The Russian Imperial Romanov: Keluarga Diraja Rusia terakhir yang digulingkan

(Sebelum tu, untuk korang yang minat cerita sejarah, subscribe la group Facebook kitorang, SALAM SEJARAH-TERA.)

Rasanya ramai antara korang sedia maklum yang Rusia dulunya merupakan sebuah negara komunis terbesar di dunia. Dah la negara diorang sedia besar, kemudiannya Kesatuan Soviet ni mampu meluaskan lagi jajahan sampai ke negara-negara Asia Tengah macam Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyztan, dan segala tan yang korang boleh jumpa dalam peta dunia.

Tapi korang jangan tak tahu pulak sebelum wujudnya komunisme di Rusia, diorang pun pernah ada institusi beraja macam kita juga. Malah, siap ada kaitan dengan institusi raja di Britain lagi pada waktu tu.

Kalau korang nak tahu, sistem beraja tu jatuh disebabkan rakyat sendiri juga. Tapi, apa sebenarnya yang berlaku?

Keluarga Romanov, keluarga diraja terakhir Rusia

Keluarga Tsar Nicholas II pada tahun 1914. Imej dari pinterest

Tsar, Tzar atau Czar, adalah gelaran bagi raja atau penguasa Rusia pada abad yang ke-19. Tsar juga berasal dari ‘Caesar’, iaitu penguasa Rom purba. Pemimpin Rusia daripada keturunan raja pada masa tu adalah Tsar Nicholas II (1894 – 1917), daripada keluarga Romanov. Keluarga diraja Romanov ni kaya-raya dan cantik-cantik semuanya, dan diorang terdiri daripada:

  • Tsar Nicholas II pada masa tu berumur 50 tahun
  • Isterinya, Tsarina Alexandra adalah 47 tahun

Anak-anak Tsar dan Tsarina pulak adalah

  • Puteri Olga – 22 tahun
  • Puteri Tatiana – 21 tahun
  • Puteri Maria – 19 tahun
  • Puteri Anastasia – 17 tahun
  • Putera Alexei – 13 tahun

Institusi raja di negara tu macam negara lain juga, di mana raja sangat berkuasa dan mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap kerajaan dan tentera. Tsar Nicholas percaya yang dia adalah wakil Tuhan yang selayaknya memerintah Rusia. Malah, keturunan dia sebelum tu dah memerintah Rusia selama lebih kurang 300 tahun! Jadi, what could possibly go wrong, kan?

Tapi Rusia pada zaman tu berbeza dengan zaman sekarang. Diorang mengalami masalah ekonomi, ketenteraan, dan pembangunan yang menyebabkan musuh senang sangat nak menyerang.

Disebabkan kelemahan pemerintahan Tsar Nicolas II, Tsar dipaksa oleh kerajaan tentera dan rakyat sendiri untuk turun daripada takhta, sekaligus melucutkan jawatannya sebagai penguasa Rusia. Oleh itu, terjadinya Revolusi Rusia 1917.

Korang kena faham sikit pasal Revolusi Rusia 1917 ni yang menyebabkan kejatuhan institusi beraja Rusia secara keseluruhan sampailah sekarang.

Revolusi Rusia 1917, menjadikan Rusia negara komunis pertama di dunia

Revolusi Rusia 1917. Imej daripada alamy.com

Sebelum terjadinya Revolusi Rusia ni, perang berlaku kat negara tu hampir setiap tahun sejak tahun 1877 lagi, iaitu 63 tahun sebelum Revolusi Rusia terjadi. Perang yang berlaku bermula dengan The Crimean War (1854-1856), Perang Rusia-Turki (1877-1878), Perang Rusia-Jepun (1904-1905), sampailah Perang Dunia Pertama (1914-1918).

