Abang teksi ni bantu mangsa gangguan seksual dengan berikan servis percuma

(This article is a translation. For the original, you can visit our sister site, CILISOS)

Beberapa hari lepas, sekumpulan pemandu teksi berjumpa dengan Tun Mahathir. Pertemuan tu tak berakhir dengan baik bila diorang ambik keputusan untuk blaa awal sebab tak dapat terima apa yang Mahathir kata. Kebetulan, sedara kami pernah tulis artikel tentang masalah teksi dan Uber ni. Diorang tulis tahun 2014 – cuba korang bayangkan – isu teksi dan Grab ni dah berlaku 4 tahun lepas, sampai sekarang tak settle-settle lagi.

Oleh sebab pemandu teksi ni biadap – Tun Mahathir siap kata dia ready untuk letak jawatan kalau diorang tak nak dia jadi PM. Sebelum ni pun dia dah bersara, tapi sebab orang nak dia jadi pemimpin semula, dia pun jadi PM lah. Tahun 2014 hari tu lagi teruk, sebab Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah haramkan Grab/Uber. Apa lagi – mengamuk penyokong-penyokong Grab, siap ada hashtag #MalaysiaNeedsUber.

Ni di antara komen pengguna internet. Imej dari CILISOS

Teksi ni memang selalu terkenal dengan cerita-cerita yang tak sedap; termasuklah masalah teksi tak pakai meter, teksi kotor dan siap ada yang teksi macam gangster…

Sebelum jadi pemandu teksi, diorang kena bayar RM5,000

Kalau korang nak tahu – pemandu teksi ni perlu membayar sebelum diorang boleh dapat pendapatan. Selalunya semua business pun macam tu – bayar dulu (modal), nanti baru dapat pulangan. Kitaorang pun tanyalah kat pemandu-pemandu teksi ni tentang pendapatan diorang. Korang rasa berapa pendapatan diorang? Ni maklumat yang kitaorang dapat…

  • Sewa harian = RM45/hari (duit ni dibayar kepada syarikat teksi)
  • Servis bulanan = RM250/bulan (Duit ni pulak akan dibayar kepada bengkel dan berbeza-beza mengikut mekanik)
Jangan jogging depan teksi, nanti pemandu lari. Haha…Imej dari Giphy

Kalau ikut pemandu teksi yang sembang dengan kitaorang – diorang perlu keluarkan di antara RM1,200 – RM1,500 sebulan untuk kos teksi diorang. Untuk pemandu teksi baru pulak, diorang kena bayar duit pendahuluan sekitar RM5,000 untuk dapatkan teksi. So memang banyak gak diorang kena belanja untuk teksi diorang dalam sebulan.

Ada pemandu teksi yang kena dapatkan minima RM4,500 sebulan

Jusri (bukan nama sebenar) ada 8 orang anak dan seorang ibu yang sakit. Dia kena dapat minima RM4,500 sebulan untuk tampung keluarga dia. Kalau nak pastikan keluarga dia hidup dengan lebih selesa – dia kena cari RM6,000 sebulan. Bapak ahh – RM6,000 sebulan ni dah macam gaji orang yang dah nak pencen kot, gaji orang yang dah banyak pengalaman kat alam pekerjaan.

Jusri kata – dulu-dulu bolehlah dia dapat RM150 sehari. Kalau korang tak gagal matematik, RM150 sehari untuk sebulan mampu cover jumlah minima RM4,500. Tapi untuk dapatkan jumlah ni, dia kena kerja 12 jam sehari selama 30 hari sebulan. Tak macam koranglah, Sabtu Ahad selalunya korang akan cutikan? So macam mana Jusri nak dapatkan sasaran RM6,000 sebulan dia tu?

Kerja keras untuk hidup! Imej dari Giphy

Cara yang paling praktikal untuk Jusri dapat lebih pendapatan adalah dengan kerja lebih masa. So untuk capai RM6,500 tu – dia kena kerja 16 jam sehari. Kerja straight pulak tu, cuba bayangkan korang start kerja 6:00 pagi sampailah 10:00 malam tanpa rehat setiap hari. Takde sarapan, makan tengahari atau lepak hujung minggu!

Walaupun tak semua pemandu teksi kat Malaysia ada mak sakit dan 8 anak, kita kena akui diorang berbelanja RM1,200-RM1,500 sebulan untuk cover maintenance teksi. Lain pulak ceritanya dengan seorang pemandu teksi bernama Koh (sekali lagi bukan nama sebenar) – dia dah ada tiga orang anak yang dah besar, so tak lah struggle sangat macam Jusri. Cuma dia pun kena belanjakan kira-kira RM1,200 untuk kos maintenance teksi.

Kalau dia nak berhenti dari memandu teksi, dia kena serahkan balik kereta dia kat majikan sebab teksi yang dia pakai, teksi sewa. Secara logiknya, Koh yang dah berumur dekat 60 tahun ni – mesti susah untuk dia dapat apa-apa kerja.

Dulu SPAD keluarkan laporan yang sarankan pemandu teksi kerja 12 jam sehari, 29 hari sebulan

Korang kena ingat, artikel ni kitaorang tulis pada tahun 2014. Masa tu kerajaan bantu teksi dengan naikkan kadar tambang teksi pada tahun 2009 dan perkenalkan TEKS1M. Apa yang buat kitaorang terkejut – kalau ikut Plan Transformasi Teksi yang dikeluar oleh SPAD, kerajaan beranggapan teksi akan bekerja 29 hari sebulan dan 12 jam sehari!

