SPONSORED

Nak tau kenapa orang Malaysia suka sangat drama Korea? Ini 5 sebab daripada peminat tempatan

Sebelum ni CILISOS ada tulis artikel mengenai budaya K-Pop yang meletup habis kat Malaysia ni. Kami siap interview sorang peminat yang menceritakan macam mana dia tinggalkan rock Indie dan beralih kepada K-Pop.

Pelik gak kenapa ramai orang Malaysia fanatik sangat dengan hiburan dari Korea ni, dahlah kita tak faham pun bahasa mereka. Benda ni samalah macam peminat Hindustan, cumanya dengan Korea, ia punyalah hangat sampai kompeni-kompeni besar sanggup keluarkan banyak duit untuk buat promosi. Siap ada research dibuat mengenai fenomena ini.

Sekarang ni demam Korea dah merebak sepenuhnya kat Malaysia, ditambah pulak dengan Astro yang memberi cenderahati kepada peminat K-Drama macam Chingu dan Running Man. Bukan setakat tu je, baru-baru ni keluar filem komedi romantik tempatan ala-ala Korea iaitu Kimchi Untuk Awak lakonan Emma Maembong!

Terus terang kami cakap yang kami tak biasa sangat dengan K-Pop dan K-Drama ni, jadi…

Astro OnDemand telah membuatkan kami tulis pasal K-drama On-Demand!

Antara K-Drama yang korang boleh tengok kat Astro On-Demand di watchod.com

Kami tahu kenapa mereka tengah hangat bercakap pasal K-Drama – sebab OnDemand ada K-Drama yang paling top sekali, korang boleh download terus ke PVR dan tengok pada bila-bila masa macam Legend of the Blue Sea dan Scent of a Woman. Check senarai penuh kat sini :)

Kenapa mereka nak kami tulis artikel ni? Ok, sebenarnya Astro nak membuka peluang untuk lebih ramai lagi rakyat Malaysia menonton K-Drama… terutamanya yang belum kena lagi dengan demam Korea macam kami ni.

Kebanyakan orang bersetuju bahawa gelombang K-Drama kat Malaysia bermula dengan cerita Winter Sonata. Tapi bagi yang tak pernah tengok, mereka masih tertanya-tanya – apa yang best sangat dengan cerita Korea nih? Jadi kami pun tanya peminat-peminat ni sendiri, dan jawapan yang kami terima adalah…

1. Susah nak jumpa rancangan TV komedi romantik daripada Hollywood

“Bagi saya, ianya satu lepasan daripada realiti. Maksud saya, plot drama dia memang jenis ‘make believe’ dan saya suka enjoy sesuatu yang ringan dan happy, siap ada momen doki-doki gitu.” – Mutiara N.

“Sebab ianya menghiburkan dalam cara Barat, dan diselitkan dengan nilai-nilai orang Asia. Nilai-nilai kekeluargaan dan aspek budaya yang terdapat kat dalam K-drama serupa.” – Shakila R.

Kalau korang Google ‘romantic comedy series’, korang akan dapati 8 daripada 10 adalah drama Korea. Terdapat perbezaan antara filem Korea dengan rancangan TV Korea. Dalam filem, korang boleh jumpa babak mengerikan yang tak sesuai untuk budak-budak bawah umur (cerita Train to Busan tu pun kira ringan je lagi). Tapi TV Korea sangat berbeza, sampai kadang-kadang tu kandungan yang agak kontroversi akan ditapis. Sebab tulah ia nampak lebih sesuai dengan budaya Malaysia. Fokus kepada babak-babak yang touching ni lah agaknya kenapa 90% daripada penonton K-Drama adalah perempuan.

Bila difikirkan balik, tak banyak pun filem atau drama sekarang ni ada tema menyentuh hati dan bersifat kekeluargaan – sampaikan cerita kartun pun banyak bawa tema yang berat. Lagipun, bila kali terakhir korang tengok drama English yang fokus kepada SATU je couple?

Dan bercakap tentang couple…

2. Adegan mesra-mesra mereka takdelah sepantas orang putih

Tapi bila dah bercium, empat-empat sudut semua dia tunjuk.

Dalam filem Hollywood, biasanya cepat je mereka bermesra. Bukan setakat bercium, malah ada adegan-adegan 18SX yang tak sesuai kami ceritakan kat sini (sebab pembaca SOSCILI ada yang budak sekolah lagi).

