Sejarah & Politik

Berkayuh 10 km dengan basikal tua 1940-an dan 6 lagi cara rakyat sambut merdeka

Setiap tahun kita akan menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos. Kemerdekaan ni boleh dikatakan secara rasminya berlaku apabila pihak British menyerahkan pemerintahan negara ini kepada orang tempatan.

Oleh sebab itulah, sambutan Hari Kebangsaan kat Malaysia disambut meriah dengan pelbagai acara. Selain sambutan yang gilang-gemilang kat Dataran Merdeka, setiap negeri jugak turut merangka pelbagai program bagi meraikannya.

Sambutan Hari Kebangsaan 2016 di Dataran Merdeka. Imej dari MalayMail.

Bukan je di peringkat negeri, malah pelbagai lapisan masyarakat dan pihak tak kira tua muda jugak turut tak ketinggalan untuk sama-sama memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan. Antaranya ialah…

1. Mengayuh basikal tua dengan pakaian seragam tentera era 40-an

Hi abam tentera! Imej dari Utusan Malaysia

Siapa antara korang kat rumah yang masih ada simpan lagi basikal tua? Ala basikal yang zaman dulu atuk-atuk kita pakai tu. Haa kalau korang nak tahu, Kelab Basikal Tua Negeri Sembilan pernah menganjurkan konvoi Kayuhan Merdeka Basikal Tua sejauh 10 kilometer tau.

“Peserta bukan sahaja mengayuh basikal tua tetapi juga turut mengenakan pelbagai jenis pakaian yang melambangkan era lampau untuk menimbulkan suasana zaman dahulu yang lebih nostalgia lagi.” – Norafida Taufik Mustafa, Pengerusi acara Konvoi Kayuhan Merdeka Basikal Tua. Dipetik dari Utusan Malaysia.

Ni pula dipakai oleh ahli Basikal Tua Batu Berendam. Imej dari Khusyairie Kessler

Seramai 120 peserta yang join acara konvoi ni. Mereka semua berasal dari negeri Selangor, Johor, Melaka, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan. Menurut pengerusinya lagi, basikal tua yang digunakan dalam acara konvoi merdeka ni semuanya terdiri dari jenama Raleigh, Rudge, Hercules, BSA dan Philips yang pernah femes dalam era 40-an

“Ini adalah aktiviti yang unik dan bukan semua orang memiliki basikal tua pada hari ini. Hanya mereka yang ada hobi itu sahaja yang akan menyimpannya sehingga ke hari ini.” – Anuar Abu, Setiausaha Kelab. Dipetik dari Utusan Malaysia.

Korang boleh tengok suasana meriah Kayuhan Merdeka Basikal Tua kat video bawah ni;

2. Sambutan ambang merdeka dan percikan bunga api kat sekolah

Pada tahun 2016, Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Perdana turut tak ketinggalan menyambut hari kemerdekaan. Tapi apa yang menariknya, sekolah ni menyambut dengan cara yang berlainan dari sekolah lain dimana dorang telah menyambutnya pada malam hari tepat jam 12 tengah malam. Dorang mengadakan sambutan pada malam ambang kemerdekaan secara besar-besaran.

Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Antara pelajar dari SMK Cheras Perdana. Screenshot dari Star Peace.

Sambutan diadakan kat dewan terbuka sekolah seawal jam 8:30 malam dengan pelbagai persembahan termasuklah tarian tradisional pelbagai budaya, teater kemerdekaan, deklamasi sajak dan persembahan unit beruniform.

“Pada malam ini semuanya telah datang tanpa mengira kaum. India, Cina dan Melayu sama-sama bergabung.” – Abdul Ghaffar Bin Kunchi Mohd, Pengetua SMK Cheras Perdana.

Bukan sekadar meraikannya dengan mengadakan persembahan pentas je, malah dorang jugak turut mengadakan satu konvoi bermotosikal yang disertai oleh puluhan pelajar sekolah mengelilingi kawasan Taman Cheras Perdana sambil membunyikan hon dan mengibar Jalur Gemilang.

