Neelofa ditegur bekas pelajar 17A1 sebab promosikan produk kecantikan bayi?

(This article is a translation. For the original, please visit our sister site, CILISOS)

Zaman sekarang ni bila korang scroll news feed kat mana-mana media sosial, mesti korang boleh nampak selebriti Malaysia promote macam-macam produk daripada pemutih kulit sampailah pemutih gigi. Biasanya produk-produk macam ni semuanya lebih kurang je, takde yang menarik minat sangat. Tapi baru-baru ni, Neelofa ada promote produk pemutihan dan anti-kedutan untuk…bayi? Seriuslah!

Hancurkan 1/2 tablet dan campurkan dalam susu bayi? Imej screenshot dari IG Neelofa

Neelofa dilantik sebagai duta jenama untuk produk yang dia promote tu, iaitu Chew N’ Glow yang didakwa boleh kurangkan kedutan dan memberi kulit yang lebih cerah dan anjal kepada bayi. Korang boleh baca pasal produk tu kat sini.

Penerangan produk tu juga mengatakan ia sesuai untuk semua peringkat umur, termasuk bayi dan wanita hamil. Walaupun penerangan tu tak tulis pun berapa dos yang sesuai untuk bayi, tapi Neelofa sendiri mengiklankan dos yang disyorkan kepada bayi dan kanak-kanak. Teruk sangat ke kedutan kat kulit bayi sampai kena tegangkan?

Jangan tertipu, cara ni tak boleh kurangkan kedutan kat muka pun. Imej dari giphy

Rakyat Malaysia pun apa lagi, terus bash Neelofa sebab promote produk makanan tambahan yang ‘berisiko’ untuk bayi. Tak kurang juga yang panggil Neelofa sebagai seorang peniaga tak beretika.

Antara seebriti yang bersuara pasal produk kecantikan bayi  – bekas peserta Asia’s Next Top Model, Alicia Amin. Imej screenshotdari Twitter

Sebagai tindak balas kepada orang yang bash dia di media sosial, Neelofa pun terus tweet dengan mengatakan dia sedar dengan ‘kontroversi’ yang melanda produk tersebut, dan mereka sedang cuba sedaya-upaya untuk memperbaiki masalah tu. Disebabkan rasa suspicious, jadi kami buat research sikit dan ini yang kami jumpa pasal produk ‘anti-kedutan-mesra-bayi’…

Kepada yang suka bash saja tu, ada sesiapa dah periksa kalau produk ni betul-betul selamat?

Kami siap check status halal kat portal Portal Rasmi Halal Malaysia.

Menurut keterangan produk di laman web Lazada, produk tu mendakwa ia dah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mempunyai pensijilan halal sejak tahun 2015. Tapi, bukan ke pensijilan halal sepatutnya diberi oleh JAKIM dan bukannya KKM?

Jadi kami pun cuba la cari nama produk ni dekat Portal Rasmi Halal Malaysia, tapi… TAK JUMPA PUN. Nama syarikat tu juga tidak disenaraikan di mana-mana, jadi kami tak dapat sahkan syarikat tu ada lesen halal ke tak. Tapi, nombor pendaftaran halal yang dipromosikan di laman web mereka pun tak boleh digunakan. Jadi kalau korang jenis yang concern pasal halal haram sesuatu makanan tu, JAKIM sendiri tak approve lagi. Jadi, macam mana?

Lepas tu, kami cari lagi nama produk ni dekat portal dalam talian Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) sebab produk ni dikatakan dah diluluskan KKM. Malah kami siap taip nombor lesen produk macam diiklankan dalam website mereka – tapi takde juga.

Imej dari giphy

Kalau korang Google “produk-yang-diluluskan-KKM”, korang akan dapati lesen nombor Chew N’ Glow ni lain daripada nombor pendaftaran sebenar KKM. Nombor pendaftaran yang diluluskan KKM sepatutnya bermula dengan MAL, diikuti 8 angka dan berakhir dengan X, T, atau N (contohnya, MAL20125467T). Produk ni juga sepatutnya mempunyai pelekat hologram Meditag perak pada pembungkusan atau label.

Walau bagaimanapun, Chew N ‘Glow sebenarnya dianggap sebagai produk kosmetik oleh kerajaan (sebab produk ni *mungkin* boleh jadikan korang lebih cantik), dan didaftarkan dengan cara yang berbeza (nanti kita bincangkan).

