- 151Share sekarang!
- Email87
- Facebook64
- Share
Malaysia baru je menerima ketibaan tetamu istimewa, pesawat Antonov 225 Ukrainian 1980 yang dikatakan sebagai pesawat terbesar di dunia! Ia mendarat kat KLIA untuk mengisi minyak sebelum meneruskan penerbangannya ke ke Australia bagi menghantar generator elektrik seberat 117 tan.
Tapi… betul ke ni pesawat yang terbesar di dunia? Camne dengan pesawat gedabak lain macam Boeing dan Airbus? Jom kita buat perbandingan!
1. Hughes H-4 Hercules, kepanjangan 218 kaki 6 inci dengan sayap 320 kaki
2. Airbus A380-800F, kepanjangan 239 kaki 3 inci dengan sayap 261 kaki 8 inci
3. Antonov An -124, memiliki kepanjangan 226 kaki 8.5 inci dengan sayap 240 kaki 5.75 inci
4. C-5 Galaxy, kepanjangan 247 kaki 10 inci dengan sayap 222 kaki 9 inci
5. Boeing 777 -300 ER, mempunyai kepanjangan 242 kaki 4 inci dengan sayap 212 kaki 7 inci
6. Antonov An-225, memiliki kepanjangan 275 kaki 7 inci dengan sayap 290 kaki
So betul lah yang Antonov An-225 sekarang ni merupakan pesawat yang terbesar di dunia!
Macam mana Antonov An-225 Mriya mula-mula dibina
Amerika dan Russia memang dah lama berlumba-lumba dalam mencipta pesawat memasing. Dalam persaingan ni, Kesatuan Soviet pun kemukakan lah idea untuk melancarkan kapal terbang ni.
Biro Reka Bentuk Antonov diberi kontrak untuk merekabentuk 2 buah Antonov 225 (yang dibesarkan daripada model AN-124). Pesawat pertama ni berjaya disiapkan tapi yang lagi satu terbengkalai akibat kejatuhan Kesatuan Soviet.
Korang mesti tertanya-tanyak, besar sangat ke Antonov ni? Nak tahu, cuba korang tengok kat bawah ni:
Apa yang menariknya, pesawat ni menggunakan 6 buah enjin turbo jet Ivchenko Progress D-18T (kalau pesawat biasa 2 enjin je), 42 tayar, berukuran 88 meter lebar dari hujung sayap ke hujung satu lagi serta 85 meter panjang dengan berat keseluruhan 640 tan.
Ia boleh terbang dengan kelajuan maksimum 850 kilometer sejam, malah tangki minyaknya juga dapat menampung sehingga 300,000 kilogram.
Kenapa berhenti di KLIA?
So dengan saiz pesawat yang sebesar tu, KLIA dianggap lokasi paling sesuai (dengan keluasan 100 kilometer persegi) sebab ia mempunyai landasan yang luas. Ia jugak pernah diiktiraf sebagai lapangan terbang kedua terbaik dunia dengan reka bentuk yang unik dan memiliki kemudahan yang selesa.
Sebab itulah KLIA menjadi pilihan jika nak dibandingkan dengan lapangan terbang negara berdekatan seperti Singapura atau Indonesia.
Setelah sembilan tahun berlalu…
Korang tahu tak sebenarnya kan ni bukanlah kali pertama pon pesawat ni menjejaki tayarnya kat bumi Malaysia masih aman tapi dari apa yang kitaorang dapat tahu, kali terakhir ia ke Malaysia pada sembilan tahun yang lalu sekitar Disember 2007.
Bagi sesapa yang berminat dan tak nak lepas kan peluang tengok pesawat raksasa ni kat depan mata tu, boleh lah datang ke KLIA esok pagi kat. Bak kata pepatah orang Melayu ni, peluang hanya sekali jangan di lepaskan. Ye dok? Untuk maklumat detail, korang boleh lawat sendiri ke facebook Malaysia Airports.
UPDATE: Antonov-225 telahpun selamat sampai!
- 151Share sekarang!
- Email87
- Facebook64
- Share