- 2.1KShare sekarang!
- Email5
- Facebook2.1K
- Share
Korang pernah terfikir tak – sebenarnya korang boleh terbang tanpa keluarkan satu sen pun. Nanti kitorang akan cerita. Dulu-dulu korang kena jadi bangsawan untuk terbang, sekarang ni syarikat penerbangan macam AirAsia cuba turunkan kos penerbangan macam tagline diorang – supaya semua orang boleh terbang.
Korang boleh tebus flight AirAsia ke 130+ destinasi…secara PERCUMA? ?
Ingat tak awal-awal tadi kitorang cakap korang boleh melancong tanpa keluarkan satu sen pun? Kitaorang nak bagitahu, program pelanggan setia BIG sedang mengadakan promosi jualan tiket penerbangan PALING BESAR, TERBESAR DAN SATU-SATUNYA KAT MALAYSIA. Dengan promosi ni, korang cuma perlu gunakan mata ganjaran korang je untuk tebus tiket penerbangan dan dapat tiket penerbangan bonus PERCUMA. Bunyi benda ni macam gila, tapi kitorang tak gila – promosi BIG ni memang gempak betul!
Bermula pukul 12:00 AM hingga 11:59 PM, Ahad ni (11 November), ahli-ahli BIG akan dapat akses utama ke penerbangan-penerbangan promo AirAsia hanya khas melalui laman web AirAsia BIG dan aplikasi mobilenya. Kalau korang ada keahlian BIG, korang boleh tebus tiket penerbangan mengguna mata ganjaran BIG korang dan AirAsia BIG pun akan beri korang flight tambahan BONUS untuk digunakan pada tempoh 6 Mei 2019 hingga ke 4 Februari 2020. Hebat kan?
Kitaorang kena bagitau juga, hanya ahli BIG je akan diberi akses EKSKLUSIF kepada tempahan penerbangan terbaik untuk tempoh 24 jam pada tarikh 11.11 melalui laman web AirAsia BIG dan aplikasi mobilenya. Orang awam hanya boleh lihat destinasi-destinasi ni je dari 12 November hingga 18 November, tapi tetap kena sertai program kesetiaan BIG untuk menikmati promosi ni.
Tapi jangan risau kalau korang takda mata ganjaran BIG untuk tebus penerbangan korang – kalau korang mempunyai mata ganjaran kad kredit bank ataupun program pelanggan setia yang lain, korang boleh tukar mata ganjaran korang ke mata AirAsia BIG untuk dapatkan 50% mata ganjaran bermula dari sekarang hingga ke 31 Disember! Dan sebaik sahaja korang tebus penerbangan pilihan korang dengan mata ganjaran BIG melalui laman web AirAsia BIG ataupun aplikasi mobile diorang, korang akan dapat tiket penerbangan BONUS korang macam tu je!
Bukan setakat tiket je percuma, korang siap boleh guna mata BIG untuk bayar pembelian bagasi, cukai lapangan terbang, bayaran pemprosesan dan lain-lain benda sampingan. Perghhh…betul-betul percuma wei! Tapi sekarang, kat banyak-banyak tempat percutian ni, korang nak tebus mata ganjaran korang dengan pergi kat mana? Meh kitaorang tunjukkan tempat-tempat tu…
Penerbangan ke Phuket, Lake Toba & Siem Reap dan Langkawi tanpa menggunakan duit!
Mesti ramai antara korang yang dah simpan mata BIG beribu-ribu tapi tak tahu nak buat apa kan? Inilah masanya korang nak gunakan. Tak perlu banyak, sikit-sikit pun cukup untuk korang terbang tinggi melancong ke macam-macam destinasi yang sejuk mata memandang dari jauh, tapi bila ada kat situ punyalah best! Meh kitaorang kantoikan destinasi yang best gila-gila yang korang boleh dapat secara BONUS dengan promosi BESAR-BESARAN ni:
1) Danau Toba
Kalau setakat tasik mesti korang rasa bosan untuk mandi kan? Tapi, bayangkan kalau dapat mandi kat tasik gunung berapi yang TERBESAR di dunia? Tak payah pakai duit, gunakan mata ganjaran BIG korang tu untuk ke Lake Toba atau Danau Toba yang ada mata air panas dan korang siap boleh daki gunung berapi tu bagi yang kaki hiking. Masa ni lah nak rasa mendaki GUNUNG BERAPI, barulah mencabar!
Kalau tak nak hiking, bolehlah lepak-lepak mandi kat air terjun tertinggi di Indonesia sambil menghayati pemandangan luar biasa yang jarang korang boleh tengok macam gambar kat bawah ni. Dah lah tak payah keluar duit beli tiket, hanya guna mata BIG dan tebuskan penerbangan BONUS korang je! Memang terbaik ?.
