Camne condo ni boleh muat 2 bilik tidur dan bilik air dalam 678 kaki persegi?!

Mesti ada di antara korang yang masih tercari-cari rumah idaman. Lebih-lebih lagi yang akan berkahwin atau yang baru je nak bina keluarga tu. Yang bujang pun tak salah nak merancang awal, sebab rumah inilah tempat kita berteduh dari panas dan hujan.

Rumah idaman ni selalunya ada kriteria-kriteria tersendiri, macam saiz, konsep dan reka bentuk. Boring jugaklah kalau tengok rumah dengan reka bentuk dan konsep yang sama je kan? Walaupun macam tu, kita jugak selalu dengar yang harga rumah sekarang ni makin mahal.

Tapi nampaknya, korang bertuah sebab kitorang dah jumpa satu tempat kediaman yang memang berbaloi dan akan buatkan korang rasa teruja punya! Kawan kitorang kat OSK Property dah perkenalkan tempat kediaman Ryan & Miho

Ryan & Miho PJ 13. Imej dari OSK Property.

Dengar nama pun dah unik kan? Sebenarnya tempat kediaman ni sangat istimewa sebab…

1. Ia umpama ‘Oasis Yang Indah’ di kawasan PJ

Untuk pengetahuan korang, kediaman Ryan & Miho ni bawa dua konsep berbeza, iaitu… Ryan and Miho ni bawa maksud ‘Oasis yang Indah’. Ryan tu perkataan Turki yang bermaksud ‘oasis’, manakala Miho pulak perkataan Jepun untuk ‘keindahan’. Disebabkan namanya pun dah gambarkan dua negara, maka

Kalau korang nak tahu, Ryan & Miho terletak kat Seksyen 13 Petaling Jaya (PJ). Kalau kat sini, kita sedia maklumlah yang ia dikelilingi banyak pembangunan komersial kiri dan kanan. Buktinya, ada lebih kurang 6 hub komersial, 9 pusat membeli belah dan lebih dari 12 universiti dan sekolah antarabangsa, berdekatan dengan tempat kediaman ni.

Semua tempat ni jaraknya tak sampai 5km dari Ryan & Miho. Imej dari timeout.com, Wikimedia medi-care.com & The Star.

Ryan & Miho jugak terletak betul-betul sebelah Jaya One, sampai diorang buat jambatan terus dari kawasan rumah korang ke Jaya One. Tak payah la lagi korang sibuk nak cari parking bagai. Tak lupa jugak, jarak pusat kediaman ni dengan Colombia Asia Hospital tak sampai 1km pun.

Selain tu, tempat kediaman ni jugak berhubung dengan tiga lebuhraya utama, macam – SPRINT, LDP dan Lebuhraya Persekutuan (Federal Highway). Jadinya, ia memang strategik untuk korang yang berkerja kat Lembah Klang.

2. Korang boleh rasa macam kat Istanbul dan Tokyo dalam masa sama

Kalau korang perasan kat awal tadi, kitorang ada cerita pasal Turki dan Jepun. Untuk maklumat, dua bangunan (tower) kat Ryan & Miho ni datang dengan reka bentuk dan konsep yang berbeza. Satu tower dengan konsep Turki dan satu lagi dengan konsep Jepun.

Apa yang buatkan korang boleh rasa macam kat dua negara ni adalah bila Ryan & Miho ada Hammam Turki dan tempat mandi air panas ala-ala ‘Onsen’ kat Jepun tu. Kalau ada yang tak berapa tahu, Hammam ni juga dikenali sebagai Turkish Bath.

Contoh hammam yang ada kat Istanbul. Imej dari tripsavvy.com
Dipenuhi dengan kehijauan, melengkapkan Turkish Hammam kat Ryan & Miho. Imej dari OSK Property.

Hammam ni adalah tempat mandi awam yang dah wujud sejak zaman Uthmaniyah lagi. Kat sinilah korang boleh mandi, gosok badan yang berdaki tu dan relakskan badan. Kalau cakap pasal tempat mandi air panas Jepun pulak, rasanya semua dah tahu. Itulah yang kita tunggu-tunggu nak bila datang Jepun. Lagi-lagi bila terpengaruh dengan rancangan Jepun dan anime-anime diorang.

