Nation of Islam: Gerakan Islam Afrika Amerika yang menganggap Allah S.W.T itu manusia

Sebut sahaja mengenai gerakan atau ajaran sesat, pasti dalam kepala otak kita akan teringat isu ayah pin dan kumpulan Hizbur Tahrir. Kedua-dua ajaran sesat ini pernah menggemparkan Malaysia sampai ada orang buat video doukemntasi. Tapi sekarang mereka dah takde la (tah-tah mereka buat gerakan secara rahsia).

Sebelum tu meh layan video meme ni:

Sebenarnya ajaran sesat berkaitan dengan Islam ni bukan sahaja berlaku di Malaysia tapi pernah juga berlaku di Amerika Syarikat. Terdapat sebuah gerakan Islam dari orang Afrika Amerika di sana yang dikatakan sesat. Korang mesti terkejut kerana ada pengikut-pengikutnya terdiri dari orang popular seperti…rahsia (kalau nak tahu meh ah baca dulu).

Nama gerakan atau kumpulan itu ialah Nation of Islam dan tujuan penubuhannya untuk…..

Membela nasib orang berkulit hitam yang menjadi hamba abdi

Logo Nation of Islam (NOI). Imej dari Wikimedia Commons.

Kalau korang nak tahu, Amerika Syarikat menghadapi isu rasisme terhadap masyarakat Afrika pada era 1930-an. Teruk sebenarnya mereka ni kena tindas kerana mereka ni dieksploitasi, ditangkap oleh pihak berkuasa (padahal tak buat apa-apa pun), dan dijadikan sebagai hamba abdi oleh rakyat Amerika lain.

Jadi, datanglah seorang hamba Allah S.W.T bernama Wallace Fard Muhammad (Wallace D. Fard) yang membela nasib dan menghalang penindasan masyarakat Afrika itu. Mereka ni telah diajar untuk memperjuangkan hak asasi manusia berkulit hitam di bumi Amerika Syarikat dan memperdalam ilmu Islam. Haa start dari sinilah tertubuhnya sebuah gerakan yang dipanggil Nation of Islam.

Inilah rupa Wallace Fard Muhammad. Imej dari Bonus Cut.

Pada 1931, time ni memang rancak gila ah Wallace Muhammad ni membela orang berkulit hitam di Amerika Syarikat. Haa masa ni jugalah dia didatangkan oleh seorang peminatnya yang bernama Elijah Poole. Elijah ni sebenarnya dah jatuh cinta sangat dengan ajaran yang dibawa oleh Wallace Muhammad ni la sampaikan dia masuk Islam dan menukarkan namanya kepada Elijah Muhammad.

Pertemuan itu dianggap moment terindah bagi Elijah Muhammad ni la kerana dia ni merupakan  anak murid kepada Wallace Muhammad. Lebih kurang dalam 3 tahun setengah Wallace Muhammad mengajar Elijah Muhammad tentang ilmu Islam seperti apa itu Allah S.W.T. serta kewujudan Nabi Adam A.S.

Menjelang 1934, Wallace Muhammad dikatakan telah menghilangkan dirinya tanpa khabar (sampai sekarang orang tak tahu lagi sebab apa). Oleh itu, secara automatik tempatnya diganti oleh Elijah Muhmmad dan dia ni ibarat menyambung aspirasi Wallace Muhammad la.

Nation of Islam ni juga telah berjaya membina lebih kurang 130 masjid dan satu universiti diberi nama Muhammad University of Islam (MUI).

Haa ni lah Elijah Muhammad. Imej dari Wikipedia.

Selama 44 tahun Wallace Muhammad mencurahkan bakti kepada Nation of Islam sehingga dia meninggal dunia pada 1975. Sebenarnya semasa Wallace Muhammad menjadi pemimpin utama dalam Nation of Islam, dia ni dikatakan telah dibenci oleh 10% pemimpin Amerika Syarikat atas satu kenyataan yang kontroversi.

Kemudian jawatan pemimpinnya diganti oleh anaknya sendiri iaitu Warith Deen Mohammed. Tapi en semasa setahun dia memimpin Nation of Islam ni, dia perasan ada satu benda tak kena iaitu…

Pengikutnya mengatakan Wallace Muhammad itu Allah S.W.T

Warith Deen Mohammed. Imej dari Community Wide Shuraa Conference.

