Perang Saudara di Klang yang berlangsung selama 6 tahun

Hari ni kalau bukak TV mesti ada berlaku kejadian perang di serata dunia dan yang paling banyak keluar berita adalah adalah Perang Saudara Libya dan Perang Saudara Syria. Walaupun kedua-dua konflik ni tak habis lagi tapi impak mereka telah menggegarkan satu dunia dengan nyawa-nyawa yang terkorban serta kebanjiran pelarian.

Sebenarnya kisah perang saudara ni dari dulu lagi dah ada, dan yang paling famous kat dunia Barat adalah Perang Saudara Amerika di mana mereka telah menentang antara satu sama lain untuk memansuhkan sistem penghambaan kat negara tu.

Kalau korang nak tahu, semasa perang Saudara Amerika sedang berlangsung, Negeri Selangor turut bersiap sedia untuk menghadapi peperangan. Negeri Selangor berperang?? Hmm mungkin ada antara korang yang tak tahu, so kami di SOSCILI pun terdetik nak buat artikel ni bagi korang yang tak pernah tahu mengenainya.

buku-selangor
Kami jadikan buku di bawah ni (Selangor Sejarah dan Proses Pembangunannya) sebagai sumber rujukan bagi membantu didalam penulisan artikel.

Oleh kerana Perang Saudara ni melibatkan terlampau banyak watak-watak utama, kami akan sertakan gambarajah bagi setiap bahagian, supaya senang korang nak rujuk.

OK so apa mulanya kes gaduh-gaduh sesama member ni?

Pergaduhan berpunca dari perebutan kuasa dan permusuhan Bugis-Sumatera

 

perang-saudara-klang-01
Melayu Bugis dan Melayu Sumatera tak boleh nak ngam.

Pasa tahun 1766, Sultan Salehuddin yang berketurunan Bugis ditabalkan sebagai Sultan Selangor yang pertamaWaktu tu Selangor ada dua puak utama iaitu Melayu Sumatera dan Melayu Bugis. 

Pada tahun 1854 pulak, Sultan Selangor kasi hak memerintah Klang kepada Raja Abdullah sebab dia telah tolong bayarkan hutang Raja Sulaiman yang merupakan mantan pemerintah Klang.

Bila Sultan Salehuddin meninggal, takhta tu telah diganti oleh Sultan Abdul Samad tapi dia tak berjaya pegang satu Selangor (hanya kawasan Langat je) sebab mendapat tentangan daripada Melayu Sumatera.

Peperangan berlaku apabila Raja Mahdi tak puas hati kerana bapaknya Raja Sulaiman telah diganti oleh Raja Abdullah sebagai pemerintah Klang. Jadi dia dan puak Melayu Sumatera yang tak suka dengan kepimpinan Sultan Selangor telah menyerang Raja Abdullah. Raja Abdullah lari ke Melaka bersama keluarganya. Raja Abdullah tak dapat nak rampas balik sebab dia telah meninggal dunia kat Melaka, anak dia try nak rampas balik tapi gagal jugak.

kubu-raja-mahdi
Gambar dari davishunter.com

Penglibatan orang luar dalam Perang Saudara Klang

 

 

perang-saudara-klang-02b
Dua-dua team dapatkan bantuan gangster Cina.

Bila Raja Abdullah kalah, Sultan Abdul Samad telah menghantar Tengku Kudin untuk menggantikan tempat dia. Tengku Kudin ni bukannya sebarang orang, dia merupakan adik kepada Sultan Kedah dan menantu kepada Sultan Selangor. Kehadiran Tengku Kudin dalam konflik ni telah mengubah rentak permainan tersebut dan nak lagi best, Tengku Kudin punya bini adalah bekas tunang Raja Mahdi *cue lagu cerekarama TV3*

Kedatangan Tengku Kudin bukan saje untuk menentang Raja Mahdi, tapi dia juga turut menjadi wakil untuk Sultan memerintah di beberapa kawasan Selangor. So perkara ni telah mendatangkan kemarahan terhadap pembesar-pembesar lain dan mereka semua tak puas hati lalu turut serta sama-sama join Raja Mahdi.