Tapi dalam filem Korea, sekali dia cium, maka bersoraklah para peminat dengan penuh gegak gempita. Kat gambar kat atas je korang boleh tengok bukan main banyak lagi sudut yang ditunjukkan, siap muzik okestra lagi. Drama di atas adalah daripada Legend of the Blue Sea.

“Saya rasa cerita Amerika agak keterlaluan, tapi K-Drama paling-paling kuat pun babak ciuman je, saya rasa cinta yang ditunjukkan lebih suci dan bukanlah nafsu semata-mata, tapi ini pandangan yang agak idealistik. – Chaiyen

“Bila mereka bercium… rasa macam WHOAH. Bila ia tidaklah terlalu fizikal (berbanding drama Amerika), ia lebih bertumpukan kepada emosi.” – Andrea W.

Dan kadang-kadang, peminat sendiri boleh tentukan apa yang berlaku dalam K-Drama.

3. Kadang-kadang skrip boleh berubah berdasarkan feedback peminat (iye, termasuk dari Malaysia)

Imej dari aja-villa.tumblr.com

“Majoriti drama difilemkan semasa mereka on air supaya penerbit/ penulis boleh tweak jalan cerita atau potong/melanjutkan episod berdasarkan feedback penonton.” – Joanne C.

Kebanyakan rancangan TV daripada Hollywood biasanya kena shoot sekaligus sebelum ditayangkan. Ini disebabkan oleh kos penerbitan yang sangat tinggi. Tapi orang Korea je yang cukup gila, sanggup shoot satu episod setiap minggu sambil siri tersebut ditayangkan kat TV.

Pelakon Kwon Sang-woo mengeluh kerana penggambaran bagi episod terakhir drama “King of Ambition” dibuat sehinggalah 30 minit sebelum ia disiarkan – KoreanCultureBlog.com

Ini dikenali sebagai live-shooting di mana setiap episod akan disiarkan sejurus selesai proses penggambaran. Apa yang bagusnya ialah hampir semua live-shot K-drama mendapat rating yang tinggi kerana ia disesuaikan berdasarkan feedback penonton.

Yang tak bestnya pulak ialah crew production selalu komplen tak cukup tidur dan rehat. Pelakon pulak hanya mempunyai masa yang singkat je untuk menyelami watak yang akan dibawa sebelum beraksi di hadapan kamera.

Bercakap pasal pengaruh peminat terhadap drama Korea, sekarang peminat dari Malaysia boleh berbangga bila salah satu syarikat penerbangan tempatan dah sponsor satu drama Korea yang bertajuk “On The Way To The Airport”.

4. Kebanyakan K-Drama tamat selepas satu musim

Bagi yang selalu tengok rancangan TV daripada Hollywood, mesti korang biasa marathon 10 musim sekaligus sampai termuntah.

Bagi kebanyakan penerbit, susah mereka nak tamatkan drama masing-masing bila ia mendapat sambutan hebat. Selagi boleh buat duit, selagi tu mereka tambah season baru. Contohnya drama Cina macam Love In The War (601 episod), The Bold and the Beutiful (7000 episod dan masih lagi disiarkan). Malah Breaking Bad sendiri tamatkan drama mereka selepas 5 musim.

Kat Korea, biasanya drama bersiri mereka ditayangkan setiap hari sehingga 100 episod. Tapi ada jugak mini-series yang hanya ada 2 episod macam Splash Splash Love hingga yang paling banyak pun 24 episod macam drama All-In.

“Kita memang tak nak berpisah dengan drama yang best (terutamanya bila kita suka watak-wataknya) tapi saya fikir ia akan jadi lebih teruk kalau drama tu terus meleret. Pembaharuan musim baru boleh menjadi langkah yang teruk untuk cerita dan watak tersebut – dari apa yang pernah saya saksikan.” – Caron L.

Ia adalah untuk menjaga jalan cerita dan watak-watak dalam drama. Lagipun kat Korea, ‘jenama’ siri tu sendiri tak penting sangat sebab…

5. Pelakon bukan je setakat pandai belakon tapi dikenali ramai

Kalau korang tengok sekali imbas poster drama Missing 9 kat atas ni, ni korang akan perasan yang (hampir) semuanya tampan dan jelita belaka, tak nampak macam baru survive nahas kapal terbang pun. Rambut je la nampak kusut, tapi masih kusut bergaya. Malah kalau korang familiar dengan K-Pop, korang mungkin perasan ada beberapa yang datang daripada boygroup dan girlgroup.

