- 207Share sekarang!
- Email6
- Facebook201
- Share
(This article is a translation. For the original, visit our sister site, CILISOS)
Bila cakap pasal tatu je, mesti macam-macam yang bermain dalam fikiran korang, kan? Ada yang rasa benda tu cool, dan ada yang rasa benda tu tak patut atas faktor agama. Tapi apa yang korang patut tahu, baru-baru ni PDRM buat pengumuman di mana sesiapa yang ada tatu (yang biasanya tatu geng) bakal ditahan. Jadi korang yang ada tatu tu… takut tak?
Datuk Rohaimi Md Isa, Bukit Aman Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap Bahagian (D7) Ketua Penolong Pengarah, menyebut di mana terdapat 72 kongsi gelap, atau pertubuhan yang menyalahi undang-undang di bawah Akta Pertubuhan 1966 pada tahun 2013. Dia juga menyatakan di mana sesiapa yang ditangkap dengan tatu atau simbol di tubuh mereka boleh dihukum sehingga tiga tahun penjara atau denda sehingga RM5,000 jika mereka didapati bersalah.
Jadi, tatu macam mana tu yang dianggap tatu lambang kumpulan kongsi gelap tu? Kalau korang bertatu…
Harapnya tatu korang bukan berbentuk macam ni…
Mungkin berita ni korang terlepas pandang, tapi PDRM dah keluarkan beberapa siri gambar yang melibatkan identiti 49 buah geng di Malaysia lebih kurang masa tahun 2013. Ni adalah antara design tatu yang ada berdasarkan beberapa geng tersebut.
Menurut Datuk Abd Jalil Hassan, bekas Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman kata yang nampaknya, ada tema yang biasa digunakan, contohnya macam binatang (terutama sekali pemangsa seperti harimau, labah-labah atau helang), malah sarang labah-labah dan juga nombor. Tapi selalunya, nombor selalu digunakan untuk mewakili kumpulan, contohnya macam Geng 08.
Bekas gengster, yang dulunya dikenali sebagai Kingpin berkongsi pengalamannya masa berada dalam kumpulan tersebut.
“Sepanjang tempoh rekrut, badan saya dicacah pelbagai tatu dan menyertai ritual yang amat menyakitkan seperti mencucuk tapak tangan dengan pisau dan darahnya diminum sebagai bukti kesetiaan kepada kumpulan,” – Kingpin kepada Berita Harian.
Tapi bukan kat Malaysia je korang boleh dapat masalah bila ada tatu ni tau. Kat Jepun contohnya, korang takkan dibenarkan untuk memasuki beberapa kolam renang awam atau komuniti onsens di mana tetamu biasanya dikehendaki untuk mandi bogel.
Sebabnya, sesiapa yang ada tatu kat Jepun biasanya akan dikaitkan dengan jenayah terancang negara atau yakuza (kumpulan geng jenayah yang paling kuat dan disalah ertikan di Jepun).
Laporan juga mengatakan yang tatu digunakan untuk menandakan tahanan dengan jenayah yang mereka lakukan. Yakuza kemudiannya cuba untuk cover tatu tersebut dengan tatu yang dilukis dengan lebih berseni, dan nampaknya jadi macam penjenamaan semula. Dan sebab tu jugalah, adalah menyalahi undang-undang bagi sesiapa tanpa lesen perubatan untuk mencacah tatu ke badan orang lain di Jepun, sehinggalah ke hari ini.
Geng yang ada pelekat kereta dan sepanduk pun kena
Walaupun pengumuman polis tentang penahanan sesiapa yang mempunyai tatu geng, Rohaimi menegaskan yang penggunaan tatu di kalangan ahli kumpulan nampaknya semakin berkurangan hari ini.
Rohaimi menegaskan yang anggota geng boleh dikenalpasti dengan beberapa perkara lain. Sebab rupa-rupanya, PDRM juga dah mengeluarkan logo dan kebudayaan geng tersebut seperti perayaan-perayaan yang dirayakan mereka, termasuklah pengkebumian.
Sebahagian antara korang mungkin boleh perasan yang beberapa logo dalam ni nampak macam pernah tengok je, kan? Mungkin sebab logo-logo ni sebenarnya tak mewakili persatuan atau parti yang berkaitan pun. Jadi sebenarnya masuk akal je kalau orang ada pelekat logo di kereta atau rumah mereka.
Tapi masa gambar-gambar ni dikeluarkan, polis dah menasihatkan orang ramai supaya mengelak daripada menampal logo geng ni pada kereta mahupun rumah. Malah kalau ada, Abdul mengarahkan supaya ia ditanggalkan.
“Ini juga untuk menghalang mereka (orang awam) daripada ditangkap oleh polis. Mereka mungkin tidak tahu apa maksud logo itu dan tidak menjadi ahli kumpulan mana-mana. Bagaimanapun, jika mereka masih mendesak atau didapati terlibat dalam aktiviti tersebut, tindakan akan diambil. “- Abd Jalil memberitahu Astro Awani pada 2013.
Dia juga menambah yang anggota geng biasanya meletakkan logo geng mereka di dalam kereta mereka semasa perayaan atau pengkebumian. Tapi macam mana polis tahu ni? Abd Jalil melaporkan yang pihak polis akan menghadiri perayaan atau pengebumian ini.
“Sekiranya kita melihat logo itu diletakkan di atas kenderaan yang membawa mayat (semasa pengebumian), kami akan meminta mereka menanggalkannya.” – Abd Jalil untuk Astro Awani pada tahun 2013.
Ada video Abd Jalil menerangkan pasal tatu, logo dan budaya kumpulan ni dalam sidang akhbar dan korang boleh tengok kat sini.
Okay la, in case ada antara korang yang takut kalau tatu korang tu boleh menyebabkan korang ditangkap, tak payah risau sebab…
Kalau korang bukan ahli kongsi gelap, korang takkan ditangkap
Bila kawan-kawan kitorang daripada AskLegal hubungi PDRM, mereka diberitahu yang polis hanya akan mengambil maklumat jika korang ada tatu yang kelihatan sama dengan tatu geng. Selepas melalui siasatan, kalau suspek didapati bersalah sebagai ahli kumpulan, maka polis boleh tahan korang. Tapi kalau korang bersih, korang akan dilepaskan (dan buat tatu lain untuk tutup).
Kitorang ada juga tanya pasal pelekat dan sepanduk, tapi nampaknya PDRM tak jawab lagi soalan kitorang kalau polis akan tangkap sama sesiapa yang ada pelekat atau sepanduk geng tu.
Tapi usaha ni bukanlah benda baru. PDRM juga memerangi keganasan dan kumpulan geng dengan pelaksanaan operasi macam Op Cantas Khas. Terdapat sebanyak 369 anggota kongsi helap yang dah ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) sejak lima tahun lepas sejak 2014.
“Pelaksanaan ‘Op Cantas Khas’ menggunakan Akta Kesalahan Poca dan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2002 memberi kesan positif terhadap langkah-langkah untuk memerangi aktiviti kongsi gelap.” – kata Rohaimi kepada MalayMail.
Bagaimanapun, kalau korang ada apa-apa maklumat mengenai samseng atau aktiviti mereka, PDRM menggalakkan korang supaya memberikan maklumat melalui WhatsApp di 011-1227 7478 atau korang juga boleh hantar maklumat tersebut kepada kontinjen polis di setiap negeri. Korang boleh cari nombor mereka di sini.
- 207Share sekarang!
- Email6
- Facebook201
- Share