Perhambaan industri karpet? Ini kisah 6 kanak-kanak yang mengubah pandangan dunia

*Artikel ini pada asalnya diterbitkan pada 5 Disember 2016 dan telah diolah mengikut perkembangan semasa. 

Berapa umur korang sekarang? Kalau bawah 18 tahun, korang masih lagi dianggap sebagai kanak-kanak di sisi undang-undang. Pada 20 November setiap tahun, kita akan menyambut Hari Kanak-Kanak Sedunia bagi mengiktiraf dan memupuk kesedaran tentang kebajikan mereka.

Mungkin zaman kanak-kanak kita semuanya indah belaka, dapat main dengan kawan-kawan, main game, tengok kartun atau sebagainya. Tapi macam mana pula kalau korang hidup dalam keadaan perang, kemiskinan dan krisis?Adakah zaman kanak-kanak korang tu akan bahagia?

Oleh itu, kali ni SOSCILI akan menceritakan tentang 6 orang kanak-kanak yang berjaya ubah persepsi, sejarah dan pandangan dunia terhadap nilai kemanusian dan kebebasan. Kita mula dengan…

1. Budak 4 tahun di Pakistan yang dirantai dan dipaksa bekerja lebih 12 jam sehari

iqubqltopp1600_i002444_-1
Iqbal Masih. Imej dari worldschildrensprize.org

Bila cakap pasal karpet, mesti kita akan kata yang karpet ni banyak datangnya dari Pakistan. Tapi sebenarnya, ada sisi buruk dalam industri karpet Pakistan dan itulah yang berlaku kepada seorang kanak-kanak bernama Iqbal Masih. Iqbal yang dilahirkan pada 1983 ni antara satu dari beribu buruh paksa kanak-kanak di Pakistan.

Kisahnya bermula bila mak Iqbal ni berhutang dengan seorang tokey kilang karpet sebab nak tanggung kos perkahwinan abang Iqbal. Disebabkan keadaan yang miskin, maknya tak dapat bayar dan terpaksa jadikan Iqbal sebagai buruh paksa (secara amnya dijual) sampai hutang tu dijelaskan.

Iqbal yang masa tu baru je berumur 4 tahun dipaksa kerja lebih 12 jam sehari dan malamnya pula dia dirantai sebab nak elakkan dia ni dari larikan diri. Dia dibayar 3 sen untuk sehari, tapi walau kerja banyak manapun hutang tu tak pernah habis, malah bertambah (interest). Disebabkan tak cukup zat dan kena kerja berat yang tak sesuai dengan umurnya, pembesaran Iqbal terbantut.

Masa umurnya 10 tahun, dia berjaya larikan diri dari kilang karpet tu dan jumpa polis untuk ceritakan segala seksaan yang dia dapat. Namun malangnya, polis bukan tolong dia, tapi pulangkan balik Iqbal kepada tokey karpet tu! Polis tu buat macam tu sebab nak habuan! Disebabkan perkara tu, dia kena seksa dan dirantai di mesin buat karpet.

Tapi akhirnya, cubaan melarikan diri kali kedua berjaya dan Iqbal sertai Bonded Labour Liberation Front (BLLF), sebuah NGO yang membela nasib buruh kanak-kanak. Bermula dari situ dia berjuang menentang perhambaan kanak-kanak dan bagi ceramah di banyak negara. Tapi malangnya, Iqbal mati ditembak pada 1995 ketika berusia 12 tahun.

Iqbal masa kat Amerika. Imej dari solidaridad.net
Iqbal masa di Amerika. Imej dari solidaridad.net

Ada dakwaan yang kata Iqbal ditembak oleh ‘mafia karpet’ Pakistan yang berdendam dengannya. Bagaimanapun, pada 1994 Iqbal dah terima Reebok Human Rights Award dan pada 2000, dia jadi antara kanak-kanak yang memenangi World’s Children’s Prize for the Rights of the Child.

2. Budak 8 tahun yang menyedarkan dunia tentang perjuangan mangsa HIV

Nkosi sedang bagi ucapan kat Persidangan Aids Antarabangsa. Imej dari Pinterest.
Nkosi sedang bagi ucapan kat Persidangan Aids Antarabangsa. Imej dari Pinterest.