Walaupun trend artis yang boleh berlakon dan menyanyi ni dimulakan di Hong Kong, tapi kat Korea mereka lagi pulun di mana mereka selalu muncul dalam komedi, drama, dan reality TV. Dan walaupun drama Korea selalunya tak lebih satu musim, artis-artis ni semua memang selalu dapat kerja, dan para peminat memang setia mengikuti perkembangan mereka.

Sebagai contoh korang boleh tengok sendiri Yook Sung-jae yang telah keluar daripada kumpulan BTOB untuk menyertai pelbagai show seperti “King of Masked Singer” dan telah memenangi anugerah pelakon popular dalam series “Who Are You: School 2015”.

Penerbit K-drama sedar pasal benda ni dan memperuntukkan lebih dari separuh bajet mereka untuk bayar pelakon utama (berbeza dengan Amerika dan negara-negara lain yang hanya memperuntukkan 10-25%). Sebab tu lah pendapatan yang diperolehi pelakon utama ni boleh mencecah sehingga RM400K untuk satu episod.

6. Mereka betul-betul jaga peminat masing-masing

Kwang Soo bersama peminatnya dari Malaysia. Imej dari The Star

Bila Andy Lau atau Neil Patrick Harris turun KL, paling kuat pun korang dapat tengok rambut mereka je. Kalau nasib baik sikit, dapatlah tengok mereka kena interview kat atas stage.

“Ramai selebriti Korea memberi ‘fan service’ – melibatkan diri bersama peminat mereka dengan lebih dekat. Mereka (kadang-kadang terpaksa) buat sidang media, melakukan/menunjukkan pelbagai perkara yang lucu dan segala benda kat media sosial supaya korang betul-betul minat dan jatuh cinta pada mereka.” –Maxine L.

Bintang Korea ni belajar daripada J-pop dan pergi ke bandar-bandar untuk berinteraksi dengan peminat atau lebih dikenali sebagai ‘fan service’. Ini bukan sekadar untuk tunjuk muka je, tetapi untuk betul-betul memberi penghargaan kat peminat.

‘Fan service’ bukan je untuk show malah ia dah jadi seperti budaya K-Pop. Bintang Korea menunjukkan keikhlasannya untuk merapatkan hubungan mereka bersama peminat dengan cara merendah diri. Mereka akan buat performance habis-habisan tak kiralah sama ada ada 100 atau 10,000 orang penonton.

Sebenarnya banyak kerja keras di sebalik sebuah K-Drama, bukan setakat tunjuk muka jambu je

Kami banyak terima komen dari peminat K-pop kat Malaysia tapi sebahagian daripada mereka ni malu nak dedahkan status masing-masing.

“Bila saya beritahu beberapa orang yang saya menonton K-Drama  atau mendengar lagu-lagu K-Pop bila ada masa lapang, mereka macam tak percaya. Mereka beranggapan hanya wanita bujang atau wanita pertengahan umur je yang menontonnya. Malah korang juga tiba-tiba dicop sebagai seorang yang pendiam, single dan suka menyendiri. Samalah macam mana bila korang kata yang korang suka anime Jepun dan korang terus dianggap sebagai seorang weeaboo.” – Mutiara N.

Walaupun sebahagian daripada kami merupakan peminat drama TVB, anime Jepun, ataupun filem Hindustan; nampak jelas yang ADA BANYAK pasal K-Drama yang menunjukkan para penghibur Korea memang bekerja keras berbanding bintang-bintang lain.

Semua ni menyumbang kepada pengalaman menonton yang agak unik dan kami sendiri tak sabar nak merasakannya sendiri. Kalau korang pun pikir benda yang sama, korang bolehlah dapatkan Astro PVR, sambungkan ke Wifi rumah dan korang dah boleh layan K-drama 76 jam kat www.watchod.com.

Kalau korang masih jugak lagi tak berapa faham dengan gelombang Korea ni, mungkin sebab korang tak suka tengok cerita yang ada subtitle.

Popular

To Top

Send this to a friend