Illustrasi kolam air panas yang akan ada kat Ryan & Miho nanti. Imej dari OSK Property.
Satu-satunya spesis monyet (Snow Monkey) atas dunia yang tahu cara nak relaks dalam kolam air panas. Imej dari travel.gaijinpot

3. Ada podium seluas 2.2 ekar yang korang boleh buat macam-macam aktiviti

Podium ni terletak kat tingkat lapan dan ia sediakan macam-macam kemudahan. Antaranya macam –  ada Maze Garden, Tea Pavilion, taman herba, gelanggang futsal, kawasan BBQ, surau, sauna, swimming pool dan gimnasium luar. Landskap hijau yang menghias podium ni pulak direka khas oleh SD2 – sebuah firma rekaan landskap yang dah menang banyak anugerah.

Tea Pavilion (atas) & Gimnasium (bawah). Imej dari OSK Property.

Sesuai dengan nama Ryan & Miho, dua lobi lif kat dua tower kediaman ni pun bawa konsep Turki dan Jepun. Ni bermakna, korang dah boleh rasa macam kat Turki atau Jepun bermula masa naik lif lagi.

Nak naik lif pun korang dah rasa macam kat Turki dan Jepun. Imej dari OSK Property.

Kepada Bumiputera pulak, Ryan & Miho tawarkan 50 peratus kuota bumi dan 10 peratus diskaun Bumiputera. Jadinya, sesiapa yang mencari rumah area KL dan PJ tu, jangan lepaskan peluang ni!

5. Bukan setakat rumah, korang juga boleh dapat stor untuk simpan barang

Seterusnya, kita nak cerita pulak pasal kemudahan-kemudahan lain yang korang boleh dapat dengan Ryan & Miho. Kitorang dimaklumkan yang Jalan Universiti (jalan nak ke Ryan & Miho) akan dibesarkan dari 2 lorong ke 3 lorong tak lama lagi.

Makin mudahlah korang nak pergi kerja dan balik rumah nanti. Imej dari Google Map.

Selain tu, unit terpilih dari Ryan & Miho juga akan dapat stor khas seluas antara 35 – 80 kaki persegi. Kalau korang bertuah, dapatlah korang simpan apa-apa barang yang patut kat stor tu nanti. Dalam hal parking pulak, diorang dah sediakan antara satu sampai tiga tempat parking untuk satu unit.

Takde lah korang dikecewakan lagi. Imej dari tawaurians.com

Utamakan rumah dari kereta – kata pakar

Media melaporkan yang kebanyakan dari anak muda selalu tersilap langkah bila lebih utamakan kereta dari membeli rumah. Tapi dalam masa sama, ramai juga mereka yang bagi komitmen penuh kumpul duit sebab nak beli rumah.

“Sebenarnya walaupun kerja biasa-biasa, mereka bukan tak mampu, cuma saya nasihat jangan beli kereta dulu.” – Mohd Rodzi Mat Ghani, sekarang ni dah ada 11 buah rumah. Katanya kepada mStar.

Tapi beli rumah ni bukan terhad kat anak muda je, sesiapa pun boleh kalau ada kemampuan dan usaha. Untuk Ryan & Miho, rumah ni sesuai dengan korang yang duduk kat area KL/PJ, bekerja kat area ni, ibu bapa yang nak belikan rumah untuk anak-anak atau mereka yang terlibat dalam pelaburan hartanah.

Dalam masa sama, korang juga akan dapat pengalaman unik dengan adanya konsep dua negara yang ditawarkan oleh kediaman ni. Kalau tiba-tiba korang dapat WhatsApp dari kawan yang lama tak jumpa dan dia tanya korang duduk kat mana sekarang. Korang boleh la jawab duduk kat Turki atau Jepun. Pastu bagi gambar kat Hammam dan Onsen tu. Haha gurau je.

Pemandangan kat podium Ryan & Miho. Imej dari ryanmiho.com

Klik sini kalau nak tahu lebih pasal Ryan & Miho. Kalau korang ada apa-apa soalan atau cadangan, tulislah kat komen, nanti kitorang akan cuba sampaikan kat OSK Property :)