Nak dijadikan cerita pulak, Rusia kalah dalam semua peperangan yang berlaku kecuali dengan Turki. Kesemua peperangan ni juga menyebabkan ramai rakyat yang tak berpuas hati sebab diorang banyak menderita dan berkorban, tapi macam tak dihargai oleh pemerintah. Disebabkan terlampau kecewa dengan sikap raja, rakyat kemudiannya bangkit disebabkan:

Para petani yang miskin sebelum Revolusi Rusia berlaku. Imej dari russian-revolution-research
  • Kemiskinan golongan petani – majoriti daripada penduduk Rusia dulunya adalah para petani. Diorang ni terlampau miskin dan masih kelaparan walaupun hari-hari menuai- ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Perkara ni disebabkan pertambahan rakyat yang cepat, iaitu 30 juta orang dalam masa kurang daripada 30 tahun.
  • Peningkatan pekerja industri – Tak kurang ramai juga rakyat lain yang bekerja di lombong, kilang dan bengkel di bandar-bandar utama. Diorang bukan saja dapat upah yang rendah, tapi banyak kemalangan yang terjadi.
  • Tsar Nicholas II – Penguasa Rusia ni sendiri dikatakan antara penyebab kejatuhan empayar Romanov sebab dia lebih pentingkan keluarga dan hidup sendiri daripada ambik tahu kehidupan rakyatnya. Bila dia buat macam tu, dia seakan-akan tak peduli dengan perjuangan rakyat, menyebabkan diorang hilang kepercayaan dengan prinsip beraja. Jadi, rakyat pun memberontak sebab mahukan ketua negara yang betul-betul boleh memimpin negara.

Sebenarnya, bukanlah kerajaan tak tolong langsung sebab kerajaan ada ambik tindakan dengan mengehadkan jumlah jam diorang bekerja. Tapi, usaha kerajaan tu tak memberi kesan pun dan rakyat masih dapat upah rendah tapi bekerja lebih masa.

Maka, terjadilah Revolusi Rusia 1917 yang berlaku dua kali dalam tahun yang sama, mengubah kerajaan Rusia sejak daripada tu.

  • February Russian Revolution – Rakyat dan 150,000 tentera menyertai protes besar-besaran, dan berjaya menggulingkan monarki Rusia. Kerajaan Sementara Rusia ditubuhkan, dan diketuai oleh Alexander Kerensky. Dia berkhidmat sebagai ketua kerajaan sementara selama 4 bulan je sebelum dirombak sekali lagi pada bulan Oktober.
Patung Tsar Nicholas II semasa digulingkan. Imej dari therationalcolonel.files
  • October Russian Revolution – Parti Bolshevik, sebuah parti komunis berjaya ambil alih Rusia daripada Kerajaan Sementara. Diketuai oleh Vladimir Lenin, Parti Bolshevik juga adalah salah sebuah puak dalam Parti Buruh Sosial Demokrat Rusia Marxist (RSDLP). Parti ni dilantik untuk memimpin Rusia, secara perlahan-laham membentuk penciptaan negara komunis pertama di dunia! 
Vladimir Lenin, relax je rambut jarang tapi akal penuh, sampai berjaya mengetuai parti Bolshevik yang menjadikan Rusia negara komunis pertama di dunia. Imej daripada tariqali.org

Revolusi Rusia 1917 membuatkan kerajaan di bawah Tsar Nicholas II runtuh, dan dalam masa yang sama, bangkitnya fahaman Marxism di bawah penguasaan diktator Vladimir Lenin dan revolusi parti Bolsheviknya.

Vladimir Lenin merupakan seorang Bapa Revolusi USSR, atau Kesatuan Soviet. Korang kena faham yang walaupun Karl Marx dianggap sebagai bapa komunis, dia cuma buat teori. Manakala Lenin yang berjaya praktikkan komunisme ni dengan berkesan sampai mengubah Rusia dari negara beraja kepada komunis.

Lenin memerintah Rusia dari October Russian Revolution 1917 sampai dia mati, iaitu pada tahun 1924. Kalau nak tahu, Kesatuan Soviet ni muncul daripada Revolusi Rusia ni, dalam masa 5 tahun selepas raja turun takhta.