Pada 4 Februari 1989, seorang bayi positif HIV dilahirkan di Johannesburg, Afrika Selatan. Xolani Nkosi adalah salah seorang dari lebih 70,000 kanak-kanak Afrika Selatan yang menghidapi HIV di negara itu setiap tahun. Nkosi ada penyakit tu sebab mak dia ada HIV masa mengandungkannya.

Dia kemudiannya jadi anak angkat pada seorang pekerja sukarela (Gail Johnson), lepas mak kandungnya terlalu lemah dan dah tak mampu lagi nak jaga Nkosi. Nkosi lepas tu dikenali sebagai Nkosi Johnson bersempena dengan nama mak angkatnya.

Masa berumur 8 tahun, dia cuba nak masuk sekolah tapi ditolak pihak sekolah bila dapat bantahan dari ibu bapa yang tahu Nkosi ni ada HIV. Gail bawak isu diskriminasi itu kepada umum dan akhirnya pihak sekolah tarik balik keputusan dan terima Nkosi.

Nkosi dan mak angkatnya. Imej dari zar.co.
Nkosi dan mak angkatnya. Imej dari zar.co.

Kontroversi tu dah buatkan Nkosi jadi ikon negara dalam memperjuangkan hak kanak-kanak dan pesakit HIV. Pencapaian terbaiknya adalah apabila dia bagi ucapan di Persidangan AIDS Antarabangsa di Durban. Nkosi dan mak angkatnya juga asaskan Nkosi’s Haven, sebuah NGO yang melindungi ibu dan anak penghidap HIV.

Akhirnya pada 1 Jun 2001, Nkosi meninggal dunia setelah hampir 12 tahun bertarung nyawa dengan HIV. Nelson Mandela menggelarkannya sebagai ‘Ikon perjuangan untuk hidup’.

3. Budak 10 tahun yang tulis surat kepada pemimpin Soviet Union, tanya kenapa Soviet dan Amerika bergaduh

Samantha Smith masa kat sidang media di Moscow, Rusia. Imej dari centralmaine.com
Samantha Smith masa di sidang media di Moscow, Rusia. Imej dari centralmaine.com

Samantha Smith adalah seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dari Manchester, Amerika Syarikat. Tapi dia mula mencipta nama bila dia bagi surat kepada Yuri Andropov (Setiausaha Agung Parti Komunis Soviet) masa Perang Dingin Amerika-Soviet.

Dalam suratnya tu, Samantha ada tanya Andropov, sama ada Soviet dan Amerika akan terlibat dalam perang nuklear atau tak (boleh baca isi surat penuh kat sini). Beberapa bulan lepas tu, surat Samantha tersiar di sebuah surat khabar Soviet, Pravda. Samantha rasa gembira sangat bila tahu yang surat dia tu tersiar, tapi tak puas hati sebab surat dia tu tak dibalas.

Dia hantar satu lagi surat kepada Anatoly Dobrynin (Duta Besar Soviet ke Amerika), tanya kenapa Andropov tak balas surat dia. Seminggu lepas tu, kedutaan Soviet call Samantha yang beritahu surat dia dah dibalas. Akhirnya pada 26 April 1983, Samantha dapat surat Andropov.

Dalam jawapan Andropov, dia beritahu yang Soviet sentiasa berusaha untuk elakkan perang antara dua negara. Walaupun Soviet ada senjata nuklear, Soviet tak pernah ada niat nak guna senjata tu. Andropov juga puji Samantha sebagai seorang yang berani dan jujur. (Boleh baca isi penuh surat kat sini)

Samantha dengan surat Yuri Andropov. Imej dari centralmaine.com
Samantha dengan surat Yuri Andropov. Imej dari centralmaine.com

Dalam 2 tahun lepas tu, Samantha jadi duta tak rasmi AS. Tapi pada 25 Ogos 1985, Samantaha terlibat dalam nahas kapal terbang dan terbunuh bersama ayahnya. Pada October 1985, ibunya telah mengasaskan sebuah yayasan bersempena dengan nama anaknya, Samantha Smith Foundation.

4. Gadis yang ditembak Taliban sebab perjuangkan pendidikan

Malala Yousafzai dilahirkan di Mingora, Pakistan pada 12 Julai 1997. Segalanya bermula bila Malala berjuang membela hak wanita untuk mendapatkan pendidikan. Malala sebelum tu pergi ke sekolah yang diasaskan oleh bapanya. Tapi disebabkan dasar Taliban yang menghalang wanita ke sekolah, Taliban dah serang sekolah perempuan di daerah tu.

