Kitorang minta orang pos1tif C0v1d buat 10 ujian RTK. Ini testkit yang gagal:

Kalau nak dibandingkan dengan calitan hidung PCR, kit ujian diri RTK ni jauh lebih pantas, murah dan tak menyakitkan. Cuma perlu ludah je berbanding tak selesa kena jolok dalam hidung. Tapi… korang juga mungkin pernah dengar kes di mana orang yang bila buat ujian RTK diuji negatif, tapi bila buat PCR, positif pulak.

Sentimen ini bukanlah sesuatu yang luar biasa di media sosial sejak beberapa minggu lepas.

Disebabkan terlalu banyak insiden macam ni dan ditambah pula dengan varian baru sekarang, ia menyebabkan ramai yang dah kurang konfiden dengan keberkesanan ujian RTK. Malah, ia menjadi persoalan bila baru-baru ni, menteri kesihatan sendiri  mengarahkan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA), agensi yang bertanggungjawab ke atas kelulusan kit ujian diri untuk hubungi pembekal dan minta jaminan kualiti daripada pengilang.

Bagaimanapun dengan pelbagai jenama yang ada di pasaran sekarang, kitorang nak tahu juga sejauh mana keberkesanannya? Jadi, kitorang cuba buat sedikit uji kaji: Kitorang hantar pelbagai jenis RTK kepada pembaca yang dah pun d1sahkan positif Cov1d dan minta dia dermakan sikit air liur ke dalam pelbagai jenis RTK yang kitorang sediakan.

10 RTK berlainan brand ni kitorang beli daripada pelbagai farmasi dan meminta Shazana (bukan nama sebenar) untuk menggunakan semuanya dalam satu-satu masa, dan mengikut arahan tertera pada setiap kit. Nak selamat lagi, kitorang juga hantar 2 unit bagi setiap jenama. Nanti kitorang cerita sebabnya.

Korang pun mesti tak sabar nak tahu kesemua hasil RTK ni kan? Jadi inilah hasil ujian RTK tu:

Kit calitan hidung (nasal swab)

Ada banyak pendapat sebenarnya pasal RTK calitan hidung ni – sesetengah kajian mendakwa yang ujian air liur lebih dipercayai, tapi ada juga yang mengatakan takde perbezaan ketara pun antara kedua-duanya. Jadi kitorang pun hantar Salixium, sebuah kit hibrid swab air liur/hidung dan SD Biosensor, sebuah kit swab hidung kepada Shazana.

Salixium

Kit ni la Shazana guna masa disahkan positif. Ni sebelum kitorang jalankan eksperimen la. Walaupun dia dapat hasil yang sama, tapi perbezaannya adalah garisan adalah agak samar-samar pada kit yang kitorang bagi. Mungkin juga disebabkan oleh viral load yang lebih rendah atau mungkin juga perbezaan pembuatan.

SD Biosensor Standard Q

Pada harga RM17, kit dari Korea ni mahal sikit berbanding jenama biasa, dan agak susah untuk ditemui. Keputusan juga… positif.

Kit ujian air liur

RTK ni pula kebanyakannya boleh didapati di farmasi berhampiran korang, dan mungkin yang paling banyak digunakan oleh orang ramai.

Gmate

Satu lagi kit yang dibuat di Korea. Walau bagaimanapun, tak macam SD Biosensor, ia senang dicari, dan dijual pada harga standard RTK.

JusChek (Failed)

Dannnnnnnn sebab ni la kitorang hantar 2 kit. Dalam ujian pertama, garisan T (yang akan menunjukkan korang positif C-19) adalah sangat samar-samar dan Shazana mungkin akan ingat dia negatif kalau kita tak tahu yang dia memang dah disahkan positif.

Ujian kedua pun tak memberangsangkan sebab garisan C (yang menunjukkan ujian tu sah) tak muncul langsung. Ia hanya muncul selepas 10 minit, lebih lama daripada masa yang dinyatakan dalam arahan.

BeRight

Pengilang juga membungkus kit dengan pad alkohol tapi tak bagitahu untuk apa dalam arahan penggunaan.

ProDetect

Kedua-dua garisan C dan T muncul dalam masa kurang daripada 5 minit dengan garisan T agak samar-samar pada mulanya, kemudian semakin jelas.