So kat #teamRajaMahdi ada Raja Mahdi, pembesar-pembesar Selangor, Melayu Sumatera, dan geng yang tak puas hati dengan Sultan Abdul Samad. Kat #teamSultan pulak ada Sultan Abdul Samad, Tengku Kudin dan Sayyid Mashor. Dua orang ni merupakan key player untuk pihak Sultan sebab Tengku Kudin ada hubungan rapat dengan orang British manakala Sayyid Mashor pula merupakan salah sorang fighter Sultan Selangor yang… termahsyur.

Tapi… Bukan orang Melayu je tau yang berperang kat dalam konflik ni. Malah ia turut melibatkan kumpulan kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San (mereka ni bukan saje membantu penduduk Cina di Tanah Melayu tapi turut memainkan peranan penting dalam industri bijih timah).

hai-san-ghee-hin
Hai San dan pelombong Ghee Hin. Gambar dari wikipedia dan juga foto-antik.blogspot.my

Senang cerita, kat mana ada bijih timah, kat situ ada gangster Cina. So kedua-dua belah pihak telah menggunakan kumpulan Cina ni untuk kelebihan masing-masing. Tengku Kudin telah mendapat sokongan daripada So Hai San manakala Raja Mahdi pula mendapat sokongan dari Ghee Hin. Hmmm ramai kan watak kat dalam konflik ni haha.

 

Dengan back up yang besar, Tengku Kudin telah melanggar kubu Raja Mahdi. Tapi dia tak serang direct, sebaliknya Tengku Kudin telah camping kat luar kubu dan menahan semua bekalan masuk dan keluar dari tempat tersebut. Lepas 18 bulan kepung kubu tu, Raja Mahdi terpaksa lari ke Kuala Selangor sebab dia dah mula kekurangan duit dan kehilangan pengikut.

jack-sparrow-running
Dari giphy.com

Masa on the way ke Kuala Selangor, Sayyid Mashor telah dikerahkan untuk mengejar Raja Mahdi. Tetapi dalam masa yang sama, Sayyid Mashor telah mendapat berita bahawa adik dia telah dibunuh oleh kerabat Sultan Selangor. Perkara tu telah mendatangkan kemarahan Sayyid Mashor dan dia pun telah ambil keputusan untuk berpihak kepada Raja Mahdi.

British pun mula masuk daun~~~

perang-saudara-klang-03
Tengku Kudin dapatkan bantuan British. Sayyid Mashor yang rasa dikhianati join Raja Mahdi.

 

Walaupun Tengku Kudin kehilangan Sayyid Mashor, tak bermaksud dia telah kalah. Malah Tengku Kudin masih ada lagi sokongan dari pihak British dan juga pahlawan dari Kedah.

Nak dijadikan cerita, Sir Andrew Clarke (mamat yang buat Perjanjian Pangkor) telah mengambil keputusan untuk turut masuk campur setelah dia mendapat berita ada kapal kena serang yang melibatkan kematian orang awam dan dia telah hantar sekumpulan tentera marin British melalui dua buah kapal iaitu HMS Rinaldo dan juga HMS Pluto untuk menyerang balik kubu Raja Mahdi.

Bedalan dahsyat dari kapal British tu telah menyebabkan Raja Mahdi, Sayyid Mashor, and the buskers gang telah berlari masuk ke hutan dan tinggalkan kubu tu.

hms-pluto-rinaldo
Kiri tu HMS Pluto tapi yang kanan tu bukan HMS Rinaldo sebab kami tak jumpa gambar dia, tapi kapal yang kat dalam imej ni adalah jenis yang sama macam HMS Rinaldo. Gambar dari wikipedia.

Lepas team Raja Mahdi lari, Tengku Kudin telah berarak masuk ke kubu tu bersama 100 tentera Sikh yang telah diberi oleh British. Tapi yang kelakarnya kubu yang menjadi rebutan tu sebenarnya hak milik Raja Musa, dan dia telah minta balik kubu tu dari Tengku Kudin tapi permintaanya ditolak dan ni menyebabkan Raja Musa masuk ke team Raja Mahdi.

british-sikh-soldiers
Contoh rupa askar Sikh kat dalam regimen tentera British. Gambar dari pinterest.com

Serangan terakhir sebelum jatuh ke tangan asing

perang-saudara-klang-04
Tengku Kudin dapatkan bantuan Kesultanan Pahang. Raja Musa yang rasa dikhianati join Raja Mahdi.