Sesetengah kandungan dalam produk ni tak dikaji lebih lanjut

Kalau kita tengok pada isi kandungan suplemen, penerangan produk dalam website mereka menunjukkan beberapa ‘bahan aktif’ termasuklah phytoceramide, dismutase superoxide, bermacam-macam jenis vitamin, dan growth factor concentrate.

Walaupun sesetengahnya diluluskan oleh FDA (yang bermaksud ia telah diuji dan diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan AS), tapi ada beberapa lagi bahan yang digunakan tu tak mempunyai kajian saintifik yang jelas untuk membuktikan sama ada ia berkesan atau tak. Sebabnya, ia masih dalam kajian. Dan nampaknya takde bukti konkrit pun yang boleh membuktikan khasiat dari produk tu boleh diserap badan.

Salah satu kajian (yang dilakukan pada orang dewasa bukan bawah 18 tahun) menunjukkan dos yang disyorkan untuk dismutase superoxide adalah agak tinggi bagi suplemen untuk mempunyai sebarang kesan. Chew N ‘Glow dalam masa yang sama tak senaraikan pun berapa banyak bahan yang mereka gunakan. Atau mungkin juga, bahan-bahan yang disenaraikan tu takde pun dalam pil.

Kita juga perlukan bukti. Imej dari giphy

Disebabkan produk tersebut tak didaftarkan dengan KKM, susah nak sahkan yang ia betul-betul selamat untuk digunakan sebab tak diuji dan diluluskan oleh KKM atau NPRA. Jadi, produk yang didakwa boleh mencantikkan diri boleh bertukar kepada kemudaratan, macam apa yang akhbar New Straits Times laporkan pada tahun 2016.

Produk kosmetik yang kemudiannya diuji makmal tu termasuklah pil penurunan berat badan dan pelbagai produk pemutihan. Produk-produk ni didapati mengandungi bahan-bahan yang sangat toksik seperti merkuri, plumbum, dan hydroquinone, yang kesemuanya telah diharamkan Kementerian Kesihatan Malaysia. Bahan kimia berbahaya ni boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan yang serius seperti kegagalan buah pinggang, kerosakan otak dan kanser. Apa yang lebih teruk lagi, kesannya hanya akan diketahui beberapa tahun kemudian – jadi, kita takkan tahu sampailah kita kena. Sebenarnya, kami pernah buat research yang lebih mendalam tentang produk kosmetik haram tahun lepas. Korang boleh baca kat sini.

Kalau ragu-ragu, korang juga boleh dapatkan khidmat nasihat pakar pediatrik sebelum bagi apa-apa kat bayi korang. Sebarang suplemen yang mengandungi merkuri sebenarnya boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak atau bayi yang belum lahir. Tak percaya? Doktor pun dah bagi respon pasal isu ni kat media sosial.

Dr Rafidah Abdullah adalah pakar buah pinggang. Screenshot daripada Twitter Dr Rafidah.

Dr Amalina Bakri (pelajar yang dapat 17A1 untuk SPM masa tahun 2004) merupakan pelatih pembedahan di The Royal College of Surgeons of England, pun tweet benda yang sama. Dia meminta ibu bapa berunding dengan pakar pediatrik sebelum bagi suplemen kat anak kecil, lebih-lebih lagi bayi. Bayi secara amnya tak perlukan suplemen tambahan pun, kecuali kalau berpenyakit dan memerlukan perubatan.

“Untuk enam bulan pertama, susu ibu mencukupi untuk menyediakan bayi pelbagai vitamin dan mineral yang mereka perlukan dan tiada suplemen tambahan diperlukan” – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya sebagai tindak balas terhadap isu ini, dipetik dari The Star.

Korang tahu tak ujian makmal tak diperlukan pun sebelum korang mula menjual kosmetik?

Tadi kita ada bagitahu yang pendaftaran untuk produk kosmetik ni lain caranya. Bagi kami, terlampau mudah. Kalau korang nak tahu, penjual hanya perlu memaklumkan kepada Pengarah Perkhidmatan Farmasi (DPS) melalui Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (NPCB). Ia menjadi satu kesalahan kalau mereka tak dimaklumkan.

Tapi, apakah dasar ‘pemberitahuan’ yang membantu mempromosikan amalan keselamatan yang baik dalam produk kecantikan Malaysia? Sebelum penjual nak jual produk, mereka mestilah ‘memberitahu’ kerajaan yang mereka akan meletakkan produk tersebut dijual, secara atas talian je. Mereka perlu membayar RM50 sebagai bayaran pemprosesan dan tunggu 1-3 hari untuk nombor pemberitahuan mereka dihasilkan, kemudian… habis cerita.