“Berani Taliban merampas hak saya untuk mendapatkan pendidikan!” – Ucapan Malala di  Peshawar, Pakistan, September 2008.

Malala Yousafzai. Imej dari Financial Times.
Malala Yousafzai. Imej dari Financial Times.

Lepas tu, pada awal 2009, Malala mula tulis blog untuk BBC dengan gunakan nama samaran ‘Gul Makai’. Dia ceritakan bagaimana kehidupannya di bawah Taliban, di mana dia dinafikan hak untuk mendapatkan pendidikan.

Bermula dari situ, Malala dan keluarganya jadi target Taliban. Akhirnya, pada 9 Oktober 2012 – ketika dalam perjalanan balik menaiki bas dari sekolah, Malala dah ditembak di kepala, lehar dan bahunya. Dia dikejarkan ke Hospital Tentera di Peshawar dan kemudian dipindahkan ke Birmingham, England. Dia lalui beberapa proses pembedahan di kepalanya sampai berjaya dipulihkan.

Malala masa terima rawatan kat Queen Elizabeth Hospital, Birmingham. Imej dari Time.
Malala masa terima rawatan kat Queen Elizabeth Hospital, Birmingham. Imej dari Time.

Kini Malala sudah dapat hidup normal bersama keluarganya di Birmingham dan belajar di sana. Dia juga tulis buku, ‘I am Malala’ dan bagi ucapan di banyak forum-forum antarabangsa. Pada Oktober 2013, Parlimen Eropah dah anugerahkannya ‘Sakharov Prize for Freedom of Thought’. Dia juga jadi orang paling muda yang dapat Anugerah Nobel Keamanan, masa berumur 17 tahun.

“Jika saya menang Hadiah Nobel Keamanan, ia satu peluang yang sangat hebat untuk saya, tapi jika saya tak dapat itu tak penting sebab matlamat saya bukan nak dapatkan Hadiah Nobel Keamanan, matlamat saya adalah nak lihat pendidikan untuk setiap kanak-kanak.” – Malala Yousafzai, dipetik dari ABC Online.

5. Gadis 15 tahun tulis diari pasal pengalaman di bawah Nazi

Anne Frank. Imej dari Haaretz.
Anne Frank. Imej dari Haaretz.

Annelies Marie Frank (Anne Frank) lahir dalam keluarga Yahudi di Frankfurt, Jerman pada 1929. Pada 1933, Parti Nazi menang dalam Pilihan Raya Jerman dan diskriminasi terhadap orang Yahudi pun bermula. Anne dan keluarganya ambil keputusan untuk berhijrah ke Amsterdam, Belanda.

Tapi tak lama diorang duduk di situ, Jerman berjaya tawan Belanda pada 1940. Sebenarnya, sebelum tu diorang ada juga mohon untuk pergi ke Amerika Syarikat. Tapi permohonan diorang tu ditolak sebab masa tu AS takut yang mereka ni boleh jadi spy Jerman.

Belanda lepas je kena tawan dengan Jerman mula jalankan dasar yang anti-Yahudi dan diskriminasi terhadap orang Yahudi. Disebabkan tekanan dan pembunuhan orang Yahudi yang semakin meningkat, Anne sekeluarga mula menyorok di sebuah bilik rahsia di pejabat ayahnya, Otto Frank.

Selama lebih 2 tahun dalam persembunyian, Anne menulis diarinya yang menceritakan semua pengalamannya di bawah pemerintahan Nazi. Tapi pada 1944, polis Nazi dah serbu tempat persembunyian diorang lepas dapat maklumat dari seseorang yang sampai hari ni tak dapat dikenal pasti.

Tempat persembunyian Anne dan keluarganya. Imej dari Pinterest.
Tempat persembunyian Anne dan keluarganya. Imej dari Pinterest.

Tujuh bulan lepas ditahan oleh pihak Nazi, Anne meninggal dunia kerana penyakit Typhus. Ayahnya jadi satu-satunya ahli keluarga Frank yang masih hidup lepas dibebaskan dari pusat tahanan Auschwitz. Ayahnya kembali ke Amsterdam dan jumpa diari Anne. Dia mula berusaha terbitkan diari tu dan akhirnya pada 1947 diari tu berjaya diterbitkan. Diari tu dikenali sebagai ‘The Diary of a Young Girl atau ‘The Diary of Anne Frank’. 