Yang uniknya, ketibaan konvoi motosikal ni disambut dengan tarian singa sebelum dorang menyerahkan Jalur Gemilang kat wakil Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat sebagai tanda perasmian.

Gelek-gelek sikit. Ke kiri, ke kanan….

Tepat je pukul 12 malam, sambutan menjadi lebih meriah dengan adanya percikan bunga api sebanyak 96 das tembakan dengan diiringi sorakan merdeka oleh pelajar dan guru-guru.

“Saya nak adakan program ni satu kelainan dimana kita selalu adakannya pada waktu siang dan habiskan program macam tu je. Tapi kali ni kita buat waktu malam, kita menunggu detik  12 malam dan kita dapat sama-sama melaungkan merdeka.”  – Abdul Ghaffar Bin Kunchi Mohd, Pengetua SMK Cheras Perdana.

3. Mengibar lebih 4,700 jalur gemilang dan bendera negeri kat rumah

Kapandi Hanapiah merupakan seorang peneroka dari Felda Redong 1, Segamat, Johor telah menghias halaman rumahnya dengan Jalur Gemilang serta beberapa unsur kemerdekaan yang lain apabila menjelang bulan Ogos.

Halaman rumahnya tu telah menarik perhatian jiran dan penduduk setempat sehingga dikenali sebagai ‘Landskap Merdeka Atuk’. Apa yang menariknya dia telah mengibarkan lebih 4,700 Jalur Gemilang dan bendera negeri kat rumahnya itu.

Dia banyak menggunakan bahan-bahan terbuang dan kitar semula lalu diubahsuai. Antaranya ialah replika menara berkembar KLCC yang dibuat daripada botol air minuman dan bendera Jalur Gemilang yang disusun dari 750 bekas air kotak terbuang.

KLCC di Felda Redong. Imej dari Segamat.com

Menurut Kapandi lagi, kebanyakan replika serta landskap tu merupakan idea dan kreativiti anak-anaknya.

“Jiwa merdeka itu adalah penting bagi saya. Ini adalah peluang bagi saya untuk sama-sama meluahkan dan mengekspresikan kemerdekaan dengan memilih landskap kemerdekaan ini.” – Mohammad Rizal, anak Kapandi. Dipetik dari Berita TV1.

Tak cukup dengan tu, Kapandi jugak ada menyediakan sudut maklumat mengenai sejarah kemerdekaan dan gambar-gambar yang berunsur patriotik untuk dipamerkan.

Dengan pasu bunga dicat bendera Malaysia. Kalau aku buat kat rumah ni, konpem mak aku mengamuk. Screenshot dari Berita TV1

Dia jugak berharap agar usahanya tu mampu memupuk semangat patriotik dalam diri anak-anak dan cucunya serta dapat dijadikan contoh oleh masyarakat.

“Saya dilahirkan sebelum merdeka. Jadi saya nak tunjukkan semangat saya ni pada anak-anak. Biar anak-anak paham apa itu kemerdekaan sebetulnya. Jangan hanya sebut merdeka, merdeka, merdeka. Tapi tak tahu apa itu kemerdekaan. Jadi kita kena bagitahu (pada anak-anak) apa itu merdeka. Sebelum merdeka dan sesudah merdeka.” – Kapandi Hanapiah. Dipetik dari Berita TV1.

Tugu Negara kat depan rumah tu. Kau hado?? Imej dari Segamat.com

Aktiviti menghiasi landskap merdeka ni merupakan aktiviti tahunan mereka sekeluarga. Malah untuk pengetahuan korang, aktiviti keluarga ni pernah dapat pengiktirafan apabila diangkat mewakili Negeri Johor dalam pertandingan landskap rekaan kediaman individu semperna kemerdekaan.

4. Sebanyak 27,000 keping tempe digunakan untuk menghasilkan Jalur Gemilang

Tempe goreng cicah sambal kicap ni memang awesome lah. Siapa Jawa, kita geng!

Kalau sebelum ni kita tengok bendera Malaysia dicipta dengan pelbagai bahan buangan dan sebagainya tapi kali ni agak unik dimana ramuan utamanya adalah tempe. Ye tempe yang merupakan makanan popular dikalangan orang Melayu tu.