2) Phuket
Ha? Sampai Phuket pun boleh dapat tiket penerbangan bonus percuma? Ya, memang betul abang-abang dan akak-akak pelanggan setia AirAsia BIG. Ini juga berita baik untuk budak-budak Tingkatan 5 yang baru habis SPM dan pelajar-pelajar universiti yang tengah cuti panjang. Masa ni lah korang nak merasa berjalan ke dari pulau ke pulau kat kawasan tu, siap boleh jalan-jalan kat kawasan bersejarah Phuket Old Town. Lepas dah penat, bolehlah pergi berurut dengan pakar urut Thai yang bersepah kat kawasan tu.
3) Siem Reap
Mesti ada antara korang yang tak suka setakat berfoya-foya je kan kalau bercuti? Kalau boleh nak menghayati kehidupan zaman lampau yang korang pernah belajar dalam buku Sejarah. Nak tunggu apa lagi, esok korang terus beli tiket dan tebus penerbangan bonus korang ke Siem Reap! Enam kilometer dari Siem Reap tu lah korang boleh tengok dengan mata kepala sendiri monumen agung Angkor Wat yang ada di Kemboja. Mana yang minat sejarah tu, mesti menitik-nitik air mata sebab acah-acah menghayati kan?
Lepas tu, boleh terus menitikkan air mata waktu melawat Muzium Perang dan Kuil Tengkorak yang merupakan tugu peringatan di era rejim Khmer Rouge. Tak perlu menitis air untuk guna duit beli tiket, bergembiralah dengan menggunakan mata ganjaran AirAsia BIG!
4 Langkawi
Apa ni semua luar negara, takkan tak boleh guna mata BIG untuk bercuti kat dalam negara yang lagi awesome? Sabar, sabar, jangan risau. SOSCILI dan AirAsia faham ada antara korang yang nak cuti-cuti dalam Malaysia. Ye lah, negara tanah tumpah darahku.
Dengan promosi jualan BIG ni, korang dah boleh terbang dan bercuti di Langkawi. Mana yang asyik bagi alasan tak ada duit nak beli tiket, dah boleh guna mata BIG korang tu. Langkawi ni memang sesuai sangat untuk korang yang suka main air sampai demam. Korang boleh berkayak, mandi laut dan main sukan air.
Kalau jenis tak nak demam main air, bolehlah daki Gunung Raya, cuba aktiviti lasak kat Skytrex atau membeli-belah sehabis-habisnya kat kedai-kedai bebas cukai di Langkawi. Ye lah, dah ada duit lebih kan sebab beli tiket guna mata BIG je.
Kejap, kejap. Apa korang ingat empat tempat ni je ke yang korang boleh dapat tiket penerbangan bonus untuk melawat? Memang silaplah. Ahli-ahli BIG boleh tengok senarai penuh destinasi ni sebaik sahaja promosi ni dibuka tepat 12:00 AM, 11 November di laman web AirAsia BIG dan aplikasi mobilenya. Dan kalau korang nak tebus mata ganjaran korang juga lepas tu, promosi ni hanya berlangsung hingga ke 18 November. Seminggu je tau!
Tarikh keramat 11.11, tebus tiket penerbangan dan dapat tiket penerbangan bonus PERCUMA!
Sekarang ni kitaorang nak ringkaskan segala benda yang kitaorang dah kongsi sepanjang artikel ni, bermula dengan:
- Ahli BIG akan diberi akses keutamaan kepada promosi tiket penerbangan ni selama tempoh 24 jam pada 11 November. Orang awam akan perlu berdaftar sebagai ahli BIG kalau ingin menikmati promosi ni dari 12 hingga ke 18 November. Maksudnya korang hanya ada seminggu je untuk dapatkan promosi eksklusif ni!
- Ahli BIG yang menebus tiket penerbangan mengguna mata ganjaran BIG diorang akan mendapat tiket penerbangan BONUS secara percuma daripada AirAsia BIG untuk digunakan antara 6 Mei 2019 hingga ke 4 Februari 2020. Tak berhenti melanconglah macam ni!
- Ingat tau, promosi ni hanya sah untuk tiket penerbangan yang ditebus dengan mata ganjaran BIG melalui laman web AirAsia BIG ataupun aplikasi mobilenya. Kat mana-mana tempat lain, takda langsung promosi macam ni!
Dah tu, tunggu apa lagi? Eloklah korang dapatkan keahlian AirAsia BIG korang SEKARANG!
- 2.1KShare sekarang!
- Email5
- Facebook2.1K
- Share