Is your name Lenin? Cus I’m Lenin you. Imej dari dighist.fas.harvard.edu

“Matlamat Sosialisme adalah Komunisme.”-Vladimir Lenin

Tahanan rumah dikenakan ke atas Tsar Nicholas II sekeluarga

Kalau dekat Tanah Melayu dulu rakyat punyalah taat dengan pemerintah sebab raja-raja Melayu ni dikatakan berdaulat, tapi bukan dekat Rusia. Disebabkan rakyat tak puas hati dengan cara Tsar memerintah, diorang bertindak bukan saja turunkan Tsar Nicholas tu daripada takhta, tapi buat perancangan secara senyap dan melibatkan keluarga diraja.

Lepas perancangan dibuat dengan teliti, Tsar Nicholas II dan keluarga dikenakan tahanan rumah selepas digulingkan pada Februari 1917. Ketua kerajaan sementara pada masa tu, Alexander Kerensky (sebelum Lenin ambil alih), hantar satu keluarga tu bersama dengan pengawal peribadi dan orang gaji diorang ke Tobolsk, sebuah bandar Siberia.

Keluarga Romanov semasa di Tobolsk, mengharapkan yang pengasingan keluarga diorang cuma sementara tapi tak tahu yang diorang bakal dibunuh kejam. Imej dari all-that-is-interesting.com

Tapi bila parti Bolshevik yang dipimpin Lenin ambil alih semasa Revolusi Rusia bulan Oktober, diorang dipindahkan lebih jauh iaitu ke bandar Yekaterinburg pada penghujung Mei 1918. Rumah yang diorang duduki tu adalah rumah seorang jurutera tempatan, iaitu Nicolay Ipatiev. Tsar Nicholas II dan keluarga telah diasingkan di rumah Ipatiev yang terletak di pangkalan Bolshevik, supaya diorang lagi senang dikawal.

Kalau nak tahu, jarak antara Tobolsk ke Yekaterinburg macam dari KL ke Kelantan. Pemimpin komunis buat macam tu sebab takut penyokong keluarga diraja tu cuba membebaskan Tsar balik.

Pembunuhan kejam keluarga diraja Romanov

Lakaran semula pembunuhan diraja Romanov 1918. Imej dari romanov-memorial.com

Disebabkan keluarga Romanov yang ditawan ni dah takde apa-apa keistimewaan, diorang jadi macam rakyat biasa je pada mata Lenin. Jadi, diorang ada perancangan lain untuk Romanov sekeluarga.

Pada lewat malam antara 16 hingga 17 Julai 1918, keluarga diraja Rusia ni diarahkan untuk berdandan secantik dan sekemas mungkin, dengan pakaian rasmi diraja. Keluarga diraja ni diberitahu yang gambar diorang akan diambil sebagai bukti yang diorang ni masih hidup dan bukannya melarikan diri.

Selain tu juga, pengawal yang bertugas bagitahu yang diorang akan dipindahkan ke satu tempat yang lain. Jadi diorang pun bersiap je la tanpa mengetahui nasib yang bakal menimpa diorang selepas tu. Keluarga diraja ni kemudiannya diarahkan menunggu di sebuah bilik dan hanya menunggu arahan seterusnya.

Baru je beberapa minit menunggu, beratus-ratus peluru menembusi dinding bilik tu, yang datangnya daripada bilik sebelah. Tembakan yang bertalu-talu tu membunuh majoriti ahli keluarga diraja tu.

Ruang bawah tanah Rumah Ipatiev di Yekaterinburg, di mana keluarga Imperial dibunuh. Gambar asal diambil daripada pameran kes tu. Imej daripada pinterest

Ketika tembakan yang berlaku selama 20 minit tu, Tsar dan Tsarina yang mati dulu, manakala ada antara anak diorang masih hidup sebab ada permata tersembunyi yang dijahit dalam pakaian diorang, yang kalis peluru (macam baju kebal, tapi guna permata).

Tentera yang ditugaskan membunuh tu kemudiannya masuk ke bilik tu dan menamatkan riwayat hidup putera dan para puteri raja ni dengan menembak diorang dari jarak dekat, dan menikam sampai mati dengan bayonet. Tentera yang ditugaskan adalah Pasukan Penembak Kerajaan Tentera Rusia, atas arahan Vladimir Lenin.

