Ini antara kisah PAWAGAM MINA di Kelantan yang sentiasa penuh untuk tayangan malam

(Sebelum tu, untuk korang yang minat cerita sejarah, subscribe la group Facebook kitorang, SALAM SEJARAH-TERA.)

Baru-baru ni ada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan dari Barisan Nasional (BN) minta supaya pawagam dibuka semula di Kelantan. Bagi yang tak tahu – setakat ni cuma Kelantan je negeri di Malaysia yang takde pawagam. Macam yang korang tahu, Kelantan memang terkenal dengan gelaran negeri serambi Mekah, atas sebab tulah kot pawagam pun takde kat sana.

Katanya kerajaan Kelantan pernah je buka ruang kepada syarikat yang nak bukak pawagam kat negeri serambi Mekah ni, tapi syarat yang dikenakan oleh kerajaan Kelantan sukar nak diterima oleh syarikat-syarikat pawagam. Dalam satu posting kat Facebook nikerajaan Kelantan nampaknya kenakan undang-undang yang ketat gila. Antaranya pawagam ni kena tutup sepanjang bulan Ramadan!

Boleh klik gambar ni kalau nak tengok dengan lebih jelas. Imej dari Facebook Kelantan State

Tapi, ramai yang tak tahu sebenarnya Kelantan pernah ada pawagam…

Sebelum tu, kenapa ADUN BN tiba-tiba nak Kelantan ada pawagam?

Benda ni diusulkan oleh Mohd Syahbuddin Hashim yang merupakan ADUN kawasan Galas kat Kelantan. Dia kata kerajaan negeri boleh je buka pawagam yang patuh syariah. Sebabnya, kalau rakyat Kelantan nak pergi tengok filem, diorang terpaksa pergi kat Terengganu sebab itu je pawagam yang terdekat.

Korang jangan lupa, Terengganu jugak ditadbir oleh kerajaan PAS. So, dah macam ada dua versi kerajaan PAS – satu kerajaan benarkan pembukaan pawagam, dan satu negeri lagi tak benarkan. ADUN BN tu kata juga – ada ulama yang berpandangan tak salah untuk menonton filem asalkan filem yang ditonton tu dapat berikan kebaikan untuk penontonnya.

Mohd Syahbuddin Hashim. Imej dari Air Times New York

Baru je peminat filem yang ada kat Kelantan semangat dengan cadangan ni – terus cadangan ni ditolak oleh kerajaan Kelantan. Diorang kata takde keperluan buat masa ni untuk Kelantan bina pawagam kat sana. Kerajaan Kelantan jugak berpendapat kewujudan pawagam  kat Kelantan akan buka ruang kepada gejala sosial.

“Kita boleh mengenakan syarat ketat kepada pengusaha panggung wayang namun masih ada ruang terbuka yang boleh mengundang kepada gejala sosial. Selepas berbincang, kerajaan memutuskan untuk tidak mengadakan panggung wayang di seluruh Kelantan,” – Izani Husin, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Perumahan dan Kesihatan negeri Kelantan, dipetik dari SIAKAPKELI

Sebenarnya Kelantan pernah je ada pawagam…

Mengikut catatan Othman Kelantan dalam bukunya;

“Sebuah pawagam, Mina namanya, dibina berhampiran Biaritz Park. Pintu keluarnya dihalakan ke dalam Biaritza Park. Setiap penonton akan berada dalam kawasan Biaritz Park sebaik sahaja mereka habis menonton wayang termasuk kanak-kanak juga.

Mereka menggunakan satu tiket untuk dua pertunjukan yang berlainan. Pawagam Mina sentiasa penuh, terutamanya tayangan malam hari. Penonton akan bergembira setelah keluar pawagam,” – Buku Orang Kota Bharu, halaman 16-17, tulisan Othman Kelantan

Pawagam dulu-dulu kat Kelantan. Imej dari Ceritakan Kelantan

Apa yang lebih menarik, ada orang kata Pasir Mas (sebuah daerah kat Kelantan) ada TIGA pawagam. Kumpulan tu menggelarkan diri diorang sebagai Persatuan Pencinta Sejarah Kelantan. Diorang bagi maklumat yang terhad, tapi inilah yang diorang beritahu;

  1. Panggung Buruk, dibuka pada awal tahun 1950-an. Lokasi tempat ni kat Pengkalan Pasir, kini tempat tu dah jadi tapak Sekolah Kadir Adabi
  2. Panggung REX pulak dibuka pada tahun 1958-1959, pawagam ni dibuka kat tengah Bandar Pasir Mas. Pawagam ni menayangkan cerita terbitan Shaw Brother dan cerita berbahasa Inggeris.
  3. Panggung Geroda, dibuka pada tahun 1960. Pawagam ni berhadapan depan stesen kereta api Pasir Mas. Diorang tayangkan filem terbitan Chathy Keris Production dan cerita hindustan.
Biar betik?! Imej dari Giphy

Kalau korang nak tahu semua pawagam ni dah ditutup, dan Panggung REX adalah yang terakhir ditutup pada tahun 1980. Di Kota Bharu pulak, ada empat pawagam – pawagam yang famous adalah pawagam Lido, Odeon, Rani dan Rex. Semua pawagam ni dah takde. Sebabnya dapat tekanan dari kerajaan negeri yang ditadbir PAS – sehingga orang dah tak minat nak tengok filem kat pawagam.

Pawagam terakhir di Kelantan menamatkan operasi sepenuhnya pada tahun 1996. Sejak dari tu dah takde pawagam, yang ada cuma khabar-khabar diorang nak bukak semula pawagam.

Pawagam tak semestinya jadi port maksiat

Kitorang rasa korang tahu kot kenapa pawagam ni tak dibenarkan kat Kelantan. Sebabnya simple – pawagam ni dikatakan boleh sebabkan gejala sosial berlaku. Selain tu, ia dikatakan boleh jadi port untuk orang maksiat. Kitorang tak katalah benda ni salah – ada je betulnya. Tapi sebenarnya, ramai je orang pergi tengok wayang untuk enjoy the movie kan?

Pada tahun 2016 dulu, katanya ada syarikat yang nak bukak pawagam kat Kelantan. Punyalah semangat, sebab dah ada lakaran kot pawagam tu macam mana, warna PINK pulak tu…

Lawa tak? Imej dari KB Mall. Imej dari KB Mall

Jadi bagi orang-orang Kelantan yang kaki filem, nampaknya korang kena pergi Terengganulah jawabnya – sebab takde lagi tanda-tanda pawagam akan dibuka kat Kelantan. So, korang rasa macam mana? Patutkah Kelantan teruskan dasar takde pawagam macam ni? Atau patutkah diorang ikut cadangan ADUN BN tu?

(Sebelum tu, untuk korang yang minat cerita sejarah, subscribe la group Facebook kitorang, SALAM SEJARAH-TERA.)

About Man Hamka 74 Articles
Man Hamka