Ni antara isi kandungan Plan Transformasi Teksi tu. Cuba korang tengok kat hari yang diorang darab tu. Imej dari CILISOS

Kalau korang pening kepala dengan jadual ni, takpe. Kitaorang pun pening. haha. Cuba korang baca ni;

“Ia turut mencadangkan untuk mendapatkan pendapatan sehingga RM17 sejam. Berdasarkan andaian ini dan kos operasi yang dinyatakan di bahagian sebelumnya, dianggarkan bahawa pemandu individu berpotensi mempunyai pendapatan hingga RM36,000 setahun berdasarkan kerja 12 jam sehari dan 29 hari sebulan.

Rancangan Bandar Kuala Lumpur menyatakan bahawa purata pendapatan isi rumah di Kuala Lumpur adalah lebih tinggi berbanding di tempat lain di negara ini – berjumlah RM 5,488 sebulan pada tahun 2009. Walaupun pendapatan bersih pemandu teksi adalah kurang daripada pendapatan purata di Kuala Lumpur, angka-angka ini difahami akan menjadi setanding dengan tahap upah pemandu bas di rantau ini.” – Plan Tranformasi Teksi, muka surat 19

Masih pening sebab banyak sangat tulisan? Meh kitaorang pecahkan maklumat kat atas. Imej dari Giphy
  • Teksi boleh dapat RM3,000 sebulan, kalau diorang bekerja 12 jam sehari sebanyak 29 hari sebulan.
  • Masa tahun 2009, purata pendapatan kat KL – RM5,488. Tu tahun 2009 eh. Pendapatan teksi kurang dari tu.
  • Pendapatan teksi dan pemandu bas lebih kurang sama kat negara kita.

Belum lagi masuk kos sara hidup yang makin tinggi, macam manalah SPAD boleh keluarkan laporan yang macam ni. Diorang fikir pemandu teksi ni boleh ke kerja 12 jam sehari dan 29 hari sebulan? Ni belum kira lagi kos teksi yang diorang kena bayar dengan duit poket sendiri setiap bulan.

Apalah agaknya yang akan jadi dengan industri teksi kita? Imej dari Lobak Merah

Ada beberapa cerita yang buat kitaorang macam nak nangis bila interview pemandu teksi, antaranya;

  1. Ada syarikat teksi yang langsung tak bagi pekerja diorang cuti, walaupun pemandu teksi tengah SAKIT!
  2. Syarikat teksi tak bayar kos servis teksi, pemandu kena keluarkan duit diorang sendiri kalau teksi tu rosak.
  3. Pemeriksaan PUSPAKOM pun, kena guna duit poket sendiri jugak!
  4. Nak dapatkan penumpang dah macam kena berperang dengan pemandu teksi yang lain.
  5. Ada di antara diorang terkait dengan kumpulan gangster atau kumpulan yang ada kaitan dengan jenayah. So, tambah lagi satu kerisauan kat kepala diorang.
  6. Diorang takde masa dengan family dan kawan-kawan. Kalau dah kerja sampai 12 jam sehari, sampai rumah confirm terus tidur punya.
Kasihan kat pemandu teksi. Imej dari Giphy

Ada pemandu teksi yang sanggup hantar percuma mangsa gangguan seksual

Masalah kewangan yang dihadapi oleh sesetengah pemandu teksi tak boleh jadi alasan untuk diorang berperangai samseng atau naikkan tambang teksi sesuka hati. Lebih-lebih kalau teksi tu kurang ajar, berbau atau sampai berjanggut korang tunggu diorang datang. Tapi korang kena ingat, bukan semua teksi macam tu. Ada je teksi-teksi yang layan penumpang diorang baik-baik dan tawarkan perjalanan seindah syurga gitu…

Meh kitaorang kongsikan tiga cerita yang buat korang kembali percaya pada teksi. Korang siapkan tisu siap-siap, sebab kitaorang nak share cerita sedih ni.

  1. Kisah pemandu teksi yang melindungi…

    Salut! Imej dari CILISOS
  2. Pemandu teksi yang beri tambang percuma…

    Wuuu…naik free. Imej dari CILISOS
  3. Pemandu yang yang kembalikan iPod…

    Kalau korang di tempat teksi tu, korang bagi pulang tak? Imej dari CILISOS

Tak boleh hukum satu kumpulan kerana beberapa orang je yang perangai teruk

Kitaorang takdelah kata korang kena naik teksi dan abaikan Grab atau kereta lembu. Cuma, korang kena tahu gak kenapa tambang teksi lebih mahal dari Grab. Pemandu teksi ada komitmen kat tempat lain, kalau diorang bagi tambang yang sama – memang tak survivelah diorang. Ada je yang cakap – baik diorang berhenti jadi pemandu teksi dan mula jadi pemandu Grab. Tapi benda tu takdelah semudah orang bercakap atau makan kek hari jadi.

Kebanyakan pemandu teksi ada komitmen dengan syarikat teksi, SPAD – kalau diorang blaa macam tu je, diorang akan alami kerugian yang besar. Kemunculan syarikat Grab ni mungkin bagus untuk pengguna, tapi tulah – ia dalam masa yang sama buat pemandu teksi susah nak cari makan.

Jadi pemandu yang baik ye uncle! Imej dari CILISOS

Orang yang perangai macam setan ada kat mana-mana, tak kisahlah dia tu pemandu teksi ke, Grab ke, nelayan ke, pelayan yang lupa order kita kat mamak ke, – perangai setan memang ada di serata dunia. Cuma kita tak boleh hukum semua orang sebab satu orang tu buat problem. Bak kata pepatah orang Melayu yang kitaorang ubah sikit – jangan kerana nila setitik, baju sekolah anak jadi warna biru.

About Man Hamka 74 Articles
Man Hamka