Seni & Budaya

Mat Saleh ni cuba Makanan Catuan Tentera Malaysia… dan dia kata sedap gilaaa!

(This article is a translation. For the original, visit our sister site, CILISOS)

(Untuk korang yang nak tahu sama ada berita tu betul ke bohong, boleh lah join Group FB Berita Betul Ke Bohong Malaysia ni!)

Korang pernah tak bazirkan masa bekerja seharian dan tengok video kat YouTube? Kitorang tanya je, sebab kitorang tak pernah buat macam tu. Tapi baru-baru ni kitorang ada lah terklik satu video kat YouTube oleh RCGusto kat recommendations kitorang. Kalau korang jenis suka tengok video makanan dan juga ketenteraan, besar kemungkinannya korang pun pernah nampak benda sama:

Dan in case la korang tak boleh play video ni sebab tertinggal earphone kat rumah dan tengah bekerja keras kat office (macam kitorang), video ni adalah pasal seorang mat saleh yang buat food review mengenai food ration (catuan makanan) yang diberikan kepada para tentera yang dipanggil MRE (Meals – Ready to Eat), atau Melayunya, Rangsum Tempur. Walaupun tak nampak muka, tapi kitorang tahu lah yang buat food review ni mat saleh sebab cara dia sebut ‘beef rendang’ tu memang jelas ke-mat saleh-annya.

Apa yang menarik, dia nampaknya suka betul dengan makanan catuan tentera kita berdasarkan ulasan yang diberi:

“Kari ni tak pedas, tapi ada rasa kari yang sedap… ayamnya juga ada tekstur yang baik... sangat bagus” – ulasan tentang  kari ayam

“Ia lebih pedas dari kari. Pedas, tapi ada rasa manis juga, agak sedap sebenarnya… sangat sedap” – ulasan pasal ikan masam manis

“Sangat berperisa, dan tak begitu pedas. Sangat, sangat sedap” – ulasan untuk rendang daging.

Komen tu agak mengejutkan sebenarnya memandangkan…

Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Makanan tu dah tamat tempoh selama… setahun?

Walaupun dah tamat tempoh, tu tak bermakna korang tak boleh makan langsung sebenarnya sebab biasanya ia cumalah ‘baik sebelum’, lepas tu tak sebaik sebelumnya.

Masa permulaan video tu, Steve1989, (kitorang rasa mat saleh yang bercakap tu la), tunjukkan pakej makanan catuan tu, dan nampaknya ia ‘baik sebelum’ Mei 2015. Manakala video tu dimuat naik pada Oktober 2016.

Apa macam ? Berani try tak?

Masa dia tuang makanan tu ke atas pinggan, takdelah teruk sangat rupanya. Yang Steve review tu adalah Menu A sampai Menu D, di mana nampaknya, ada empat kombinasi makanan yang ada. Biasanya, satu pek makanan catuan tentera mengandungi 10 pek kecil makanan termasuklah biskut, jem, kopi, teh, gula, mancis, suplemen vitamin, dan juga tuala kecil. Beras dan minyak untuk memasak pula didapati secara berasingan, dan nampaknya Steve tak dapat pulak nasi tu. Tapi nampaknya dalam video review untuk Menu B pulak dia dapat nasi.

Tak kisahlah pasal tu, sebab tanpa nasi pun nampaknya makanan tu nampak ok je. 10 pek makanan lain yang turut ada pula nampaknya semuanya seberat 120 gram setiap satu, yang mengandungi:
  • 2 kantung bungkusan hidangan sayur-sayuran,
  • 2 hidangan daging (daging lembu dan ayam),
  • 2 hidangan berasaskan makanan laut (biasanya ikan),
  • 2 jenis bubur, dan
  • 2 hidangan berasaskan buah

Kalau kita tengok Menu A, kita ada…

Jadi Steve nampaknya cuba tiga hidangan ni. Kalau korang belum tengok video tu, korang mesti nak tengok untuk dengar komen dia pasal kesemua makanan tu. Dan nampaknya, semua makanan yang dicuba memang kena dengan seleranya, kecuali sambal bilis (tekstur yang pelik dan terlalu pedas)

Walaupun makanan tu dah tamat tempoh, perkara ni membuatkan kitorang terfikir… Macam mana makanan tu masih elok lagi? Dan nampaknya, kita jumpa jawapannya!

