Senjata purba ni dijumpai di Britain, yang kemungkinannya adalah… sebilah keris?

(Sebelum tu, untuk korang yang minat cerita sejarah, subscribe la group Facebook kitorang, SALAM SEJARAH-TERA.)

Tahun demi tahun, macam-macam yang ditemui oleh ahli arkeologi kita. Contohnya meriam dan selaras mortar yang berusia 200 tahun, dijumpai di sekitar kawasan Kota Cornwallis, Georgetown, di Pulau Pinang, dua bulan lepas.

Ia sebenarnya adalah sesuatu yang mengagumkan, tapi, takdelah mengejutkan sangat sebab kita tahu yang ia memang tapak perang satu masa dulu.

Imej dari Berita Harian

Tapi, macam mana kalau kitorang bagitahu yang adanya penemuan bahan bersejarah kita yang dijumpai di Britain dua tahun lepas?

Penemuan senjata Melayu pada abad ke-18, di Britain?

Tak lama dulu, ada kes penemuan senjata Melayu zaman dahulu kala oleh seorang pemancingMasa dia tengah tarik pukatnya ke dalam bot, pemancing tersebut terkejut bila dia menjumpai sebilah senjata berbentuk seperti pedang tersangkut di dalam pukatnya.

Imej dari dailymail.

Yang menariknya, artifak bersejarah tu ditemui bukan di Malaysia, tapi di Sungai Towy yang berada di Wales, Britain! Lelaki tersebut, Andrew Davies, memberitahu media,

“Saya terus membawanya ke muzium sebab saya fikir bagus kalau mereka periksa dan dapatkan kepastian mengenainya. Saya juga nak tahu macam mana ia boleh sampai ke Sungai Towy, menarik betul!” – Andrew Davies, dipetik dari Daily Mail.

Senjata zaman purba yang ditemui pemancing tersebut. Imej dari daily mail

Gavin Evans, kurator di muzium Carmarthenshire, mengatakan yang dia dah pun menghantar gambar pedang dengan bilah berkarat tu ke sebuah muzium di London. Bila diamati, nampaknya senjata yang nampak macam pisau yang panjang tu merupakan sebilah keris, senjata Melayu yang popular pada abad ke-18, berdasarkan hiasan yang ada pada keris tersebut.

Keris yang dikatakan berukir burung. Imej dari daily mail

Malah, pemegangnya diperbuat daripada kayu yang diukir dengan corak kepala burung dari tulang yang dipisahkan oleh material tembaga. Dia juga percaya yang keris tersebut berasal dari negara Asia Tenggara, iaitu Malaysia! 

Tapi ada juga yang kata kemungkinannya, senjata tersebut mungkin adalah Sundang, yang dipercayai berasal dari Sulawesi dan digunakan oleh para perajurit Bugis yang melayari Laut China Selatan sehingga ke Sumatera sejak abad ke 14 lagi. Ia dikatakan berasal dari tanah Jawa, berdasarkan ukiran ciri-ciri kuil Borobudor dan Prambanan yang wujud seawal abad pertama di tanah Jawa.

Contoh Sundang. Imej dari indomagic.com

Beza paling jelas antara keris dan sundang pula adalah cara menggunakannya, di mana Sundang digunakan untuk menetak dan melibas, manakala keris pula digunakan untuk menikam. Manakala saiz mata Sundang juga lebih besar berbanding keris biasa.

Melayu dahulu merupakan pelayar

Tak kisahlah sundang atau keris, dua-duanya berasal dari Asia Tenggara. Dan ini membuatkan kitorang terfikir, macam mana keris, atau sundang tu boleh sampai jauh ke sana?

Menurut kurator muzium tu lagi, suatu ketika dulu, Carmarthen terkenal sebagai sebuah pelabuhan sibuk. Jadi kemungkinannya, keris tu terjatuh, atau dijatuhkan ke sungai. Malah bila kita fikirkan balik, bangsa Melayu terdahulu merupakan seorang pelayar, jadi tak hairanla, kan?

“Orang Melayu pada asalnya adalah pelayar, mereka dah mengembara ke pelbagai tempat untuk berdagang. Malah, mereka dah dikenali sejak 1885 di New York sebagai ‘sea nomads’. Tapi bila kapal api muncul, mereka kalah”-Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.

Panglima Awang (Enrique de Malacca). Imej dari historiafactory.wordpress.com

(Sebelum tu, untuk korang yang minat cerita sejarah, subscribe la group Facebook kitorang, SALAM SEJARAH-TERA.)