform dengan guitar Gibson Les Paul sepanjang karier muziknya. The Wailers sebelum tu ada banyak nama lain – the Teenagers, the Wailing Rudeboys, the Wailing Wailers. Selain Bob, dua lagi band member asal The Wailers turut jadi legend dalam muzik reggae, iaitu Peter Tosh dan Bunny Wailers.

Cuba korang dengar sendiri lagu pertama yang direkod oleh Bob Marley tahun 1962 bertajuk “Judge Not” dengan lagu ”One Cup of Tea”, memang tak sama langsung dengan lagu-lagu reggae dia.

Gambar waktu muda Bob Marley (tengah), Peter Tosh dan Bunny Wailers time jadi pemuzik ska. Gambar dari nydailynews.com

Karier awal reggae Bob Marley

Tahun 1966 Bob Marley kahwin dengan seorang janda anak satu, Rita dan pasangan ni peluk agama Rastafari. Sejak menjadi rastaman, Bob Marley mula memfokuskan muziknya pada genre reggae je.

Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Bob Marley telah berjaya rekod 15 album sepanjang karier muziknya dan pada tahun 1965 dia telah asaskan syarikat label rekod ‘Tuff Gong’ yang masih berdiri gagah sampai sekarang. Album 1973 dia berjudul “Catch a Fire” dianggap sebagai album reggae terhebat sepanjang zaman manakala album kompilasi Bob Marley and the Wailers berjudul ‘Legend’ yang diterbitkan tiga tahun lepas dia mati diletakkan dalam salah satu 100 album yang terbaik dalam sejarah oleh majalah Rolling Stones.

Album kompilasi ni memuatkan greatest hits Bob Marley macam ‘Is This Love’, ‘No Woman, No Cry,’ ‘Could You Be Loved’, ‘Stir It Up’ dan lain-lain. Imej dari streamd.hitparade

Dia jugak turut dianggap sebagai pemuzik reggae no.1 dan terhebat sepanjang zaman. Kalau korang tengok video Bob Marley kena interview tanpa ada subtitle, confirm korang akan konfius dan susah nak faham loghat Jamaica dia yang pekat tapi yang peliknya bila dia nyanyi sebutan dia jelas dan senang je nak faham. Menurut majalah muzik paling terkenal, Rolling Stones, Bob Marley adalah pemuzik reggae paling berjasa mempopularkan genre tu ke seluruh dunia. Malah kat Malaysia ni pun ada berjuta peminat Bob Marley.

“Only the fittest of the fittest shall survive, staying alive” – dipetik dari lagu Bob Marley – “Could You Beloved”

Bob Marley adalah seorang Pan-Africanist

Haile Selassie dan Marcus Garvey merupakan dua tokoh teragung untuk Bob Marley. Gambar dari sahistory.org.za dan carribean view of footboot

1. Memegang kuat ideologi black pride

Walaupun peminat Bob Marley ada berjuta orang bukan kulit hitam tapi dia banyak bawak mesej-mesej bersentimenkan black pride dan menyeru kepada kesatuan orang-orang Afrika yang merupakan salah satu cabang ideologi Pan-Africanism. Bob Marley mengakui sangat menyangjungi sorang tokoh Pan-Africanist, Marcus Garvey dan Maharaja Ethiopia, Haile Selassie yang dia anggap sebagai Tuhan!

“Aku lihat di Ethiopia ada seorang lelaki dengan nama-nama itu, Maharaja Haile Selassie, yang digelar sebagai King of kings, Lord of lords, Conquering Lion of Judah, yang berketurunan King Solomon dan King David seperti yang ditulis dalam Injil……” – Bob Marley ketika ditemuramah dalam rancangan ‘Like It Is’ di US.