Penjual atau pengedar dibenarkan untuk mula memasarkan produk mereka selama dua tahun tanpa ujian atau pemeriksaan yang diperlukan. Mereka cuma perlu pastikan produk tersebut selamat dan tak mendatangkan bahaya kepada pengguna je.

Kita semua pernah nampak toko jamu macam ni, tapi tak pernah tahu apa kandungan produk-produk ni.

Penjual ni kadang-kadang tak ambil tahu, dan tak diberitahu pun apa yang ada dalam produk tu. Mereka beranggapan yang pengilang jujur dengan apa yang mereka jual, dan dah test produk ni siap-siap. Dalam sistem pengawalseliaan semasa, kalau ada mana-mana produk yang mengandungi bahan berbahaya dan boleh membawa maut, penjual cuma perlu menarik semula produk dalam masa 72 jam, tanpa dikenakan tindakan undang-undang! Tapi itu pun kalau mereka terima aduan daripada orang ramai, atau pengguna mengalami kesan sampingan daripada lepas pengambilan produk toksik ni.

“Memang benar bahawa di pihak kementerian, kami memantau mereka melalui pengawasan pasca-pasaran, di mana kami mengambil sampel dan menguji mereka untuk bahan-bahan berbahaya. Kami mengakui bahawa sistem semasa agak longgar dan keperluan untuk perubahan adalah sangat penting. “- Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, dipetik dari New Straits Times.

Pendaftaran sah untuk makanan tambahan tradisional atau produk kesihatan dengan NPRA pula boleh mengambil masa sehingga 136 hari bekerja, kena ada ujian makmal yang menyeluruh dan macam-macam lagi sebelum mereka betul-betul meluluskannya.

Banyak sangat suplemen di pasaran… macam mana nak tahu mana yang selamat?

Wow, lebih daripada 20k produk kesihatan yang ditawarkan. Screenshot dari 11 street

Kalau korang Google ‘suplemen kecantikan’, ada beribu-ribu jenama yang akan muncul daripada website membeli-belah seperti  Lazada, 11th Street atau ShopeeJadi macam mana kita nak kenal pasti sesebuah produk tu selamat atau tak? Malah kita tak tahu kalau ada bahan tersembunyi dalam makanan tambahan ni, atau kalau makanan tu benar-benar selamat untuk digunakan, kecuali kalau ia dah disahkan oleh NPRA.

“Pastikan anda berunding dulu dengan pakar sebelum mengambil sebarang suplemen, dan yang paling penting, pastikan suplemen tersebut diluluskan oleh KKM. Jangan terlalu obses dengan produk yang kita tak tahu kandungan nutrisinya.” – Dr Khairul Nizam Mat Nayan, Ketua Jabatan Dietetik dan Perkhidmatan Makanan di Hospital Sultanah Bahiyah, dipetik dari Malay Mail Online.

Jadi, penting untuk kita lakukan penyelidikan sebelum membeli sebarang suplemen dan jangan percaya dengan setiap ulasan atau komen yang disiarkan dalam talian sebab testimoni macam tu boleh diedit.

Korang boleh semak senarai produk yang diharamkan NPRA, atau tengok pelekat Meditag yang diluluskan KKM pada sebarang makanan tambahan dan suplemen. Pastikan ada kod asli pendaftaran produk, sebab Meditag sekarang ni dah jarang digunakan pada barangan kosmetik.

Meditag untuk produk yang berdaftar akan nampak macam atas tu. Imej dari KKM

Kalau korang rasa pengambilan supplemen tu penting, korang mungkin boleh cuba suplemen diimport yang mempunyai USPNSF, atau Persijilan ConsumerLab – mereka adalah organisasi bebas yang menguji keselamatan suplemen dengan menjalankan ujian yang sangat ketat. Kalau korang rasa tertipu dengan produk kecantikan atau kosmetik tempatan pula, korang boleh klik di sini untuk melaporkannya.

Terlampau banyak lambakan suplemen tambahan dan produk kesihatan dalam pasaran Malaysia sekarang ni. Malah, ada juga jenis homemade yang tak kurang ramai peminatnya. Mungkin tak semua produk tempatan berbahaya, tapi takkan kita nak memperjudikan kesihatan atau kecantikan kita, apatah lagi kepada bayi yang tak tahu apa-apa?