KL banjir kilat walaupun dah banyak pencegahan? Ini sebabnya ia berlaku

Cuaca Malaysia sekarang ni pelik teruk. Baru je dua minggu lepas panas membahang sampai basah ketiak. Tapi beberapa hari lepas? Mesti ramai yang dah dengar pasal banjir kilat yang jadik kat KL.

Khamis lepas, hujan punyalah lebat sampaikan beberapa jalan termasuklah Jalan Duta dan Jalan Semantan banjir teruk sampai lebih daripada 100 kereta terkandas.

First time kitorang dengar, of course la kitorang nak cakap tentang apa yang korang boleh buat kalau terperangkap dalam banjir kilat, tapi NST laju je dah tulis. #respek

So… soalan seterusnya yang berlegar di ruang kepala kitorang adalah, apehal Kuala Lumpur senang sangat naik banjir berlumpur? Well…

KL kena banjir kilat sebab ianya bandar yang membangun

Imej oleh sirartwork di DeviantArt.

Ada banyak sebab kenapa banjir kilat berlaku (rujuk fail PDF), daripada sistem perparitan yang lemah, penebangan hutan, dan sisa-sisa daripada keje construction yang jatuh dalam longkang. Kat Malaysia, The Star ada melaporkan yang ianya merupakan gabungan “hujan lebat serta jumlah saliran dan sistem penyimpanan air yang tak mencukupi bagi bandar yang pesat berkembang.”

“Kejadian banjir meningkat disebabkan penggunaan dan kemajuan tanah. Apa yang kita buat kepada tanah akan memberi kesan kepada hidrologi kawasan. Perubahan daripada permukaan yang boleh ditembus kepada permukaan yang tidak boleh ditembus akan meningkatkan kadar serta jumlah air larian.” – Abdul Mutalib Mat Hassan, timbalan pengarah bahagian pengurusan banjir di Jabatan Pengairan dan Saliran, dipetik oleh The Star.

Dengan kata lain, kita telah membangunkan jalan dan bangunan tanpa mengambil kira samada longkang kita boleh handel ke tak, sebab jalan raya tak boleh serap air secepat tanah dan pembangunan bandar menyekat sungai yang kita ada.

Jadi masalah sebenar bukanlah sebab KL ni pesat membangun, tapi sebab KL ni membangun bukan dengan cara yang betul. Tapi at least sekarang kita tau apa problem, boleh lah kita start selesaikan, ye dok?

Sebenarnya, dah berdekad-dekad kita cuba selesaikan masalah banjir di KL

Walaupun banjir kilat kat KL takdelah sekerap mana, kitorang jumpa at least satu kejadian banjir kilat setahun semenjak 5 tahun lepas (2015, 2014, 2013, 2012, 2011). Ada laporan seawal tahun 1971 di mana ia mengorbankan 32 nyawa dan memberi kesan kepada 180 ribu orang! Boleh check blog ni untuk gambar-gambar banjir selepas tahun tu.

Banjir kilat di Kuala Lumpur, tahun 1971. Imej dari skyscrapercity.com.
Banjir kilat di Kuala Lumpur, tahun 1971. Imej dari skyscrapercity.com.

Ada juga dilaporkan yang banjir tadi tu lah yang membuatkan PM Tun Abdul Razak untuk membina Program Tebatan Banjir Kuala Lumpur (fail PDF).

Semenjak tu, kerajaan sentiasa berusaha untuk melaksanakan langkah-langkah baru untuk menangani banjir kilat. Antara usaha terbesar adalah pembinaan terowong SMART pada 2007, di mana SMART sebenarnnya adalah singkatan untuk Stormwater Management and Road Tunnel, di mana tujuan utamanya adalah untuk mengalirkan jumlah air banjir dan juga selaku jalan raya (bila tak banjir).

Terowong yang tersemat dalam hatil para pemandu KL.
Terowong SMART yang tersemat dalam hati para pemandu KL.

Dah tu apesal banjir kilat masih lagi berlaku? Tak SMART ah cenggitu

Antara sebab yang mungkin adalah sewaktu tahun 2014, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran, Datuk Ahmad Husaini Sulaiman mengatakan yang ada dua jenis banjir di KL – banjir sungai dan banjir kilat. SMART dibina untuk menangani banjir sungai daripada Sungai Klang.

Banjir kilat juga boleh berpunca daripada kawasan itu sendiri iaitu sistem perparitannya. Dan agak menarik bila dilihat yang ada satu kawasan yang kena banjir baru-baru ni sebenarnya tak pernah terkena sejak 5 tahun yang lepas.

“Agak mengejutkan, tiada sebarang tanda seperti air yang kotor atau banjir kecil, tiba-tiba ada banjir kilat.” – Pengerusi Peniaga Jalan Klang Lama, Koh Yoke Kook, dipetik oleh The Star

Kebanyakan artikel yang kitorang baca mengatakan yang kita bukan je tak cukup cara nak mengangani banjir kilat, tapi juga takde perancangan serta penyelenggaraan yang baik.

“Bila banjir kilat kena Kuala Lumpur dan menenggelamkan kereta di parking, ada pihak yang menyalahkan perubahan iklim. Saya rasa kita perlu persoalkan keadaan perparitan di bandar, penyelenggaraannya dan samada ianya dibina untuk menampung jumlah pembangunan yang sedang wujud hari ini.” – Ketua Eksekutif Centre for Environment, Technology and Development Malaysia (Cetdem), Anthony Tan, dipetik oleh The Star

Mungkin ianya bukanlah gomen semata-mata tapi orang ramai jugak, sebab sistem perparitan kita kadang-kadang penuh dengan sampah dan sisa-sisa kerja construction, seperti yang diterangkan dalam surat ni…

“Orang ramai haruslah diberitahu yang sistem perparitan bukanlah tempat pembuangan sampah.

Kerja-kerja binaan yang sedang berlaku adalah penyebab berlakunya banjir kilat. Kontraktor selalunya mengambil jalan singkat dalam kerja-kerja pemesongan yang sementara, sekaligus mengambil risiko dan mengurangkan kos.” – Sekretari Kehormat di Institut Jurutera Malaysia, Ir Prof Dr Jeffrey Chiang Choong Luin,dalam suratnya di MalaysiaKini

banjir-geli-gile
Geli geleman bak ang.

Jadi bukanlah satu pihak je yang perlu dipersalahkan.

Jadi apa yang kita rakyat marhein ni boleh buat?

Ada banyak cadangan tentang macam mana gomen boleh memperbaiki cara mereka menangani banjir kilat (contohnya artikel yang teknikal giler seperti yang ini dan yang ini).

Tapi sekurang-kurangnya kita sebagai orang awak boleh cuba berhenti membuang sampah du dakan longkang dan sungai.

“Ada kemudahan lain untuk pembuangan sampah, yang perlu disediakan serta digunakan, manakala perlaksanaan undang-undang ke atas pembuangan sampah yang salah perlulah diperketatkan. Sudah sampai masanya semua orang faham yang sampah boleh menyumbang kepada banjir serta kesan negatif lain kepada alam sekitar.” – Sekretari Kehormat di Institut Jurutera Malaysia, Ir Prof Dr Jeffrey Chiang Choong Luin, dalam suratnya di MalaysiaKini

geli-geleman-bak-ang
Opkos korang tanak benda-benda ni timbul kat jalan kalau banjir kilat jadik lagi.

(This article is translated from CILISOS, click here to read the English version.)