Nak duit lebih, carik kereta ni kat pasar Ramadan petang ni

Time kecik-kecik dulu bila dapat duit raya, tak kiralah berapa banyak sekalipun mesti excited punya. Selalunya dapat RM2, tapi kalau nasib baik dapat pak sedara terlebih murah hati, sampai RM10 pun ada!

Haa… kali ni kalau korang nak tau, Webe pun dengan baik hatinya nak bagi korang DUIT RAYA sehingga RM850, secara percuma! (Dah nama pun duit raya ye dok, mesti la percuma ye dok.) Tak sangka dah besar panjang, dah berjanggut berjerawat pun boleh lagi dapat duit raya kan. Terharu sejenak.

Memang dah ada yang menang OK, tak tipu punya...
Memang dah ada yang menang OK, tak tipu punya…

Yay duit free! Okeh macam mana nak dapat?

aziz-make-money

Yang ni simple je, tak perlu masuk contest dan tak perlu isi slogan. Dari 23 hingga ke 28 Jun, kereta peronda Webe akan berada kat bazar Ramadan dan mamak sekitar Lembah Klang berikut (dari 4 sampai 730 petang, pastu 830 sampai 11 malam):

  • 23 Jun (Khamis): Bazar Ramadan Kg Baru, Line Clear Kg Baru, Bazar Ramadan Jalan Masjid India, kat luar ABC food corner
  • 24 Jun (Jumaat): Bazar Ramadan TTDI, Mamak Rasta TTDI, Stadium Melawati Seksyen 13 Shah Alam, kat luar Mydin Shah Alam
  • 25 Jun (Sabtu): Bazar Ramadan Kg Medan, mamak kat Kg Medan, Bazar Ramadan Taman Melawati, kat luar Restoran Nasi Kandar Deen
  • 26 Jun (Ahad): Bazar Ramadan Bangsar, kat luar Devi’s Corner, Bazar Ramadan Chow Kitt, luar Restoran Lotus kat Chow Kitt
  • 27 Jun (Isnin): Bazar Ramadan Jalan Tunku Abd Rahman, kat luar Sogo, Bazar Ramadan Seksyen 13 Shah Alam, kat luar Bistro Al Rafi
  • 28 Jun (Selasa): Bazar Ramadan Kelana Jaya, luar Restoran Jamal Jalan SS5A/9, Selera Jaya 223 PJ (sebelah Amway), Al-Mareesa kat Paramount
Imej dari Backpacking Malaysia.
Imej dari Backpacking Malaysia.

Dah jumpa kereta peronda ni, korang cuma perlu ikut 3 langkah mudah kat bawah:

LANGKAH PERTAMA: Pastikan smartphone korang dah install app Webe850:

google play storeApple appstore

LANGKAH KEDUA: Gunakan app Webe850 untuk scan kod QR kat mesin yang disediakan oleh kereta peronda.

webe-QR-code-border

LANGKAH KETIGA: Menang! Kalau korang menang duit raya, kru Webe akan rekodkan maklumat korang untuk bank transfer dan sebagainya.

Ada banyak lagi hadiah menarik!

Event-Page-Cover-Raya-3

Selain daripada duit raya, korang jugak berpeluang memenangi Huawei Mate 8, ZTE Blade V7, dan jugak kamera Itouch! So alang-alang nak pergi bazar Ramadan beli murtabak daging dan soya cincau tu, pergi la scan QR kod sekali.

Jangan lupa share artikel ni dengan member!