Kalau korang nak tau, dia pun banyak menghasilkan lagu yang membawa mesej Rastafarianism. Fahaman Rastafari  menganggap Maharaja Ethiopia, Haile Selassie yang memerintah negara Ethiopia dari tahun 1930 sampai 1970 tu adalah Tuhan bangsa kulit hitam. Bob siap mengaku gaya tarian dia tu pun sebab dia percaya Jah pun menari jugak.

Ada banyak gelaran untuk orang yang percaya dengan agama ni, antaranya – Rastafarians, Rastas, Sufferers, Locksmen, Dreads atau Dreadlocks. Nama Rastafari tu sendiri berasal dari nama sebenar Haile Selassie iaitu Tafari Makonnen manakala gelaran Ras pula adalah gelaran untuk keluarga monarki Amharic di Ethiopia, so dia pun digelar sebagai Ras Tafari. Haile yang dianggap sebagai tuhan oleh Rastafians tu sebenarnya orang Kristian yang bermazhabkan Kristian Ethiopia dan dia tak pernah pun mengaku dia tu Messiah.

“Aku pernah dengar idea tu. Aku juga pernah jumpa beberapa Rastafarians. Aku beritahu mereka dengan jelas bahawa aku adalah manusia, aku akan mati, dan akan digantikan oleh generasi akan datang, dan mereka tak sepatutnya membuat kesalahan dengan menyangka atau berpura-pura kononnya seorang manusia mempunyai sifat ketuhanan.” – Haile Selassie. Dipetik dari africaspeaks.com

Bob Marley ni taksub gila dengan Tuhan dia sehingga banyak menghasilkan lagu-lagu yang memuji tuhannya seperti Jah Live, Selassie is the Chapel, Is This Love, Jammin dan banyak lagilah. Bila korang ada dengar lagu-lagu Bob Marley yang cakap pasal “Jah” tu maknanya dia puji tuhan dialah sebab Jah tu adalah nama lain untuk Tuhan dalam King James Bible.

Walaupun ramai Rastaman mula tak percaya pada Haile Salassie ni bila dia dijatuhkan oleh kumpulan Marxist pada tahun 1974, tapi Bob tetap setia dengan tuhan Rastafari. 

Bob Marley percaya Mahajara Ethiopia, Ras Tafari sebagai jelmaan tuhan. Imej dari thenaturalmystic.com, bobmarleyfans.com, feelnumb.com

“….and Jah provides the bread….is this love, is this love, is this love that I’m feeling…” – Petikan dari lagu “Is This Love” yang membawa maksud Jah (Hailes Selassie) sebagai pemberi rezeki. Dipetik dari Youtube.

2.Dreadlock dan ganja

Rastaman anggap rambut dreadlock ni sebahagian dari identiti mereka, tapi sekarang ni style rambut ni dah jadi trend moden. GIF dari giphy.com

Bob Marley memang sinonim sangat dengan gaya rambut dreadlock dan sekarang ni ramai yang dah terikut-ikut buat rambut macam ni sebab pengaruh dia (termasuklah orang Melayu).

Dalam fahaman Rastafari, dreadlock dianggap salah satu sumpah nazarite. Malah menurut fahaman Rastafarian, hukum menyimpan dreadlock termaktub dalam kitab Taurat dalam buku Levictus ayat 21:5. Terdapat kisah dalam Injil seorang lelaki yang dipercayai mungkin sebagai nabi menganggap rambut itu adalah simbol kekuatan dan memotongnya adalah seperti bentuk penghinaan.

Seperti Rastaman lain, Bob Marley percaya ganja boleh bagi kebijaksanaan yang tersendiri. Korang jangan ngade-ngade nak guna alasan sama ye. Imej giphy.com

Selain tu, Bob Marley juga sering dikaitkan dengan penggunaan ganja. Ni pun sebab agama Rastafari yang menganggap menghisap ganja tu salah satu bentuk ‘ibadah’. Penganut agama Rasta gunakan hujah Kitab Bible bagi membenarkan amalan hisap ganja dan diorang dakwa tu salah satu cara untuk mendekatkan diri dengan Tuhan.  Namun tafsiran diorang tu tak diterima dan menurut undang-undang Jamaica penggunaan ganja adalah satu jenayah, tapi diorang rilek je hisap ganja kat negara tu.

