PDRM keluar video Raya paling epik! Tersenyum bila dapat tau team disebaliknya

(This article is originally written in English, read it on CILISOS!)

Asal Raya je, semua orang mesti sibuk dengan rendang, lemang, dan berjumpa sesama sedara-mara. Tapi dalam kita bergembira, jangan lupa yang tiada~ iaitu unit beruniform yang bertanggungjawab memantau keselamatan… PDRM Perak.

Ok la, polis kat negeri-negeri lain pun bertugas juga. Cumanya yang sporting dan semangat buat video dorang sendiri adalah polis dari kontinjen Perak! Korang dah tengok belum video Raya dari PDRM Perak ni?

[fbvideo link=”https://www.facebook.com/pandatechmalaysia/videos/1797799690464273/” ]

Sekali dengar, terus melekat dalam kepala kitorang. Minggu lepas lagu pasal Subway Ayam Tandoori dan sekarang lagu ni pulak…

Wahhhh PDRM ni sporting lah!

Screenshot dari video Raya PDRM Perak.
Screenshot dari video Raya PDRM Perak.

Member kitorang kat CILISOS telah menghubungi Pandatechstudio Malaysia iaitu syarikat produksi filem yang membuat video ni. Nak dijadikan cerita, pengasasnya sendiri adalah seorang bekas polis, iaitu Koperal Nazaril Erzad bin Mohd Najib dari Cawangan D6 (C) Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak!!

[P/S: Dia berlakon sebagai ‘pencuri’ kat dalam video ni, dan rumah yang dia ‘rompak’ adalah milik Pegawai Penguasa Balai Polis (OCS) Jelapang.]

Merompak pun boleh tunjuk ''peace". Screenshot dari video PDRM Perak.
Merompak pun boleh tunjuk ”peace”. Screenshot dari video PDRM Perak.

Nazaril ni memang suka buat video, so dia dengan member polis yang lain mula buat production Pandatechstudio tahun lepas secara part-time. Nama panda pula dipilih sebab dorang berdua ni bersaiz besar. Hehe. Inspirasi nak buat video ni datang dari big boss doranglah, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Fadzil bin Ahmat, dan dia pulak selaku Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi):

“PDRM Perak mempunyai seorang Pegawai Tinggi yang suka melakukan sesuatu yang berbeza dengan iklan-iklan media yang lain. So beliau telah mengajar saya banyak perkara tentang cara filem dan iklan. Beliau bukan setakat bos saya je, tapi dia merupakan abang, guru dan juga seorang pemimpin yang hebat. “- Nazaril memberitahu CILISOS

Mesti korang tertanya-tanyakan pasal lagu ni yang kedengaran gak familiar, ok sebenarnya dorang ni parodikan daripada lagu ‘Hang Pi Mana’ oleh Khalifah, tapi dengan lirik yang diubah.

“Sebab pertama adalah untuk membawa mesej awam, untuk memastikan mereka berasa selesa dengan kami, untuk memastikan mereka berasa selamat. Dalam BM kita kata: ‘You mau balik, balik, Kami jaga rumah ‘. “- Nazaril

Dan kitorang akui yang video ni jauh laaaaagi baik daripada video GST dari Jabatan Kastam tempoh hari (kalau nak tengok parodi CILISOS yang lagi teruk daripada Kastam, tengok kat sini).

Berapa banyak sebenarnya PDRM habis duit untuk video ni?!

Bila terdapat mana-mana organisasi kerajaan yang cuba buat  inisiatif macam ni, mesti ada je komen yang tanya berapa banyak duit dok perabis untuk buat benda-benda ni? Korang nak teka?

[socialpoll id=”2373900″ path=”/polls/2373900″ width=”500″]

Dan jawapannya adalah….. 

…tak lebih daripada RM3,000 pun! Ini dikira sangat murah untuk apa-apa video sekalipun, menurut kompeni bersedara kami, MVP Digital.

Sebenarnya PDRM Perak menggunakan bajet dorang sendiri dengan mengekalkan kos pada tahap minimum kerana Nazaril menggunakan peralatan sendiri dari Pandatechstudio – kamera (Canon 5D Mark ii), lighting dorang sendiri kat kontinjen Perak, kereta dan 2 set DJI Phantom 3Advance Drone! Kemudian dorang guna studio untuk buat alih suara dan editing.

Untuk pengetahuan korang, semua pelakon kat video tu merupakan polis sebenar… Terdapat Inspektor Muhammad Afiq, Korporal Adam Maxwell, Inspektor La Paula, Korporal Zaidi dan satu-satunya polis wanita kat situ adalah Konstabel Fatimah Azzahra. Dari nyanyian, lakonan, sampailah penerbitan, semuanya buat kat rumah je.

Ni adalah polis sebenar ... bukan pelakon Gerak Khas.
Ni adalah polis sebenar … bukan pelakon Gerak Khas.

Apa yang menariknya, dorang berjaya menghasilkan video ni dalam masa SATU MINGGU je. Start dari 27 Jun di mana dorang mula menukar lirik lagu, hingga 4 Julai dorang punya final shooting. Dan pada hari berikutnya, dorang dah memuat naik video pada jam 8 pagi. Oleh kerana siang masing-masing puasa, dorang buat shooting lepas berbuka je. Sebab tu la korang nampak ada dua orang polis makan kuih dan minum air waktu malam.

“Tidak ada masa untuk berlatih. Kami buat skrip pada waktu petang dan kemudian pada waktu malam, kami panggil penyanyi dan mereka menyanyikan di tempat kejadian. PDRM Perak mempunyai pasukan penyanyi. Kami sentiasa menggunakan mereka di majlis-majlis rasmi untuk menyanyi. “- Nazaril

Video ni menunjukkan yang polis jugak adalah sama seperti rakyat biasa

Polis pun nak beraya jugak!
Polis pun nak beraya jugak!

Bila tengok video ni, memang feeling sebijik macam suasana Raya yang kita semua alami. Tapi macam biasalah, dalam ramai yang suka video ni, ada jugak haters.

“Kami mahu menghantar mesej yang positif. Kami mahu orang ramai melihatpolis dari sisi lain. Kami (PDRM Perak) mempunyai cara yang berbeza untuk menyampaikan nasihat. “- Nazaril

Mungkin ada antara kita yang ada persepsi agak negatif berkenaan dengan PDRM nak lagi bila berkaitan dengan politik dan CILISOS sendiri ada tulis artikel pasal beberapa kesilapan dorang. Tapi sebenarnya, dorang ni pun manusia biasa macam kita jugak.

Video ni menunjukkan kita yang pihak polis pun nak juga beraya dengan orang tersayang, tapi ramai antara korang yang sering terlepas pandang benda ni. Akhirnya pihak polis jugaklah yang akan melindungi rumah korang bila masing-masing balik beraya kat kampung. Jadi apa salahnya kita ucapkan terima kasih, kan.

 

About Irma Musliana 73 Articles
Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan :)