- 44Share sekarang!
- Email1
- Facebook43
- Share
Dalam sukan permotoran dunia, pasti kita semua kenal dengan Valentino Rossi kan. Siapa je tak kenal, dia tu dari zaman kita budak-budak lagi dah menang kejuaraan MotoGP. Boleh dikatakan dia merupakan seorang legenda dalam arena permotoran dunia, tak kisah lah orang yang masuk lumba kereta ke, lumba bot ke atau apa-apa pertandingan perlumbaan semua mereka pasti familiar dengan nama dia.
Dalam pada itu, Malaysia juga telah membuat sejarah tersendiri selepas pasukan PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team (pasukan MotoGP tempatan) telah berjaya mendapatkan khidmat Valentino Rossi sebagai salah seorang daripada dua penunggang mereka untuk MotoGP musim ini. Ini memberi pelbagai manfaat kepada mereka, nak tahu manfaat apa yang dorang dapat? Teruskan membaca artikel ini.
PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team (SRT), kebanggaan Malaysia
Bagi mereka yang langsung tak tahu, disamping mempunyai pelumba-pelumba tempatan yang pernah dan sedang menyinari arena MotoGP seperti Hafizh Syahrin, Khairul Idham Pawi, Adam Norrodin dan Zulfahmi Khairuddin, kita juga mempunyai pasukan tempatan yang telah menyertai perlumbaan MotoGP sejak dua tahun lalu. Perkara itu amat membanggakan Malaysia kerana ia telah memberi ruang kepada jenama Malaysia sendiri (seperti PETRONAS) lebih dikenali dunia.
Sebenarnya, dorang ni dah debut lama dalam sukan permotoran antarabangsa (World Championship) ni. Sebelum menyertai kelas teratas (MotoGP), PETRONAS SRT telah bermula dengan menyertai kelas Moto3 pada tahun 2015 dan Moto2 pada tahun 2017. Dari situ, pelbagai pencapaian yang mereka dapat dengan mengungguli beberapa podium sehingga lah mereka mula menembusi kelas MotoGP pada 2019 sebagai independent team.
Lepas je dorang debut tu, nama PETRONAS SRT terus boom dalam arena MotoGP tu sendiri. Nak tahu sebab apa? Tahun 2019 tu antara tahun yang terbaik kerana mereka telah menaiki tujuh podium (berada dalam top 3) dan enam kali mendapat pole position (petak paling depan semasa permulaan perlumbaan) secara keseluruhan dalam MotoGP. Kejayaan itu menyaksikan PETRONAS SRT telah ditabalkan sebagai Top Independent Team untuk dua tahun berturut-turut iaitu pada 2019 dan 2020.
Macam mana dorang boleh menang masa 2020 tu pula? Ini sebab masa musim 2020, dua-dua penunggang PETRONAS SRT iaitu Franco Morbidelli dan Fabio Quartararo masing-masing menjuarai tiga perlumbaan pada tahun itu. Franco Morbidelli juga pada tahun itu berada di kedudukan kedua dalam ranking kejuaraan MotoGP dengan 158 mata, beza 13 mata je dengan juara musim tu (Joan Mir = 171 mata).
Baru dua tahun dalam MotoGP tapi dah padu macam tu, musim 2021 ni mesti lagi padu lah kan sebab PETRONAS SRT dah pancing World Champion kot. Kalau tengok segala yang dorang dah capai untuk dua tahun lepas, tak mengejutkan kalau tahun ni dorang sambar gelaran juara dunia tu dan sekali lagi muncul sebagai pasukan terbaik MotoGP untuk 3 tahun berturut-turut.
Valentino Rossi, legenda yang tidak perlukan pengenalan
Siapa je tak kenal Valentino Rossi ni kan, dia ibarat Cristiano Ronaldo dalam dunia permotoran. Seseorang yang sudah pun berusia 42 tahun tetapi masih aktif dalam MotoGP, ini membuatkan dia boleh digelar sebagai ‘The Living Legend’. Dia telah memulakan kariernya pada 1996 dan telah memegang gelaran juara dunia sebanyak sembilan kali sepanjang kariernya dan enam daripadanya adalah dalam MotoGP.
Gelaran juara dunia pertama Rossi adalah pada 1997 dalam kategori 125cc, pada 1999 pula dia menjuarai kejuaraan dunia kategori 250cc dan dia juga telah menjuarai kejuaraan dunia kategori 500cc pada tahun 2001. Pada 2002, dia mula melibatkan diri dalam kelas MotoGP dan terus memenanginya pada tahun yang sama, dia meneruskan rentak kemenangan sebagai juara dunia MotoGP pada tahun 2003, 2004, 2005, 2008 dan 2009 (banyak-banyak pula).
Kalau dah pencapaian macam tu, mesti ramai peminat Rossi ni kan? Memang betul lah tu, populariti individu yang sinonim dengan gelaran The Doctor tu memang tak boleh disangkal lagi. Sampaikan dia mempunyai bahagian tempat duduk dan grandstand di semua litar perlumbaan MotoGP bagi peminat dia sendiri, ia digelar The Yellow People. Dekat grandstand tu, peminat-peminat Valentino Rossi akan mendapat pelbagai gajet dan aksesori yang akan digunakan sepanjang perlumbaan untuk memberi sokongan kepadanya.
Masa zaman kegemilangan Rossi ni, ada ramai yang boleh dikira sebagai rival tetapi tak semua boleh melawan rekod di atas kertas dan juga di atas litar dengan dia ni. Nama seperti Jorge Lorenzo dan Casey Stoner merupakan pencabar utama Rossi ketika zaman kegemilangannya, namun pada hari ini Rossi tidak lagi menyengat ketika zaman dia muda dulu. Dengan kemunculan penunggang-penunggang baru (tak ada lah baru sangat) yang hebat seperti Marc Marquez dan Franco Morbidelli (protege Rossi), itu akan beri cabaran yang sangat tinggi kepada Rossi untuk mencabar kejuaraan dunia lagi sekali.
Tapi itu semua bukan lah satu kerisauan buat peminat-peminat sukan permotoran, Rossi ketika ini mungkin hanya dalam fasa enjoying his time sebelum bersara secara rasmi. Kemunculan penunggang-penunggang baru yang hebat juga memberikan gambaran bahawa masa depan MotoGP tampak cerah dan menarik bagi peminat yang mengharapkan performance yang menarik.
Nama Rossi yang akan menaikkan lagi PETRONAS SRT
Jadi, apa je kelebihan kalau Rossi masuk PETRONAS SRT ni? Walaupun performance Rossi ni dah tak hebat macam dulu, dia tetap mempunyai pengalaman besar dalam MotoGP. Mungkin dia tak mampu mengejar kejuaraan dunia (walaupun possible), tapi dia masih mampu untuk menghadiahkan pasukan PETRONAS SRT dua atau tiga podium. Ini kerana, semasa dia mewakili Movistar Yamaha (pasukan factory Yamaha pada 2020) pada musim lepas, dia berhasil mendapatkan beberapa podium walaupun ramai mengatakan zaman Rossi ni dah pun habis.
Chemistry antara Rossi dan Morbidelli juga memainkan peranan besar pada musim ini, Rossi boleh dikira mentor kepada Morbidelli kerana kedua-dua mereka berasal dari Itali. Ini memberi kelebihan besar kepada Morbidelli sendiri untuk pergi lebih jauh, dengan segala pengalaman yang bakal dikongsi oleh Rossi tu pasti dia akan mematangkan lagi gaya tunggangan dia dan pada masa yang sama memberi result yang baik kepada pasukan.
“Saya tak nak tumpang popularitinya sahaja, kita nak cabar diri sendiri untuk membuat Rossi lebih berdaya saing, itu objektif utama kita. Sasaran untuk beliau musim ini adalah cuba mendapat (kemenangan) podium, raih kemenangan dan beri saingan sengit kepada pelumba lain untuk mengejar Kejuaraan Dunia. Kita akan tolong Rossi supaya selesa dalam persekitaran baharunya sebab ini kali pertama beliau beraksi dalam pasukan satelit (Independent). Tetapi kita yang profesional akan buat terbaik untuk jadikannya berdaya saing dan beri saingan kepada yang lain di Kejohanan Dunia,” Prinsipal Pasukan PETRONAS Sepang Racing Team (SRT), Datuk Razlan Razali, petikan dari Astro Awani
Dalam pada itu, PETRONAS SRT juga mendapat kelebihan dalam kenaikkan nilai market mereka apabila Rossi menyertai pasukan mereka. Ini kerana nama dia yang besar dan juga jumlah peminat Valentino Rossi yang ramai dapat menaikkan pendapatan pasukan, perkara ini boleh dilihat dari jualan official merchandise seperti baju, topi dan pelbagai lagi barangan yang boleh dijual menggunakan nama Rossi. Senang cerita, kira PETRONAS SRT ni mempunyai kebenaran lah untuk guna nama Rossi ni dekat semua merchandise dorang.
Pasukan juga akan dibekalkan jentera Yamaha M1 paling latest (jentera factory Yamaha), hanya disebabkan Rossi berada dalam pasukan itu. Itu merupakan berita yang sangat baik kepada PETRONAS SRT, kerana selalunya pasukan yang independent ni hanya akan menggunakan jentera versi tahun lepas (outdated sikit lah). Jadi dengan jentera yang paling latest ni, pasti akan meningkatkan peratus peluang bagi Rossi dan Morbidelli memenangi sesebuah perlumbaan.
Pasukan tempatan yang patut disokong oleh rakyat Malaysia
Bila je lagi kita boleh berbangga dengan perkara-perkara macam ni, pasukan sukan permotoran tempatan kita dah dua kali berturut-turut menjulang anugerah pasukan terbaik dah kot. Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah sentiasa menyokong mereka-mereka ini yang membawa jenama tempatan untuk lebih dikenali di luar negara.
Bukan PETRONAS SRT sahaja, rider-rider Malaysia yang bersaing di saingan Moto2 dan Moto3 juga harus kita sentiasa sokong supaya mereka boleh pergi lebih jauh dan dapat mengharumkan nama negara di persada dunia.
- 44Share sekarang!
- Email1
- Facebook43
- Share