Idea mencipta Jalur Gemilang dari tempe ni datang dari Kolej Komuniti Kuala Langat, Selangor sempena Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan dengan menggunakan sebanyak 27,000 keping tempe. Tapi sumber dari Utusan malaysia pulak kata sebanyak 28,880 keping tempe yang digunakan.

“Pemilihan tempe merupakan satu usaha untuk mempromosikan tempe makanan tradisi yang boleh dijadikan sebagai ikon makanan sihat”- Kolej Komuniti Kuala Langat. Dipetik dari Facebook.

Malah ia juga merupakan satu usaha untuk membantu pengusaha-pengusaha tempe untuk memperluaskan pasaran jualannya.

Tempe ku berwarna merah putih. Screenshooot dari Berita TV9

Proses menyiapkan Jalur Gemilang sepanjang 503.4 meter dan selebar 0.95 meter ni telah mengambil masa selama 27 jam. Usaha dorang ni jugak telah direkodkan kat dalam Malaysia Book of Record (MBOR).

Tugas membuat Jalur Gemilang ni dilaksanakan oleh 6 pengusaha tempe dan pihak kolej komuniti. Tapi macam mana tempe ni dibentuk jadi Jalur Gemilang? Ok mengikut video dari Berita TV9, tempe-tempe ni semua akan disusun kat atas papan dan kemudiannya diwarnakan mengikut warna sebenar Jalur Gemilang.

“Sebagai pengusaha tempe, saya menyokong apa yang diusahakan oleh Kolej Komuniti ni. Inilah kali pertama pengusaha tempe ni diketengahkan.”  -Halimah Mohd Zain. Pengusaha Tempe. Dipetik dari Berita TV9.

“First time kami guna tempe sebagai (bahan cipta) jalur gemilang dan kami juga menghidangkan tempe untuk hidangkan makanan.” – Mogaanah Ganthikuma, penuntut kolej komuniti. Dipetik dari Berita TV9.

Alahai tempe, kenapa lah dikau tak dogoreng je? Kan sodap kalau di makan. Screenshot dari Berita TV9

Mesti ada antara korang yang akan tertanya-tanya dan cakap ‘tak membazir ke buat makanan macam tu‘ kan? Ok untuk pengetahuan korang, tempe-tempe tu akan dijadikan baja dan makanan haiwan selepas program ni selesai supaya tak membazir. Manakala lebihan tempe yang tak digunakan pulak akan diagihkan kat rumah anak-anak yatim.

“Tempe yang digunakan ini adalah tempe yang masih lagi di dalam plastik yang tebal. Cat disapukan di atas permukaan plastik dan tidak diwarnakan secara langsung kepada tempe tersebut.

Tempe tersebut akan diagihkan kepada komuniti setempat. Sekali lagi, aspek kebersihan diambil kira yang mana tempe ini akan dikeluarkan daripada plastik yang dicat dan dimasukkan ke dalam plastik bersih yang lain. Setiap petugas menggunakan sarung tangan untuk melakukan perkara ini.” – Kolej Komuniti Kuala Langat. Dipetik dari Facebook.

Imej dari Says

5. Sanggup berhabis RM30,000 untuk menghias kereta dan rumahnya

Imej dari Sinar Harian

Seorang ahli perniagaan dari Johor Bahru, M Kandapan atau lebih dikenali sebagai Merdeka Kandapan ni sanggup berhabis puluhan ribu ringgit untuk menghias kenderaan peribadi dan rumahnya itu bagi menzahirkan semangat patriotik dan cintakan tanah air.

“Nilai tidak ada makna lah (nak dibandingkan dengan cinta pada tanah air). Kos semua dalam Rm30,000 siap semua termasuk kereta dan rumah.” – M Kandapan. Dipetik dari Harian Metro.

Menurut M Kandapan lagi, apa yang dibuat tu bukan untuk mencari publisiti tapi ianya merupakan kepuasan diri sendiri. Malah kat atas bumbung rumah je, dia dah pasang lebih 3,000 bendera Jalur Gemilang.