Ada berlambak gambar dan video Bob Marley dok layan benda alah ni. Jangan tiru tau. Gambar dari bobmarley.com

3. Bob Marley mati akibat kanser yang dia tak nak dapatkan rawatan sebab fahaman Rasta

Oleh kerana Bob Marley ni terlampau percaya dengan fahaman Rastafari nilah jadi penyebab kematiannya bila dia tak nak potong ibu jari kakinya yang dah kena kanser malignant melanoma. Dia kata kalau dia benarkan doktor potong ibu jari dia tu akan menyalahi fahaman Rastafarinya.

Namun ada jugak dakwaan yang mengatakan dia dah convert ke Kristian sebelum mati. Tapi ada jugak yang kata Bob Marley tak nak ikut nasihat doktor sebab nanti dia tak boleh menari dan main bola lagi dah.

Kaki Bob Marley kena balut macam dia selalu kena ‘balut’…haaaaa.Gambar dari burnedshoes.com

Bob Marley tetap teruskan bermain muzik dan selalu buat persembahan dan dia tak peduli dengan kanser kat kaki dia tu sampai kanser tu telah merebak ke seluruh badan. Tapi akhirnya dia terpaksa mengalah dengan sakit tu sebab dia dah tak boleh ‘go on’ lagi sehingga jelajah konsertnya kat US terpaksa dibatalkan separuh jalan.

Dia telah disahkan menghidap kanser otak, paru-paru dan hati. Bila kanser dalam badan dia dah merebak, rambut Dreadlock Bob terpaksa dipotong masa dia tengah buat rawatan kemeoterapi.

Namun pada 11 Mei 1981, dia telah menghembuskan nafas terakhirnya ketika berumur 36 tahun. Apa yang menariknya, semasa upacara pengebumiannya, Perdana Menteri Jamaica turut hadir sekali dan sejak dia mati nama Bob Marley semakin popular di seluruh dunia termasuklah kat Amerika.

Gambar di hari-hari terakhir Bob Marley tanpa dreadlock. Syahdu je tengok dia tanpa imej trademark dia tu. Gambar dari YouTube

Menyampaikan mesej melalui lagu

Selain berunsur keagamaan, lagu-lagu nyanyian Bob Marley turut berkisar tentang kemanusiaan, penindasan, politik, cinta dan budaya. Dia jugak sangat pentingkan groove rhythm reggae gitar dalam mengarang muzik.

Rentak guitar reggae dengar macam senang tapi cuba la korang try, baru tau payah tau nak dapat feel dia. GIF dari giphy.com

Ni antara  sembilan lagu Bob Marley yang popular gila; (rasanya korang pun hafal lirik lagu-lagu ni)

  • No Woman No Cry
    Kalau cakap pasal Bob Marley, lagu nilah yang akan terlintas dalam fikiran. Pasti ramai yang beranggapan lagu “No Woman, No Cry” ni bermaksud — kalau takde perempuan, lelaki takkan kecewa/menangis– tapi sebenarnya lagu ni tribute untuk orang perempuan. Mungkin sebab tajuk lagu tu guna loghat Patios yang popular di Jamaica je so orang yang tak faham lenggok bahasa tu memang senang konfius sikit.
  • One Love
    Terdapat maksud yang lebih mendalam selain membawa mesej kesatuan dalam lagu ni. Ada bait-bait lirik lagu ni yang menyentuh perihal penindasan, dan orang-orang yang berdosa akan menerima padah kerana perbuatan jahat mereka.

“One love, one heart……let’s get together and feel all right…” – Dipetik dari lagu One Love.

