Kenali Prebet Sapu, servis angkut penumpang yang licik?

Banyak kali kita dengar luahan pemandu teksi apabila servis e-panggilan (e-hailing) mula menunjukkan taringnya sekitar tahun 2014 apabila syarikat Uber memulakan servisnya di sekitar Kuala Lumpur. Tercetusnya pertelingkahan antara syarikat teksi kerana e-panggilan dianggap telah menganggu periuk nasi mereka.

Korang kalau buka mana-mana aplikasi media sosial mesti nampak je, pemandu teksi gaduh dengan pemandu e-panggilan ni. Ada yang protes la, bertumbuk dan gaduh mulut pun ada.

Serba sedikit telah menimbulkan tanggapan buruk dari masyarakat internet (netizen) apabila mereka melakukan perbuatan sebegini. Pelbagai reaksi yang dikeluarkan oleh mereka, tapi ke arah negatif la.

Kalau nak cakap pasal kacau periuk nasi pemandu teksi ni, sebenarnya dari dulu ada lagi.

Ye, dulu ada kumpulan yang pernah kacau periuk nasi mereka ni. GIF dari Imgflip.

Prebet sapu: Nampak macam teksi tapi sebenarnya mereka ni haram

Mungkin kalau yang hidup pada zaman 70-an, 80-an atau 90-an mesti dah sinonim dengan nama ‘prebet sapu‘ ni. Mereka ni juga sering dikenali dalam kalangan penduduk kampung tau, kenapa?

Sebelum itu, mari kita bermukadimah dulu (yela, tak kenal maka tak cinta). Prebet sapu ialah satu nama yang diberikan kepada individu berkenderaan dan mengambil upah mengangkut orang tanpa lesen yang sah. Mereka ni juga boleh dilabelkan sebagai ‘teksi haram‘.

Haa itulah teksi zaman dulu. Imej dari Iluminasi.

Ia menjadi kegemaran orang ramai kerana tambangnya lebih murah daripada teksi yang sah. Selain itu, mudah didapati kerana di kampung dulu susah nak tengok teksi masuk ke dalam kawasan pedalaman kampung melainkan prebet sapu ni la.

Berdasarkan penulisan dari MP Sungai Besar, Datuk Dr Budiman Mohd Zohdi, prebet sapu adalah tempat bergantung untuk komuniti kampung kalau nak keluar pergi pekan. Dulu-dulu, kereta ni dianggap mewah tau, orang kampung dulu ada motorsikal dan basikal je.

Akan tetapi, prebet sapu ni takde stesen rasmi macam pemandu teksi tu la. Selalunya mereka ni akan berada di kedai kopi, bawah pokok atau tempat yang ramai orang. Kadang-kadang, penumpang boleh tahu prebet sapu tu ataupun prebet sapu tu akan meronda-ronda cari penumpang.

Video dari Tushar K.

Prebet sapu ni takde meter macam teksi pun, selalunya dia cakap je berapa ringgit, tapi lebih murah dari teksi la. Teksi pakai meter, so lagi jauh perjalanan, lagi mahal la tambangnya. Tapi memang mahal pun teksi ni, cuma kita je kena pandai cari sebab ada kadang-kadang tu mereka menipu meter.

Satu keburukan yang ada pada prebet sapu ni, mereka ni telah melanggar peraturan-peraturan teksi dan tidak berdaftar secara sah di mana-mana syarikat teksi. Kalau kemalangan berlaku, mereka la yang kena bertanggungjawab dengan nasib malang yang menimpa penumpang.

Budaya prebet sapu di IPT/universiti

Hmmm…korang dulu pernah tak masa zaman belajar dulu, kalau ada pelajar yang berkereta mesti dia akan buat servis seperti prebet sapu? Mesti ada kan?

Mungkin kalau IPT korang tu jauh dari bandar dan hanya memerlukan kenderaan saja untuk keluar pasti akan ada pelajar yang jadi prebet sapu. Bila difikirkan balik, sebenarnya bukan zaman dulu je ada kumpulan ni, sekarang pun ada.

Bayangkan, nak hantar penumpang, tetiba pak guard clamp kereta. Imej dari JURNALIS SHAH ALAM.

Sebab kenapa di universiti ada prebet sapu ni:

  1. Waktu bas yang masuk dalam universiti tak fleksibel.
  2. Ada pelajar yang datang dari jauh dan tidak mempunyai kenderaan.
  3. Servis e-panggilan tak boleh masuk ke dalam kawasan universiti.

Selalunya, mereka ni senang nak dihubungi dan mereka akan kongsikan iklan servis mereka di WhatsApp. Lepastu, mereka suruh rakan-rakan mereka ‘fowardkan’ ke group-group WhatsApp lain.

Prebet sapu di universiti ni juga akan hantar kawasan-kawasan yang terdekat di sekitar universiti saja, tapi ada je yang minta hantar tempat jauh, cuma bayar lebih jela. Contohnya, ada orang nak balik rumah naik bas, jadi orang tu akan hubungi prebet sapu untuk hantar ke stesen bas.

Waktu mereka ni agak fleksibel sikit. Kalau naik bas, korang kena tunggu la waktu yang ditetapkan dan jika kita guna e-panggilan, ada kalanya pihak universiti tidak benarkan masuk atas sebab keselamatan.

Satu lagi, prebet sapu ni senang nak kawtim harga. Lebih-lebih lagi kalau tu member korang, silap-silap dapat percuma je (jangan macam tu ye, seeloknya bagi la duit, kesian member tu!).

Tak elok buat member korang macam tu! Imej dari Imgflip.

Mungkin Malaysia boleh gunakan servis ‘tuk-tuk’?

Sebelum ini, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq pernah memperkenalkan perkhidmatan GoJek di Malaysia. Ia dapat memajukan sektor ekonomi gig di negara kita. Alaaa lebih kurang macam GrabCar cuma yang ni pakai motor. Dekat negara jiran kita seperti Indonesia dan Thailand dah guna perkhidmatan ni.

Akan tetapi, ia mendapat tentangan dari kalangan netizen atas sebab aspek kesalamatan. Yela, GoJek agak sukar bagi kaum wanita kerana tidak selesa jika penunggangnya lelaki. Ramai berpendapat ia juga tidak sesuai dengan arus pemodenan di negara kita.

Hmm…mungkin Malaysia boleh gunakan servis tuk-tuk. Ia merupakan kenderaan bermotor tiga yang selalu korang boleh nampak di Thailand dan India. Negara kita boleh guna servis tuk-tuk ni, tapi gunakan model yang baru la, macam ni:

Amacam, style kan tuk-tuk ni? Imej dari newCars.