Bayonet, pisau yang ada di atas senapang. Imej daripada allquietonthewesternfrontworld.blogspot.my

Tak cukup dengan tu, mayat diorang kemudiannya dikerat-kerat dengan kapak, disimbah dengan asid dan minyak tanah, dan dibakar. Kesemua mayat tu sebenarnya nak dibuang dalam lombong, tapi disebabkan trak yang membawa mayat diorang rosak, diorang ditanam di lokasi yang telah dirahsiakan oleh pemimpin Soviet. Pemimpin Soviet hanya mendedahkan perkara tu kepada umum pada tahun 1926, iaitu lapan tahun lepas pembunuhan kejam tu.

Sebenarnya, ada juga la segolongan rakyat yang masih sayangkan Tsar diorang ni dan berjuang untuk Tsar Nicholas II sekeluarga. Itu antara sebab kenapa keluarga diraja tu dibunuh secara senyap, tak nak jadi tumpuan pergerakan anti-Bolshevism.

Dijumpai oleh penyiasat, 61 tahun selepas pembunuhan kejam keluarga Romanov

Berpuluh-puluh tahun kes pembunuhan tu berlaku, takde sesiapa pun jumpa mayat ahli keluarga diraja tu. ‘Kehilangan misteri’ keluarga raja terungkai bila sorang penyiasat mengkaji dan mencari bukti yang menemukan hasil.

Tapak perkuburan Romanov masa mula-mula ditemui penyelidik. Imej dari pinterest

Tapi masa tu tak cukup lagi dua mayat, iaitu Putera Alexei dan Puteri Anastasia. Perkara ni juga menyebabkan ada yang mengaku sebagai puteri Anastasia Romanov yang sempat melarikan diri daripada pembunuhan Romanov sekeluarga. Tapi ujian DNA yang dibuat mengatakan sebaliknya.

16 tahun lepas tu, sebuah lagi kubur dijumpai mengandungi mayat Alexei dan Anastasia yang ditemui pada tahun 2007. Jadi akhirnya cukuplah semua ahli keluarga Tsar Nicholas II.

Kesemua mayat keluarga Romanov digali di Yekatarinaburg, tempat terakhir diorang tinggal. Hasil DNA mengesahkan yang ia adalah mayat Raja Rusia yang terakhir bersama permaisuri dan tiga orang anak perempuan dia bersama empat lagi pembantu keluarga diraja.

Tengkorak keluarga Romanov yang ditemui. Imej daripada symonsez.wordpress.com

Sebenarnya, tengkorak dan tulang-temulang tu dijumpai sejak tahun 1979 lagi, tapi terpaksa dirahsiakan sampai tahun 1991, iaitu tahun kejatuhan Kesatuan Soviet. Lepas tu, barulah Rusia benarkan pengkaji meneroka sejarah kekerasan Revolusi Bolshevik.

Pengesahan mayat dilakukan melalui anatomi, tengkorak dan pergigian diorang bila Gereja Ortodoks Rusia rasa sangsi yang kesemua mayat tu adalah keluarga Romanov yang hilang bertahun-tahun lamanya.

Photographic superimposition yang digunakan untuk pengecaman. Imej dari romanov-memorial.com

Upacara keagamaan kemudiannya diadakan untuk memperingati keluarga diraja Rusia terakhir oleh Gereja Ortodoks Rusia pada tahun 1998, 80 tahun lepas pembunuhan kejam keluarga diraja Romanov. Keluarga Romanov dikebumikan semula dalam peti besi keluarga diraja di Peter & Paul Cathedral di St. Petersburg.

Penghormatan terakhir buat keluarga diraja terakhir, tahun 1998. Imej daripada robswebstek.com

Sebagai penghormatan terakhir terhadap penguasa Rusia, lebih kurang 50 orang keturunan Romanov berkumpul, termasuklah Presiden Rusia pada masa tu, Boris Yeltsin.

