Perkara ‘rare’ mengenai Rafizi Ramli yang mungkin ramai tak tahu

2019 yang lalu, Rafizi Ramli mengumumkan bahawa dia dah tak minat lagi dalam dunia politik atas tujuan ingin fokus dalam bidang lain iaitu pembelajaran dan bidang teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) dan internet kebendaan (IOT).

Akan tetapi, pada 15 Mac 2022, menerusi ciapan di Twitter, Rafizi Ramli mengeluarkan kenyataan mengenai pendapatnya mengenai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Harapan di PRN Johor serta mengumumkan kembali semula ke dunia politik. Dia juga umumkan bakal bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden PKR.

Kali ni, bukan isu atau kontroversi mengenai politik yang kami ingin bahaskan kerana sudah semestinya rata-rata dah tahu, tetapi kami bawakan anda kepada Perkara ‘rare’ mengenai Rafizi Ramli yang mungkin kita semua tak tahu. Kita mulakan yang pertama…

Semasa sekolah, Rafizi Ramli pernah terima anugerah dari Anwar

Rafizi Ramli merupakan alumni Malay College Kuala Kangsar (MCKK) dan bersekolah di situ pada tahun 1990 hingga 1994. Dia juga dikatakan menunjukkan prestasi yang amat memberangsangkan di sekolah sehingga menerima anugerah iaitu Anugerah Carey/Bolkiah sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan.

Pada hari penyampaian hadiah pelajar cemerlang, Rafizi Ramli telah menerima anugerah tersebut oleh DS Anwar Ibrahim yang pada masa itu memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri. Kisah ini pernah dikongsikan oleh Rafizi sendiri di laman Facebook:

Kiranya Rafizi Ramli berjumpa dengan DS Anwar Ibrahim bukan dari dunia politik tapi pernah bertemu depan-depan sejak zaman sekolah lagi. Siapa sangka beberapa puluh tahun selepas itu, dia antara ‘orang kuat‘ dan menjawat pelbagai jawatan dalam PKR termasuk timbalan presiden, bekerjasama dalam satu parti bersama DS Anwar Ibrahim.

Pernah bergaduh dengan Khairy Jamaluddin di London

United Kingdom and Eire (Ireland) Council (UKEC) menganjurkan Projek Amanat Negara (PAN) di London pada tahun 2012. Kepada sesiapa tak tahu lagi, PAN ialah inisiatif tahunan yang berfungsi sebagai platform wacana intelektual antara tokoh-tokoh terkemuka dalam bidang politik, sosial dan ekonomi serta pemimpin pelajar Malaysia.

Logo UKEC. Imej dari FB UKEC.

Pada hari berlangsungnya PAN, ia menampilkan perbahasan awam pertama antara Khairy Jamaluddin (Ketua Pemuda UMNO & BN) dengan Rafizi Ramli (Pengarah Strategi PKR) mengenai topik Wawasan 2020.

Kami ada menulis mengenai perbahasan ini dan kalau korang nak tahu lebih lanjut boleh tekan di sini. Akan tetapi, kami boleh je jelaskan perbahasan sengit ni dalam artikel ni.

GIF dari giphy.

Boleh dikatakan mereka berdua ni mempunyai pemikiran yang bijak kerana mengeluarkan hujah-hujah yang power dan kukuh. Dalam perbahasan tersebut mereka ada mengulas mengenai perlaksanaan polisi kerajaan.

Bukan itu saja, ada juga berlakunya gurauan manja antara mereka berdua di mana Rafizi Ramli mempelawa KJ untuk sertai pihak pembangkang.

“Semua orang tau yang ada setengah pihak di UMNO tak terima awak, jadi dengan semua halangan ini dan potensi yang awak boleh beri kepada rakyat, awak taknak masuk Pakatan Rakyat ke? Rupa dah lebih kurang sama, umur pun macam sebaya, dan hampir setiap masa kita mempunyai pemikiran yang sama” – kata Rafizi kepada KJ.

Lalu KJ pun menjawab:

“Masa saya datang sini, ingatkan nak kena bergaduh dengan Rafizi tapi dapat jemputan untuk masuk parti dia. Tapi saya percaya dengan misi perubahan dalam parti saya. Kalau Rafizi kata saya tidak mempunyai apa-apa impak, cuba tengok semua perubahan yang telah saya buat dalam parti pada harini. Semua perubahan ni terjadi dari jawatan saya sebagai Ketua Pemuda UMNO lagi dan sekarang telah menjadi pandangan mainstream dalam parti saya.” – kata KJ kepada Rafizi.

Korang boleh tengok perbahasan penuh tersebut di bawah:

Adakah bakal berlakunya reformasi baharu dalam PKR?

Seperti mana yang kita tahu, kembalinya Rafizi Ramli dalam dunia politik menjadi berita baik kepada semua penyokong PKR. Ramai mengucapkan ‘selamat kembali‘ kepada Rafizi.

Oh ye satu lagi, pastinya menjadi persoalan kepada orang ramai, kenapa Rafizi Ramli tidak bertanding untuk jawatan Presiden PKR saja? Ini jawapannya…

Dalam wawancara bersama dengan BFM, Rafizi Ramli mengetakan tidak mahu bertanding jawatan presiden kerana tak mahu kelam kabut.

“Kalau kamu goncang kestabilan ini, mesej-mesej positif dan sumbanagn yang kamu buat akan ditenggelami dengan fokus kepada pemilihan dan pertembungan persoanaliti.” – Rafizi Ramli dalam wawancara bersama BFM, dipetik dari Malaysiakini.

Sekarang ni kita hanya tunggu dan lihat sama ada akan perubahan dalam dunia politik kita bila hadirnya Rafizi Ramli atau tidak.