Ni lah rumah M Kandapan yang dipenuhi dengan bendera. Imej dari Rizal Hakim

Tak cukup dengan rumah, kereta peribadinya pun turut dihiasi dengan dengan bendera negeri dan Jalur Gemilang serta gambar-gambar pemimpin Malaysia sempena Hari Kebangsaan yang dikatakan menelan belanja RM15,000.

Apa yang menarikya, dia ni dah lebih 14 tahun menghias rumah dan keretanya itu. Malah menurut M Kandapan sendiri, dia tak pernah pun jemu dengan semua benda ni sebab semangat kecintaan tanah air tu sudah sebati dalam dirinya.

Tengok kereta dia ni. Pastu tengok kereta korang, ada ke pasang bendera. Silap-silap bendera kecik pun takde pasang. Imej dari The Sun Daily

Untuk pengetahuan korang lagi, bukan hanya pada Hari Kebangsaan je, malah bila tiba Hari Keputeraan Sultan Johor pun dia akan lakukan perkara yang sama jugak dimana dia akan mengibarkan sebanyak 3,400 bendera Johor dan menghias keretanya dengan gambar Sultan Johor.

M. Kandapan membelanjakan RM5,000 untuk menghias dua buah keretanya dengan gambar Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. -Dipetik dari Utusan Malaysia.

Bukan tu je, malah dia jugak mengedarkan bendera kat jiran-jirannya dan turut memasang 100 bendera besar kat jalan masuk ke kediaman rumahnya itu.

Ini baru anak jati Johor. Imej dari Johor Times

Dia jugak berharap agar dia dapat jadi contoh yang baik bagi mempamerkan semangat patriotik seorang rakyat Malaysia.

“Saya berasal dari Johor Bahru dan semestinya saya berbangga menjadi rakyat Malaysia.” – M Kandapan. Dipetik dari Harian Metro.

Untuk tengok lebih lanjut keadaan rumah dan keretanya, korang boleh tengok sendiri video kat bawah ni. Hmm ni baru betul-betul patriotik!

6. Roti canai Jalur Gemilang

Siapa kat sini suka makan roti canai? Kalau korang nak tahu roti canai ni merupakan salah satu makanan kegemaran rakyat Malaysia tau. Haa punyalah popular roti canai ni sampai ada orang buat roti canai Jalur Gemilang tu! Biar betul?

Jarang kita jumpa Apek jual roti canai. Biasanya mamak, India atau Melayu je. Imej dari My News Hub.

Baru-baru ni ada sorang pemilik restoran kat Jitra, Kedah ada cipta kelainan untuk memaparkan semangat patriotismenya sempena sambutan kemerdekaan yang ke-60 tahun dengan menampilkan roti canai istimewa yang bertemakan Jalur Gemilang.

Mesti korang tertanya-tanya kan macam mana dia buat roti canai tu? Ok menurut sumber dari Berita Harian, pemilik restoran ni telah menguli sebanyak 30kg tepung gandum dan diletakkan empat warna tema Jalur Gemilang kat dalam tepung.

Daripada 30kg tepung gandum tu dia dapat hasilkan sebanyak 500 keping roti canai yang kemudiannya roti itu diberikan secara percuma kat pelanggannya. Malah untuk uli tepung tu je dia perlukan masa selama tiga jam.

Imej dari Berita Harian

“Idea ni tercetus untuk menyemarakkan lagi sambutan Hari Kemerdekaan negara selain menghargai pelanggan yang selama ini menyokong perniagaan saya.” – Mohd Najmuddin, pemilik Restoran Didie Roti Canai. Dipetik dari Harian Metro.

Tambah Najmuddin lagi, ni merupakan kali pertama dia menghasilkan roti canai Jalur Gemilang dan dia bercadang akan meneruskannya pada tahun-tahun akan datang. Namun apa yang menariknya, selain memberikan roti canai tu secara percuma kat pelanggan, dia jugak turut menghidangkan minuman panas dan sejuk secara percuma.