Boris Yeltsin bagi penghormatan terakhir kepada Tsar Nicholas II dan keluarga diraja. Imej dari romanov-memorial.com

Tali persaudaraan keluarga diraja yang terputus

Selain daripada photographic superimposition yang digunakan saintis Rusia untuk mengenal pasti rangka, DNA keluarga terdekat juga digunakan untuk tujuan pengesahan. 

Kalau korang nak tahu, Putera Philip, iaitu suami kepada Queen Elizabeth II adalah cucu saudara kepada Tsarina Alexandra. Malah, masa nak kenal pasti mayat Romanov sekeluarga, DNA Putera Philip digunakan sebagai waris yang hampir.

Putera Philip, waris terdekat keluarga diraja Romanov. Imej daripada rt.com

Sebenarnya, Tsarina Alexandra sendiri adalah keturunan diraja England di mana dia merupakan cucu kepada Queen Victoria. Queen Victoria ni adalah moyang kepada Queen Elizabeth II sekarang, iaitu nenek kepada Putera William dan Putera Harry.

Tsar Nicholas II dengan isterinya dan anaknya, berjumpa dengan Queen Victoria Britain, nenek isteringa sendiri yang membuktikan Raja Rusia dan Britain ada sejarah keluarga yang dekat. Imej dari theromanovfamily.com

Sebenarnya masa pergolakan yang berlaku dulu, Raja England iaitu Raja George V menawarkan suaka dan tempat perlindungan untuk diorang sekeluarga. Tapi tak lama lepas tu, Raja George V ubah fikiran dan tarik balik tawaran tu disebabkan ahli politik dan pembesar kat Britain tak setuju memandangkan Tsar dikatakan seorang raja yang menindas rakyatnya.

Jadi, Raja George V dalam masa yang sama tak nak mempertaruhkan monarki dia sendiri dan mencalarkan imejnya sebagai penguasa. Walaupun Rusia dan Britain bukan saja setakat sekutu semasa perang, itu bukanlah masa yang sesuai untuk King George V tunjukkan kesetiaan pertalian keluarga dia kepada raja di negara-negara lain.

Malah, raut wajah King George V dari Britain pun saling tak tumpah macam Tsar Nicholas II. Imej dari express.co.uk
Queen Victoria (gambar 1) merupakan nenek kepada Tsarina Alexandra dan nenek saudara Tsar Nicholas 2 (gambar 2). Dalam masa yang sama, Tsarina merupakan nenek saudara kepada Queen Elizabeth II (gambar 3) dan suaminya Prince Philip. Imej dari pinterest

Raja itu ibarat pokok, dan rakyat pula ibarat akarnya

Walaupun dah 99 tahun berlalu, kisah keluarga diraja Romanov terakhir memberi kesan mendalam dan mengubah kerajaan Rusia buat selama-lamanya. Siapa sangka, institusi beraja yang dihormati satu ketika dulu boleh jatuh disebabkan ketidak prihatinan penguasa terhadap rakyatnya.

Dengan kejatuhan institusi beraja juga telah menaikkan pemikiran baru iaitu Kesatuan Soviet. Dan dengan terciptanya pemikiran tersebut, ia bukan saja telah mengubah ekonomi, masyarakat dan kerajaan Rusia, tapi seluruh dunia!

Malah Presiden Rusia Pertama selepas kejatuhan Soviet, Boris Yeltsin yang kesal dengan perkara tersebut memberi  pandangan dalam ucapannya semasa menghadiri pengkebumian diraja Romanov berkata,

“Pembunuhan tersebut adalah salah satu halaman yang memalukan dalam sejarah negara kita. Dengan menanam kembali sisa (mayat) mereka, kita mahu menebus dosa nenek moyang kita. Sesiapa yang melakukan kekejaman ini memang bersalah, malah sesiapa yang membenarkan perkara ini berlaku secara berdekad lamanya juga turut bersalah. Kita semua bersalah”

(Sebelum tu, untuk korang yang minat cerita sejarah, subscribe la group Facebook kitorang, SALAM SEJARAH-TERA.)