Okay tadi kan kami ada cakap en yang pengikut Nation of Islam ni mengatakan Wallace Muhammad tu Allah S.W.T, haa memang betul pun kerana mereka ni menganggap Allah S.W.T telah memasuki ke dalam badannya. Mereka ni juga menganggap Elijah Muhammad tu sebagai nabi dan dia juga mengaku dirinya sebagai Imam Mahdi.

Tanggapan mereka tu teruk jugak ah sampaikan Persatuan Muslim Itali (the Italian Muslim Association) mengeluarkan kenyataan sebegini:

” Mengenai Nation Of Islam, doktrin rasmi mereka adalah Allah S.W.T dalam bentuk manusia bernama Wallace Fareed Muhammad dan jelmaan Tuhan itu telah memilih Elijah Muhammad sebagai nabi-Nya. Ia sangat jelas bercanggah dengan Tauhid dan ajaran Al-Qur’an.

___

“Setiap perkahwinan antara seorang Muslim dan anggota Nation of Islam adalah batal, dan siapa pun, setelah menjadi anggota organisasi ini, ingin kembali kepada Islam, mesti bertaubat dan memeluk Islam semula. Sekiranya dia sudah berkahwin, dia mesti memperbaharui kontrak perkahwinannya; sekiranya dia menunaikan haji, dia mesti menunaikannya kembali. Di samping itu, tidak ada orang Islam yang boleh makan dari daging binatang yang disembelih oleh mereka.” – Sheikh ‘Ali Moallim Hussein, Presiden Persatuan Muslim Itali, petikan dari Islamweb.

Haa ni la Muhammad University of Islam. Imej dari akaun FB MUI.

Nation of Islam ni bukan sekadar menyampaikan ilmu melalui ucapan sahaja tapi mereka ni dah keluarkan buku dan buku-buku sudah disahkan bercanggah dengan Islam oleh para ilmuan, meh kami senaraikan nama buku tu:

  • The Supreme Wisdom.
  • The Most Honorable Elijah Muhammad.
  • Our Savior Has Arrived.
  • Message To The Blackman In America.

Haa kalau korang nak tahu ramai sebenarnya orang-orang terkenal yang menyertai Nation Of Islam ni seperti Malcolm X, Snoop Dogg dan Muhammad Ali. Namun, mereka ni perasan tau yang gerakan itu sesat dan menyeleweng dari ajaran Islam sebenar, maka mereka pun buat keputusan untuk tinggalkan gerakan itu.

Disebabkan penyelewengan ini, Warith Mohammed ni membuat satu reformasi baru supaya Nation of Islam ni kembali ke jalan yang lurus. Jadi, dia telah menukarkan namanya kepada World Community of al-Islam in the West. Bagaimanapun, korang pun kena tahu gak bukan semua orang boleh ikut reformasi baru ni.

Louis Farrakhan. Imej dari AP News.

Oleh itu, muncul seorang hamba Allah bernama Louis Farrakhan (Louis X) yang tidak setuju dengan reformasi baru dari Warith Mohammed tu. Lepastu dia pun tarik diri dari menyertai World Community of al-Islam in the West dan menubuhkan semula Nation of Islam pada 1977. Korang jangan terkejut sebab dia ni dah berjaya menghidupkan semula gerakan itu pada 1981.

Jangan cepat terpedaya dengan nama ‘Islam’

Sebenarnya Nation of Islam ni masih aktif lagi. Imej dari laman web NOI.

Sabar dulu korang, jangan triggered dengan tajuk di atas. Apa yang kami ingin sampaikan ialah jangan menilai sesuatu perkara hanya dari luaran sahaja tapi dalaman sekali kita kena nilai. Hal ini kerana mungkin korang nampak mereka meletakkan nama Islam tapi kita tak tahu sama ada ia sesat atau tak. Jadi, selidik dulu apa aktiviti serta ideologi mereka supaya kita tak terjatuh dalam lembah kesesatan la.

Sembang pasal Nation of Islam ni, kami teringat semula dengan  Hizbur Tahrir. Nampak nama mereka seperti islamik tapi mereka ni sudah dilabelkan sesat oleh Mufti Selangor kerana dikatakan bertentangan dengan ajaran ahli sunnah wal jamaah.

Oh ye, sebenarnya Nation of Islam ni masih ada sampai sekarang dan agak-agak koranglah adakah sampai sekarang mereka masih sesat?