Imej dari Berita Harian

7. Kerana semangat patriotik,dia dituduh gila

Imej dari Sinar Harian

Abdullah Ahmad atau lebih dikenali sebagai Acik merupakan seorang pengusaha mi udang kat Tikam Batu, Kedah ni sanggup berhabis sehingga RM5,000 demi meluahkan perasaan kecintaannya kepada negara dengan menghias persekitaran rumah dan restorannya semperna bulan kemerdekaan.

Menurut Acik, dia memang ada sediakan ‘Tabung Merdeka’ bagi mengatur kewangannya sepanjang tahun untuk tujuan mendekorasi ni sahaja. Malah setiap kali menjelang kemerdekaan je, perkara ni (menghias rumah dan persekitaran) dah jadi rutinnya setiap tahun sejak 1999 lagi.

“Tabung merdeka lain, tabung untuk berniaga lain pula. Acik dah asingkan siap-siap supaya nanti mudah untuk menyediakan kelengkapan.” – Abdullah Ahmad . Dipetik dari Sinar Harian.

 

Pintu gerbang nak masuk ke rumahnya turut dihiasi Jalur Gemilang. Imej dari cari.com

Namun semangat patriotisme yang ditunjukkan olehnya itu telah disalah tafsir oleh orang sekeliling sehingga dia dituduh sebagai gila. Apa yang sedihnya, bukan je kanak-kanak yang gelarkan dia gila, malah ada jugak orang tua yang panggilnya gila.

“Acik dah tegar dicaci, dimaki dan dianggap gila hanya kerana mahu ceriakan persekitaran rumah dan restoran.

“Pengalaman paling pahit apabila kereta yang dihiasi dengan Jalur Gemilang serta gambar potret tertentu yang mencerminkan patriotik dicemuh dan diludah apabila melalui laluan yang dipenuhi orang ramai dalam satu majlis.”- Abdullah Ahmad. Dipetik dari Sinar Harian.

Sudut potret pemimpin yang turut dipenuhi dengan gambar perdana menteri dulu dan sekarang. Imej dari cari.com

Adakah semangat patriotisme rakyat Malaysia semakin pudar?

Semangat kecintaan negara yang ditunjukkan oleh mereka ni harus dijadikan contoh kepada kita semua terutamanya generasi muda yang lahir selepas merdeka kerana dorang kurang memahami kepentingan semangat patriotisme.

Semangat ini jugak harus diteruskan kerana ianya secara tak langsung dapat memupuk perpaduan kaum dan dapat melahirkan semangat toleransi.

“Kita boleh lihat semangat toleransi dan kerjasama dalam menghasilkan Jalur Gemilang dimana mereka sama-sama menyiapkan bahagian yang telah ditugaskan. ” -Zainah Rujihan. Pengarah Kolej Komuniti Kuala Langat. Dipetik dari Berita TV9.

Keluarga ni meraikan sambutan Ambang Merdeka dengan memakai baju Jalur Gemilang. Salute! Imej dari Bernama Twitter.

Patriotisme juga banyak bergantung kepada tindakan simbolik seperti mempamerkan bendera, menyanyi lagu kebangsaan dan bermacam-macam cara lain bagi menyatakan kesetiaan kepada negara pada peringkat umum.

Bagaimanapun, masyarakat sekarang ni seakan-akan lupa akan kepentingan memupuk semangat patriotisme dalam diri di mana baru-baru ini pun sejarawan negara, Prof. Tan Sri Dr Khoo Kay Kim ada melahirkan rasa kecewanya sebab takde kibaran Jalur Gemilang kat Kuala Lumpur.

“Rakyat Malaysia terutama generasi Y semakin buta sejarah.Mereka tidak faham apa itu kemerdekaan, golongan muda terutamanya, mereka tidak terdedah kepada apa yang sudah berlaku.” – Prof Tan Sri Dr Khoo Kay Kim. Dipetik dari Free Malaysia Today.

 

Tabik spring lah kat adik ni! Imej dari Friends Of BN

Oleh itu, kita haruslah bersyukur atas keamanan dan kedamaian yang dikecapi negara pada masa kini. Kita harus belajar daripada sejarah agar tak mengulangi kesilapan yang lalu.

To Top
Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Send this to a friend