 

Selepas sistem perhambaan orang kulit hitam ditamatkan pada tahun 1865, setahun lepas tu orang putih US rekrut orang kulit hitam yang digelar ‘Negro’ bagi melawan orang asal Amerika, puak Red Indian. Gambar dari history.com

  • Three Little Birds 
    Lagu ni mendedahkan sisi alam natural Bob Marley yang memandu destinasi hidupnya. Bila dia nyanyi part “Don’t worry, ’bout a thing, cause every little thing, is gonna be alright,” tu bawa maksud Bob tak perlu peduli sangat dengan cabaran yang mendatang sebab hari esok sentiasa ada iaitu membawa maksud harapan.

 

“Singing sweet song of melody pure and true…This is my message to you u uuu…” Dipetik dari lyricfreaks. GIF dari giphy.com

  • I Shot the Sheriff
    Lepas Bob Marley mati baru orang US tahu ‘I Shot The Sheriff’ ni sebenarnya Bob yang compose, bukannya pemuzik US yang famous macam Eric Clapton. Disebabkan liriknya, ramai yang ingat lagu ni ada kaitan dengan penanam ganja dan self defence Bob terhadap pihak berkuasa, tapi sebenarnya lagu ni simbolik kisah pertelingkahan Bob Marley dengan salah seorang girlfriend dia yang nak gugurkan kandungan dia dengan Bob. Sheriff dalam lagu tu disimbolikkan sebagai doktor yang bagi girlfriend dia pil kawalan kehamilan. Waktu lagu ni diterbitkan tahun 1973, Bob dah ada enam orang anak dah waktu tu dengan empat orang perempuan. 

Selain Bruce Springsteen, Eric Clapton antara yang cover balik lagu “I shot the sheriff” dan popularkan lagu tu kat US. Gambar dari streamd.hitparade.ch

  • Get Up Stand Up
    Ni adalah lagu terakhir yang diperform oleh Bob Marley kat satu konsert pada September 23, 1980 kat Pittsburgh sebelum dia mati. Time ni kanser dia dah sampai tahap kronik, Bob Marley terpaksa nyanyi lagu “Get Up, Stand Up” atas stool sebab kaki dia dah lemah sangat dah akibat kanser kat kaki dia tu. Lagu ni bawa aspirasi untuk Rastafari supaya bangkit bertindak melawan penindasan.
  • Jamming 
    Lirik lagu ni banyak merujuk kepada tuhan dia, Jah. Tapi ni antara lagu trademark Bob Marley lebih-lebih lagi bila dia tengah perform lagu ‘Jammin’ kat One Love Peace Concert dia ajak Perdana Menteri Jamaica, Michael Manly dan ketua pembangkang, Edward Seaga naik ke pentas dan berpegang tangan sebagai tanda kesatuan antara dua parti masing-masing.

Bob Marley menyatukan dua seteru politik Jamaica iaitu Perdana Menteri, Michael Manley dan ketua pembangkang, Edward Seaga. Gambar http://forthdistrict.com

  • Could You Be Loved 
    Lagu ni antara karya masterpiece Bob Marley! Walaupun ada yang argue lagu ni berunsur fahaman Rastafarianism tapi kalau ikut konteks liriknya, lagu ni terbuka kepada pelbagai tafsiran. Ada yang kata ia berkaitan kisah cinta, kisah kemiskinan dan kesengsaraan yang diperhatikan oleh Bob Marley, dan ada yang kata lagu ni sebab Bob Marley terharu dengan penerimaan peminat-peminat kat Brazil masa dia perform kat sana.
  • Redemption Song
    Single terakhir Bob Marley sebelum mati, lagu ni seolah-olah adalah kesimpulan pendirian hidup dia. Lagi menarik, lagu ni tak sama macam lagu reggae sebaliknya ia hanya diiringi dengan satu je akustik guitar. Redemption Song bertemakan kebebasan orang kulit hitam yang diculik untuk dijadikan hamba abdi kat Amerika dan Eropah. Lagu yang syahdu tapi deep ni ada juga memetik kata-kata tokoh reformis kulit hitam, Marcus Garvey.