Wondfo

Menariknya, kit ni datang dengan “Sijil Pematuhan” (Certificate of Conformity).

Alltest

Memandangkan kitorang kehulu kehilir beli pelbagai jenis RTK, nampaknya ni lah kit yang paling banyak dijual. Dan (sekurang-kurangnya pada sampel kitorang), ia berfungsi.

Ujian “Lollipop”.

Tiada calitan hidung, meludah atau bersiul diperlukan dengan kit ni. Ia dipasarkan sebagai kit yang mudah digunakan, terutamanya untuk kanak-kanak dan orang tua. Macam mana ia berfungsi? Bergantung pada jenama kit, tapi persamaan kesemuanya adalah dengan melekatkan hujung penyerap ke dalam mulut supaya ia boleh mengumpul air liur korang.

Ujian Tiupan™ (Gagal)

Walaupun selepas dua kali ujian, kit ni nampaknya tak menyerap cukup cairan dari mulut Shazana; sampai ke tahap tiada garisan muncul SAMA SEKALI. 

V-Chek (Gagal)

Sama macam ujian tiupan (mungkin tipuan), ujian stail lolipop ni juga tak berjaya. Sekurang-kurangnya garisan C muncul untuk ujian ni… walaupun sangat, sangat perlahan.

Tiada ujian yang boleh dipercayai 100%

Klik untuk imej penuh

Satu perkara yang kitorang tak sertakan sekali ialah kadar kebolehpercayaan, atau sensitiviti (keupayaan untuk mengesan jangkitan) dan kekhususan (keupayaan untuk menolak jangkitan). Cara ia dilaporkan juga berbeza mengikut pengilang, dan korang kena baca arahan yang disertakan dalam tu. Paling penting sekali, belilah jenama yang dah pun diluluskan oleh MDA, yang bermaksud sekurang-kurangnya korang boleh yakin dengan keperluan minimum yang diperlukan.

Kenapa kitorang fikir maklumat tu tak berbaloi untuk dimasukkan adalah sebab, walaupun kebanyakan pengeluar RTK menyenaraikan keupayaan produk mereka untuk mengesan virus pada kadar melebihi 90%, pengujian dunia sebenar yang dilakukan oleh penyelidik meletakkan bilangan tu lebih hampir kepada 70% disebabkan pelbagai faktor seperti viral load dan keupayaan untuk mengesan strain yang bermutasi.

Inilah sebabnya korang digalakkan untuk mengambil ujian PCR untuk memastikan kesahihannya. Kitorang juga nak ingatkan yang hasil percubaan kitorang ni bukanlah sebuah panduan pembeli bila korang nak beli RTK nanti – Sebabnya? Hasil juga mungkin berbeza-beza.

Tapi… keputusan mungkin juga dipengaruhi oleh cara kitorang jalankan ujian ni. Beberapa cara terbaik termasuklah:

  • Masa terbaik untuk ambil ujian ni adalah masa korang mula-mula bangun tidur, di mana mulut korang mempunyai viral load paling tinggi.
  • Jangan makan, merokok, minum, berus gigi, dsb sebelum ambil ujian. Kalau tak, tunggu la lagi 30 minit atau lebih.
  • Baca risalah produk dan ikut arahan. Setiap kit ujian mempunyai langkah yang berbeza.
  • Semak semula sama ada kit yang korang beli ni dah diluluskan oleh MDA atau tak. Korang boleh tengok senarai penuh kat sini.

Konklusinya, sekurang-kurangnya korang sedar yang hanya satu baris pada RTK bukanlah ‘greenlight‘ untuk korang hadiri perhimpunan kalau korang mengalami mana-mana simptom. Jadi kalau korang selsema, batuk, atau bergejala, lebih baik jarakkan diri dari orang lain dan amalkan SOP sentiasa.

Dan terima kasih juga pada Shazana sebab dah tolong kitorang dengan kesemua ujian ni. Selamat berehat dan semoga cepat sembuh! Kitorang juga rancang nak buat sekuel untuk artikel ni jadi kalau korang nak tahu mana-mana jenama kit ujian tu berfungsi atau tak, hantar je kat kitorang ok!