Kini, diari itu dah diterjemah ke lebih 60 bahasa dan terus menjadi pengajaran terhadap kejahatan dan kekejaman perang. (Baca diari tu kat sini.)

Otto Frank, masa pegang anugerah lepas diari Anne berjaya hasilkan 1 juta salinan. Imej dari The New York Times.
Otto Frank pegang anugerah lepas diari Anne berjaya berjaya hasilkan 1 juta salinan. Imej dari The New York Times.

6. Gambarnya berjaya buka mata dunia pada kekejaman Apartheid, Afrika Selatan

Gambar ni diiktiraf sebagai salah satu gambar paling ikonik dunia. Imej dari Daily Maverick.
Gambar ni diiktiraf sebagai salah satu gambar paling ikonik dunia. Imej dari Daily Maverick.

Bermula dari tahun 1948 sampai tahun 1994 – Afrika Selatan mengamalkan satu dasar diskriminasi kaum yang dikenali sebagai Apartheid. Pada 16 Jun 1976, telah berlaku satu rusuhan di Soweto, sebuah bandar di Afrika Selatan melibatkan kumpulan pelajar sekolah. Ia jadi bila kerajaan mewajibkan pengunaan bahasa Afrikaans dan bahasa Inggeris dalam modul pembelajaran di sekolah.

Tindakan kerajaan ni dah dapat bantahan dari pelajar yang selama ni gunakan bahasa suku kaum masing-masing. Dianggarkan 20,000 orang pelajar terlibat dalam protes ini, termasuklah seorang pelajar bernama Hector Pieterson yang berusia 12 tahun.

Rusuhan Soweto libatkan hampir beribu orang belajar. Imej dari Daily News.
Rusuhan Soweto libatkan hampir beribu orang belajar. Imej dari Daily News.

Segalanya mula jadi kontroversi bila seorang jurugambar (Sam Nzima) ambil gambar Hector yang tengah nazak akibat ditembak sedang didokong oleh seorang pelajar. Kejadian tu berlaku selepas pihak polis melepaskan tembakan terhadap pelajar apabila berlakunya pergelutan antara pihak polis dan perusuh. Dianggarkan ratusan pelajar ditembak mati dalam rusuhan itu.

Gambar yang tersiar di akhbar The World tu jadi satu gambar ikonik tentang kekejaman dasar Apartheid di Afrika Selatan. Kini Memorial dan Museum Hector Pieterson dah dibina berdekatan dengan tempat Hector ditembak. Hector meninggal dunia dalam kejadian itu.

Sam Nzima adalah orang yang bertanggunjawab mengambil gambar tersebut. Imej dari originalpeople.org
Sam Nzima adalah orang yang bertanggunjawab mengambil gambar tersebut. Imej dari originalpeople.org

Perubahan boleh dibawa oleh sesiapa sahaja, tanpa mengira usia

Sharvin mencatatkan IQ 168 lebih tinggi dari Stephen Hawking. Imej dari Daily Telegraph
Sharvin mencatatkan IQ 168 lebih tinggi dari Stephen Hawking. Imej dari Daily Telegraph

Selalunya bila kita fikir pasal kanak-kanak, kita mesti anggap mereka ni sebagai golongan yang tak kenal dunia lagi. Tapi, bila baca macam mana kanak-kanak dalam artikel ni melalui kesengsaraan, sebak hati dibuatnya. Sebabnya, tak kiralah dari negara mana mereka berada, mereka tetap manusia yang perangai sebijik macam kita. Contohnya Malala yang sangat sayangkan ayahnya, atau Anne Frank yang memang minat baca buku hari-hari.

Jadi sumbangan kanak-kanak ni bukan je dalam menyedarkan dunia tentang isu-isu tertentu (isu apartheid, isu buruh kanak-kanak dsb), tapi juga dalam menyemai rasa ihsan terhadap manusia lain tak mengira agama, bangsa, dan negara. 

Macam mana pula dengan kanak-kanak di negara kita? Dulu kita pernah ada Adi Putra, seorang genius matematik; dan pada 2016 akhbar laporkan seorang kanak-kanak kelahiran Malaysia di Australia, Sharvin Jeyendra yang ada IQ lebih tinggi dari Stephen Hawking! Oleh itu, jangan kita sia-siakan bakat setiap kanak-kanak yang ada, kerana usia bukanlah ukuran bagi mengubah dunia.

About Azar Ishak 276 Articles
Hari-hari Teh O ais, besok kopi plak lah.