Keajaibannya terletak pada bungkusannya

Korang boleh teka tak syarikat mana yang bertanggungjawab di sebalik makanan catuan tentera kita yang dikatakan sedap ni? Ini mungkin mengejutkan bagi sesetengah pihak, tapi ia adalah syarikat yang sama keluarkan produk ni:

“Nasi lemak dalam kotak???. Imej dari Focus Malaysia

Ya. Berdasarkan laporan berita, nampaknya ini la syarikat yang sama buat produk Brahim’s. Walaupun bunyinya macam sponsored content, tapi bukan tau :/

Kalau korang nak tahu, Brahim’s ada beberapa syarikat di bawah mereka, dan salah satunya adalah Dewina Holdings. Syarikat tu memasuki usaha sama dengan Koperasi Angkatan Tentera Malaysia untuk membentuk sebuah syarikat bernama Desatera Sdn Bhd, yang kemudiannya telah diberikan kontrak untuk mengendalikan bahagian masakan tentera sehingga tahun 2026.

Disebalik jenama Brahim, inilah dia Ibrahim Ahmad Badawi, Pengerusi Eksekutif Brahim Holding.

Ada sebuah lagi syarikat yang dinamakan Dewina Food Industries Sdn Bhd di bawah Dewina Holdings, dan syarikat ni la yang bertanggungjawab untuk catuan ketenteraan sekurang-kurangnya selama tiga dekad yang lalu. Jadi Dewina ni la yang buat makanan tentera, baik di pangkalan mahupun di lapangan.

Kalau korang nak tahu, di laman web tu mendedahkan teknologi yang mereka gunakan dalam pembungkusan catuan tentera adalah jenis retort pouches, yang dibuat dengan beberapa lapisan bahan yang berbeza. Mungkin yang digunakan oleh ketenteraan kita lain sikit. Beberapa lapisan yang lebih umum mungkin termasuk nylon (menyediakan rintangan tusuk), aluminium (sebagai penghalang gas ringan) dan polypropylene (sebagai lapisan pengedap), tapi lapisan ni mungkin berbeza mengikut jenis makanan di dalamnya.

Contoh kantung bungkusan. Imej dari jaismafood.blogspot

Mengikut pemahaman kitorang, kedua-dua makanan dan pembungkusan disteril, dan lepas makanan dimasukkan ke dalam bungkusan kantung dan di-seal, ia dipanaskan untuk membunuh bakteria yang ada. Proses ni sama la macam pengetinan, cumanya ia lebih ringan dan mudah dibawa. Lapisan yang digunakan Brahim’s dikatakan mampu melindungi produk tersebut daripada sinaran UV yang berbahaya dan pengoksidaan cahaya, yang membolehkan produk disimpan selama 24 bulan (dua tahun) pada suhu bilik, walaupun tanpa menggunakan pengawet.

Untuk biskut dan jem pulak… kitorang tak pasti pula macam mana ia masih rangup dan tak lemau. Bagaimanapun…

Nampaknya Rangsum Tempur tentera kita berfungsi dengan baik!

Berdasarkan review atau ulasan mat saleh ni dan juga pandangan rakyat Malaysia yang tengok video tu, nampaknya makanan catuan tentera kita ni not bad la, kan? Tapi, mungkin pada korang yang peduli dengan isi kandungan makanan, korang mesti terfikir-fikir, kenapa kandungan gula dalam makanan yang diberi tu agak tinggi? (2 x 110g paket)?

Takkan nak habiskan semua sekaligus, ye dak?

Bagi persoalan pasal gula tu, kita tak dapat cari penjelasan yang tepat untuk tu, tapi nampaknya pemberian makanan manis macam gula atau gula-gula di MRE dah lama berlaku, iaitu sejak Perang Dunia ke-2 lagi. Ada juga teori di mana selain daripada sumber tenaga yang cepat, makanan manis juga mampu bertindak sebagai penggalak semangat dan membantu mengatasi lapar dan dahaga. Lagipun, dengan kandungan 220 gram gula untuk sehari, ia tak bermakna yang mereka kena habiskannya dalam masa sehari. 

Manakala bagi kepelbagaian makanan yang diperolehi tu, ia adalah perkara biasa untuk masukkan makanan, buat tentera masing-masing. Kalau Rangsum Tempur (MRE) kita ada kari dan sambal, MRE Perancis pula dapat cassoulet dengan confit itik, MRE Itali dapat pasta, sup kacang dan biscotti, MRE Jerman dapat goulash kentang dan hati lenyek, dan MRE Australia, sudah tentulah Vegemite.

Imej dari me.me

Kepelbagaian makanan ni juga sebenarnya adalah sebahagian daripada standard yang disyorkan oleh NATO untuk MRE, sebab ia membantu mencegah daripada rasa muak: bayangkan je la kalau korang makan makanan dan lauk yang sama je hari-hari. Walaupun bunyinya macam remeh, tapi secara tak langsung, ia mampu menjejaskan pengambilan kalori seseorang, yang mungkin mengganggu tugas mereka.

(Sebelum tu, untuk korang yang minat cerita sejarah, subscribe la group Facebook kitorang, SALAM SEJARAH-TERA.)

To Top
Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Send this to a friend