 

Bila dah dapat kekuatan dia balik, Raja Mahdi pun attack Tengku Kudin kat Bukit Nanas. Kubu Tengku Kudin yang dipenuhi dengan pengikut dia termasuk juga Hai San dan pendatang Eropah cuba bertahan tapi last-last kantoi juga dan akibatnya, Kuala Lumpur telah dihancurkan.

Silap Raja Mahdi time ni adalah dia tak dapat bunuh Tengku Kudin sebab serang balas dari Tengku Kudin telah mengakhiri Perang Saudara Klang ni. Tapi Tengku Kudin tak buat sorang, dia dapat bantuan dari Kesultanan Pahang, tentera British, dan juga Hai San. Serang balas tu telah menyebabkan Sayyid Manshor melarikan diri manakala Raja Mahdi pula telah ditangkap dan di halau ke Singapura.

tengku-kudin
Tengku Kudin (duduk) dengan geng dia. Gambar dari pekhabar.com

Bila dah habis perang, semua yang pernah tolong Tengku Kudin pun mula claim habuan masing-masing. Ramai pejuang Pahang telah naik pangkat dan salah sorang ketua pejuang Pahang dapat Pulau Tawar dari Sultan, tambahan lagi Sultan telah kasi share cukai bijih timah dari Klang kepada Bendahara Pahang.

British yang selama ni telah fund dan hantar tentera kepada Tengku Kudin pun mula minta habuan mereka. Sebagai balasan, Tengku Kudin kasi hak menggali selama sepuluh tahun kepada mereka. Tapi tu dikira sebagai hadiah saguhati sebab hadiah utama peperangan tersebut adalah kemasukan pentadbiran British ke Negeri Selangor.

Sebab utama kenapa Tengku Kudin nak pegawai British masuk adalah kerana dia perlukan pertolongan dari segi pentadbiran dan British telah bersetuju dengan menghantar Frank Swettenham.

frank-swettenham
Gambar dari alchetron.com

Walaupun dari segi luaran Tengku Kudin yang menang, tapi sebenarnya dia telah menggadaikan Negeri Selangor kepada orang British. Dan memandangkan selepas perang saudara tersebut dia dah takde peranan, Sultan Selangor (atas hasutan orang British) telah menghantar Tengku Kudin pindah ke Pahang dan tinggal kat situ sampai dia meninggal dunia.

Raja bergaduh sama raja, British jugak yang dapat untung

Apa yang kami sedar semasa buat artikel ni adalah, Sultan Abdul Samad macam tak nak terlibat langsung dalam krisis ni. Contohnya time dia buat taktau semasa perbalahan antara Raja Abdullah dan Raja Mahdi untuk Klang dan lepas kematian Raja Abdullah, Sultan dengan selambanya telah menabalkan Tengku Kudin sebagai ganti.

Pada masa yang sama pihak British sedang menunggu masa yang terbaik untuk merampas Selangor dari orang tempatan. Ingat tak tadi kami kata yang Sultan Abdul Samad hanya dapat mengawal Langat? Tapi dengan bantuan British, Sultan Abdul Samad berjaya merangkul satu Selangor tapi akhirnya British juga dapat pegang negeri tu hasil daripada sistem residensi.

Jadi hasil campur tangan orang luar yang tamak dan pemimpin yang terlepas pandang ni boleh dikatakan punca kenapa Selangor jatuh ke tangan orang luar. Mungkin kita tengok ni zaman dulu boleh jadi, tapi macam mana pula dengan zaman sekarang? Ada satu pepatah ni kata:

“Those who do not remember the past are condemned to repeat it”

atau translation-nya

“Siapa yang tak ingat sejarah dia akan ulanginya” – George Santaya, Ahli Falsafah.

Dan benda ni bukan saje boleh apply kat politik negara tapi kat peringkat keluarga pun boleh.

About Adly Kiddy 83 Articles
Layari Spotify atau Apple Music dan dengar lagu Selesta - Resistance