“We are going to emancipate ourselves from mental slavery because whilst others might free the body, none but ourselves can free the mind.” – Marcus Garvey. Dipetik dari theblackhistorymonthproject

Bob Marley turut diserang dan ditembak

Keratan akhbar insiden Bob Marley kena tembak. Gambar dari lifedaily.com

Kat Jamaica, the Wailers dah ada pengaruh setaraf dengan ahli politik dan agamawan, dan Bob dikenali sebagai penyokong the People’s National Party (PNP). Dua hari sebelum konsert Jamaica Smile di Kingston, Bob Marley, isteri, manager dan kawannya kena serang dengan empat orang yang bersenjata dan diorang semua kena tembak tapi semua survive cuma kawan dia cedera parah sebab kena tembak dua kali kat bahagian perut. Dalam insiden tu Bob Marley paling sikit kena tembak, dia kena tembak kat lengan kiri dia je. Bagi nak menunjukkan dia tak takut dengan insiden tu, Bob Marley tetap muncul kat konsert Jamaica Smile sambil perform macam biasa.

Bob kemudiannya berpindah sekejap ke London bagi tujuan keselamatan dan dia simbolkan penghijrahan sementara dia tu sama macam kisah Nabi Musa a.s.dan pengikutnya yang dihalau dari tanah mereka seperti yang diceritakan dalam kita Injil.

Bob dengan machonya muncul kat live konsert dua hari lepas insiden kena tembak. GIF giphy.com

Anak-anak Bob Marley yang ikut jejak langkah bapa mereka

Bob Marley ni sebenarnya boleh tahan miangnya dan dia ada ramai anak luar nikah dengan sekurang-kurangya lapan orang perempuan, walaupun bini dia ialah Rita sorang je. Rekod rasmi anak-anak Bob Marley adalah 11 orang (seorang anak angkat) termasuklah dengan seorang bekas miss world 1976. Tapi ada sumber dakwa jumlah anak-anak Bob Marley ni sebenarnya lebih sampai 22 orang! Hamik kau, boleh buat dua team bola sepak dah tu.

Sumber rasmi dari web bobmarley.com klaim dia ada 11 orang anak yang sah dengan sembilan orang perempuan. Gambar dari timescaribbeanonline.com

Ramai anak-anak dia berjaya mencipta nama sendiri dalam bidang muzik dan semuanya adalah pemuzik reggae tapi diorang ada style masing-masing. Ni antara anak-anak dia yang jadi artis terkenal – Sharon MarleyCendella MarleyDavid “Ziggy” Marley, Stephen MarleyJulian MarleyKy-Mani MarleyDamian Marley.

Pengaruh dan legasi Bob Marley pada dunia

Robert Nesta “Bob” Marley, lagenda pemuzik dunia. Imej dari fuse.tv

Bob Marley jadi inspirasi kepada ramai orang di seluruh dunia. Sebab tulah United Nations bagi Bob penghormatan United Nations’ Peace Medal of the Third World 1978. Bob Marley jugak jadi inspirasi terhadap pemuzik-pemuzik legend macam The Rolling Stones, Eric Clapton, Jamiroquai, Santana, Lenny Kravitz dan ramai lagilah. Bob Marley juga pengaruh sekumpulan pelarian dari Sierra Leone untuk bangkit menentang penindasan kerajaan Guinea dengan menubuhkan band yang membawa mesej anti penindasan.

Tahun 2004 Bob Marley dinobatkan sebagai pemuzik ke 11 paling hebat dalam duniaRentak reggae memang ada tarikannya yang tersendiri, bila dengar lagu-lagu Bob Marley kita boleh secara automatiknya akan terasa groove-nya. Sampai sekarang lagu-lagu Bob Marley masih jadi kegemaran ramai orang sebab lagu-lagu dia memang sedap, bermesej dan power.

To Top
Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Send this to a friend